Views
5 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

6.2.5 Kemahiran Asas

6.2.5 Kemahiran Asas Kaunseling (Ceramah Power Point) 6.2.5.1 AKTIVITI 1 TAJUK : Topi saya OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. menyedari pentingnya memberi perhatian terhadap seseorang apabila dia sedang bercakap. 2. mengetahui bahasa tanpa lisan dan gerak-geri mereka meninggalkan kesan terhadap seseorang, terutama di dalam proses mendengar. MASA : 60 minit BAHAN-BAHAN: 5 keping kad manila (dipotong selebar 8 cm dan panjangnya mencukupi untuk melilit kepala. Kad manila itu terdiri daripada warna yang berlainan.), Stapler, pen marker, Kertas Nota Peringkat Di dalam Proses Mendengar (Lampiran 10) LANGKAH : 1. Dapatkan 4 orang peserta untuk mengambil bahagian secara sukarela. 2. Beri arahan kepada mereka supaya keluar dari bilik untuk berbincang tentang tajuk yang mereka ingin bercakap di hadapan rakan-rakan mereka. bercakap ialah 3 minit seorang. Tajuknya bebas. Masa untuk 3. Apabila mereka telah meninggalkan bilik, terangkan kepada peserta lain tentang proses aktiviti ini, iaitu mereka mesti memberi reaksi terhadap topi yang dipakai oleh rakan mereka apabila tiap-tiap orang mengambil giliran bercakap. 4. Tuliskan perkataan di bawah di atas kepingan kad manila tadi: i. Jangan pedulikan saya ii. Dengar cakap saya 79

iii. iv. Kutuk saya Ketawakan saya v. Galakkan saya 5. Panggil mereka masuk jika telah sedia. 6. Mereka harus duduk lurus di dalam satu baris bersedia untuk menyampaikan pendapat mereka. Mereka tidak dibenarkan melihat topi yang dipakaikan di kepala rakan yang lain. 7. Klip kad manila tadi untuk diletakkan di atas kepala peserta berkenaan sebagai topi. 8. Mereka mula bercakap jika telah sedia. 9. Peserta lain menunjukkan reaksi mengikut topi yang dipakai apabila rakan mereka bercakap. Contohnya apabila orang yang memakai topi “Kondem / kutuk saya” bercakap peserta lain haruslah mengutuknya setiap kali dia memberi pendapat. Ini diteruskan sehingga keempatempat peserta selesai mengambil giliran mereka. 10. Bincangkan reaksi peserta yang mengambil bahagian. i. Apa perasaan peserta yang mengambil bahagian ii. iii. iv. Apa reaksi yang timbul jika pendapat mereka tidak dipedulikan atau jika mereka dikutuk Apa reaksi mereka apabila pendapat mereka didengar dan diterima baik Apa gerak-geri mereka yang dapat dilihat menunjukkan perasaan mereka v. Apa pembelajaran baru yang mereka dapat daripada aktiviti ini vi. Bagaimana aktiviti ini boleh dikaitkan dengan peranan mereka sebagai Pembimbing Rakan Sebaya REFLEKSI/RUMUSAN : 1. Dalam proses membantu rakan-rakan, PRS mestilah memberi penuh perhatian, melayan, mendengar dan memberi dorongan agar rakan yang dibimbing berasa diterima dan dihormati. Seterusnya rakan akan rasa yakin dan selesa untuk berkongsi lebih. 80

Draft Pedoman Penulisan Modul Diklat Keuangan Departemen ...
Buletin PKB - Politeknik Kota Bharu
Modul 1 Diklat Manajemen Kursus
Modul Pelatihan Pelatih Fasilitator Pemberdayaan ... - psflibrary.org
,iC [~ I - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan Malaysia
Modul HAM dan Islam - Elsam
MODUL - Laman Web Rasmi IPGM Kampus Pendidikan Islam
garis panduan penilaian kursus induksi modul khusus kementerian ...
Dasar Harta Intelek UKM - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan ...
kaedah penilaian kursus induksi modul umum bagi kumpulan i
Forum Generasi Muda Peringkat Kebangsaan 2012