Views
10 months ago

Laporan maklum balas pelanggan 20 Nov

2.6 PEMBELAJARAN

2.6 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Konstruk terakhir yang dinilai adalah pembelajaran sepanjang hayat. Konstruk ini juga mempunyai 10 item dan nilai persetujuan mengikut item adalah seperti dalam jadual 7. Jadual 7: Peratus persetujuan dan nilai min bagi konstruk pembelajaran sepanjang hayat Kepuasan Pelanggan terhadap aspek pembelajaran sepanjang hayat Guru Baharu ... % bersetuju Min S.P. 1 Guru baharu meneroka peluang-peluang melanjutkan pelajaran 2 Guru baharu mengamalkan budaya ilmu dalam komuniti pembelajaran 3 Guru baharu sentiasa bersedia menempuh cabaran akan datang 4 Guru baharu meluaskan kemahiran profesional melalui kerjasama pelbagai pihak 5 Guru baharu meningkatkan pengetahuan profesional melalui pembacaan 89.1 4.07 0.54 96.3 4.18 0.48 95.2 4.19 0.51 94.7 4.18 0.51 91.6 4.09 0.51 6 Guru baharu berfikiran jauh terhadap profesionnya 92.7 4.13 0.53 7 Guru baharu berminat mempelajari/ meneroka sesuatu yang baharu (Contoh: bengkel/ seminar/ perbincangan/ forum) 8 Guru baharu memperkayakan kemahiran untuk menghadapi perubahan akan datang (contoh: kemahiran pedagogi) 95.7 4.26 0.54 94.3 4.14 0.49 9 Guru baharu boleh menerima perubahan / idea baharu 98.1 4.31 0.51 10 Guru baharu mengambil bahagian dalam jaringan kolaboratif 96.0 4.21 0.51 Peratus dan min keseluruhan data 94.3 4.18 0.52 Jadual 7 menunjukkan nilai persetujuan tertinggi bagi kontruk pembelajaran sepanjang hayat ialah sebanyak 98.1 % iaitu bagi item 9 ‘guru baharu boleh menerima perubahan/idea baharu’. Item terendah pula dilaporkan pada item 1 ‘guru baharu meneroka peluang-peluang melanjutkan pelajaran’ iaitu dengan nilai persetujuan hanya 89.1% dan tidak mencapai nilai minima 92% yang ditetapkan. 10

3. KEKUATAN DAN KELEMAHAN Dapatan analisis soalan terbuka dan dapatan analisis temubual menunjukkan terdapat beberapa aspek kekuatan dalam kalangan guru baharu yang boleh meningkatkan kecemerlangan diri mereka semasa berkhidmat di sekolah. Namun begitu, terdapat juga beberapa aspek kelemahan yang perlu ditambahbaik oleh IPG. 3.1. Kekuatan Guru Baharu. Kekuatan guru baharu keluaran IPG boleh dibahagikan kepada beberapa aspek utama: berpengetahuan tinggi dalam opsyen yang diajar, mempunyai nilai profesionalisme diri sebagai guru yang tinggi serta mempunyai tahap kemahiran inter dan intrapersonal yang mampu menggalakkan hubungan yang positif dengan semua pihak di sekolah serta komuniti setempat. Antara kekuatan guru baharu yang dilaporkan oleh pentadbir sekolah adalah: i. Guru Baharu didapati amat patuh kepada arahan pihak pengurusan sekolah, sedia berkhidmat, komited serta rajin menjalankan tugas (akademik dan sukan). ii. Kurikulum IPGM menyediakan guru yang mampu berkomunikasi dengan guru lain, mampu bekerjasama dengan komuniti setempat dan menunjukkan tahap profesionalisme tinggi sebagai guru. iii. Guru baharu ini dapat mengaplikasi segala kemahiran yang dipelajari ke dalam budaya kerja sekolah serta membantu pihak sekolah mengoptimumkan kemenjadian murid dalam segala aspek. iv. Seorang guru yang komited dengan tugas dan sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam amalan pengajaran v. Penyampaian PdP yang baik, berkemahiran tinggi dalam penyelesaian masalah, mengamalkan kemahiran komunikasi yang baik dan boleh menyesuaikan diri dan bekerjasama dengan kakitangan sekolah dan masyarakat setempat dengan baik. vi. Bersikap terbuka, tidak menolak tugasan serta boleh menerima pembaharuan 3.2. Kelemahan Guru Baharu Secara keseluruhannya tiada kelemahan yang ketara dilaporkan oleh pihak pentadbir sekolah berkaitan guru baharu keluaran IPG. Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah: i. Guru Baharu memerlukan pendedahan yang lebih dari aspek merancang kurikulum dan kokurikulum, dan berani untuk melatih murid dalam sukan (olahraga). ii. Kurang tepat mentafsir maklumat baru yang diterima. 11

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...
Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke ...
BORANG MAKLUM BALAS PELANGGAN
MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS ...
maklum balas laporan penilaian akreditasi sementara program ...
maklum balas kerajaan terhadap laporan tahunan suhakam - bheuu
memo: laporan maklum balas jktu 2013 - Jabatan Pendaftar - USM
IPG KPM-PPK-PUP-04 - Laman Web Rasmi IPGM Kampus ...
pk.nre (ps) - 10 pengurusan aduan dan maklum balas pelanggan
Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan - Universiti Malaysia Pahang
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan JPM 2009 - Jabatan Perdana ...
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan Unit Patologi
KAJIAN SEJARAH TEMPATAN - Kementerian Pelajaran Malaysia