Views
7 months ago

Laporan maklum balas pelanggan 20 Nov

MESYUARAT KAJIAN SEMULA

MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN MS ISO 9001: 2008 BIL 2/2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA LAPORAN MAKLUM BALAS PELANGGAN LAM-PUP-04-05 PISMP AMBILAN JANUARI 2012 2

LAPORAN MAKLUMBALAS PELANGGAN PISMP INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Ringkasan Penemuan Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan Institut Pendidikan Guru Malaysia ini disediakan bagi tempoh 1 Januari 2017 hingga 30 Jun 2017. Seramai 1816 guru baharu lepasan PISMP ambilan Januari 2012 yang berjaya ditempatkan ke sekolah mulai tahun 2016 yang telah dinilai oleh pentadbir sekolah. Analisis data menunjukkan pelanggan IPG berpuashati dengan pencapaian aspek pengajaran dan pembelajaran (95.6%),penyelesaian masalah (92.1%), komunikasi (95.0%), pengurusan maklumat (95.0%) dan pembelajaran sepanjang hayat (94.3%) guru baharu yang dinilai. Purata keseluruhan sebanyak 94.4% dan ianya mencapai tahap kualiti yang disasarkan pada 92%. 1. 0 PENDAHULUAN Laporan Kepuasan Pelanggan ini disediakan hasil analisis terhadap soal selidik (LAM PUP-04- 02) daripada pelanggan IPG bagi guru baharu yang ditempatkan mulai Januari 2016. Soal selidik telah diedarkan kepada pentadbir sekolah rendah di mana guru-guru baharu tersebut ditempatkan secara dalam talian. Pentadbir sekolah diminta menilai guru baharu selepas dua belas bulan pertama mereka ditempatkan di sekolah. Pelaporan ini dikemukakan untuk makluman ahli majlis Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Tahun 2017 bagi membolehkan penilaian semula dibuat terhadap keberkesanan sistem kualiti Institut Pendidikan Guru Malaysia. Berdasarkan dapatan kajian, cadangan penambahbaikan dikemukakan bagi memantapkan lagi sistem kualiti yang sedia ada. Tempoh bagi pelaporan ini adalah 1 Januari 2017 hingga 30 Jun 2017. 2.0 ASPEK KEPUASAN PELANGGAN Kepuasan pelanggan dalam laporan ini ditakrif sebagai tahap penguasaan kemahiran yang diperoleh semasa latihan bagi memenuhi kehendak kurikulum, termasuk kokurikulum dan pelaksanaan tugas harian dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pentadbir menilai prestasi guru baharu PISMP dengan memberi maklum balas terhadap keberkesanan kursus perguruan yang dilaksanakan di IPG. Aspek yang dinilai oleh pentadbir merangkumi Pengajaran dan Pembelajaran/Pemudahcaraan (PdPc), Penyelesaian Masalah, Komunikasi, Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP) berskala Likert lima mata digunakan mengikut MS ISO 9001:2008, pencapaian objektif 3

LAPORAN mAkLum bALAs dARiPAdA PeRbeNdAhARAAN ...
Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke ...
BORANG MAKLUM BALAS PELANGGAN
MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS ...
maklum balas kerajaan terhadap laporan tahunan suhakam - bheuu
maklum balas laporan penilaian akreditasi sementara program ...
memo: laporan maklum balas jktu 2013 - Jabatan Pendaftar - USM
MAKLUM BALAS LAPORAN PENILAIAN PERMOHONAN ...
Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Bagi Bulan Jan - Nov
IPG KPM-PPK-PUP-04 - Laman Web Rasmi IPGM Kampus ...
pk.nre (ps) - 10 pengurusan aduan dan maklum balas pelanggan
Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan - Universiti Malaysia Pahang
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan JPM 2009 - Jabatan Perdana ...
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan IAB Sehingga Ogos 2011
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan Unit Patologi
KAJIAN SEJARAH TEMPATAN - Kementerian Pelajaran Malaysia