Views
6 months ago

inspirasi_april_jun_2014

UPSI Lancar Penanaman

UPSI Lancar Penanaman Pokok Karas ”Generasi muda seharusnya diberi pendedahan tentang konsep hijau ini. Anak-anak muda harus digalakkan mencintai alam yang hijau dan sayangkan alam sekitar mereka. Dalam satu kajian mendapati 52% pelajar sekolah tidak pernah melakukan atau tidak tahu aktiviti pemuliharaan sebegini. Lebih mengejutkan lagi ialah 81% guru beranggapan aktiviti sebegini adalah membebankan. Banyak usaha perlu dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu ini, ” ucap Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa pada majlis Perasmian Pelancaran Penanaman dan Penyelenggaraan Pokok Karas yang berlangsung pada 24 Mei 2014 bertempat di Tapak Perkemahan Pusat Kokurikulum, Kampus Sultan Azlan Shah. Sehubungan itu, mulai tahun 2013 UPSI mengambil inisiatif menjalankan kerjasama bersama Malaysian Timber Industry Board (MTIB) dan TESCO (Malaysia) bagi mewujudkan sebuah ladang karas di atas tanah di UPSI. Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, kerjasama tersebut merupakan satu perkongsian pintar yang melibatkan entiti pendidikan, syarikat swasta dan agensi kerajaan dalam usaha menggembelengkan pakarpakar dan tenaga mahir daripada semua pihak. ”Selain dari mewujudkan persekitaran kampus yang hijau, usaha-usaha penyelidikan mengenai karas dan hasil gaharu dapat ditingkatkan dan dimanfaatkan oleh masyarakat,” katanya. Tambah beliau, bagi menjayakan hasrat tersebut, pihak UPSI telah melantik Syarikat Al-Hilmi Agrofarm Sdn. Bhd. sebagai kontraktor dalam kerja-kerja menanam dan menyelenggara pokok karas yang berjumlah 25,000 batang. Terdahulu, UPSI bersama pihak MTIB dan TESCO telah memeterai satu memorandum perjanjian berhubung penyediaan tapak tanaman, khidmat nasihat dan kepakaran pengurusan ladang karas bagi tujuan menanamkan semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan warga kampus khususnya dan masyarakat umumnya. Perjanjian yang dimeterai pada 28 April 2013 lalu memutuskan bahawa UPSI menyediakan tapak tanaman, MTIB bertanggungjawab menyalurkan bantuan khidmat nasihat daripada aspek teknikal (proses penanaman pokok, kualiti tanah serta proses inokulasi) dan kepakaran dalam menguruskan ladang karas manakala pihak TESCO membekalkan benih pokok karas sebanyak 25,000 batang anak benih beserta baja bagi tujuan penyelenggaraan permulaan untuk tempoh dua tahun. 18 / Inspirasi Bil. 2 / Jan-Mac

UTeKS Anjur 19 Outreach Linus Berpusat Daerah Batang Padang 2014 Ujian Audiometri 1 Kaunseling Diet Unit Terapi Dan Khidmat Sokongan (UTeKS), Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM) UPSI menganjurkan program ‘Outreach LINUS’ pada 16 April 2014 bertempat di UTeKS, Blok 9, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, Proton City. Program anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pejabat Kesihatan daerah Batang Padang itu bertujuan membantu mengesahkan diagnosis murid-murid selain memberi kesedaran kepada ibu bapa dan guru akan kepentingan saringan ini. Menurut Ketua Jabatan Pendidikan Khas FPPM, Dr. Kannamah a/p Mottan, program saringan Literasi dan Numerasi (Program LINUS) NKRA telahpun dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari tahun 2010. “Bagaimanapun, bagi sesi saringan kali ini, seramai 35 orang murid dikenal pasti dalam hasil saringan sebelumnya (saringan 2, 2013) bersama guru masing-masing. Saringan ini dijalankan oleh doktor perubatan (KKM) dan para terapis dari UPSI dan KPM. Majoriti murid yang terlibat adalah komuniti orang Asli dari seluruh daerah Batang Padang,” katanya lagi ketika berucap pada Majlis Penutup Program ‘Outreach’ LINUS. Program ‘Outreach’ LINUS menempa sejarah dalam pelaksanaan program saringan yang diadakan buat pertama kalinya secara berpusat di IPTA umumnya dan di UTeKS, UPSI khasnya. Kelengkapan bilik-bilik dan instrumen penyaringan menjadikan program itu Intervensi lebih lancar, Integrasi mudah dan seterusnya dapat membantu murid-murid yang mengalami Sensori masalah LINUS. Terapi Carakerja 1 Inspirasi Bil. 2 / Jan-Mac / 19

Ucaptama - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Engineering Technology : - malaysian society for engineering and ...
Usul Persidangan MPBN & MBM - Majlis Perundingan Belia Negara
KARNIVAL SUKAN IPTS ZON PANTAI TIMUR
Buletin UTHM Bil. 3/2014 Edisi JUL-SEP 2014
Isu 1/2011 - alumni.um.edu.my - Universiti Malaya
Bilangan 01/2012 - Ministry of Housing and Local Government
Dhamma Inspirasi Kehidupan.pdf - DhammaCitta
laporan tahunan 2009 - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian ...
cara untuk mengakses fungsi - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Untitled - Faculty of Applied & Creative Arts - University Malaysia ...
Bab 8 - Kementerian Pengajian Tinggi
J cenderamata - Universiti Sains Malaysia, Penang - USM
Tsunami - Universiti Sains Malaysia, Penang - USM
Agama (20&21).pdf - USIM - Universiti Sains Islam Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
GLOBALISASI EKONOMI dan KETAKSAMAAN: Implikasi Kepada ...
Brosur Panggilan Peserta - space seminar main page
INFO IPTS - Jabatan Pengajian Tinggi - Kementerian Pengajian Tinggi
Untitled - Sistem e-Warga - Universiti Kebangsaan Malaysia