Views
1 week ago

POLISI LATIHAN

SEKSYEN 1: PENGENALAN

SEKSYEN 1: PENGENALAN 1.1 TUJUAN Polisi latihan diwujudkan bagi menjadi panduan kepada Staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) dalam menyediakan program latihan dan program pembangunan staf demi mencapai Visi dan Misi Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 1.2 SKOP Polisi ini digunapakai oleh: i. Staf Pengurusan Profesional dan Pelaksana (PPP) Staf Universiti yang menggunakan polisi ini sebagai rujukan umum dalam menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan latihan serta kompetensi staf. ii. Seksyen Pembangunan, Bahagian Sumber Manusia Urus setia yang menggunakan polisi ini sebagai panduan dalam merancang latihan jangka panjang dan pendek mengikut tahun. iii. Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Staf PPP Polisi ini digunakan sebagai garis panduan oleh panel mesyuarat dalam membuat keputusan berkaitan latihan jangka panjang dan pendek serta kelulusan berkaitan kompetensi staf. 1

2 1.3 DEFINISI TAKRIF / ISTILAH Latihan (Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2005 : Dasar Latihan Sumber Manusia) Pembangunan Staf Kompetensi CPD – Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development) Latihan Jangka Panjang Latihan Jangka Pendek TAKRIFAN / DEFINISI Proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi Setiap proses dan aktiviti yang dilaksanakan bagi meningkatkan dan mengembangkan pengetahuan serta kemahiran staf supaya mereka boleh menyumbang sepenuhnya ke arah pencapaian matlamat universiti. Merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Satu program latihan yang berstruktur bagi membantu mengekalkan kecekapan untuk melakukan tugas dengan mengambil kira aspek pengetahuan, kemahiran dan pengalaman praktikal. Ianya boleh melibatkan sebarang aktiviti latihan yang berkaitan sama ada secara formal dan berstruktur atau tidak formal dan pembelajaran kendiri. Kursus Sepenuh Masa yang tempohnya melebihi dua belas (12) bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti mengikut kalendar akademik. Kursus Sepenuh Masa termasuk lawatan sambil belajar, seminar atau bengkel yang tempohnya tidak melebihi tiga (3) bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti mengikut kalendar akademik.

Laporan Pelatihan Untuk Pelatih
2 Reformasi Sektor Kepolisian dan Gender - DCAF
Modul Pelatihan Animasi Dasar
Latihan Amali hasil - NRE
Untitled - Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan
ECER: Program Latihan dan Penempatan Pekerja
Latihan Amali hasil - NRE
kepolisian negara republik indonesia daerah gorontalo ... - PPID Polri
Paparan Reformasi Bidang Kursus dan Pelatihan, Hotel Mega ...
Kata pengantar - Forum dan Kelas Online pelatihan-osn.com
PERINCIAN PROGRAM LATIHAN ANJURAN iLQAM 2011
laporan tahunan 2010 - Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan
Disela–sela latihan koreografi bersama Smash, CL Magz berhasil ...
Booklet PELATIHAN TENAGA AHLI KONSTRUKSI - Departemen ...
SESI LATIHAN PORTAL GPKI BAHAGIAN PERKHIDMATAN ...
Pelan Operasi Latihan - Portal Rasmi Bahagian Pengurusan ...
pelatihan penul skripsi UNRAM [Compatibility Mode]
ECER: Program Latihan dan Penempatan Pekerja
ECER: Program Latihan dan Penempatan Pekerja
garis panduan latihan pekerja, pendaftaran pusat pengajar ... - Dosh
bab 7. geomorfologi - Forum dan Kelas Online pelatihan-osn.com
Modul Pelatihan Kader Dasar XXIV - pmii komisariat brawijaya
Pedoman Pelaksanaan Latihan Kesiapsiagaan ... - GITEWS
(BOP) Lembaga Kursus & Pelatihan (LKP)