Views
2 weeks ago

Panduan Pelaksanaan NILAM yang ditambahbaik

Panduan Pelaksanaan NILAM yang

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 1 1. LATAR BELAKANG PROGRAM MEMBINA TABIAT MEMBACA Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negera ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih rendah. (Dapatan kajian BTP 2005, PNM 2010/2015) 1.1 Dapatan Kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 (Melalui Frank Small & Associates) menunjukkan adanya perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi Negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca buku hanya mencapai 87% sahaja. Kajian tersebut juga mendapati rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. 1.2 Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5 tahun menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun 1995 ialah 84%. Pada masa ini terdapat aktiviti-aktiviti atau projek-projek galakan membaca yang telah sedang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, sama ada aktiviti asas, pemupukan atau pengayaan yang perlu diteruskan. 2. RASIONAL Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat berkemahiran tinggi ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca seperti Anugerah NILAM Kebangsaan, Kem membaca 1 Malaysia, Kem Penulis Muda, Khemah Membaca, Kem Literasi Maklumat di sekolah-sekolah. Secara keseluruhan program-program galakan membaca yang dilaksanakan sebelum ini telah mencapai objektif yang disasarkan, namun demikian, masih terdapat keperluan untuk menambahbaik program bagi meningkatkan kualiti pembacaan. Kementerian Pendidikan perlu mencari pendekatan baharu bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan memenuhi keperluan semulajadi dan persekitaran murid-murid. 3. ASAS PERTIMBANGAN Menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk menambahbaik pelaksanaan program, perkara-perkara berikut menjadi asas pertimbangan.

Panduan Pelaksanaan Peringatan HUT-RI ke 63 di Lingkungan ...
Garis Panduan Pelaksanaan Mesin Layan Diri (Vending Machine)
Garis Panduan 5S ICUJPM - Unit Penyelarasan Pelaksanaan ...
Jilid 3 : Pengurusan dan Pelaksanaan - ePublisiti - JPBD
isu-isu strategis dalam pelaksanaan pnpm mandiri ... - P2KP
Pembelajaran Pelaksanaan Pos Gizi di Nias - Positive Deviance ...
TIK dalam Strategi dan Rencana Pelaksanaan ... - PDII – LIPI
panduan-pkm-tahun-2013
Buku-Panduan-OSN-2015
Panduan Umum Gemastik 8
Panduan Mahasiswa Internasional - Fontbonne University
Bagaimana Menggunakan Panduan GRI Bersama dengan ISO 26000
Panduan Pinjaman Perumahan - Banking Info
Panduan Pendugaan Cadangan Karbon.pdf - Wetlands ...
e-book-panduan-semeraksa-1
Buku Panduan Insurans Deposit - PIDM
Panduan investigasi dan penuntutan dengan pendekatan hukum ...