Views
8 months ago

Panduan Pelaksanaan NILAM yang ditambahbaik

1. PANDUAN PELAKSANAAN

1. PANDUAN PELAKSANAAN Program NILAM yang dilaksanakan di sekolah memerlukan satu strategi yang berkesan. Langkah-langkah berikut perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk semua warga sekolah memahami dan menghayati program ini. 1.1 Taklimat Pengetua / Guru Besar Sebagai pentadbir sekolah, Guru Besar atau Pengetua harus memahami konsep dan matlamat program untuk dijelaskan kepada warga sekolahnya. Perkara-perkara yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut : a. Latar Belakang gerakan membaca b. Apa itu NILAM c. Tujuan NILAM d. Aktiviti NILAM (pembacaan) e. Aktiviti NILAM (selepas pembacaan) f. Bahan bacaan g. Sistem kawalan h. Sistem ganjaran 1.2 Mesyuarat Guru Kefahaman guru-guru terhadap program membolehkan mereka merangka beberapa strategi pelaksanaan yang berkesan. Strategi yang dimaksudkan ialah : a. Menyediakan carta organisasi - Menentukan peranan guru GPM, guru PSS, guru kelas dan guru mata pelajaran - Menyediakan senarai tugas / penglibatan semua staf. b. Merancang, menyusun dan memantau aktiviti c. Kecukupan bahan bacaan dan strategi untuk menambah koleksi d. Memastikan kelancaran perjalanan program dari segi : - Pelaksanaan aktiviti pembacaan - Pelaksanaan aktiviti pengayaan selepas pembacaan - Pengumpulan data - Pengesahan - Pengawalan - Penilaian. 1.3 Pengesanan, pengawalan dan penilaian Program

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 1 3 Keberkesanan program ini ditentukan melalui perkara-perkara berikut : a. Memastikan semua guru terlibat dalam pelaksanaan program. b. Meminta/paksa murid untuk merekodkan bacaan dan aktiviti selepas bacaan mereka ke dalam Buku Rekod NILAM. c. Guru-guru bertanggungjawab untuk menyemak, menilai dan mengesahkan bacaan serta aktiviti murid dalam Buku Rekod NILAM d. Memastikan pengumpulan data dilaksanakan pada masa yang ditentukan. e. Masalah dan halangan dalam pelaksanaan program di maklumkan di dalam mesyuarat-mesyuarat bersama guru-guru. f. Menentukan insentif-insentif kepada murid-murid yang terlibat secara aktif di peringkat sekolah f. Mengumpul dan menyerahkan data NILAM kepada penyelaras program f. Menyerahkan fail/dokumen rekod bacaan murid kepada guru penyelaras NILAM pada hujung tahun untuk diasingkan mengikut kelas baharu pada tahun berikutnya 2. BAHAN 2.1 Penyediaan bahan bacaan yang mencukupi adalah faktor utama untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan program. Selain daripada itu, buku/dokumen panduan pelaksanaan dan juga Buku Rekod NILAM menjadi bahan sokongan untuk pengesanan, pengawalan dan penilaian program secara keseluruhan. a. Bahan bacaan Bahan bacaan terdiri daripada dua jenis bahan iaitu buku dan bahan bukan buku yang terdiri dari pelbagai format dan diperoleh dari pelbagai sumber. Buku Buku yang boleh digunakan ialah semua jenis buku samada dalam bentuk fizikal mahupun digital (ebook). Buku boleh diperolehi dari koleksi sedia ada di Pusat Sumber Sekolah,

Garis Panduan Pelaksanaan Mesin Layan Diri (Vending Machine)
Garis Panduan 5S ICUJPM - Unit Penyelarasan Pelaksanaan ...
Panduan Pelaksanaan Peringatan HUT-RI ke 63 di Lingkungan ...
Pedoman Pelaksanaan Program
Petunjuk Tata Laksana Inkontinensia Urine
PANDUAN HIBAH
PANDUAN%20HKS%202013_oke
Aturan Pelaksanaan TA [Compatibility Mode]
Pedoman Pelaksanaan Latihan Kesiapsiagaan ... - GITEWS
perumusan rekomendasi bagi penyusunan peraturan pelaksanaan ...
Suskes-Pelaksanaan-PKM-2014-Imam-Santoso
isu-isu strategis dalam pelaksanaan pnpm mandiri ... - P2KP
NOTA PANDUAN e-FILING - LHDN
Panduan Informasi Peringatan Dini Tsunami bagi ... - GITEWS
Panduan investigasi dan penuntutan dengan pendekatan hukum ...
Panduan Pendokumentasian Masa Lalu.pdf - Elsam
Buku Panduan Kewangan - UTM SPACE
Panduan-Pendaftaran-PSB-2015-2016
Panduan-PKM-Tahun-2013