Views
9 months ago

Panduan Pelaksanaan NILAM yang ditambahbaik

a. Bercerita Bercerita

a. Bercerita Bercerita kepada rakan / pendengar tentang isi cerita sesebuah buku. Dilaksanakan secara formal/informal sama ada di sekolah, rumah, taman-taman, tapak perkhemahan dan sebagainya. Pendengar boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk RP, guru, keluarga, jiran dan lain-lain. Mencatatkan butiran aktiviti dalam Rekod Aktiviti RP. Guru penilai mesti berada di tempat aktiviti sedang dijalankan. Mendapatkan penilaian dari guru penilai. Mendapatkan pengesahan dari guru pembimbing RP. b. Membaca Bersama Aktiviti membaca sebuah buku secara bersama-sama . Dijalankan secara formal/informal di kelas, kantin, rumah, taman dan sebagainya. Masa – tidak ditentu/tidak dihadkan. Ahli terdiri daripada sesiapa sahaja. Rekodkan butiran aktiviti dalam buku RP. Guru penilai atau Guru Pembimbing mesti berada di tempat aktiviti sedang dijalankan. c. Ulasan Buku Menyampaikan ulasan buku yang telah dibaca di hadapan umum. Contohnya : Kelas, perhimpunan atau dalam kumpulan. Antara kandungan ulasan buku ialah judul, pengarang, penerbit, sinopsis, tema dan penerapan nilai-nilai murni. Pada akhir sesi, pengulas (RP) akan menggalakkan murid-murid untuk membaca buku tersebut. Aktiviti dijalankan secara formal / informal. Markah hanya diberi kepada RP yang melaksanakan aktiviti tersebut. Aktiviti direkodkan dalam Buku Rekod Aktiviti Rakan Pembaca. Guru penilai atau Guru Pembimbing mesti berada di tempat aktiviti sedang dijalankan. d. Bicara Buku / Diskusi Buku Membicarakan buku yang telah dibaca berdasarkan sekurang-kurangnya satu daripada aspek berikut :

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 2 7 Kritikan umum tentang buku Membicarakan tentang penulis Memberikan pandangan dan cadangan Kelebihan dan keistimewaan buku itu Kekurangan dan kelebihan kualiti fizikal buku Penggunaan bahasa Guru penilai atau Guru Pembimbing mesti berada di tempat aktiviti sedang dijalankan e. Syarahan Menyampaikan syarahan mengenai sesuatu topik berdasarkan pembacaan dan rujukan daripada beberapa buah buku. Dilaksanakan secara formal, di kelas dalam perhimpunan, pertandingan dan sebagainya. Pendengar terdiri daripada sesiapa sahaja. Markah hanya diberi kepada RP yang melaksanakan aktiviti tersebut. Aktiviti direkodkan dalam Rekod Aktiviti RP. Mendapatkan pengesahan dan penilaian daripada guru pembimbing. f. Forum Merupakan perbincangan terbuka sama ada diperingkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi. Dijalankan secara formal. Panel terdiri daripada sekumpulan RP atau panel yang dilantik. Sekurang-kurangnya dua orang panel. Permarkahan hanya diberi kepada RP atau ahli panel sahaja. Pendengar terdiri daripada sesiapa sahaja. Aktiviti direkodkan dalam Rekod Aktiviti RP. Mendapatkan pengesahan dan penilaian daripada guru pembimbing. g. Lakonan / Sketsa Sekumpulan RP melakonkan semula watak-watak berdasarkan: Bagi aktiviti kumpulan, markah yang sama diberikan dkepada setiap ahli yang terlibat dalam lakonan. Aktiviti boleh dijalankan di dalam kelas, dewan perhimpunan dan lainlain. h. Deklamasi Sajak Deklamasi sajak dijalankan di dalam kelas, dewan perhimpunan, atau di peringkat yang lebih tinggi.

Garis Panduan Pelaksanaan Mesin Layan Diri (Vending Machine)
Garis Panduan 5S ICUJPM - Unit Penyelarasan Pelaksanaan ...
Panduan Pelaksanaan Peringatan HUT-RI ke 63 di Lingkungan ...
status pelaksanaan dasar kepelbagaian biologi kebangsaan - NRE
Petunjuk Tata Laksana Inkontinensia Urine
Pedoman Pelaksanaan Program
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - UTHM Library
Nota Taklimat Panduan Pengurusan Pejabat
Panduan Mahasiswa Internasional - Fontbonne University
Buku Panduan Kewangan - space - UTM
GARIS PANDUAN PERANCANGAN - JPBD Selangor
Panduan Berkomunikasi melalui media massa - psflibrary.org
Panduan Amalan 5S Sektor Awam - Mampu
Komik Buku Panduan Paralegal.pdf - psflibrary.org
PANDUAN%20HKS%202013_oke
Suskes-Pelaksanaan-PKM-2014-Imam-Santoso