10.04.2018 Views

Panduan Pelaksanaan NILAM yang ditambahbaik

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

3

5

Lampiran 4

Contoh-contoh Aktiviti Bahasa Malaysia

1. Projek Pukal

1.1 Setiap kelas dibekalkan dengan buku-buku dalam kotak-kotak

yang mengandungi antara 50–100 naskah buku pada peringkat

awal dan ditambah dari masa ke semasa.

1.2 Setiap murid dibenarkan membaca dan meminjam buku setiap hari

sebanyak yang mampu.

1.3 Kerjasama guru kelas amat diperlukan dalam memastikan

kejayaan program.

1.4 Kerjasama ibu bapa dan penjaga juga diharapkan untuk membantu

membaca / menceritakan kepada anak-anak mereka isi buku yang

dipinjam.

1.5 Semua bahan bacaan akan dicatat dalam Rekod Bacaan NILAM.

2. Cergas! Cerdas!

2.1 Idea untuk projek galakan membaca Cergas! Cerdas! adalah

daripada satu program galakan membaca yang dikemukakan

dalam sebuah buku oleh Hilda K. Wisburg dan Ruth Toor yang

berjudul ‘Elementry School Librarian’s Almanac : A Complete

Media Program for Every Month of the School Year’.

2.2 Program yang dikemukakan di dalam buku tersebut kemudian

diubahsuai dan diperkembangkan lagi supaya boleh dilaksanakan

dengan mudah di peringkat sekolah. Untuk projek galakan

membaca ini murid-murid digalakkan membaca serta membuat

rekod bacaan bagi buku yang telah dibaca. Rekod bacaan murid

adalah dibuat di atas borang rekod bacaan yang disediakan khas.

Borang rekod bacaan yang disediakan membolehkan murid-murid

yang menyertai projek membuat rumusan mengenai buku yang

telah dibaca dengan mudah.

3. Program Banyak Membaca

Program ini adalah khusus untuk Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua

dikendalikan oleh seorang guru. Pelajar digalakkan membaca seberapa

banyak buku dan dicatat dalam borang-borang khas yang mana akan

dianalisis pada tiap-tiap akhir bulan untuk mengetahui jumlah buku yang

dibaca oleh setiap menentukan pelajar yang banyak membaca. Insentif

dalam bentuk hadiah diberi.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!