Views
3 months ago

Panduan Pelaksanaan NILAM yang ditambahbaik

Penerangan Cara Merekod

Penerangan Cara Merekod Bahan Bacaan Program NILAM Lampiran 5 1. Bilangan. Merujuk kepada bilangan buku yang telah dibaca. 2. Tarikh. Merujuk kepada tarikh bahan bacaan itu mula dibaca. 3. Judul. Merujuk kepada tajuk bahan bacaan yang dibaca. 4. Bilangan muka surat. Merujuk kepada jumlah muka surat bahan bacaan yang dibaca. 5. Penerbit. Merujuk kepada nama penerbit bahan bacaan yang dibaca. 6. Tahun terbit. Merujuk kepada tahun bahan bacaan itu diterbitkan. 7. Pengarang. Merujuk kepada pengarang/penulis bahan bacaan yang dibaca. Untuk bahan bacaan seperti ensiklopedia, nama pengarang tidak perlu dicatatkan. 8. Sumber. Merujuk kepada punca bahan bacaan itu diperolehi. Contoh: sumber dari pusat sumber sekolah, perpustakaan, internet dll. 9. Bahan bacaan. Merujuk kepada jenis bahan bacaan bercetak atau bahan bacaan bukan cetak. Perincian bahan bacaan bercetak: i. Fiksyen : buku cerita ii. Bukan Fiksyen : buku ilmiah iii. Karya agung : karya yang dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dll) pada sesuatu zaman, karya terbaik yang gemilang atau karya yang dicipta daripada daya intelek dan daya kreativiti yang tinggi. Contohnya Hikayat Hang Tuah, Hikayat Amir Hamzah. iv. vi. Karya besar : Satu cacatan ringkas yang padat dan komprehensif yang dihasilkan daripada karya yang lebih besar. Contohnya Ranjau Sepanjang karya Shahnon Ahmad, Hamlet oleh William Shakespeare. Perincian bahan bukan cetak: E-book : catatkan alamat URL : kategori ini termasuk bahan buku digital, bahan buku audio (CD/DVD), aplikasi yang

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 4 1 dimuat turun dll. 10. Bahasa. Merujuk kepada bahasa bahan bacaan yang dibaca. 11. Buku ini mengenai. Merujuk kepada tema bahan bacaan yang dibaca. 12. Nilai Murni yang saya dapat daripada buku ini. Merujuk kepada nilai-nilai murni yang terdapat dalam bahan bacaan. 13. Buku ini menarik/ tidak menarik Merujuk kepada pandangan murid terhadap bahan bacaan yang dibaca. 14. Rumusan Bacaan Gambaran tentang buku yang dibaca boleh diterjemahkan dalam bentuk sinopsis, peta minda, lukisan, perbendaharaan kata dan lain-lain.

Garis Panduan 5S ICUJPM - Unit Penyelarasan Pelaksanaan ...
Garis Panduan Pelaksanaan Mesin Layan Diri (Vending Machine)
Panduan Pelaksanaan Peringatan HUT-RI ke 63 di Lingkungan ...
status pelaksanaan dasar kepelbagaian biologi kebangsaan - NRE
Panduan Mahasiswa Internasional - Fontbonne University
Komik Buku Panduan Paralegal.pdf - psflibrary.org
Nota Taklimat Panduan Pengurusan Pejabat
GARIS PANDUAN PERANCANGAN - JPBD Selangor
Panduan Amalan 5S Sektor Awam - Mampu
Panduan Berkomunikasi melalui media massa - psflibrary.org
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN - UTHM Library
Buku Panduan Kewangan - space - UTM
Panduan Pembuatan Dokumen SPM UNPAB - Universitas ...
panduan lapangan praktisi perjanjian konservasi laut - Marine ...
Muat turun buku panduan membuat aduan - InsuranceInfo
Panduan Pengisian Formulir - Komisi Penanggulangan AIDS