Views
6 months ago

Panduan Pelaksanaan NILAM yang ditambahbaik

aktiviti ini juga

aktiviti ini juga dilaksanakan dalam kalangan murid sekolah menengah. Pelaksanaan program yang dicadangkan, adalah secara berterusan bermula dengan murid pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pra diploma di kolej vokasional 4.2 Aktiviti Galakan Membaca Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah perlu diterus, ditambah baik, diperluas dan ditambah dengan aktiviti-aktiviti baharu yang sesuai dengan perkembangan trend semasa. Usaha ini perlulah disokong dengan pelbagai promosi melalui media massa, media sosial serta penglibatan tokoh-tokoh ilmuan, professional, hiburan, sukan dan politik. Dalam konteks ini, pihak sekolah hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai, praktis dan berkesan dalam menyemai, memupuk dan mengembang dan melestarikan budaya membaca. 4.3 Bahan Bacaan 4.4 Masa Bahan bacaan terdiri daripada dua jenis bahan iaitu buku dan bahan bukan buku yang terdiri dari pelbagai format dan diperoleh dari pelbagai sumber. Buku Buku yang boleh digunakan ialah semua jenis buku samada dalam bentuk fizikal mahupun digital (ebook). Buku boleh diperolehi dari koleksi sedia ada di Pusat Sumber Sekolah, perpustakaan awam, perpustakaan bergerak, Perpustakaan Desa, koleksi peribadi, koleksi digital yang disimpan di storan digital dan juga dari internet. Bahan bukan buku Bahan bukan buku ialah bahan bacaan selain daripada buku seperti artikel, jurnal, majalah, komik, laporan, risalah, poster, brosur dan lain-lain. Menurut Kajian Tabiat Membaca (UPM,1997) kira-kira 15% sahaja pembelajaran yang melibatkan pembacaan. Kebanyakan latihan membaca itu dilakukan dalam masa yang singkat dan tidak berterusan. Oleh itu masa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu dimanfaatkan untuk memperkukuhkan kemahiran dan minat membaca. Disarankan supaya cadangan-cadangan di bawah ini dapat dilaksanakan :- a. Dimasukkan aktiviti membaca dalam proses PdP secara merentas kurikulum; b. Pengisian masa di luar masa PdP dan juga waktu rehat;

NILAM YANG DITAMBAHBAIK –PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 5 c. Pengisian aktiviti berkaitan pembacaan dan kemahiran selepas pembacaan semasa perhimpunan ataupun program-program anjuran sekolah. d. Diperuntukkan waktu untuk aktiviti/kemahiran PSS sewaktu minggu orientasi murid baharu yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca; e. Kesinambungan minat membaca di luar waktu persekolahan. Perlunya penglibatan dan kerjasama ibu bapa dan masyarakat setempat untuk terus memupuk minat tersebut 4.5 Pusat Sumber Sekolah Kejayaan sesuatu program pembacaan dan aktiviti pengayaan selepas pembacaan banyak bergantung kepada pengurusan PSS yang cekap. Di samping Pengetua dan Guru Besar, peranan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) amat penting untuk menerajui pengurusan PSS sebagai nadi penggerak aktiviti membaca. PSS diharapkan menyediakan wadah sebagai pusat ilmu, pusat penemuan, pusat pengajaran dan pembelajaran, pusat profesional serta pusat hubungan sosial. Pembangunan dan penyediaan sumber dan perkhidmatan PSS perlulah bersesuaian dengan konsep Bilik Darjah Abad 21 yang sedang dibangunkan secara berperingkat-peringkat di sekolah. Selain dari keperluan fizikal yang selesa, PSS juga perlu menjadi ”one stop centre” untuk penyediaan sumber dan juga koleksi bacaan yang mencukupi bagi kegunaan warga sekolah. Aktiviti meningkatkan keberkesanan PSS juga harus dijalankan seperti Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang, kemahiran penggunaan PSS dalam minggu orientasi murid baru dan lain-lain aktiviti. 4.6 Penglibatan ibu bapa, masyarakat dan sokongan agensi kerajaan/bukan kerajaan Aktiviti membaca di sekolah akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ada kesinambungan di luar persekitaran sekolah. Ibu bapa seharusnya menjadi model dan sumber inspirasi kepada anak-anak untuk terus membaca. Di samping memberi galakan dan dorongan secara berterusan, ibu bapa juga perlu meluangkan masa membaca bersama anak-anak dalam persekitaran rumah yang menggalakkan minat membaca. Agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan juga berperanan untuk bersama-sama membentuk minat membaca kepada murid-murid dan juga masyarakat melalui penganjuran program-program pembacaan. Mereka yang terlibat dalam industri penerbitan dan penyediaan bahan bacaan turut memainkan peranan yang besar dalam membentuk, membudaya

Garis Panduan Pelaksanaan Mesin Layan Diri (Vending Machine)
Garis Panduan 5S ICUJPM - Unit Penyelarasan Pelaksanaan ...
Panduan Pelaksanaan Peringatan HUT-RI ke 63 di Lingkungan ...
PANDUAN HIBAH
Pedoman Pelaksanaan Program
TIK dalam Strategi dan Rencana Pelaksanaan ... - PDII – LIPI
Petunjuk Pelaksanaan PNPM Mandiri - Badan Pemeriksa Keuangan
dokumen perubahan pelaksanaan anggaran ... - diskominfo jabar
Panduan Perencanaan Evakuasi - GITEWS
PANDUAN EITI UNTUK LEGISLATOR
Buku Panduan Skuad Pengguna - 1Pengguna
Panduan%20Penerapan%20Tata%20Kelola%20KIPPP
Pandu Arah - Politeknik Kota Bharu
Pedoman Pelaksanaan Latihan Kesiapsiagaan ... - GITEWS
Aturan Pelaksanaan TA [Compatibility Mode]
perumusan rekomendasi bagi penyusunan peraturan pelaksanaan ...
Informasi Pelaksanaan BOS di Jawa Tengah Tahun 2012 - Dinas ...