Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor - Bahasa

majlisprofesornegarampn

Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-Dalam-Penerbitan

ISBN…………………

Penerbit

Perpustakaan Majlis Profesor Negara Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-Dalam-Penerbitan

Jabatan Perdana Menteri

d/a Kementerian ISBN…………………

Pendidikan Malaysia

Aras 3, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5

62200 Wilayah Penerbit Persekutuan Putrajaya

Tel: 03-88706308/6309 Majlis Profesor Faks: Negara 03-88706837

www.majlisprofesor.gov.my

Jabatan Perdana Menteri

d/a Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5

62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 03-88706308/6309 Cetakan Pertama Faks: 2014 03-88706837

© Hak www.majlisprofesor.gov.my

cipta Majlis Profesor Negara

Hak Cipta Terpelihara

Tidak dibenarkan Cetakan mengeluar Pertama ulang 2014 mana-mana bahagian

artikel, ilustrasi © Hak dan cipta isi kandungan Majlis Profesor buku Negara ini dalam apa jua

bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik,

fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara-cara lain sebelum

mendapat izin bertulis Hak daripada Cipta Terpelihara pihak penerbit Majlis Profesor

Negara. Tidak dibenarkan Perundingan mengeluar tertakluk ulang kepada mana-mana perkiraan royalti bahagian atau

artikel, ilustrasi dan isi honorarium. kandungan buku ini dalam apa jua

bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik,

fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara-cara lain sebelum

mendapat izin bertulis daripada Dicetak pihak oleh penerbit Majlis Profesor

Negara. Perundingan My tertakluk Global kepada Ideas perkiraan royalti atau

No. 20, honorarium. Jalan Semarak

51400 Kuala Lumpur

Dicetak oleh

My Global Ideas

No. 20, Jalan Semarak

51400 Kuala Lumpur

3


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

SIDANG PENYUSUN

Penasihat

Prof. Tan Sri Zakri Abdul Hamid

Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin

Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose

Ketua Editor

Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod

Penyelaras Penerbitan

Puan Hazizah Wahab

Penyunting

Prof. Dato’ Dr. Abdul Razak Salleh

Prof. Dr. Durrishah Idrus

Penyusun

Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose

Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod

Prof. Dato’ Dr. Halimah Badioze Zaman

Prof. Dato’ Dr. Ahmad Darus

Prof. Dr. Ghizan Saleh

Prof. Dr. Durrishah Idrus

Prof. Dr. Noor Inayah Yaakub

Prof. Sr. Dr. Khairuddin Abdul Rashid

Prof. Dr. Mohamad Khan Jamal Khan

Prof. Datuk Abdul Halim Sidek

Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan

Prof. Ir. Dr. Ahmad Faizal Mohd Zain

Prof. Dr. Jayum Anak Jawan

Puan Hazizah Wahab

4


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

KataAlu-Aluan

Pengerusi

Majlis Profesor Negara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam

Sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT atas

penerbitan Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan garis

panduan ini terutamanya Kluster Governans, Perundangan

dan Pengurusan Awam.

Majlis Profesor Negara sentiasa memberi penekanan

terhadap usaha menambah baik imej serta kualiti ahli

akademik di Malaysia. Justeru pelbagai prakarsa telah

dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memperkukuhkan

5


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

prakarsa yang sedia ada dan salah satu daripadanya adalah

melalui penerbitan garis panduan ini.

Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor ini

bertujuan untuk memberi penjelasan yang lebih baik

berhubung penggunaan gelaran tersebut dan untuk

mengelakkan kekeliruan yang sering timbul terutamanya

dalam kalangan pengamal media dan orang ramai. Usaha ini

dilihat mampu meningkatkan pemahaman awam tentang

gelaran-gelaran profesor yang terdapat di Malaysia beserta

cara penggunaan dan panggilan yang tepat. Sekalung tahniah

dan terima kasih kepada Kluster Governans, Perundangan dan

Pengurusan Awam yang menerajui penerbitan garis panduan

ini serta kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung.

Wassalam

PROF. TAN SRI ZAKRI ABDUL HAMID

6


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

Prakata

Ketua

Kluster Governans, Perundangan

dan Pengurusan Awam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam

Sejahtera.

Kehebatan sebuah sistem serta institusi pengajian

tinggi negara bergantung pada kredibiliti dan kewibawaan

para profesornya. Malaysia perlu mengambil langkahlangkah

bersesuaian dalam memastikan ahli akademik di

Malaysia dihormati ilmuan tempatan mahupun antarabangsa.

Justeru, satu Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor

disediakan untuk memelihara dan memartabatkan kredibiliti

ahli akademik dan kesarjanaan para profesor di negara ini.

Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor terbitan

Majlis Profesor Negara ini memperincikan garis panduan

yang perlu diguna pakai dalam sebarang urusan dan

penulisan. Sering kali timbul kekeliruan daripada orang

awam berkenaan jenis-jenis gelaran profesor dan cara

7


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

memanggilnya serta bagaimana seseorang individu tersebut

layak mendapatnya.

Komponen utama garis panduan ini dihuraikan di

bawah tajuk Kepelbagaian Gelaran Profesor di Malaysia dan

kelayakan serta contoh kad nama turut dihuraikan mengikut

kategori berkaitan. Selain itu, cara penggunaan yang tepat

dan tidak tepat juga dilampirkan bersama. Saya berharap

Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor ini akan diguna

pakai di semua peringkat masyarakat dan institusi pengajian

tinggi Malaysia demi menjaga kewibawaan para profesor di

negara kita.

Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada semua rakan-rakan dari Kluster Governans,

Perundangan dan Pengurusan Awam serta dari kluster-kluster

lain yang sama-sama bertungkus lumus menyiapkan garis

panduan ini.

Wassalam

PROF. DR. NIK AHMAD KAMAL BIN NIK MAHMOD

8


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

KANDUNGAN

GLOSARI 11

SKOP PENGGUNAAN GARIS PANDUAN 15

RINGKASAN EKSEKUTIF 16

PENGENALAN 18


Kekeliruan Penggunaan Gelaran Profesor

TUJUAN GARIS PANDUAN 23

TAKRIF GELARAN PROFESOR 24

PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT 25

KE JAWATAN PROFESOR

KEPELBAGAIAN GELARAN PROFESOR 27

DI MALAYSIA

1. Profesor Diraja

2. Profesor Ulung

3. Profesor

4. Profesor Klinikal

5. Profesor Laureate

6. Profesor Kursi

7. Profesor Universiti

9


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

8. Profesor Praktis

9. Profesor Pelawat

10. Profesor Emeritus

11. Profesor Adjung

12. Profesor Kehormat

13. Profesor Madya

14. Penolong Profesor

SYARAHAN PERDANA 50

PENGGUNAAN DAN PEMAKAIAN

GELARAN PROFESOR YANG TEPAT

Penggunaan Yang Tepat 51

Penggunaan Yang Tidak Tepat 52

KES-KES KHAS 57

GELARAN UNTUK PROFESOR

MADYA DAN PENOLONG PROFESOR 57

KESIMPULAN 58

BIBLIOGRAFI 59

10


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

GLOSARI

BIL. ISTILAH TAKRIF

1. Ahli Akademik Individu yang dilantik sebagai kakitangan

akademik di institusi pengajian tinggi dan

mempunyai kepakaran mengikut bidang teras

masing-masing dan mempunyai pendirian

tersendiri mengenai ilmu dan kegunaannya

dalam melaksanakan tugas-tugas serta terlibat

di dalam pengajaran dan pembelajaran serta

pencarian dan penyebaran ilmu, penyelidikan

dan penerbitan, khidmat masyarakat serta

perundingan.

2. AUKU Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

(Akta 30) merupakan suatu akta untuk

mengadakan peruntukan bagi penubuhan,

penyelenggaraan dan pentadbiran universitiuniversiti

dan kolej-kolej universiti awam dan

bagi perkara-perkara lain yang berkenaan

dengannya.

3. IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

ialah universiti yang dibiayai secara awam

melalui pihak kerajaan dan ditubuhkan di

bawah AUKU. IPTA di Malaysia

dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan,

iaitu universiti penyelidikan, universiti

berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan

dan pertahanan) dan universiti komprehensif.

4. IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta ialah

universiti atau institusi yang ditubuhkan di

bawah peruntukan Akta Institusi Pendidikan

Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Ia boleh

ditubuhkan oleh individu, syarikat, kerajaan

negeri atau syarikat berkaitan kerajaan

(government-linked companies/GLC).

11


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

5. Pakar Bidang Ahli akademik yang pakar dalam sesuatu

bidang ilmu pengetahuan yang sering dirujuk

dan diakui ketinggian ilmunya serta diiktiraf

oleh kumpulan serakannya (peer group

acceptance).

6. Penolong

Profesor

(Assistant

Professor)

7. Profesor

(Professor)

8. Profesor

Adjung

(Adjunct

Professor)

Ahli akademik di dalam sesebuah universiti

yang tarafnya satu tingkat di bawah jawatan

Profesor Madya.

Jawatan yang diberikan oleh sesebuah IPT

kepada ahli akademik yang mencapai mercu

ketinggian kecemerlangan dan kepakaran

bidang ilmunya, diiktiraf dan menerima

sanjungan kumpulan serakan (peer group).

Gelaran tersebut diberikan semasa berkhidmat

dengan IPT tertentu.

Individu yang dilantik oleh Universiti dari

sektor awam / swasta / industri yang

berpengalaman untuk memberi sumbangan

dalam ilmu / bidang yang tertentu dan

mempunyai kaitan dengan pengembangan ilmu

dalam Universiti.

12


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

9. Profesor Diraja

(Royal

Professor)

Anugerah seumur hidup dan merupakan

anugerah kehormat yang diberikan kepada

seorang tokoh akademia dan cendekiawan

tersohor yang telah membuktikan sumbangan

kepada khazanah ilmu serta kepimpinan yang

luar biasa sebagai profesor universiti serta

masyarakat sejagat.

Pelantikan Profesor Diraja merupakan satu

penganugerahan oleh Canselor Universiti

setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan

Agong.

10. Profesor

Emeritus

(Emeritus

Professor)

11. Profesor

Kehormat

(Honorary

Professor)

12. Profesor

Klinikal

(Clinical

Professor)

13. Profesor Kursi

(Chair

Professor)

Tatacara pelantikannya mengikut garis

panduan yang disediakan oleh IPT/KPM.

Anugerah seumur hidup untuk Profesor yang

telah bersara sepenuhnya dari perkhidmatan

tetapi terus menyumbang dalam bidang

keilmuan dan garis panduan lantikannya

ditentukan oleh IPT.

Anugerah kepada tokoh yang tidak bertugas

sebagai profesor dan diberi kepada sesiapa

sahaja termasuk ahli politik dan warga

korporat. Anugerah ini diberi kepada individu

tetapi tidak disertai dengan tugas atau

kewajipan.

Anugerah akademik kepada anggota profesion

yang berkaitan dengan universiti dan terlibat

dalam pengajaran praktikal pelajar profesional.

Jawatan akademik di fakulti Kursi tersebut

ditempatkan, daripada kalangan tokoh yang

tersohor kesarjanaannya serta memainkan

peranan dan tugas khusus demi kepentingan

penubuhan Kursi tersebut dan perkembangan

universiti.

13


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

14. Profesor

Laureate

(Laureate

Professor)

15. Profesor

Madya

(Associate

Professor)

16. Profesor

Pelawat

(Visiting

Professor)

17. Profesor

Praktis

(Practice

Professor)

18. Profesor Ulung

(Distinguished

Professor)

19. Profesor

Universiti

(University

Professor)

Anugerah yang mengiktiraf profesor universiti

yang mempunyai tahap pencapaian akademik

yang tinggi serta diiktiraf di peringkat

antarabangsa.

Jawatan bagi ahli akademik yang telah

membuktikan kecemerlangan akademiknya,

sesuai dengan peningkatan dalam skim

perkhidmatan pensyarah, dalam tugas hakiki

seorang pensyarah. Jawatan ini ialah tingkat

terakhir sebelum pelantikan ke jawatan

Profesor.

Profesor yang dianugerahkan oleh Universiti,

sama ada dari dalam atau luar negara, untuk

memajukan bidang ilmu yang khusus mengikut

kepentingan fakulti dan perkembangan

Universiti.

Jawatan yang diwujudkan bagi ahli akademik

mahupun profesional yang mempunyai

kemahiran tinggi di dalam sesuatu bidang

tanpa terikat pada sesuatu kontrak.

Anugerah kepada ahli akademik yang

dimartabatkan ketokohan serta kesarjanaannya

dalam bidang kepakaran serta merentasi ilmu

pengetahuan dan memenuhi tuntutan advokasi

awam yang dirasai impak pemikiran dan

pandangannya oleh masyarakat serta mengikut

garis panduan yang telah ditentukan oleh

KPM.

Dianugerahkan kepada ahli akademik yang

cemerlang dalam lebih daripada satu bidang

atau disiplin yang diceburinya.

20. Sarjana Ahli akademik yang berwibawa dan tersohor

dalam bidang kepakarannya serta merentasi

bidang semasa memperagakan

kecendekiawanan / pemikiran yang bernas.

14


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

SKOP PENGGUNAAN GARIS PANDUAN

Gelaran profesor adalah gelaran yang berprestij sama

ada di dalam atau di luar dunia akademik. Kekeliruan telah

timbul dalam keghairahan sesetengah pihak yang ingin turut

serta merasakan ketokohan mereka diberi pengiktirafan setara

dengan ilmuan yang digelar profesor. Maka garis panduan ini

dibuat bagi menjelaskan kepada umum dan juga pihak IPTA

dan IPTS di Malaysia akan maksud sebenar gelaran profesor

dan kriteria yang lazimnya diguna pakai sebelum seseorang

itu dianugerahi gelaran profesor.

Garis panduan ini boleh diguna pakai oleh pihak

media dan juga penerbitan jika timbul sebarang kekeliruan

mengenai status gelaran profesor yang mahu dicetak di

hadapan nama seseorang individu sama ada dalam media

perdana ataupun media alternatif.

Adalah diharapkan pihak tertentu yang tidak

memenuhi garis panduan ini akan menghentikan amalan

penggunaan gelaran profesor di pangkal nama mereka. Di

samping itu juga semoga kekeliruan selama ini dapat

dirungkaikan demi menjaga keharmonian dan kecemerlangan

15


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

kesarjanaan di Malaysia serta memastikan setiap IPT

mematuhi garis panduan ini terutamanya garis panduan

pelantikan jawatan profesor oleh Jabatan Pengajian Tinggi

(JPT).

RINGKASAN EKSEKUTIF

Lantikan dan gelaran profesor adalah sesuatu yang

amat berprestij di sesebuah IPT dan mereka yang menerima

anugerah tersebut dianggap telah mencapai tahap tertinggi

dalam kerjaya akademik mereka. Selain daripada

pengiktirafan yang tinggi, seorang profesor boleh bercakap

sebagai yang berwibawa dalam bidangnya. Setiap IPT

mempunyai prinsip dan amalan sendiri dalam perkara ini

kerana lantikan dan gelaran profesor tidak termaktub dalam

undang-undang negara. Perbezaan juga wujud dari aspek

prinsip dan amalan di IPTA dan IPTS. Jabatan Pengajian

Tinggi (JPT) telah mengeluarkan garis panduan untuk

pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor dan

sekurang-kurangnya akan wujud persamaan dalam amalan

dan prinsip di semua IPT tempatan (Garis Panduan Lantikan

IPTA dan IPTS, AUKU, Garis Panduan 2012).

16


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

Pada amnya penggunaan gelaran profesor yang

dilantik atas dasar kenaikan pangkat tidak menjadi masalah

besar kerana mereka yang dilantik berhak menggunakan

gelaran tersebut di dalam dan di luar kampus. Masalah timbul

apabila amalan yang tidak betul dan tidak konsisten dalam

penggunaan gelaran bagi profesor bergelar seperti Profesor

Adjung serta Profesor Kehormat dan yang seumpamanya.

Lantikan ke jawatan profesor mendatangkan kebaikan

bersama kepada IPT dan orang yang dilantik. IPT menambah

bilangan kakitangan mereka yang mempunyai prestij

sementara kakitangan berkenaan menikmati kenaikan pangkat

dan berjaya mencapai status yang lebih tinggi. Untuk Profesor

Adjung dan Profesor Emeritus, IPT mendapat khidmat dalam

bentuk syarahan dan konsultansi serta hubungan yang rapat

dengan individu yang mempunyai reputasi awam yang tinggi.

Penerima anugerah pula dapat penghormatan dari sebuah

institusi yang berprestij, iaitu sebuah universiti.

17


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

PENGENALAN

Perkataan 'profesor' berasal daripada bahasa Latin

yang bermakna “a person who professes” dan juga

merupakan seorang pakar dalam bidang yang diceburinya.

Di peringkat global, termasuklah negara Komanwel

(seperti United Kingdom, Australia, New Zealand dan Afrika

Selatan) dan Eropah Utara, gelaran profesor hanya

dianugerahkan kepada ahli akademik yang paling kanan di

sesebuah universiti. Pada masa yang sama, gelaran ini juga

dianugerahkan kepada seseorang pakar beserta emolumen

yang setara dengan jawatan profesor di universiti tersebut.

Secara khususnya, profesor adalah seorang ilmuan tersohor

dan diiktiraf ketokohan dan kesarjanaannya dalam kalangan

ahli akademik dan masyarakat. Lazimnya gelaran profesor

hanya diperoleh setelah sekian lama berkecimpung dan

mempunyai kepakaran yang tinggi di dalam bidangnya.

Sebagai pakar, profesor umumnya memiliki empat kewajipan

tambahan:

1. Memberi kuliah dan mengadakan seminar dalam

bidang ilmu yang mereka kuasai sama ada dalam

bidang sains, sastera, ataupun bidang-bidang

18


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

kemahiran yang lain seperti seni reka bentuk, muzik,

perubatan, undang-undang, ataupun perniagaan;

2. Melakukan penelitian dalam bidang ilmunya dan

haruslah diterbitkan dalam bentuk buku atau di

dalam jurnal yang berwasit;

3. Menambah nilai kepada kehidupan masyarakat,

termasuk khidmat perundingan (sama ada dalam

bidang pemerintahan atau bidang-bidang lainnya

secara tidak berasaskan keuntungan);

4. Melatih ahli akademik muda/siswazah agar mampu

membantu menjadi pelapis dalam bidangnya.

Pada prinsipnya gelaran profesor diperoleh menerusi

kecemerlangan akademik dalam kalangan kakitangan

universiti. Kakitangan bukan akademik tidak layak mendapat

gelaran profesor kecuali dalam kategori profesor bergelar.

Dari segi perkhidmatan, ‘profesor’ ialah nama pangkat dalam

urutan perjawatan akademik bermula dengan tutor, pensyarah,

pensyarah kanan, penolong profesor, profesor madya dan

profesor.

Pada amalan di Malaysia, seperti perkhidmatanperkhidmatan

lain, profesor juga mempunyai tahap bermula

dengan Profesor Gred VK7 atau setara Jawatan Utama

19


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

Perkhidmatan Awam C (Jusa C), Gred VK6 (Jusa B) dan

Gred VK5 (Jusa A) dan seterusnya. IPTS mungkin

menggunakan gred-gred tertentu mengikut keupayaan serta

persetujuan organisasi mereka.

Hampir semua universiti di dunia menggunakan

kaedah penilaian rakan sebidang (peer review) untuk

mengesahkan pencapaian akademik seseorang calon profesor.

Penilaian utama ditumpukan kepada sumbangan akademik

dari segi impak penerbitan dalam jurnal terkemuka, buku,

jumlah sebutan (citation), penyeliaan mahasiswa peringkat

ijazah sarjana dan PhD, program penyelidikan, harta intelek

dan iltizam dalam aktiviti ilmiah peringkat antarabangsa.

Sumbangan dari segi pentadbiran juga diberi

penilaian tetapi tidak menjadi kayu ukur utama. Hal ini perlu

diberi perhatian kerana kecemerlangan akademik banyak

dipengaruhi ketokohan, iltizam dan reputasi profesor di

sesebuah universiti.

Dari segi tradisi dan institusi, sesebuah universiti

bukan terletak pada ciri fizikal seperti bangunan, makmal atau

kemudahan komputer. Universiti adalah komuniti

cendekiawan yang diketuai sekumpulan profesor untuk sama-

20


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

sama mempelajari, mengembangkan dan memajukan sesuatu

bidang ilmu. Semakin tinggi reputasi profesor di peringkat

antarabangsa maka semakin tinggi pula reputasi universiti

berkenaan.

Kekeliruan Penggunaan Gelaran Profesor

Di antara kekeliruan yang sering timbul terhadap

penggunaan gelaran profesor adalah kekeliruan tentang

kedudukan atau hierarki gelaran profesor. Kekeliruan berlaku

dalam kalangan masyarakat awam tentang hierarki antara

gelaran jawatan dalam profesion akademik peringkat

universiti. Kekeliruan paling ketara ialah hierarki jawatan

Profesor dan jawatan Profesor Madya. Selalunya, masyarakat

akan memanggil kakitangan akademik berjawatan Profesor

Madya dengan gelaran profesor. Sedangkan ungkapan yang

tepat untuk Profesor Madya adalah “Dr.” jika beliau

berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah atau yang setara

dengannya. Terdapat juga kes yang jawatan Profesor Madya

dianggap sebagai lebih tinggi daripada gelaran jawatan

Profesor. Kes kakitangan akademik berjawatan Profesor

Madya yang dipanggil sebagai Profesor oleh pemberita media

elektronik atau cetak, boleh disalah anggap sebagai menyamar

dan sebagainya. Kurangnya kepekaan staf akademik

21


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

berkenaan untuk membetulkan keadaan juga boleh

mengundang salah tafsir daripada beberapa pihak.

Kekeliruan juga timbul pada penggunaan gelaran

profesor di hadapan nama penuh dalam kad nama oleh

Profesor Adjung. Gelaran tersebut hanya boleh diletakkan

pada akhir nama penuhnya dengan gelaran penuh, “Profesor

Adjung”. Gelaran Profesor Adjung tidak boleh digunakan di

luar universiti yang menganugerahkannya. Namun amalan ini

juga berbeza kerana sesetengah IPT menyediakan panduan

khusus penggunaan gelaran ini dalam surat lantikan tetapi

kebanyakan universiti tidak berbuat demikian. Berdasarkan

amalan-amalan di IPT luar negara, gelaran Profesor Adjung

tidak boleh digunakan seperti profesor biasa.

Antara kekeliruan lain yang timbul adalah apabila

gelaran profesor digunakan di luar bidang akademik. Terdapat

profesion tertentu yang turut menggunakan gelaran profesor

pada pangkal nama sedangkan penggunaan gelaran profesor

sebenarnya eksklusif untuk bidang akademik dan yang

berkaitan dengannya.

22


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

TUJUAN GARIS PANDUAN

Tujuan garis panduan ini adalah untuk:

1. Menerangkan maksud jawatan profesor dan jawatan

profesor bergelar.

2. Memaklumkan tatacara penggunaan dan

penyeragaman penggunaan terma profesor kepada

masyarakat umum, komuniti ilmuan dan institusiinstitusi

yang berkenaan supaya lebih memahami dan

seterusnya mengamalkan pengunaan terma profesor

dengan tepat dan baik selaras dengan imej,

kewibawaan dan kesarjanaan para profesor.

3. Garis panduan ini mengandungi perkara-perkara

berikut:

(a) Pengenalan kepada jawatan profesor dan

jawatan profesor bergelar yang wujud di

Malaysia;

(b) Takrif jawatan profesor dan jawatan profesor

bergelar yang wujud di Malaysia;

23


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

(c) Tugas dan tanggungjawab seseorang yang

memegang jawatan profesor dan yang

memegang jawatan profesor bergelar;

(d) Isu berkaitan dengan penyalahgunaan dan

kekeliruan yang timbul bersabit dengan

pemakaian gelaran profesor yang tidak tepat

serta implikasi;

(e) Garis Panduan Pelantikan dan Kenaikan

Pangkat ke Jawatan Profesor di Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia;

(f) Etika yang diamalkan oleh seseorang yang

memegang jawatan profesor atau jawatan

profesor bergelar.

TAKRIF GELARAN PROFESOR

Gelaran profesor diberikan kepada kakitangan

akademik universiti yang telah mempamer keunggulan dan

kecemerlangan akademik melalui sumbangan ilmu dalam

penerbitan, pengajaran, penyelidikan dan keterlibatan industri

serta masyarakat yang berimpak tinggi kepada negara.

24


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

Penilaian terhadap kejituan dan kesarjanaan ilmu yang tinggi

lagi cemerlang yang dimiliki oleh seseorang ahli akademik

adalah melalui proses siri tapisan kesepakaran pelbagai

peringkat yang telah ditetapkan pihak universiti termasuk

penglibatan pengiktirafan daripada sarjana kesepakaran dalam

dan luar negara.

PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KE

JAWATAN PROFESOR

Pelantikan dan kenaikan pangkat di semua IPT hendaklah

mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia, 2012). Seorang profesor mestilah terbukti

ketokohan kesarjanaannya melalui:

(a) Produktiviti dalam bidang akademik terutamanya

penyelidikan dan penulisan dalam bidang

kepakarannya;

(b) Menerima sanjungan daripada kelompok kesepakaran

di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

(c) Mempunyai jaringan kebangsaan dan antarabangsa

yang luas dan mendalam dalam kelompok

kesepakaran;

25


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

(d) Prestasi cemerlang sebagai pemimpin akademik dan

pemimpin pentadbiran akademik;

(e) Mempamerkan sifat keserakanan yang tinggi dalam

komuniti akademiknya.

Terdapat lima kriteria yang perlu diguna pakai dalam garis

panduan pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan profesor

di IPT di Malaysia, iaitu:

(a) Penyelidikan dan penerbitan;

(b) Pengajaran dan penyeliaan;

(c) Sanjungan akademik dan kepimpinan akademik;

(d) Khidmat kepada universiti dan masyarakat; dan

(e) Perundingan/jaringan industri/klinikal.

26


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

KEPELBAGAIAN GELARAN PROFESOR DI

MALAYSIA

Gelaran profesor pada amnya terdiri daripada profesor

sebagai kerjaya dan profesor bergelar. Profesor sebagai

kerjaya termasuklah Profesor Diraja, Profesor Ulung,

Profesor, Profesor Klinikal, Profesor Laureate, Profesor Kursi,

Profesor Universiti, Profesor Praktis dan Profesor Pelawat.

Manakala profesor bergelar termasuklah Profesor Adjung,

Profesor Emeritus dan Profesor Kehormat. Sementara

Profesor Madya dan Penolong Profesor ialah jawatan di IPT

tetapi berada di luar lingkungan jawatan profesor dan profesor

bergelar secara keseluruhannya.

1. Profesor Diraja

Gelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada

seseorang profesor oleh DYMM Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong. Gelaran Profesor Diraja adalah

khusus digunakan oleh Malaysia.

Gelaran Profesor Diraja dibenar untuk digunakan di

hadapan nama penerima gelaran di dalam kad nama

beliau. Contohnya adalah seperti berikut:

27


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

2. Profesor Ulung

Pengiktirafan diberi terhadap kebolehan dan

keupayaan individu sebagai ahli sarjana serta perlu

memenuhi tiga kriteria utama, iaitu pengiktirafan dan

sanjungan, penyelidikan atau penerbitan berimpak tinggi

dan lonjakan.

Pencapaian Profesor Ulung harus diperakui dalam

bentuk anugerah berprestij oleh organisasi pengajian

serta mendapat penghargaan sumbangan akademik dan

profesional dalam bentuk kepimpinan kesarjanaan.

Pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor

28


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

Ulung adalah terbuka kepada Profesor Gred Khas A atau

yang setara.

Bagi gelaran Profesor Ulung, ia diletakkan selepas

nama penerima seperti contoh berikut:

3. Profesor

Gelaran Profesor diberikan kepada ahli akademik

yang mencapai mercu ketinggian kecemerlangan dan

kepakaran bidang ilmunya, diiktiraf dan menerima

sanjungan kumpulan serakan.

29


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

Antara kriteria yang perlu dipertimbangkan bagi

pelantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor

adalah penyelidikan dan penerbitan, pengajaran dan

penyeliaan, sanjungan akademik dan kepimpinan

akademik, khidmat kepada universiti dan masyarakat serta

perundingan/jaringan industri/klinikal.

Bagi pemegang jawatan profesor, nama jawatan boleh

diguna pakai di hadapan nama pemiliknya. Sebagai

contoh kad nama bagi seorang profesor adalah seperti

berikut:

30


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

4. Profesor Klinikal

Profesor Klinikal adalah pelantikan akademik yang

dibuat kepada anggota profesion yang berkaitan dengan

universiti dan terlibat dalam pengajaran praktikal pelajar

profesional.

Gelaran boleh diberi kepada individu yang

berkhidmat sama ada sepenuh masa atau separuh masa,

serta memfokus kepada latihan kemahiran praktikal

berbanding dengan perkara-perkara teori.

31


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

Bagi penerima gelaran Profesor Klinikal, nama

jawatan tersebut haruslah dicetak di belakang nama si

penerima seperti contoh kad nama berikut:

5. Profesor Laureate

Gelaran Profesor Laureate dianugerahkan untuk

mengiktiraf profesor universiti yang mempunyai tahap

pencapaian akademik yang tinggi serta diiktiraf di

peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh di University of South Australia

antara kriteria lantikan bagi jawatan Profesor Laureate

adalah telah menghasilkan penerbitan dan jurnal bertaraf

32


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

antarabangsa, menerima penghargaan, anugerah dan

penghormatan di peringkat tertinggi. Jawatan ini boleh

dipegang selama lima (5) tahun atau lebih mengikut

prestasi dan pencapaian beliau sepanjang tempoh

memegang gelaran Profesor Laureate.

Contoh kad nama bagi Profesor Laureate adalah

seperti berikut, yang nama jawatan dicetak selepas nama

penerimanya.

33


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

Contoh kad nama bagi ahli akademik bukan profesor:

6. Profesor Kursi

Profesor Kursi adalah seorang ahli akademik yang

dilantik dan ditugaskan untuk Kursi yang ditubuhkan di

sesebuah fakulti. Penyandang Kursi adalah daripada

kalangan tokoh yang tersohor kesarjanaannya serta layak

menggunakan gelaran profesor sepanjang tempoh

pelantikannya. Penggunaan gelaran profesor tidak boleh

diguna setelah tamat tempoh lantikan.

34


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

Objektif utama Kursi diwujudkan di universiti adalah

untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran daripada

profesor atau individu ternama dalam bidang

pengajiannya serta menjalankan penyelidikan yang hasil

penyelidikannya dapat digunakan oleh pihak berwajib

bagi membangunkan taraf sosio-ekonomi dan juga

pengajian bidang berkaitan.

Gelaran Profesor Kursi haruslah dicetak di bahagian

belakang nama si penerimanya seperti berikut.

Sebagai contoh, kad nama bagi seorang profesor

adalah seperti contoh di bawah :

35


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

Contoh kad nama bagi ahli akademik bukan profesor:

7. Profesor Universiti

Profesor Universiti dianugerahkan sebagai

penghormatan pada seseorang individu yang telah

mencapai kecemerlangan di dalam pelbagai bidang yang

diceburi dan diterokai. Universiti Harvard telah mula

menganugerahkan jawatan ini sejak tahun 1935.

Lantikan biasanya dalam kalangan mereka yang

berkebolehan dalam sesuatu kursus peringkat universiti

yang ditawarkan kepada semua dan tidak khusus kepada

sesebuah fakulti sahaja.

36


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

Gelaran Profesor Universiti haruslah dicetak di

belakang nama penerima seperti yang tertera dalam

contoh kad nama berikut:

37


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

Contoh kad nama bagi ahli akademik bukan profesor:

8. Profesor Praktis

Seseorang yang berkelayakan khususnya dari industri

dan membuat perubahan besar di dalam bidang dan

disiplin yang diceburinya serta banyak membantu dalam

membangunkan program-program di universiti layak

memegang jawatan Profesor Praktis di sesebuah

universiti. Jawatan ini tidak memerlukan mereka terikat

pada sesuatu kontrak.

38


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

Gelaran Profesor Praktis boleh digunakan di hadapan

nama penerimanya seperti contoh berikut:

Contoh kad nama bagi ahli akademik bukan profesor:

39


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

9. Profesor Pelawat

Profesor yang diundang mengajar atau memberi

ceramah di sesebuah universiti lain untuk satu tempoh

masa tertentu. Profesor Pelawat boleh dilantik secara

sepenuh masa oleh IPT yang lain.

Bagi ahli akademik yang bergelar profesor ataupun

bukan yang dianugerahkan jawatan Profesor Pelawat,

jawatan tersebut haruslah dicetak di belakang nama

penerimanya di atas kad nama seperti contoh di bawah.

40


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

Contoh kad nama bagi ahli akademik bukan profesor:

10. Profesor Emeritus

Profesor Emeritus dianugerahkan kepada bekas

profesor terkemuka yang sudah menamatkan

perkhidmatan di sesebuah universiti. Sesetengah

universiti menetapkan tempoh minimum perkhidmatan

jawatan sebagai profesor, biasanya paling kurang 10

tahun. Amalan yang seharusnya diikuti ialah pelantikan

hendaklah dibuat kepada profesor yang telah bersara

sepenuhnya dari institusi penganugerah dan asas anugerah

ialah untuk menghargai sumbangan besar beliau dalam

bidang ilmu pengetahuan.

41


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

Syarat-syarat lantikan bagi Profesor Emeritus adalah

berdasarkan kepada sumbangan, tempoh berkhidmat,

rekod perkhidmatan dan reputasi yang bersih.

Kepimpinan akademik dan penghargaan juga merupakan

kriteria lantikan bagi Profesor Emeritus selain

penyelidikan, penerbitan, perundingan dan persidangan.

Namun, gelaran Profesor Emeritus diperoleh secara

automatik selepas persaraan seseorang profesor di

beberapa negara seperti Sweden dan Denmark. Profesor

Emeritus selalunya tidak lagi berkhidmat dengan institusi

yang menganugerahkan gelaran tersebut.

Gelaran Profesor Emeritus pada kad nama adalah

seperti contoh berikut:

42


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

11. Profesor Adjung

Profesor Adjung dianugerahkan kepada kakitangan

bukan akademik yang mempunyai pengalaman luas dalam

profesion beliau atau dalam sesuatu industri dan telah

banyak memberi sumbangan kepada perkembangan

sesuatu bidang ilmu. Biasanya gelaran itu diberikan

kepada tokoh perunding, penyelidik dan pentadbir yang

banyak membantu sesebuah universiti dalam sesuatu

prakarsa atau program khas berkaitan pengembangan

ilmu. Gelaran ini tidak boleh digunakan di hadapan nama

penerima.

43


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

Gelaran Profesor Adjung haruslah dicetak di bawah

nama penerimanya seperti contoh kad nama berikut:

Contoh kad nama bagi bukan ahli akademik:

44


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

12. Profesor Kehormat

Tokoh yang diberi gelaran profesor tetapi tidak

bertugas sebagai profesor dan diberi kepada sesiapa

sahaja termasuk ahli politik dan warga korporat. Gelaran

ini diberi kepada individu tetapi tidak disertai dengan

tugas atau kewajipan. Seperti Profesor Adjung, gelaran ini

tidak boleh digunakan di hadapan nama penerima.

Cetakan kad nama bagi penerima gelaran Profesor

Kehormat haruslah di belakang nama penerima gelaran

tersebut. Berikut ini disertakan contoh cetakan kad nama

profesor kehormat bagi ahli akademik bertaraf profesor,

ahli akademik bukan profesor dan bukan ahli akademik.

45


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

46


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

13. Profesor Madya

Gelaran Profesor Madya adalah bagi ahli akademik

yang telah membuktikan kecemerlangan akademiknya,

sesuai dengan peningkatan dalam skim perkhidmatan

pensyarah, dalam tugas hakiki seorang pensyarah.

Jawatan Profesor Madya ialah tingkat terakhir sebelum

dilantik sebagai Profesor.

Bagi tujuan cetakan kad nama seseorang yang

bergelar Profesor Madya, gelaran tersebut dibenarkan

untuk dicetak di hadapan nama penerimanya. Sebagai

contoh:

47


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

14. Penolong Profesor

Penolong Profesor adalah seorang pensyarah kanan

yang dilantik atas dasar kelayakan beliau serta dinilai

berdasarkan tahap kecemerlangan yang ditetapkan oleh

universiti atau institusi tersebut. Beliau telah berkhidmat

pada satu-satu tempoh yang melayakkan beliau untuk

dikurniakan jawatan ini serta memenuhi kriteria untuk

penilaian seperti pengajaran dan penyeliaan,

penyelidikan dan penerbitan, perundingan dan

kepakaran, persidangan, khidmat, sanjungan dan

kepimpinan akademik dan juga sebagai bonus jika

mempunyai kelayakan profesional.

Sebagai contoh, Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia (UIAM) melantik Penolong Profesor daripada

kakitangan akademik yang lulus pengajian Doktor

Falsafah. Penolong Profesor adalah di tahap satu tingkat

di bawah jawatan Profesor Madya di dalam sesebuah

universiti atau IPT.

48


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

Bagi jawatan Penolong Profesor, cetakan kad nama

adalah seperti contoh berikut:

49


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

SYARAHAN PERDANA

Dalam bidang akademik dan keilmuan, seseorang

yang menerima anugerah kesarjanaan tinggi akan memberi

ucapan atau syarahan perdana sebagai tanda beliau layak

menerima anugerah tersebut. Perkara ini diamalkan oleh

penerima Hadiah Nobel, ahli kepada badan-badan akademik,

penerima ijazah Doktor Falsafah Kehormat, dan yang

seumpamanya. Beliau akan menyampaikan inti pati

penyelidikannya yang melayakkannya naik pangkat. Pada

kebiasaannya beliau akan menyingkap kembali penyelidikan,

penerbitan dan hasil yang terkemuka sepanjang kerjayanya

sebagai ahli penyelidik atau akademik. Amalan tersebut

jarang dilakukan oleh mereka yang pernah menyampaikannya

dan berpindah ke universiti lain.

Di beberapa universiti tempatan pula, syarahan

perdana juga merupakan kriteria untuk kenaikan gred profesor

dari VK7 ke VK6. Ia juga merupakan syarat untuk melantik

profesor secara kontrak selepas pencen.

50


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

PENGGUNAAN DAN PEMAKAIAN GELARAN

PROFESOR YANG TEPAT

Penggunaan Gelaran Yang Tepat

Penggunaan gelaran profesor pada pangkal nama

yang tepat dan dibenarkan adalah kepada individu yang

memegang jawatan Profesor dan yang dianugerahi Profesor

Diraja, Profesor Ulung, Profesor Emeritus, Profesor Klinikal,

Profesor Laureate, Profesor Kursi, Profesor Praktis dan

Profesor Universiti. Lantikan Profesor penuh adalah daripada

kenaikan pangkat di IPT atas dasar merit mengikut garis

panduan yang ditetapkan. Gelaran ini tidak boleh digunakan

selepas bersara. Gelaran Profesor Diraja pula dianugerahkan

kepada seorang profesor oleh DYMM Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong. Manakala bagi Profesor Ulung,

lantikannya adalah suatu pengiktirafan terhadap kebolehan

dan keupayaannya sebagai seorang sarjana. Profesor

Emeritus dianugerahkan kepada individu yang telah

memberikan sumbangan akademik dan merupakan gelaran

seumur hidup.

Gelaran Profesor Klinikal adalah gelaran yang diberi

kepada ahli akademik yang berkhidmat dalam pengajaran

praktikal pelajar profesional. Manakala Profesor Laureate

51


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

pula dianugerahkan kepada profesor universiti yang

mempunyai tahap akademik yang tinggi dan diiktiraf di

peringkat antarabangsa. Penyandang jawatan Profesor Kursi

pula adalah dalam kalangan tokoh akademik dan lantikannya

adalah bertujuan untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran

di dalam bidang pengajiannya.

Penggunaan Yang Tidak Tepat

Gelaran profesor yang sering disalah guna pada

pangkal nama adalah gelaran profesor yang diperoleh

berdasarkan sumbangan/penganugerahan tertentu oleh

sesebuah institusi seperti Profesor Adjung, Profesor Kehormat

dan Profesor Pelawat.

Kriteria lantikan Profesor Adjung adalah mengikut

garis panduan universiti masing-masing. Dalam kes ini,

gelaran profesor tidak boleh digunakan dalam surat rasmi.

Bagi penggunaan di dalam kad nama pula, gelaran profesor

tidak boleh diletakkan pada pangkal nama tetapi diletakkan di

hujung nama si pemakai dengan ungkapan Profesor Adjung.

Gelaran ini hanya boleh digunakan semasa tempoh pelantikan,

semasa menjalankan aktiviti yang merupakan sebahagian

daripada sumbangannya terhadap universiti dan juga hal-hal

52


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

rasmi serta penghormatan di universiti tertentu dengan

kebenaran universiti yang melantiknya.

Penganugerahan Profesor Kehormat adalah sebagai

menghormati dan meraikan kepakaran serta sumbangan

beliau di dalam bidang yang diceburi. Pemakaian gelaran

profesor tidak dibenarkan dalam segala urusan melainkan di

universiti yang menganugerahkan gelaran tersebut sahaja.

Penggunaan pada kad nama juga mengikut peraturan seperti

penggunaan gelaran Profesor Adjung.

Manakala Profesor Pelawat hanya boleh

menggunakan gelaran tersebut di institusi yang melantiknya

selama tempoh pelantikan berkuat kuasa. Gelaran ini boleh

diguna pakai di dalam hal-hal rasmi dan penghormatan di

universiti tertentu dengan kebenaran universiti yang

melantiknya melainkan beliau merupakan profesor hakiki di

universiti asal beliau. Contoh-contoh penggunaan gelaran

profesor yang tidak tepat, yang gelaran profesor diletakkan di

depan nama penerimanya adalah seperti berikut:

53


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

54


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

55


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

56


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

KES-KES KHAS

Kes apabila seseorang profesor dari sebuah universiti

dan kemudian ditindik ke sebuah badan lain dibenar

menggunakan gelaran profesor selagi beliau tidak melepaskan

jawatannya di universiti tersebut.

GELARAN UNTUK PROFESOR MADYA DAN

PENOLONG PROFESOR

Seperti yang disebut di dalam glosari, jawatan

Profesor Madya dan Penolong Profesor belum mencapai taraf

sebagai profesor penuh. Oleh yang demikian, Profesor Madya

dan Penolong Profesor tidak boleh digelar sebagai profesor.

Penggunaan yang betul adalah seperti berikut:



Ungkapan untuk Profesor Madya dan Penolong

Profesor adalah “Dr.” jika beliau berkelulusan ijazah

Doktor Falsafah atau yang setara dengannya.

Sekiranya tidak mempunyai ijazah Doktor Falsafah

atau yang setara dengannya ungkapan untuk Profesor

Madya dan Penolong Profesor adalah Encik/Cik atau

Tuan/Puan.

57


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

KESIMPULAN

Garis panduan ini harus dipatuhi walaupun ia tidak

mengikat mana-mana pihak kerana garis panduan ini bukan

undang-undang. Namun begitu untuk memastikan bahawa

gelaran ini eksklusif dan berprestij di akademia dan juga

untuk memastikan integriti gelaran dan pemakaian yang tekal,

garis panduan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

Untuk masa hadapan, diharapkan satu daftar gelaran

profesor dengan penguatkuasaan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) dapat diterbitkan.

58


Garis Panduan Penggunaan n Gelaran Profesor r 2013

BIBLIOGRAFI

Akta Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996

(Akta 555).

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30).

Buletin Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

(2010, Jun). Prof. Dato’ Dr. Lokman Saim Terima Gelaran

“Clinical Professor” Dari Universiti Terkemuka Australia.

Universiti Kebangsaan Malaysia. http://www.ppukm.ukm.my

Kelly Farrell (2009, Ogos). The Use of the Title ‘Professor’.

University of Melbourne.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2012). Garis

Panduan Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Ke Jawatan

Profesor Di Institut Pengajian Tinggi Di Malaysia, Edisi ke-2

2012. Penerbit UiTM Press

Policies and Procedures (2009, September). University of

South Australia. http://w3.unisa.edu.au

Portal Institut Islam Hadhari (2011, Mac). Lawatan Profesor

Pelawat, Profesor Mohd Syukri Salleh, Pengarah Pusat

Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM.

Universiti Kebangsaan Malaysia. www.ukm.my/hadhari/

Utusan Malaysia Online (2013, Jun). Rosmah Terima

Anugerah Profesor Kehormat dari IITU Kazakhstan.

http://www.utusan.com.my

59


Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor 2013

University of Virginia, Policy: Professor of Practice, dicapai

pada 3 Februari 2014, daripada

https://policy.itc.virginia.edu/policy/policydisplay?id=PROV-

014

University Professorships, Harvard University, dicapai pada

3 Februari 2014, daripada http://www.harvard.edu/universityprofessorships

Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor (2007, Julai). Kursi

Pengajian Melayu di New Zealand. Berita Harian.

Zaini Ujang (2009, Jun). Profesor Penentu Kecemerlangan

Universiti. Berita Harian (Rencana - Minda Lestari).

60

More magazines by this user