07.08.2018 Views

KIKHB BOOK 2018

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH

PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadirat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya Politeknik Kuala Terengganu

dapat menganjurkan Konvesyen Inovatif Kreatif 2018 (KIK 2018) yang bertemakan “Revolutionary Technology

and Digitalisation Move Innovation”. KIK 2018 merupakan salah satu wadah pertandingan produk inovasi

bertujuan meningkatkan amalan menyebarluas produk inovasi baharu serta perkongsian pengetahuan

dalam kalangan warga pendidik, pengamal dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia

dalam pelbagai disiplin teknologi.

KIK 2018 menerima penyertaan yang merangkumi pelbagai bidang seperti kejuruteraan dan teknologi.

Justeru, impak produk inovasi dan kreatif dapat menghasilkan nilai, memperbaiki kaedah dan prosedur cara

kerja. Konvensyen ini adalah landasan terbaik dalam meningkatkan kerja berpasukan dalam kalangan warga

politeknik dan kolej komuniti. Natijahnya, hasil pertandingan ilmiah ini dapat menyedia sumber rujukan dan

panduan kepada pelajar, pensyarah, institusi pendidikan, masyarakat dan industri.

Semoga dengan penganjuran konvensyen KIK 2018 dapat memberi cetusan inspirasi

kepada semua terutama dalam usaha membekalkan modal insan berkualiti kepada

negara. Saya mengucapkan selamat berjuang dan selamat maju jaya kepada semua

peserta konvensyen yang mengambil bahagian pada konvensyen kali ini.

Selain daripada KIK 2018, JPPKK juga menganjurkan seminar dan pertandingan inovasi

seperti Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompeEx),

Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET Peringkat Kebangsaan (PERISA),

Conference in Education on Technical and Vocational Education and Training

(CiETVET), International Conference on Research in TVET Studies (ICOR-

TVET) dan Liga Ilmu Serantau (LIS). Penganjuran ini boleh meningkatkan

imej dan pembudayaan dalam penyelidikan dan inovasi Politeknik

dan Kolej Komuniti Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan atau

antarabangsa.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung terutama kepada sekretariat yang

telah berusaha keras bagi memastikan konvesyen ini dapat dijayakan

dengan sempurna.

Sekian, terima kasih

DR. ISHAK BIN MOHAMAD

PENGARAH, PPI JPPKK

6

KIKHB18

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!