29.10.2018 Views

programbook_PAKIS18_ebook

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Seulas Pinang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menguntumkan ucapan tahniah dan syabas

kepada Jawatankuasa Penganjur serta Pusat Penyelidikan dan Inovasi yang telah bertungkuslumus

dalam memastikan kejayaan penganjuran program Pameran Kecemerlangan Inovasi Staf

2018 (PaKIS’18) pada tahun ini.

Alhamdulillah, pada tahun ini sekali lagi kita menyaksikan peningkatan bilangan pengiktirafan

inovasi institusi politeknik dan kolej komuniti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

menerusi arena berprestij seperti International Invention, Innovation & Technology Exhibition

(ITEX), Malaysia Technology Expo (MTE), International Exhibition Of Inventions In Geneva,

Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) dan banyak lagi berbanding pada tahun lepas.

Peningkatan ini secara tidak langsung menunjukkan reka cipta yang dihasilkan oleh warga

politeknik dan kolej komuniti mempunyai nilai yang tinggi dan berjaya menarik perhatian juri

profesional pertandingan-pertandingan. Adalah menjadi harapan saya penganjuran PaKIS’18

ini dijadikan hari kemuncak bagi kita meraikan kejayaan semua pemenang anugerah inovasi.

Saya juga berharap, pengiktirafan yang diterima ini dapat dijadikan suntikan semangat kepada

pemenang anugerah untuk menghasilkan inovasi yang boleh mengharumkan nama jabatan

dan kementerian sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa di masa akan

datang.

Syabas dan tahniah kepada para pemenang. Kepada yang tidak terpilih pada tahun ini, cuba

lagi dan terima kasih kerana telah turut sama memberikan sumbangan dalam peningkatan

terhadap kreativiti dan inovasi.

Akhir kata, tahniah sekali lagi pada jawatankuasa serta pihak-pihak yang telah membantu

dalam menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung. Saya berharap

program ini dapat merapatkan hubungan semua yang terlibat di samping mencapai objektif

yang disasarkan.

Sekian, terima kasih.

Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!