Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu

linalizan

2


Selasa | 12 Februari 2019

Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu

& Pelancaran 60 Tahun Kampus Ilmu Khas

Masa

07.30 |

08.30 |

08.40 |

08.50 |

| Dewan Dato’ Razali Ismail

Ketibaan Para Tetamu

Ketibaan Tetamu Kehormat

YB Dr. Maszlee bin Malik

Menteri Pendidikan Malaysia

Sesi Kecergasan

Siswa Guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Selamat Datang

Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Maju dan Sejahtera

Nyanyian Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia

Bacaan Doa | Saudara Mohammad Ezwan Mohd Ali Kusbari

Ucapan Alu-aluan

YBrs. Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

08.55 |

09.20 |

09.50 |

09.55 |

10.00 |

10.45 |

Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu

Demontrasi Modul 10 Minit Pehimpunan

Info Interaktif Modul 10 Minit Perhimpunan

PETAH | Sudut Pidato

Ucapan

YB Dr. Maszlee bin Malik

Menteri Pendidikan Malaysia

Persembahan

Multimedia Memori 60 Tahun Kampus Ilmu Khas

Nyanyian Lagu IPG Kampus Ilmu Khas

Persembahan Selingan | Siswa Guru Pendidikan Muzik

Lawatan Tetamu Kehormat

Reruai Pameran | Kampus Ilmu Khas

Bersurai

3


Pendidikan berteraskan nilai menjadi antara hala tuju Kementerian Pendidikan

Malaysia dalam merencanakan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

seperti di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan ternyata dapat memanusiakan insan. Sehubungan itu kemenjadian murid

dalam pelbagai aspek merupakan kualiti sebenar pendidikan negara. Murid perlu

disemai dengan nilai-nilai murni agar mereka membesar sebagai insan yang dipenuhi

dengan pelbagai moral serta sikap yang dapat membentuk mereka menjadi insan

berjaya.

Perhimpunan di sekolah menjadi platform untuk menerapkan elemen nilai ini dalam

pendidikan. Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yang diperkenalkan oleh Institut

Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) memberikan satu alternatif bagaimana

penerapan nilai dapat dilaksanakan secara seronok dan gembira tetapi bermakna.

M10MP ialah modul inovasi berimpak tinggi yang mengutamakan penglibatan murid

secara aktif dan kolaboratif yang menterjemahkan pembudayaan pembelajaran abad

ke-21 sekali gus mewarnakan evolusi perhimpunan sekolah masa kini.

Usaha IPGKIK dalam menyokong dasar dan hala tuju Kementerian Pendidikan

Malaysia amat dialu-alukan dan dihargai. Sekolah perlu menjadi tempat paling membahagiakan

dan proses pembelajaran berjalan dengan penuh keseronokan agar ia

mampu menyemai rasa cinta terhadap ilmu. Sekolah juga harus menjadi tempat di

mana perbezaan kepercayaan akan bukan sahaja dihormati tetapi dihargai dan diraikan.

Maka, akan wujudlah nilai kasih sayang, kegembiraan dan hormatmenghormati

dalam diari kehidupan murid itu sendiri.

Selain daripada pendidikan berteraskan nilai, Kementerian juga memfokuskan

ketinggian kualiti (high quality) sebagai hala tuju yang perlu dicapai bersama.

Ketinggian kualiti merangkumi tiga aspek iaitu kecemerlangan, relevansi dan

keberkesanan. Kecemerlangan institusi seperti IPGKIK misalnya bukan sahaja

daripada pelajar, pendidiknya, malah alumni turut memacu prestasi

kecemerlangannya. Kebitaraan institut ini dalam Pendidikan Khas, Pendidikan Muzik,

Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan telah menyerlahkan aura

dan kuasa alumni di serata tempat. Sarana alumni yang teguh mampu memupuk

semangat dan daya juang IPGKIK sebagai sebuah institusi pendidikan guru yang

sangat relevan kepada dunia perguruan di negara kita.

Selamat menyambut 60 tahun Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

YB Dr. MASZLEE BIN MALIK

Menteri Pendidikan

4


Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah menggariskan lapan inisiatif kluster

dalam Transformasi IPG bermula 2016 – 2025 yang bermatlamat ke arah institusi

latihan guru yang utama dalam meningkatkan standard pendidikan di Malaysia

melalui pembangunan pendidikan guru. Antara kluster tersebut termasuklah

pembudayaan penyelidikan dan inovasi yang semakin relevan serta signifikan untuk

diaplikasi dan diadaptasi dalam pendidikan sebenar di negara ini.

Sebagai institusi yang melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui

program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia,

IPGM sentiasa komited meneroka dan meningkatkan hasil penyelidikan berimpak

tinggi dan seterusnya mencapai kecemerlangan dan pengiktirafan dalam tempoh

mendatang.

Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yang diperkenalkan oleh Institut Pendidikan

Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) merupakan antara inovasi yang dirancang berdasarkan

analisis keperluan bagi membudayakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Setiap

pengisian diperincikan bagi memenuhi keperluan pendidikan semasa dan relevan

dengan murid sekolah. Aktiviti M10MP yang fleksibel dapat menjelmakan budaya

PAK21 dalam perhimpunan sekolah. Atas kelainan yang diberikan, M10MP diterima

ramai dan penggunaannya semakin meluas di seluruh negara. Inilah yang dikatakan

penghasilan produk amalan terbaik berimpak tinggi yang boleh dimanfaatkan oleh

banyak pihak. IPGM amat berbangga dan sentiasa menyokong usaha memperkasa

amalan terbaik ini selari dengan dinamika nilai dalam pendidikan khususnya nilai

kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati.

Pada kesempatan ini juga, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga IPG-

KIK sempena menyambut 60 tahun penubuhan Kampus Ilmu Khas. Usia ini ibarat suatu

perjalanan yang mematangkan warganya. Segala pencapaian yang dikecapi menjadi

sejarah berharga, hasil usaha keras dan kualiti kerja yang sentiasa menjadi budaya di

kampus ini. Komitmen padu daripada pihak pengurusan dan alumni menjadi

pemangkin kepada lonjakan prestasi dalam pelbagai bidang yang aktif diceburi

mengikut kebitaraannya iaitu bidang Pendidikan Khas, Pendidikan Muzik, Pendidikan

Seni Visual dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

Saya berkeyakinan bahawa alumni IPGKIK akan sentiasa menyokong institut berbudi

ini dalam pelbagai aspek seperti sokongan kepakaran, sokongan material, sokongan

moral mahupun aktiviti sukarela. Saya percaya IPGKIK akan meneruskan lagi tradisi

kecermerlangan dalam pelbagai bidang dan mencapai kejayaan sebagai pusat latihan

guru yang melahirkan pendidik yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Selamat menyambut 60 tahun IPG Kampus Ilmu Khas.

YBhg. Dr. HAJAH RUSMINI BINTI KU AHMAD

Rektor

Institut Penddiikan Guru Malaysia

5


Cabaran pendidikan abad Ke-21 perlu dilihat daripada perspektif yang lebih besar dan

diletakkan semula di landasan yang betul. Ini adalah antara usaha yang dijalankan

menuju ke arah merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan

perterjemahan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Salah satu

matlamat utama untuk mencapai apa yang dihasratkan oleh FPK adalah dengan

membangunkan insan yang seimbang dan sejahtera. Guru dan pentadbir perlu kreatif

menggunakan sumber yang ada dan boleh diperoleh melalui kerjasama pelbagai

pihak. Usaha untuk membimbing murid memerlukan kreativiti dan keberanian

melakukan pembaharuan khususnya terhadap strategi pelaksanaan.

Perhimpunan sekolah merupakan antara inisiatif Institut Pendidikan Guru Kampus

Ilmu Khas (IPGKIK) dalam menyokong perubahan dan keperluan pendidikan semasa.

Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) dibangunkan dengan matlamat membentuk

kemenjadian murid, di samping memberikan wajah baharu perhimpunan pada masa

kini. Modul komprehensif ini menjadi wadah alternatif dalam penerapan nilai-nilai

murni secara interaktif dan iteraktif kepada murid melalui aktiviti dan panduan yang

terancang. Pelibatan murid secara aktif dan kolaboratif menjadikan perhimpunan

sekolah semakin bermakna dan meninggalkan kesan positif kepada warga sekolah.

Selain M10MP, aktiviti seperti pidato, interaksi antara murid dan pentadbir, raikan

kecemerlangan, dan refleksi terhadap isu turut menjadi sebahagian evolusi

perhimpunan yang wajar dikongsi bersama-sama. Harapan disandarkan agar pihak

sekolah dapat merebut peluang dan kesempatan ini untuk meningkatkan kualiti

kemenjadian murid melalui aktiviti semasa perhimpunan di sekolah.

IPGKIK ditubuhkan pada tahun 1959 dengan nama Specialist Teachers’ Training

Institute (STTI). Pada tahun 1966 nama STTI telah bertukar kepada Maktab Perguruan

Ilmu Khas (MPIK), Institut Perguruan Ilmu Khas (2006) dan Institut Pendidikan Guru

Kampus Ilmu Khas (2010). Pelancaran 60 Tahun Kampus Ilmu Khas pada hari ini akan

melakarkan sejarah dalam perkembangan latihan keguruan di Malaysia. Latihan

keguruan ini menjadi nadi penting ke arah kecemerlangan pendidikan melalui wajahwajah

kejayaan dari tahun 1959 hingga 2019 berlandaskan amalan dan berakhlak

mulia, kreativiti dan inovatif, matang dalam pemikiran dan tindakan, berprestasi

tinggi, cekap berkomunikasi, dinamis, berwawasan dan berdisiplin.

IPGKIK tanpa jemu akan meneruskan langkah dengan penuh keazaman untuk

kesinambungan kecemerlangan legasi ini. Di sinilah lahirnya pendidik berpengaruh,

berjasa dan berbakti kepada anak bangsa dan negara dalam pelbagai bidang. Semoga

IPGKIK akan terus cemerlang dalam memperkasa dan memartabatkan bidang

perguruan di negara ini.

Selamat menyambut 60 tahun Kampus Ilmu Khas

YBrs. Dr. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI

Pengarah,

IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

6


M10MP ialah himpunan aktiviti unpack curriculum yang komprehensif

dan berstruktur yang dilaksanakan dalam tempoh 10 minit sewaktu

perhimpunan sekolah.

Aktiviti M10MP menerapkan nilai secara hands on, KBAT, PAK21,

Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK), pentaksiran

berasaskan sekolah dan didik hibur. Semua elemen ini diadun dalam

panduan pelaksanaan lengkap supaya aktiviti yang dibuat bermakna

kepada murid.

Mencetus pemikiran

luar kotak dalam

pelaksanaan bagi

meningkatkan

kemahiran komunikasi,

kepemimpinan,

pemikiran inovatif,

kreatif & dwibahasa.

Menggarap elemen KBAT

dan PAK21 yang berfokus

kepada amalan

berimpak tinggi.

Aktiviti bersifat

unpack curriculum.

Murid mengorganisasi

perhimpunan (perancangan

bahan, mengkaji aktiviti

Modul dan mengendalikan

perhimpunan merujuk

(10MP).

Menyedia aktiviti

secara komprehensif

dan fleksibel

mengikut kesesuaian

murid dan lokasi.

Memperkenalkan

perhimpunan sekolah

alaf baharu.

7


Projek M10MP selaras dengan kehendak keadaan dan ekosistem

pendidikan semasa yang menekankan aspek berikut:

Pemikiran Kritikal

Komunikasi

Nilai

Kolaboratif

Kreatif & Inovatif

Kenegaraan

Karektor

Berinisiatif

Kemahiran Sosial

Kepimpinan

8


Mencetus wajah baharu perhimpunan

sebagai mana yang dikesan di dalam

kajian Maklum Balas Pelaksanaan

M10MP dengan peratusan keseluruhan

94.2%.

Menyokong PAK21 secara langsung

melalui amalan berimpak tinggi

(higher order doing)

dalam perhimpunan sekolah.

Membangun pembinaan

karektor murid khasnya

atribut diri 90.64%, serta

nilai dan etika (87.27%)

Menyumbang kepada penguasaan

kemahiran insaniah seperti kepimpinan

(95.51%), komunikasi (82.02%) ,pemikiran

inovatif dan kreatif (94.01%) dwibahasa

(85.02%) dan kemahiran revolusi industri

4.0 (79.03%).

9


Pelancaran M10MP

Festival Hari Guru

Peringkat Kebangsaan

2017 Johor Bahru.

Hari Guru Peringkat

Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur 2017.

Simposium

Kebangsaan

Merangkai Titik-titik

Peringkat

Kebangsaan 2018

(Connecting The

Dots).

Seminar

Antarabangsa

Pedagogi

Kursus

Pembangunan

Profesionalisme

Guru Zon Tengah

2018.

Penataran untuk

guru-guru Daerah

Semporna Sabah

Seminar Amalan Pendidikan

Terbaik Peringkat

Kebangsaan Perak 2017.

Penataran Jabatan

Pendidikan Negeri

Perak 2018

10


Pasukan Higher Order Doing (HOD)

mewakili Modul 10 Minit Perhimpunan

telah memenangi :

* Anugerah Khas Kumpulan Inovasi dan

Kreativiti Yayasan Guru Tun Hussein Onn

* Johan Pertandingan Horizon Baharu

Kumpulan Inovatif dan Kreativiti (KIK)

Pertandingan Horizon Baharu

Kumpulan Inovasi dan Kreativiti

Persidangan

Penyelidikan &

Inovasi Pendidikan

Kebangsaan IPG Kali

ke-3 di IPGK

Temenggong Ibrahim

pada 12-13 Sept

2018.

Kumpulan HOD telah

memenangi Anugerah

Emas (Johan) dalam

Pertandingan KIK IPG-

KIK pada 3-5 Julai

2018.

Kumpulan HOD telah

memenangi Anugerah

Emas dalam Pertandingan

Inovasi peringkat

IPGKIK pada 25-26 April

2017 di IPGKIK

11


Penulis Modul

2017

Fokus

Aktiviti

PAK 21

KBAT

NILAI

2018

Fokus

Aktiviti

PAK 21

KBAT

NILAI

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Kemenjadian Murid

2019

Fokus

Aktiviti

PAK 21 | KBAT

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Kemenjadian Murid

Nilai dan Pembinaan Karektor

Norani binti Abd Rahim

Norzamziah binti Md Noor

Norliza binti Jaafar

Dr. Zahiah binti Haris@Harith

Dr. Noor Hayati binti Che Mat

Aliza binti Adnan

Norimah binti Mat Som

Dr. Mohd Khamdani bin Sairi

Dr. Ismail bin Raduan

Norulazilah binti Md. Nordin

Anita Sapura binti Shaari

Azlina binti Abd Rani

Rozaina binti Abd Razak

Lye Guet Poh

Haslina binti Hassan

12


13


14


15


JOM SENYUM

Tajuk

Aktiviti

Saya KASIH & SAYANG

semua !

Mengamalkan sikap

keprihatinan untuk

melahirkan perasaan

kasih dan cinta daripada

hati yang ikhlas.

Rujukan:

16


NILAI

SOKONGAN

Personaliti

CERIA

Nilai Teras

KASIH

SAYANG

1 2

Imej/Identiti

HORMAT

NILAI

SOKONGAN

Perlakuan

GEMBIRA

4

PEMBINAAN

KAREKTOR

3

Prinsip

BAHAGIA

Kepimpinan

Komunikasi

Mengamalkan senyum sentiasa

supaya mencetuskan kegembiraan

kepada diri, rakan & keluarga

Kemenjadian

Murid

Etika &

Kerohanian

Pendidikan

4.0

Dwibahasa

Pemikiran Kreatif

& Kritis

Atribut Diri

Potensi Diri:

Penyayang dan ceria

Kecerdasan Pelbagai:

Interpersonal,

intrapersonal &

Eksistensial

Minat Kerjaya:

Sosial, enterprising &

investigative

Pentaksiran

Berasaskan

Sekolah

Kokurikulum/ Segak

Kempen ‘Hari Senyum’

dilaksanakan di

sekolah termasuk

murid berkeperluan

khas.

Perbincangan

Kumpulan

Dengan menggunakan

6 Warna Topi Berfikir

tentang amalan

Senyum

Membuat pergerakan

tanda hormat atau salam

yang betul dan beradab

sambil senyum.

Menguasai psikomotor

(jejari) Kod Tangan

Bahasa Melayu (KTBM)

untuk menunjukkan

Senyum kepada rakanrakan.

17


Ketibaan Pentadbir Sekolah

Murid menundukkan kepala sedikit sebagai tanda hormat

apabila barisan pentadbir dan guru melangkah ke dewan

perhimpunan.

Nyanyian lagu Negeri, Negaraku, Bacaan Doa dan Lafaz Ikrar

Semua aktiviti dikendalikan sepenuhnya oleh murid termasuk

pengacara perhimpunan.

Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP)

Aktiviti berpusatkan murid mengikut tema Nilai yang

diketengahkan berdasarkan format perhimpunan PAK21.

Elemen KBAT, Kreativiti, Pentaksiran dan Atribut Diri digabungjalin

secara komprehensif agar aktiviti berimpak tinggi.

Raikan Kecemerlangan

Pentadbir sekolah menghebahkan dan meraikan kecemerlangan

warga sekolah dalam pelbagai bidang melalui

aktiviti hebahan dan penyampaian anugerah.

Sudut Petah

Murid berkongsi idea dan cerita yang disampaikan oleh murid

secara berpidato, bercerita dan lain-lain. Tujuan slot ini untuk

menunjukkan kemahiran komunikasi dan atribut diri murid di

khalayak ramai.

Interaksi

Murid berpeluang bersoal jawab atau memberikan cadangan

kepada pentadbir tentang sesuatu isu.

Amanat Pentadbir

Pentadbir sekolah menyampaikan amanat secara interaktif

dan merumuskan perhimpunan mingguan.

Nyanyian lagu Sekolah

Menulis Refleksi

Murid menulis refleksi perhimpunan di Sudut Refleksi

18


Ketibaan Guru Penasihat

Murid menundukkan kepala sedikit atau bersalam

sebagai tanda hormat.

Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah

Semua aktiviti dikendalikan sepenuhnya oleh murid

termasuk pengacara perhimpunan kecil.

Bacaan Doa

Murid memimpin bacaan doa.

Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP)

Aktiviti berpusatkan murid mengikut tema nilai yang

diketengahkan berdasarkan format perhimpunan PAK21.

Elemen KBAT, Kreativiti, Pentaksiran dan Atribut Diri

digabungjalin secara komprehensif agar aktiviti

Interaksi

Murid berpeluang bersoal jawab atau memberikan

cadangan kepada guru penasihat tentang sesuatu isu.

Aktiviti Mingguan Kokurikulum

Murid menjalankan aktiviti kokurikulum berdasarkan

topik yang ditetapkan.

Refleksi

Murid memberikan maklum balas dan penilaian

terhadap aktiviti mingguan.

Rumusan Guru Penasihat

Pentadbir sekolah menyampaikan amanat secara

interaktif dan merumuskan perhimpunan mingguan.

19


Bermula dengan “Specialist Teachers’ Training Institute” (STTI) bertukar

kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) telah dirasmikan

pada 8 Jun 1960 oleh Menteri Pelajaran –

YB En. Abdul Rahman bin Talib.

Pada 6 Mei 2006 MPIK telah dinaik taraf kepada Institut Perguruan

Ilmu Khas (IPIK) dan kini ia dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru

Kampus Ilmu Khas (IPGKIK).

20


Melahirkan

guru-guru

Pendidikan Khas

yang

berpengetahuan,

berkemahiran,

berketerampilan

& bertanggungjawab

untuk

mendidik murid

berkeperluan

khas.

Memberi

pendedahan

yang meluas

dalam bidang

Pendidikan

Khas melalui

kursus, bngkel,

seminar, forum

dan aktiviti

kesukarelawan.

Meningkatkan

kecemerlangan

jabatan dalam

bidang akademik

dan profesional

sebagai pusat

rujukan program

Pendidikan Khas

21


Memperlengkapkan diri siswa

guru supaya dapat menjadi

guru Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan (PJK) yang

berkompetensi tinggi, berpengetahuan,

ber-ketrampilan

dan ber kemahiran dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan kecemerlangan

jabatan dalam

bidang akademik dan

profesional untuk menjadi

pusat rujukan program

Pendidikan Jasmani,

Pendidikan Kesihatan dan

Kecergasan.

Memberi pendedahan yang

meluas dalam Pendidikan

Jasmani, Pendidikan Kesihatan

dan Kecergasan melalui

kursus, bengkel, seminar dan

forum.

22


Datuk Siti Salmah Mat Jusak

Datuk Zaiton Othman

Datuk Abdul Rafie Mahat

Dato Mokhzani Ismail

Dato' Seri S.K. Devamany

Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Datuk Faridah Merican

Tan Sri Dato’ Wira Abdul Aziz

Dato' Karam Singh Walia

Shamsudin Jaafar (J.Sham)

23


L A K A R A N

K E C E M E R L A N G A N

Siswa Guru | Pencapaian Muhammad Faris Abdullah

Info penuh Lakaran

Kecemerlangan 2018

IPG Kampus Ilmu Khas

Info penuh Lakaran

Kecemerlangan 2017

IPG Kampus Ilmu Khas

Pensyarah | Teo Kian Joo Pengadil Badminton Antarabangsa

Pengadil Kejohanan Badminton

Malaysia Open Masters 2018.

Pengadil Kejohanan Badminton

Malaysia Open Super Series 2018

Technical Delegate Kejohanan Para

Badminton Terbuka Ireland 2018

Pengadil Kejohanan Badminton

Dunia Nanjing 2018

Asian Para Games Indonesia 2018

Ketua Deligasi Teknikal Para

Sukan 2018

24


L A K A R A N

K E C E M E R L A N G A N

JENAMA IPGKIK

Nama Lycan sinonim dengan

pasukan ragbi Institut Pendidikan

Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK).

Pasukan ini sentiasa digeruni oleh

barisan pemain daripada pasukanpasukan

lain kerana Lycan dibarisi

oleh pemain yang berpengalaman

dan berkualiti sehingga sering

mencapai kejayaan.

KOLABORATIF IPGKIK – QUT AUSTRALIA

TERBIT KAJIAN BERSAMA

LYCAN

IPGKIK dan QUT Australia telah berkolaboratif sejak tahun 2009

ketika memulakan Program Bachelor of Education Studies

(Primary TEFL).

P E R T A N D I N G A N D E B A T T E R B U K A I L M U K H A S ( D e T I K )

25


WAJAH-WAJAH ALUMNI ILMU KHAS

Ayu Malina Zainudin mencerminkan kualiti diri

siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus

Ilmu Khas (IPGKIK) apabila dilantik sebagai

Pengadil Hoki oleh Federal International Hockey

yang berpusat di Switzerland. Terkini nama

Ayu Malina tersenarai sebagai Pengadil dalam

Youth Olympic Games di Buenos Aires pada

Oktober 2018. Pada 11-21 Mei 2018 lalu,

Ayu Malina turut mengadili Kejohanan Asian

Champion Throphy di Korea.

Alumni PISMP Pendidikan Muzik 2013-2016,

Ooi Yi Ming bertanggungjawab sebagai

Konduktor pasukan koir SJKC Taman Connaught

memenangi Anugerah Emas dalam Malaysia

International Music Art Festival yang

berlangsung di Genting International Convention

Centre. Festival yang berlangsung pada 26-29

Nov 2018 telah diadili oleh barisan hakim dari

Taiwan, China dan United Kingdom.

Sissy Imann binti Muhammad Kamil atau lebih

dikenali sebagai Sissy Imann, alumni Pendidikan

Muzik, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

(IPGKIK) semakin bersinar apabila berjaya

menempatkan diri dalam industri muzik negara.

Keistimewaan Sissy Imann bukan sahaja dalam

nyanyian tetapi dalam penciptaan lagu termasuk

kebolehannya bermain pelbagai instrumen muzik

khususnya piano.

26


Pelancaran Persatuan

Alumni Ilmu Khas telah

disempurnakan oleh YB

Datuk Seri S.K Devamany,

Timbalan Menteri di

Jabatan Perdana Menteri.

Lebih 800 alumni hadir

dalam majlis ini.

Persatuan Alumni Ilmu Khas

t e l a h m e n d a p a t Sur a t

Kelulusan Rasmi Alumni Ilmu

Khas dan Sijil Pendaftaran

oleh ROS Kuala Lumpur.

27


WAJAH-WAJAH ALUMNI ILMU KHAS

Tan Sri Dato’ Wira Abdul Aziz bin Tapa

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Wira Abdul Aziz bin Tapa,

tokoh politik dan pejuang kemerdekaan negara ialah seorang

guru kelahiran IPG Kampus Ilmu Khas. Beliau menjejakkan

kakinya di institut ini pada tahun 1963, mengikuti Kursus

Seni dan Kraf tangan selama setahun. Kerjaya beliau dalam

bidang pendidikan mulameningkat apabila beliau memegang

jawatan Guru Besar di Sek.Keb Sg.Rambai, Melaka. Dalam

bidang seni pula, beliau meminati “pottery”. Bakat seni dan

kepimpinan tersulam begitu indah sehingga membawa beliau

menceburi bidang politik. Tan Sri mengorak langkah menempa

kejayaan dalam bidang ini sehingga dilantik sebagai wakil

rakyat dan Senator Dewan Rakyat. Harapan beliau terhadap

IPGKIK ialah nama baik institusi ini terus dipelihara pada

mata masyarakat dan negara.

Yang Berbahagia Dato’ Mokhzani Ismail ialah seorang

tokoh muzik kelahiran Maktab Perguruan Ilmu Khas.

Beliau memulakan tugas sebagai guru muzik di Perlis

pada tahun 1981. Kemudian memperolehi Ijazah

Muzik dari Berklee College of Music, Boston, Amerika

Syarikat. Mulai tahun 1991 beliau beralih kerjaya

sebagai pemain piano dan penggubah lagu di

orkestra RTM. Kejayaan beliau diiktiraf dan dilantik

menjadi Pengarah Muzik RTM pada tahun 1999.

Antara sumbangan beliau memimpin orkestra pada

peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Simfoni

Putrajaya 2007 pimpinan beliau telah dinobatkan

sebagai Konsert Orkestra di Pentas Terbuka oleh

Malaysia Bookof Record. Beliau juga

bertanggungjawab menubuhkan RTM Jazz Orkestra.

Hasil usaha beliau yang membanggakan ialah album

sulung RTM Jazz Orkestra diedar ke seluruh kedutaan

Malayisia di seluruh dunia dan pusat pengajian

tinggi.

Dato’ Mokhzani bin Ismail

Datuk Zaiton binti Othman

Nama Zaiton Othman memang sudah tidak asing lagi

apabila kita bercerita tentang SEA Games. Beliau bercita

-cita menjadi seorang guru dan telah menempah tempat

di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1979 dalam

bidang Pendidikan Jasmani. Kejayaan cemerlang Zaiton

terbukti dengan memenangi Pingat Emas, Perak dan

Gangsa dalam acara lari berganti-ganti dalam sukan Asia

dan SEA Games tahun 1979, 1981 dan 1983. Telah mewakili

Malaysia dalam Asian Veteran’s Meet di Seoul,

“World University Games” di Jepun dan Yugoslavia. Pembantu

Pengajar di San Diego University pada tahun 1992.

Beliau telah dianugerah Chanselor’s Gold Medal Award

UPM (1987)

28


29


Selasa | 12 Februari 2019

JAWATAN KUASA INDUK

Penasihat | Dr. Mohd Suhaimi Mohamed Ali | Pengarah

Pengerusi | Dr. Norherani Moning | Timbalan Pengarah

Penyelaras | Pn. Norani Abd Rahim | Penyelaras JK Jaringan Korporat

Setiausaha | Pn. Norzamziah Md Noor | Setiausaha JK Jaringan Korporat

Bendahari | Pn. Julisah Awang Jad | Pegawai Eksekutif Kanan

Pengurus Program | Dr. Ismail Hj Raduan | JK Jaringan Korporat

Dr. Azizah Suleiman | Ketua Jabatan Pendidikan Visual

Host Perhimpunan Feb 2019

JK Pengurusan Acara |

JK Logistik dan Tugas-Tugas Khas |

JK Teks Ucapan |

JK Buku Program |

JK Pengangkutan dan Kebajikan |

JAWATAN KUASA PELAKS ANA

JK Wadah |

JK Persiapan Tempat |

JK Siar raya & Multimedia |

JK Jamuan |

JK Perhiasan Pentas, Bilik Bunga Raya & Blok Harmoni |

JK Sambutan, Protokol & Pengacaraan |

JK Sijil Penyertaan |

JK Cenderamata & Bacaan Doa |

JK Persembahan |

JK Pendaftaran |

JK Keselamatan |

JK Pameran |

JK Dokumentasi, Fotografi & Promosi |

Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris

Khidmat Pengurusan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

JK Jaringan Korporat

Jabatan Sains Sukan

Jabatan Ilmu Pendidikan

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

JK Jaringan Korporat

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Jabatan Teknologi Pendidikan

Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi

Jabatan Pendidikan Khas

Jabatan Pendidikan Seni Visual

Jabatan Pengajian Melayu

Jabatan Pengajian Sosial

Jabatan Pendidikan Islam & Moral

Jabatan Pendidikan Muzik

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Jabatan Matematik dan Sains

Unit Psikologi & Kaunseling

Unit Kokurikulum

Jabatan Penyelidikan, Inovasi

& Profesionlisme Keguruan

Jabatan Kecemerlangan Akademik

Unit Perpustakaan

30


31

Selasa | 12 Februari 2019


Sebarang pertanyaan sila hubungi:

m10mp@gmail.com

Laman Web IPGKIK

Laman Web M10MP

Booklet Wadah

32

More magazines by this user
Similar magazines