Laporan Tahunan PHB 2017

pejabathartabinautm2019

Penerbitan buku laporan ini adalah bagi merakamkan keseluruhan aktiviti berteraskan visi dan misi PHB yang dilaksanakan sepanjang tahun 2017. Pelbagai aktiviti dan skop pengurusan fasiliti universiti diuruskan dan disediakan dengan sempurna bagi menjamin keselesaan warga kampus amnya. Buku laporan ini juga membuktikan bahawa PHB secara keseluruhannya telah mencipta satu semangat kerja berpasukan yang menitikberatkan aspek profesional, integriti, kerjasama serta memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi menjadi peneraju dalam pembangunan pengurusan projek, pengurusan dan penyenggaraan fasiliti, pengurusan asset dan perkhidmatan, pengurusan perolehan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan mempunyai pengurusan sumber manusia yang cekap.

More magazines by this user
Similar magazines