11.06.2019 Views

V3-merged-pages-deleted

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

K

A

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Segala puji bagi Allah yang maha Esa.

Assalamualaikum Warahmatulllahi Wabarakatuh, Salam sejahtera.

Saya merakamkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberi peluang dan

ruang untuk melakarkan coretan dalam majalah ini. Tahniah dan syabas kepada

seluruh warga pendidik di Sk Sri Mersingkhususnya Sidang Redaksi Majalah Sekolah

kerana berupaya melakukan satu anjakan paradigma.

Penerbitan D’Puncak iaitu majalah versi elektronik ini, memberi gambaran jelas

kepada saya betapa warga pendidik sentiasa kreatif, inovatif dan kritis dalam

mendepani segala macam kekangan bagi menjayakan sesuatu gagasan.

Pendidik semacam ini sudah tentu berupaya memberi inspirasi kepada anak-anak

didiknya. Dalam zaman serba canggih ini, kemahiran teknologi wajar diaplikasi bagi

memastikan misi dan visi pendidikan mampu dicapai.

Dalam kesempatan ini, saya menyeru kepada seluruh warga pendidik agar

sentiasa berfikiran positif dan dedikasi dalam usaha kita melahirkan generasi berilmu

yang akan menjadi tunggak negara pada masa depan.

Akhir kata, sekalung tahniah saya hadiahkan buat seluruh warga kerja yang

berusaha dalan penerbitan majalah ini.

Sekian, terima kasih .

EN MD JAIS BIN SAMAT

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MERSING

(EN. MD JAIS BIN SAMAT)

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!