Buku Program 2FRace 2019

2frace2019

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UiTM

Cawangan Sabah selaku penganjur utama dan pihak AKPK

Wilayah Sabah selaku penganjur bersama kerana telah sudi

menjemput saya bagi mewakili Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

untuk merasmikan program The Financial Freedom Race

atau 2FRace yang mengetengahkan tema Deal with the Debt!

Sesungguhnya pihak DBKK amat berbesar hati kerana telah dilamar untuk menjalinkan

satu bentuk kolaborasi dalam program kesedaran seumpama ini. Pihak kami sentiasa

siap siaga menyokong dan mendokong apa sahaja bentuk usaha dalam memacu

pembangunan masyarakat di kota peranginan semulajadi ini sama ada pembangunan

ekonomi, pemantapan sosial, pemesatan teknologi hinggalah kepada aspek perkembangan

intelektual serta literasi pengurusan kewangan.

Tahniah juga diucapkan kepada UiTM Cawangan Sabah dan rakan kolaborasi AKPK

yang telah berhempas pulas dalam memastikan program ini dapat terlaksana dengan

jayanya dan seterusnya mencapai objektif yang dihajati.

Program 2FRace ini merupakan suatu langkah permulaan yang saya kira cukup baik.

Justeru, adalah diharapkan dengan terlaksananya aktiviti ini, ramai pihak akan

mendapat manfaat terutamanya kesedaran untuk mengamalkan cara pengurusan

kewangan yang baik. Saya optimis sekiranya program 2FRace ini dapat dilaksanakan

secara konsisten pada setiap tahun dan dibuka penyertaannya kepada seluruh pelusuk

Negara, Bandaraya Kota Kinabalu akan mempunyai satu lagi identiti baharu iaitu sebagai

hub kecelikan kewangan di Negara kita.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah

kepada jawatankuasa penganjur serta semua yang terlibat untuk menjayakan program

yang sangat bermanfaat. Besarlah harapan saya, semoga kerjasama seumpama

ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian terima kasih

Sekapur Sireh

YB Datuk Hj Nordin Siman

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu

Ucapan perasmian di sampaikan oleh Encik Benedick

Oliver Lidadun, Pengarah Penyelidikan & Inovasi DBKK

bagi mewakili YB Datuk Mayor

Similar magazines