Panduan Mudah Pemula YouTube
Panduan Mudah Pemula YouTube - ini perkongsian ilmu dan tips untuk anda yang hendak memulakan karier Youtuber.
Panduan Mudah Pemula YouTube - ini perkongsian ilmu dan tips untuk anda yang hendak memulakan karier Youtuber.
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
HAK CIPTA TERPELIHARA
Semua bahagian dalam penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan
dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam sebarang cara
sama ada dengan cara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman dan sebagainya
sebelum mendapat izin bertulis daripada KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
DITERBIT DAN DICETAK OLEH :
Kolej Komuniti Temerloh,
Kementerian Pengajian Tinggi,
By Pass Batu 2, Jalan Temerloh,
Kg Chatin Ulu, 28400 Mentakab,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-2701550/ 52/ 53
Faks : 09-2701551
Email : kkmb@kkmen.edu.my
PENULIS :
Mohd Nor Hafiz Bin Sawandi
EDITOR :
Nor Aishah Binti Othman
Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani
Nurul Naim Binti Othman
PRAKATA
Assalamualaikum W.B.T,
Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah Maha Esa kerana memberikan ketabahan dan
kesabaran serta memudahkan setiap perincian perjalan kami sehingga terhasilnya
Penulisan Buku Ilmiah yang berjudul “Panduan Mudah Pemula YouTube” .
Panduan mudah ini dikhaskan kepada pemula (beginner) untuk hendak berjinak-jinak
dengan saluran YouTube iaitu menghasilkan koleksi video untuk dikongsi. Banyak perkara
asas dan teknikal yang perlu pemula ambil tahu dan faham sebelum, semasa dan selepas
mencipta saluran video sendiri.
Panduan menghuraikan cara mendaftar akaun YouTube, pemilihan niche kandungan,
penggunaan dan konsep rakaman, katakunci untuk meningkatkan Search Engine
Optimization (SEO) video, mengurus dan saluran termasuk playlist, merekabentuk
thumbnail, membuat tatapan teknikal video sebelum dimuatnaik (upload) dan kaedah
memasarkan kandungan melalui media sosial untuk mendapat penonton.
Panduan ini dilengkapi Carta Alir Proses Kerja Rakaman YouTube dan Carta Alir Proses
Kerja Muatnaik YouTube. Dalam buku ini juga ada dikongsikan 25 tips penting yang perlu
pemula mengambil tindakan dalam saluran YouTube.
Perkongsian ilmu dan cerita pengalaman ini adalah dari saya yang masih “hijau” dalam
bidang ini. Diharapkan perkongsian ilmu dan pengalaman ini tidak terhad kepada faktor
tinggi rendah tahap ilmu atau latar belakang individu itu. Asalkan perkongsian ilmu itu
ikhlas dan jujur yang menjadi keutamaan utama.
Tidak lupa kami sampaikan terima kasih kepada seluruh pihak yang telah membantu dalam
pembuatan dan penghasilan buku panduan ini. Justeru itu, diharapkan buku panduan ini
dapat memberikan manfaat baik di kalangan masyarakat, pelajar dan khususnya para
pembaca yang budiman.
Penulis;
MOHD NOR HAFIZ BIN SAWANDI
KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
KANDUNGAN
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Pengenalan 1-3
Youtuber Sebagai Kerjaya 3-6
Subscriber 6-8
Saluran Masih “Hijau” 9-12
Niche Kandungan 13-16
Perkakasan & Tempat Rakaman 16-17
Perisian Rakaman & Editing 18-20
Green Screen 20-21
Search Engine Optimization (SEO) YouTube 21-25
End Screen 25-27
Watermark Branding Channel 27-28
Cards 28-30
Hashtag 30-31
Pinned Comment 32
Tag pada Video 33
Description 33-34
Playlist 35-36
Memulakan Saluran YouTube 36-40
Perisian YouTube Studio di Telefon Bimbit 40
Waktu dan Hari Terbaik untuk Muat Naik Video 41
Monetize 42
Carta Alir Proses Kerja Rakaman YouTube 43
Carta Alir Proses Kerja Muatnaik YouTube 44-45
Tips dalam YouTube 45-47
Nama Channel YouTube 47-48
Sumber Bacaan 49-51
Akhir Kata 52
Rujukan 53
Pengenalan
Aplikasi YouTube salah satu platform media sosial berasaskan perkongsian
video yang amat popular masa kini. Setiap warganet pasti mempunyai saluran atau
channel YouTube sendiri. Menurut Global Webindex agensi kajian pasaran global,
hasil bancian warganet berumur 16 tahun sehingga 64 tahun dikalangan warga
Malaysia pada Januari 2019, ia menunjukkan saluran YouTube mencapai 93%
platform paling aktif. Manakala Whatsapp dan Facebook berkongsi 91% platform
paling aktif. (Sumber : wearesocial.com)
Rajah 1 : Platform Media Sosial Paling Aktif 2019 di Malaysia
Laman web ini membenarkan para pengguna untuk memuat naik, menonton,
menilai ulas, berkongsi, menambahkan ke kegemaran(like), melaporkan dan
memberi komen kepada kandungan video. Kandungan video kebiasaannya seperti
klip-klip video dan rancangan televisyen, video muzik, filem
pendek dan dokumentari, berita, rakaman audio, treler filem dan kandungan lain
seperti blog video, video asli pendek dan video pendidikan (Sumber :
Wikipedia.org).
Panduan Mudah Pemula YouTube / 1
Rajah 2 : Platform Media Sosial Paling Aktif 2018 di Malaysia
Menurut sumber yang sama dari dalaman Google, pada tahun 2018 seramai
20 juta orang pengguna YouTube di Malaysia ( Rajah 2) . Angka ini amat besar
berbanding jumlah keseluruhan rakyat Malaysia seramai 32.4 juta pada tahun 2018
(Jabatan Perangkaan Negara, 2019). Berlaku peningkatan tahun demi tahun
berbanding tahun 2018 dan 2019. Ianya menjadikan saluran YouTube pilihan
saluran digital utama di Malaysia. Dan pastinya nanti pada tahun 2020 lebih ramai
lagi pengguna yang akan menggunakan aplikasi ini.
Rajah 3 : Sumber YouTube Insight Tahun 2015
Panduan Mudah Pemula YouTube / 2
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), disebabkan ramai yang terpaksa
berkurung di dalam rumah akibat penularan Virus Corona, mereka menjadi bosan.
Maka, mungkin mereka banyak menonton video di YouTube. Bila view meningkat,
sudah pastilah YouTube yang mendapat keuntungan. Kajian juga menunjukkan
bahawa sekarang ini 60% orang lebih suka menonton video di YouTube berbanding
di televisyen. Di Malaysia, tontonan YouTube melalui peranti mudah alih semakin
meningkat, di mana sekarang lebih ramai pengguna menghabiskan masa
menonton video YouTube menggunakan peranti mudah alih seperti telefon bimbit
dan tablet berbanding penggunaan desktop.
Menurut kajian Google terhadap profil pengguna Malaysia, secara purata,
55% daripada responden dilihat menyatakan minat mereka kepada kandungan di
YouTube berbanding siaran saluran televisyen. Salah satu sebab adalah kerana
kemudahan mencari kandungan di YouTube dan setiap kali berkunjung ke laman
tersebut, pengguna akan melihat lebih daripada satu video.
Youtuber Sebagai Kerjaya
Semasa PKP berlangsung, ramai rakyat Malaysia berjinak-jinak dengan
YouTube. Oleh kerana pematuhan pergerakan di rumah, mereka yang mempunyai
telefon bimbit merakam apa sahaja yang boleh dijadikan kandungan.
“Nak jadi youtuber tak perlu banyak modal, guna kamera smartphone saja pun
dah cukup” – Saudara Amar, Penulis Ebook Jom Jadi Youtuber!
Youtuber atau sinonim dengan pereka kandungan (content creator) adalah
kerjaya yang menghasilkan kandungan saluran di YouTube. Pereka kandungan ini
ada sepenuh masa dan separuh masa serta menjadikan kerjaya ini sebagai punca
pendapatan. Mereka menghasilkan video-video yang berkualiti dan cerita untuk
menarik subscriber. Antara contoh Youtuber yang terkenal di Malaysia ialah saluran
Panduan Mudah Pemula YouTube / 3
DDChronicle, Sugu Pavithra, Syahmi Sazli, MrKokom, selebriti terkenal mahupun
bukan di kalangan artis seperti Veveonah.
Rajah 4 : Antara Youtuber Popular di Malaysia
Hendak menjadi Youtuber tidak perlu banyak modal. Paling asas untuk
memulakan rakaman video, guna kamera smartphone sahaja pun sudah memadai.
Telefon bersama anda selama 24 jam dan gunakan untuk merakam video, edit
video dan buat konten di mana-mana sahaja. Amatlah rugi jika kemudahan yang
ada di tangan anda tidak digunakan secara maksima. Teknik merakam tidak perlu
rumit sangat sebab anda bukan nak mencipta filem atau drama yang panjang.
Ditambah dengan perisian atau app untuk edit video yang mudah didapati malahan
anda boleh dapat dari sumber yang percuma.
“Saya ni pemalu orangnya…seganlah masuk video”
Kadang-kadang video yang mentah atau tidak disunting lagi penonton suka
dan tinggi tontonannya. Kalau anda kekok bercakap di hadapan kamera, jadi anda
tidak perlu buat video jenis bercakap. Anda boleh gunakan caption text dan muzik
latar sahaja untuk menerangkan kandungan video anda.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 4
Kalau anda sejenis yang pemalu untuk muncul dalam video, buatlah video
di mana wajah anda tak perlu muncul dalam video. Cukup sekadar audio suara,
caption text, dan muzik latar. Tapi jangan dipandang rendah orang tak hensem,
tapi disebabkan kandungan video yang menarik dan watak yang mencuit hati
penonton, tidak hairan video mereka dapat viewer yang tinggi.
Saya pelbagaikan cara kemunculan dalam setiap video. Ini kerana kelainan
itulah kebiasaan citarasa audience. Citarasa perlu diubah-ubah untuk mengelakkan
kebosanan. Jadi ada video tutorial dengan kaedah menampakkan wajah, audio
suara dan muzik latar sahaja.
Rajah 5 : Visual Wajah, Audio dan Screen Recording pada Video
Engagement iklan video amat tinggi berbanding elemen lain. Syarikat
pengiklanan dan pemasaran banyak tumbuh serta peluang pekerjaan seperti video
editor semakin menjadi demand.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 5
Akhir sekali, kelebihan menjadi Youtuber yang paling menarik ialah jika anda
jadi kaya raya atau jutawan kerana dapat duit hasil monetize, anda tidak perlu
membayar cukai pendapatan. Ini kerana, wang yang anda dapat adalah dari sumber
luar Negara (Perenggan 28, Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967).
Subscriber
Dahulu, Youtuber berlumba-lumba nak jadi artis. Tapi sekarang, artis pula
yang berlumba-lumba nak jadi Youtuber. Sebab apa? Sebab artis pun tahu, jadi
Youtuber lagi “masyuk” daripada kerjaya artis itu sendiri. Kerana audience atau
viewer di YouTube adalah global bukan setakat lokal sahaja.
Bayangkan video anda ditonton oleh sesiapa sahaja di serata pelusuk dunia.
Peminat dari seluruh dunia datang ke saluran anda untuk menonton video anda.
Macam anda yang pernah menonton video dari luar. Begitu juga dengan orang di
luar sana, turut menonton video anda. Dengan viewer yang ramai maka potensi
saluran anda mempunyai subscriber dan watch hour amat tinggi.
Rajah 6 : 1M Subscriber Level Gold Creator Award oleh Syahmi Sazli
Dengan subscriber yang ramai, maka jam tontonan video (watch time) akan
bertambah banyak, maka pihak YouTube akan monitise video-video mereka
dengan meletakkan iklan-iklan produk atau servis. Paparan iklan inilah yang akan
menjadi sumber pendapatan bagi Youtuber. Secara tidak langsung akan
meningkatkan watchtime dan menyebabkan pihak YouTube percaya atau trust
dengan saluran video anda. Pasti anda pernah nampak iklan muncul sebelum,
Panduan Mudah Pemula YouTube / 6
semasa atau di akhir video yang anda tonton. Jika anda tidak Skip Ads, maka
Youtuber akan dapat bayaran dari pihak YouTube.
Rajah 7 : 100M Subscriber Red Diamond Creator Award oleh PewDiePie
Namun saluran YouTube tidak menghadkan atau memilih pengguna. Sesiapa
sahaja boleh memiliki saluran video sendiri. Sekiranya anda ada kemahiran, hobi,
idea, tips yang ada dan rakam semuanya dan muatnaik ke saluran video. Untuk
melayakkan monetize, anda perlu mendapat sekurang-kurang 1000 subscribers
dalam 12 bulan terakhir.
Cara untuk menambah subscriber, anda boleh kongsikan video ke media
sosial yang lain seperti facebook page, telegram, twitter dan instagram. Ada juga
yang menggunakan teknik “sub4sub”, namun ia agak kurang beretika dan pihak
YouTube agak kurang senang dengan teknik tersebut. Ada juga di kalangan mereka
akan unsubscribe channel selepas beberapa ketika. Jadi elakkan teknik ini kerana
ia akan merugikan anda.
“Subscriber yang tulen adalah subscriber yang mencari video-video anda dan
apabila audience suka secara automatik penonton akan sokong channel dan ikut
perkembangan anda”
Panduan Mudah Pemula YouTube / 7
Rajah 8 : Laman facebook CikguIT
Rajah 9 : Akaun Instagram CikguIT
Rajah 10 : Akaun Twitter CikguIT
Panduan Mudah Pemula YouTube / 8
Saluran Masih “Hijau”
Untuk mencipta saluran YouTube dengan kandungan pembelajaran amat mencabar
dari segi untuk mencapai jumlah penonton dan jam tontonan. Kini saluran saya
masih setapak demi setapak mencari langkah untuk terus maintain. Tapi niat “share”
adalah lebih besar.
Rajah 11 : Saluran CikguIT
Perjalanan mula memuat naik video ke YouTube bermula pada lewat
September 2010 di mana ketika itu video-video bersama keluarga, video berbentuk
klip pendek, video bola sepak dan video melancong yang dimuat naik. Video yang
dirakam merupakan video mentah iaitu tidak diedit. Asal ada video terus upload
dalam channel. Selain video keluarga, saya juga memuat naik video-video berkaitan
PDP dalam kelas saya mengajar. Setiap pelajar yang telah siap projek atau tugasan,
saya akan meminta mereka untuk merakam aktiviti dan hasil pembelajaran.
Kemudian saya upload dalam saluran YouTube dan saya akan kongsikan capaian
atau link di akaun Instagram dan Facebook rasmi kolej dan peribadi.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 9
Rajah 12 : Rakaman Video Projek Kelas
Pada ketika itu, saya kerap kali merakam video selain mengambil gambar.
Asalkan ada video yang dirakam pasti akan dimuat naik. Tiada ilmu YouTube yang
dipelajari secara rasmi sama ada mengikuti kelas atau kursus Youtube. Penulis
sekadar tahu muat naik video, beri tajuk yang sesuai dan upload. Hanya tahu
perkara asas dalam pengurusan saluran YouTube. Kursus-kursus berkaitan agak
jarang dianjurkan.
Video-video yang melibatkan pelajar, saya simpan sebagai bukti
pembelajaran dan ia juga dapat mendedahkan kepada orang luar apa yang berlaku
dalam proses pembelajaran. Sekaligus dapat mempromosikan pengambilan pelajar.
Pelajar juga rasa seronok mencuba perkara baharu iaitu suntikan elemen rakaman
video hasil pembelajaran mereka dan dikongsikan kepada semua orang di luar sana.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 10
Rajah 13 : Video Tutorial Pertama Semasa PKP
Audience sekarang suka menonton video berbanding dengan teks, gambar
dan audio. Menurut sumber agensi global pemasaran berkaitan video menyatakan
95% syarikat setuju mengatakan dengan video dapat meningkatkan pengguna
memahami produk dan servis. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa konsep visual
(video) dapat meningkatkan kemampuan seseorang untuk mengingat konsep dan
perincian dengan kesan yang semakin meningkat dari masa ke masa. Penonton
mengekalkan 95% mesej ketika menontonnya dalam video berbanding 10% ketika
membacanya dalam teks.
Jadi, sebagai langkah alternatif untuk mengurangkan simpanan telefon
bimbit ialah dengan memuat naik video ke saluran YouTube. Tidak begitu susah
untuk memiliki saluran video kerana anda hanya perlu mendaftar akaun Google,
maka anda akan mendapat akaun YouTube juga selain Gmail, Drive dan aplikasi
tambahan lain.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 11
Rajah 14 : Google Apps pada Paparan Google Chrome
Namun niche kandungan saluran YouTube penulis agak tidak konsisten dan
fokus kerana kandungan bercampur (mixed) antara keluarga dan kerja. Penonton
kurang gemar untuk subscribe saluran yang bercampur aduk kandungannya. Ia
agak tidak menarik perhatian dan membosankan, melainkan kita seorang artis
terkenal, di mana semua perkara menjadi tumpuan peminat.
Kesimpulan awal penglibatan, ia sekadar main-main, tidak berfokus dan lebih
kepada suka-suka upload video serta tidak begitu serius dari segi editing,
pengurusan channel, kandungan video dan cara pemasaran video. Sekadar rakam,
upload serta share mana yang sempat. Dalam mindset penulis ketika itu, semua
video yang dirakam perlu dimuat naik ke YouTube. Apabila siap muat naik, penulis
akan padam video dalam telefon bimbit kerana kapasiti storage semakin mengecil.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 12
Niche Kandungan
Niche menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
menyatakan ia merujuk kepada bidang atau jurusan. Maka untuk niche kandungan
saluran video YouTube saya kelihatan bercampur aduk (mixed) dan tidak fokus
kepada satu bidang sahaja. Niche amat-amat penting untuk ditentukan sebelum
memulakan saluran video di YouTube. Jika saluran ada niche, makan memudahkan
YouTube mengkelaskan saluran video. Ini akan memudahkan anda di kemudian
hari, di mana ramai subscriber yang akan tonton, like dan kongsi video anda.
Penonton suka kepada kandungan yang konsisten.
Rajah 15 : Video Pelik Yang Mendapat Tontonan Tinggi
Kandungan atau content video mungkin boleh jadi hobi, idea, tips, tutorial
dan kemahiran yang ada pada anda. Maksudnya sekiranya anda suka memasak,
anda rakam langkah demi langkah cara dan kaedah memasak sesuatu menu. Dalam
video anda kongsikan penyediaan bahan masakan sehingga menu siap dihidang.
Maka niche saluran YouTube adalah cenderung kepada masakan. Maka pihak
YouTube akan mencadangkan dan meletakkan saluran anda dengan saluran
masakan yang lain. Selain itu, mungkin video-video anda nanti akan dicadangkan
Panduan Mudah Pemula YouTube / 13
kepada penonton. Banyak lagi contoh-contoh niche yang popular seperti masakan,
dekorasi rumah, makanan, bertani, pendidikan, hiburan, melancong, ulasan (review),
tutorial pembelajaran, motivasi dan reaksi (reaction). Terdapat juga niche yang tidak
masuk akal turut mendapat viewer yang tinggi. Pelik tapi benar.
Maka untuk saluran Youtube, saya memilih niche kandungan tutorial
pembelajaran. Koleksi video tutorial pembelajaran yang saya hasilkan berbentuk
video langkah demi langkah. Video yang saya hasilkan akan memberi panduan
mudah kepada pengguna untuk mempelajari cara dan kaedah yang betul
menggunakan perisian dan perkakasan teknologi maklumat.
Rajah 16 : Antara Video Tutorial YouTube Cikgu IT
Memandangkan ketika PKP kelas dan kuliah dijalankan secara online maka ,
wujud idea untuk mencipta video tutorial panduan menggunakan tools dan
perisian pembelajaran seperti Google Classroom, Google Form, Google Meet, Ms
Teams, Cara Editing Video, dan ilmu dan kemahiran berkaitan penyediaaan bahan
Panduan Mudah Pemula YouTube / 14
pengajaran. Ramai cikgu dari sekolah menjadi Youtuber semasa PKP oleh kerana
mereka juga menggunakan tools pengajaran dalam PDPC.
Kandungan (content) memainkan peranan yang amat penting dalam
mendapatkan subscriber yang ramai dan view yang tinggi. DUA (2) elemen ini yang
amat membantu Youtuber untuk menjana pendapatan. Kandungan yang bagus dan
memenuhi citarasa penonton membuatkan penonton rasa tertunggu-tunggu
dengan kandungan seterusnya. Faktor visual, audio, editing technique, thumbnail,
channel dan kandungan yang bagus akan menambah lagi kehebatan channel
tersebut.
Rajah 17 : Tutorial E-learning untuk Kelas Online
Content creator ada di luar sana bersaingan dalam niche yang sama. Maka
bermacam-macam USP (unique selling point) untuk menonjolkan “keunikan” setiap
video yang ditampilkan dalam saluran mereka. Contohnya, untuk tutorial
pembelajaran Photoshop atau Illustrator, ada beratus-ratus mungkin mencecah
ribuan video yang dihasilkan sama ada dari Malaysia mahupun luar negara. Cuma
tinggal pengguna pilih yang mana satu video tutorial menarik, terperinci, jelas, dan
mudah difahami. Dan jika channel itu ramai subscriber, kemungkinan video mereka
akan dicadangkan (recommended) kepada anda. Itu bahagian yang paling best!
Panduan Mudah Pemula YouTube / 15
Untuk mencari idea dan niche kandungan bukanlah begitu susah. Namun
persaingan amat hebat. Oleh itu perlu ada strategi bagaimana hendak bersaing
dengan yang lain. Lihat kelemahan pesaing anda dan buat video dalam niche yang
sama tapi lebih bagus.
Perkakasan & Tempat Rakaman
Untuk koleksi video tutorial pembelajaran yang saya hasilkan, ia lebih kepada
rakaman skrin atau dipanggil screen recording. Disebabkan saya menggunakan
perisian yang ada pada komputer atau laptop dan aplikasi internet sahaja, saya
kurang menggunakan smartphone untuk merakam kecuali perkara tertentu.
Sebagai pemula Youtuber, saya hanya memerlukan perkakasan seperti di bawah ini
dan dalam bajet :
i. Laptop beserta webcam (build-in) – Dell Core i7
ii. Internet – TM Unifi Lite
iii. Soft box Studio Lighting – RM60
iv. Condenser Microphone – RM70
v. Green/Blue Screen Background – Gunakan Kain Selimut
Rajah 18 : Perkakasan Rakaman
Tidak semua perkakasan yang disenaraikan seperti di atas saya gunakan
semasa rakaman. Ia bergantung kepada jenis video yang saya mahukan. Sekiranya
saya perlu masuk dalam video, saya memerlukan latar belakang hijau atau biru
untuk hilangkan latar belakang muka saya di dalam video. Audio dan video yang
jelas amat membantu untuk menyampaikan mesej dalam video. Penonton tidak
Panduan Mudah Pemula YouTube / 16
gemar dengan paparan video dan audio yang kurang jelas. Sama seperti kita jadi
audience, kita akan tutup paparan player kalau video dan audio tidak jelas dan
menjengkelkan. Untuk semua koleksi video tutorial saya gunakan resolusi 1080p.
Rajah 19 : High Definiton (HD) Resolusi
Untuk audio, pada awal pembikinan video saya menggunakan handsfree
smartphone. Namun disebabkan kekurangan ilmu suntingan audio, ada audience
komen audio agak rendah volume. Dari saat itu saya dapatkan condenser
microphone agar berbaloi untuk rakaman professional tapi dengan bajet yang
mampu milik.
Rajah 20 : Tempat Rakaman Video
Panduan Mudah Pemula YouTube / 17
Perisian Rakaman & Editing
Beberapa perisian screen recording yang percuma dan popular adalah OBS Studio.
Ramai gamers menggunakannya untuk membuat LIVE ke laman facebook. OBS
adalah perisian yang amat mudah dikendalikan. Tapi ia tidak dapat membuat
proses editing. Sekiranya saya gunakan OBS, saya perlu edit video di perisian yang
lain seperti Filmora. Jadi saya perlu pasang perisian lain pada laptop.
Rajah 21 : Perisian OBS Studio
Bagi memudahkan dan melancarkan kerja saya, saya muat turun perisian
2in1 dari TechSmith iaitu Camtasia. Perisian yang boleh merakam skrin dan
mengolah terus. Perisian ini sangat membantu kerana banyak features yang
menjadikan tutorial video yang dihasilkan difahami penonton.
Rajah 22 : Perisian Camtasia
Panduan Mudah Pemula YouTube / 18
Cabarannya adalah idea dan kemahiran menggunakan tools perisian editing.
Paling best menggunakan perisian ini, saya boleh animate zoom dan terdapat
fungsi highlight cursor / click serta ia amat mudah membuang green screen.
Rajah 23 : Features Camtasia
Bab editing video amat penting dan mengambil masa yang lama. Namun,
saya telah menemui YouTubehm atau cara tersusun untuk mempercepatkan proses
editing dan segera dimuat naik. Ini kerana sekiranya ambil masa yang agak lama
untuk siapkan satu-satu video ia akan menyebabkan production video berkurangan
dan lari target. untuk menghasilkan video yang bagus. Saya menetapkan template
yang sama untuk intro dan outro supaya setiap video sama pattern di awal dan
penamatnya.
Dalam editing video, ada juga gunakan klip tambahan, seperti like, share &
subscribe button sebagai pelengkap video. Ini adalah menjadi kebiasaan dalam
video iaitu perlu ada reminder untuk penonton ketik butang sebagai tanda
sokongan kepada video dan pemilik channel. Klip butang ini saya letakkan di akhir
video saya agar penonton tidak lupa untuk ketik. Klip dengan green screen ini
boleh didapati dalam carian YouTube.
Rajah 24 : Like, Share & Subscribe
Panduan Mudah Pemula YouTube / 19
Dari proses editing ini, saya mempelajari dan explore sendiri. Syukur saya
dapat menghasilkan video yang seakan-akan professional walaupun masih ada lagi
ruang untuk diperbaiki. Proses pembelajaran masih berterusan.
Perkara seterusnya adalah memuat naik video yang telah dihasilkan. Proses
memuat naik video ini seeloknya melalui komputer atau laptop. Ini kerana setting
di smartphone dan komputer adalah agak berbeza. Jadi lebih baik pakai komputer
memandangkan ada ruang yang perlu diisi ketika memuat naik video.
Green Screen
Green screen digunakan semasa rakaman. Ia membantu perisian editing untuk
menghilangkan latar belakang subjek dalam kamera. Ada sesetengah pengguna
tidak menggunakan skrin hijau, tapi asalkan 1 warna sahaja. Perisian Camtasia boleh
buang warna subjek mengikut Color Picker.
Rajah 25 : Green screen
Dengan green screen, kita dapat memasukkan sumber video tambahan
seperti entiti yang bercakap untuk menambahkan lagi keunikan video. Ramai
pemain games yang menggunakan teknik ini sambil bermain permainan online dan
menggunakan latar belakang yang lain.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 20
Rajah 26 : Editing dalam Camtasia
Search Engine Optimization (SEO) YouTube
Search Engine Optimization (SEO) adalah satu strategi, taktik dan teknik bagaimana
cara membuat video anda sentiasa tersenarai dalam carian YouTube Search. Video
yang mesra carian akan mencari pilihan search engine dan menjadi pilihan carian
pengguna. SEO ini bukan sekadar untuk carian website sahaja, tetapi ada juga
untuk YouTube. Bayangkan ada jutaan video, tapi anda tersenarai dalam carian
pengguna. Anda pasti bangga, seperti video saya yang pernah tersenarai rank
dalam carian pengguna.
Rajah 27 : Video dengan SEO Rank #5 Carian YouTube
Panduan Mudah Pemula YouTube / 21
Terbabit dalam SEO ini apabila saya terlibat dalam kumpulan Youtuber
Malaysia iaitu YoutubeXploit. Di sana banyak dikongsikan ilmu YouTube antaranya
SEO, Keyword, Setting Channel, Cipta Thumbnail, Setting dan macam-macam lagi.
Dari situ saya belajar menjadi seorang Youtuber yang mengamalkan good practices.
Rajah 28 : Video dengan SEO #5 Carian YouTube
Selain itu, kemahiran mencari keyword amat penting agar video mempunyai
keyword yang mudah dicapai dan dicari oleh search engine. Persaingan keyword
adalah tinggi dan sengit. Oleh itu, perlu saya mengkaji dengan beberapa tools
keyword yang dicadangkan oleh owner YouTubeXploit untuk melihat pemberat
keyword dari segi persaingan dan kekerapan carian. Sekiranya pemilihan keyword
betul, maka ada harapan video saya mendapat rank yang tinggi dalam carian.
Seterusnya video akan disenarai sebagai video cadangan oleh pihak YouTube.
Rajah 29 : Video Cadangan oleh YouTube kepada Penonton
Katakunci atau keyword amatlah penting dalam carian. Keyword ini adalah
satu-satu perkataan dalam tajuk video. Oleh sebab itu, teknik yang betul adalah
memberikan tajuk dengan keyword yang betul. Bagaimana nak cari keyword yang
baik? Gunakan tools keyword seperti TUBEBUDDY atauVIDIQ dan pasang pada
Chrome. Mudah dan pantas.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 22
Rajah 30 : Keyword Explorer di Chrome
Tag juga amat penting dalam SEO kerana selain tajuk, dengan tag dalam video
akan menampakkan “mesra” sesuatu video dengan enjin carian. Dengan
menggunakan TUBEBUDDY, saya dapat melihat kata kunci dengan kedudukan pada
kotak hijau. Jadi saya perlu olah supaya dapat tag yang paling tidak dalam Top 10.
Ia mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan keyword untuk
dimasukkan dalam tajuk dan tag.
Rajah 31 : Tag & Ranking untuk Video
Panduan Mudah Pemula YouTube / 23
Proses yang saya hadapi untuk sesuatu video lengkap ialah rakam, edit,
keyword-SEO untuk tajuk, thumbnail dan muatnaik. Segala tag cadangan akan
dimasukkan juga dalam tag video dan thumbnail di bahagian Properties.
Rajah 32 : Tag dalam detail Video & Thumbnail
Bila video itu duduk dalam rank carian enjin carian, maka video itu ada SEO
yang bagus. SEO yang bagus mudah dicari. Oleh itu, keyword perlu betul dan tepat.
Keyword ini perlu dimasukkan dalam tajuk dan dijadikan tag. Contoh video
berkaitan “cara guna install windows”. Langkah seterusnya :
1. Cari di YouTube search bar tajuk “cara guna install windows”.
2. Anda akan dapat bermacam cadangan dari tajuk asas “cara guna install
windows”.
3. Tambah keyword cadangan seperti “cara guna install windows dengan
mudah dan cepat”
4. Gunakan Tubebuddy (install di Chrome), di YouTube Studio.
5. Atau gunakan VidIQ untuk periksa rank setiap keyword.
6. Jika “ada hijau dan bernombor kecil” itu bagus untuk dimasukkan dalam
tajuk atau dijadikan tag.
7. Pakai tag cadangan dari dua tools ini jika perlu.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 24
Rajah 33 : Tools SEO & Tagrank
Tools ini percuma tetapi penggunaannya adalah terhad. Jika mahu fungsi
yang penuh ia memerlukan sedikit pembayaran tetapi berbaloi. Tools ini perlu
dipasang di pelayar Chrome dan anda boleh menggunakan ia semasa proses
memuatnaik video di YouTube Studio. Selain itu anda boleh menggunakan Google
Trend untuk melihat trend carian.
Rajah 34 : Google Trend
End Screen
End screen adalah babak terakhir beberapa saat sebelum video tamat. Dalam babak
itu kita boleh letakkan playlist atau video pilihan untuk memudahkan atau
mengekalkan viewer dalam channel kita. Terdapat button subscriber untuk
menambah pelanggan. Terdapat template yang telah tersedia untuk pengguna pilih.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 25
Rajah 35 : Template End Screen
Dengan adanya End Screen pada setiap video akan menambah kemas video
dan ia boleh membuatkan video-video atau saluran kemungkinan akan ditonton
lagi. Kedudukan video dan butang Subscribe boleh diubah mengikut user.
Rajah 36 : Video cadangan di End Screen dan Subscribe
Untuk membuat olahan pada End Screen, terus ke YouTube Studio dan klik
edit. Timing untuk end screen dapat diubah melalui pergerakan garisan menegak.
Kita boleh tentukan bilakah masa pada babak akhir video atau playlist akan keluar
sebelum video tamat.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 26
Rajah 37 : End Screen Dashboard
Watermark Branding Channel
Untuk menambahkan amalan baik video, butang subscribe perlu diletakkan di
sepanjang video agar ia memudahkan untuk menambah langganan. Kebiasaanya
butang itu di pasang di sebelah kanan bawah.
Rajah 38 : Template End screen
Untuk ikon ia berukuran 150x150 px dan ia boleh diletakkan dalam mod entire
video. Ini bermakna viewer akan nampak butang itu sepanjang video. Kemungkinan
anda akan dapat pelanggan baharu jika ikon jelas dan kemas.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 27
Rajah 38 : Branding dashboard
Cards
Kalau kita perasan terdapat slide text yang akan keluar mungkin pada awal,
pertengahan atau sebelum berakhirnya video. Ia boleh jadi tajuk video atau playlist.
Ini untuk memberi tahu viewer tentang video yang ada dalam channel . Setting
card ini bergantung kepada pemilik channel untuk mempromosi video mereka.
Cards ini kebiasaannya selepas setting End Screen.
Rajah 40 : Butang End Screen & Cards
Panduan Mudah Pemula YouTube / 28
Pada video, cards biasanya berada pada kedudukan kanan atas. Ia akan
auto slide atau timbul di penjuru tersebut.
Rajah 41 : Card Ikon
Ikon “i” akan muncul pada masa yang telah ditetapkan. Ia seakan reminder
kepada penonton tentang beberapa koleksi video cadangan yang lain.
Rajah 42 : Cards list apabila diklik
Ini adalah pandangan dashboard untuk memberi tatapan Cards. Kita boleh
buat template untuk video dalam kategori yang sama.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 29
Rajah 43 : Card Pada Time Line Video
Hashtag
Dengan hashtag ia akan mengikat viewer kepada video berkaitan dengan video
yang berkait.
Rajah 44 : Hashtag (biru) pada Atas Tajuk
Ia akan memudahkan viewer untuk meneruskan tontonan dalam kategori
yang sama atau video yang berkaitan.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 30
Rajah 45 : Senarai Video Hashtag
Cara untuk meletakkan hashtag di atas tajuk adalah dengan menulis hashtag
pada ruangan description sebelum video dimuatnaik. Hanya tiga (3) teks hashtag
diambil walaupun banyak hashtag ditulis.
Rajah 46 : Hashtag pada ruangan description
Panduan Mudah Pemula YouTube / 31
Pinned Comment
Ia adalah salah satu good pratice utk setiap video yang telah dimuat naik. Jadi ia
menunjukkan pemilik memulakan komen untuk menarik komen pengunjung yang
lain.
Rajah 47 : Pinned up Comment
Anda boleh cipta atau komen setiap video di YouTube Studio. Jika ada fungsi
emoji lebih menarik. Kerana orang suka cute dan ringkas. Jangan lupa untuk LIKE
dan LOVE komen viewer sebagai tanda penghargaan atas komen-komen yang
diberikan. Bila ada komen, pihak YouTube akan ambil maklum kewujudan dan nilai
video anda.
Rajah 48 : Komen Adalah Engagement
Panduan Mudah Pemula YouTube / 32
Tag Pada Video
Tag yang ada pada setiap video akan membantu pencarian di YouTube Search. Tag
membantu enjin pencari mengenal video melalui keyword yang ada di tajuk, tag
itu sendiri. Penting untuk meletakkan sebanyak mungkin tag yang TEPAT serta
berkait rapat dengan video. Tag perlu diletakkan pada description selain properties
video dan thumbnail. Bilangan tag di description adalah sebanyak 500 patah
perkataan.
Rajah 49 : Koleksi tag pada description
Description
Dalam ruangan ini boleh diletakkan tajuk dan koleksi video berkaitan dalam
kategori. Pastikan ada sedikit cerita berkaitan video. Penggunaan keyword dalam
tajuk amat penting untuk memudahkan enjin pencari mencari video di YouTube.
Maksimum patah perkataan di ruangan ini adalah 7000 patah perkataan.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 33
Rajah 50 : Story untuk Video
Selain boleh dimasukkan hashtag, ruangan ini boleh diletakkan link untuk
capaian ke media sosial channel dan promosi link.
Rajah 51 : Koleksi link
Panduan Mudah Pemula YouTube / 34
Playlist
Jika ada video bersiri atau ada bahagian pecahan adalah lebih baik diletakkan
dalam playlist. Dengan adanya playlist, memudahkan pengunjung yang
mengunjungi saluran anda. Penonton akan terus mencari video di playlist dan akan
menonton video berkaitan atau dalam kategori yang sama dalam playlis tersebut.
Penonton akan mudah mencari video kegemaran mereka dan mungkin akan
menjadi subscriber anda. Saluran YouTube anda akan nampak kemas, tersusun dan
terjaga. Penonton akan berfikiran bahawa pemilik saluran YouTube ini seorang yang
terurus dan mementingkan kekemasan.
Rajah 52 : Koleksi Playlist
Nama Playlist akan mengikut kategori video yang ada di dalamnya. Untuk
membuat paparan playlist ini, boleh papar dalam Playlist di YouTube Studio dan
masukkan video berkaitan. Jangan campurkan video pelbagai kategori dalam satu
playlist kerana ia akan kelihatan tidak tersusun.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 35
Rajah 53 : Paparan Playlist
Memulakan Saluran YouTube
Berikut adalah langkah demi langkah memulakan akaun YouTube :-
1. Daftar akaun Google.
2. Login di Chrome.
3. Jika login melalui telefon bimbit, anda perlu tetapkan paparan pada akaun
telefon.
Rajah 54 : Login Akaun Google
Panduan Mudah Pemula YouTube / 36
4. Muat naik video melalui Chrome.
Rajah 55 : Ikon Muat Naik Video
5. Pastikan video ditetapkan jika tidak berkait.
Rajah 56 : Paparan Audience
Panduan Mudah Pemula YouTube / 37
6. Klik pada Studio untuk suntingan dan paparan lain pada setiap video.
Rajah 57 : Capaian YouTube Studio
7. Lengkapkan tajuk, description, thumbnail, visibility, playlist dan tags.
Rajah 58 : Tetapan untuk Video
Panduan Mudah Pemula YouTube / 38
8. Buat tetapan visibility & privacy pada more Option.
Rajah 59 : Tetapan Fungsi Visibility
9. Tetapkan tarikh rakaman video dan kategori untuk memudahkan enjin carian.
Untuk license tetapkan pada Standard YouTube license untuk copyright atau
Creative Common untuk non-copyright.
Rajah 60 : Tetapan tarikh dan kategori
Panduan Mudah Pemula YouTube / 39
10. Langkah akhir, Save.
Rajah 61 : Simpan
Perisian YouTube Studio di Telefon Bimbit
Untuk memudahkan pengurusan saluran YouTube pada telefon bimbit, anda boleh
install apps YouTube Studio Mobile.
Rajah 62 : YouTube Studio Apps untuk Telefon Bimbit
Panduan Mudah Pemula YouTube / 40
Waktu dan Hari Terbaik untuk Muat Naik Video
Hari yang menunjukkan tahap engagement tertinggi adalah hari Jumaat hingga
Sabtu dan juga hari Rabu. Waktu terbaik secara amnya adalah pada jam 5 petang
hingga 9 malam.
Ahad adalah hari yang paling sesuai untuk menyiarkan video di YouTube, sama
ada pada awal pagi (antara jam 8 pagi hingga 11 pagi) atau lewat petang
(selepas jam 5 petang). Dalam beberapa kes, jika video dimuatnaik di awal pagi
pada hari bekerja (kira-kira jam 8 pagi sebelah Timur seperti Malaysia), ia
membolehkan anda menjangkau kedua-dua kategori audience dari belah Timur
yang dalam perjalanan ke tempat kerja dan audience di sebelah Barat yang
sedang menikmati waktu rehat makan tengah hari mereka. (Sumber: oberlo.com)
Rajah 63 : Masa Muat Naik Paling Baik
Panduan Mudah Pemula YouTube / 41
Monetize
Untuk melayakkan channel anda mendapat monetize, anda perlu mendapat
sekurang-kurangnya 4000 public watch hours dalam tempoh 12 bulan terakhir
dengan 1000 subscribers. Pihak YouTube akan menghubungi anda melalui e-mel
jika kedua-dua syarat telah tercapai. Kemudian anda akan mendaftar Google
Adsense untuk pengiklanan di video anda dan tetapkan kedudukan iklan. Tempoh
untuk lulus monetization anda ialah sebulan sahaja.
Rajah 64 : Paparan Monetize
Apabila telah mendapat pengesahan, anda boleh membuat tetapan
pembayaran untuk setiap iklan. Kebiasaannya menggunakan capaian Western
Union ke akaun bank anda.
Rajah 65 : Aplikasi Pindahan Wang
Panduan Mudah Pemula YouTube / 42
Carta Alir Proses Kerja Rakaman YouTube
Carta alir ini adalah mengikut pengalaman saya dalam proses rakaman. Antaranya :
A. Pre Rakaman
i. Buat kandungan, kuasai dan fahami kandungan.
ii.
Sediakan perkakasan seperti telefon pintar, lighting & perisian editing.
B. Semasa Rakaman
i. Pastikan setting perkakasan onpoint.
ii.
iii.
Buat rehearsal berulang kali sebelum rakaman sebenar dibuat.
Pastikan rakaman tiada gangguan bunyi bising.
C. Post Rakaman
i. Guna template editing (Template dengan intro, clip tambahan, outro dan
music background) video sedia ada (jika ada) bagi mengurangkan masa
editing.
ii.
Render video akhir.
Rajah 66 : Carta Alir Proses Rakaman
Pre Rakaman
Buat kandungan
Kuasai kandungan
Fahami kandungan
Semasa Rakaman
Setting perkakasan
Rehearsal
Tiada gangguan
bising
Post Rakaman
Guna template sediada
Rehearsal
Panduan Mudah Pemula YouTube / 43
Carta Alir Proses Kerja Muat Naik Di YouTube
Carta alir ini adalah mengikut pengalaman saya dalam kerja memuat naik ke
channel. Antaranya :
A. Pre Muat Naik
i. Cari keyword asas untuk tajuk di Search YouTube.
ii. Tambah keyword tambahan kepada keyword asas.
iii. Uji keyword pada aplikasi keyword tools untuk uji ranking.
iv. Cipta tag dari keyword dan tajuk.
v. Tentukan / tetapkan tajuk.
B. Semasa Muat Naik
i. Cipta thumbnail dengan tajuk.
ii. Muat turun & rename thumbnail dengan tajuk.
iii. Rename video dengan tajuk.
iv. Masukkan dan rank tag ke Properties video dan thumbnail.
v. Muat naik video.
C. Post Muat Naik
i. Masukkan maklumat video dan tag.
ii. Masukkan endscreen yang dipilih.
iii. Masukkan cards yang dipilih.
iv. Publish video yang lengkap.
v. Share video ke laman sosial yang lain.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 44
Rajah 67 : Carta Alir Proses Memuat Naik Video
Semasa Muat Naik
Pre Muat Naik
Cari keyword asas
Uji keyword
Cipta tag
Muktamadkan tajuk
Cipta thumbnail
Rename video dengan
tajuk
Masukkan tag ke
Properties video dan
thumbnail
Muat naik video
Post Muat Naik
Masukkan maklumat
video
Masukkan endscreen
Publish video yang
lengkap
Tips Dalam YouTube
Terdapat beberapa perkara yang anda perlu fahami berkaitan YouTube iaitu :
1. Jangan gunakan karya video, audio, gambar, lagu, muzik dan lain-lain
copyright personal atau syarikat lain. Gunakan karya 100% milik anda. Jadi
tidak wujud content strike atau claim copyright. Jika anda terkena 3 kali
content strike dalam sebulan, maka kemungkinan besar saluran YouTube
anda akan ditutup oleh pihak YouTube.
2. Letakkan video mengikut kategori dengan mewujudkan Playlist.
3. YouTube tidak benarkan orang yang berumur 18 tahun ke bawah untuk
mendaftar akaun Gmail atau akaun YouTube bagi tujuan monetization. Jadi
ibu bapa memainkan peranan untuk daftar menggunakan nama mereka.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 45
4. Pendapatan dari Youtube dikecualikan daripada cukai menurut Perenggan
28, jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana punca dari luar negara.
5. Jangan buat iklan berbayar supaya subscriber dan public watch hour
bertambah dengan cepat. Pihak YouTube hanya luluskan monetization untuk
channel yang dapat subscriber dan view secara semulajadi (organic views)
sahaja.
6. Buat video yang mempunyai engagement yang membuatkan penonton
gembira atau suka menonton video walaupun dengan tempoh masa yang
lama.
7. Tajuk yang catchy dan menarik perhatian serta menepati kandungan.
8. Jangan lupa tulis bahagian Description video untuk memudahkan video
dicari oleh enjin pencari.
9. Thumbnail perlulah dengan design menarik, berkualiti dan unik supaya
terlihat mesej kandungan video dari segi teks, gambar dan reaksi.
10. Kualiti video haruslah tinggi dan jelas serta jangan terlalu panjang dan
pendek.
11. Kongsi video dalam media sosial atau group telegram dan whatsapp
sebanyak mungkin.
12. Pastikan tajuk video selari dengan kandungan dan ada keyword.
13. Pastikan kerap muat naik video agar penonton tahu anda memang content
creator.
14. Periksa rank tags menggunakan tool Tubebuddy atau VidIQ setiap video
untuk diletakkan di tajuk, description dan tags.
15. Hargai penonton dengan giveaway atau LIKE, LOVE & balas komen mereka.
16. Melawat dan komen di saluran yang ada kaitan dengan video anda.
17. Cari kelemahan video pesaing dan buat lebih baik.
18. Hasilkan kerjasama dengan channel lain yang sama niche atau kandungan.
19. Ikuti perkembangan dan trend masa kini dan persekitaran.
20. Buat koleksi video secara part by part.
21. Jangan lupa lengkapkan video dengan playlist, endscreen dan cards.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 46
22. Cantikkan channel anda dengan channel art yang menarik dan berkualiti.
Gunakan aplikasi seperti canva.com.
23. Elakkan video berulang-ulang dan kandungan yang tidak elok seperti ganas,
lucah, merbahaya, kebencian, spam dan seumpamanya.
24. Nama saluran YouTube perlu mudah, ringkas dan jelas berkaitan dengan
kandungan.
25. Gunakan audio dan muzik dari pihak Youtube sebagai muzik latar atau yang
tiada copyright.
Nama Channel YouTube
Branding adalah proses yang perlu dijalankan untuk saluran video bagi memberi
nafas baharu. Asal nama saluran YouTube saya adalah “MNHDOTTV” yang amat
tidak catchy. Namun selepas memikirkan sedalam-dalamnya, saya mengubah nama
saluran video kepada suatu yang mudah diungkap dan diingat oleh sesiapa sahaja.
Ia memang berkait dengan kerjaya saya sebagai pendidik dalam bidang Teknologi
Maklumat. Maka saya memilih untuk meletakkan nama baharu iaitu “CikguIT”
dengan tagline “Kongsi Ilmu Teknologi Maklumat”.
Rajah 68 : Channel YouTube CikguIT
Panduan Mudah Pemula YouTube / 47
Untuk thumbnail, saya menggunakan aplikasi web Canva kerana ia amat
mudah dikendalikan dan banyak template serta sumber bahan gambar yang
menarik. Canva menyediakan ukuran thumbnail untuk YouTube. Jadi dengan
menggunakan Canva, kerja-kerja menghasilkan thumbnail lebih pantas dan cantik.
Rajah 69 : Cipta Thumbnail di Canva
Antara playlist yang ada seperti TipsIT, Koleksi Tutorial MsTeam, Koleksi Google
Meet, Koleksi Google Classroom, Koleksi Google Form, React Videos, Mixed Project,
YouTube Tips dan lain-lain.
Rajah 70 : Playlist Video
Panduan Mudah Pemula YouTube / 48
Sumber Bacaan
Sepanjang 3 bulan PKP dilaksanakan, penggunaan internet meningkat sama ada
melalui telefon bimbit dan perkakasan lain seperti komputer atau laptop. Banyak
masa di rumah menyebabkan rakyat Malaysia khususnya dihabiskan untuk melayari
internet sama ada online shopping, pembelajaran maya, menonton video, bermain
permainan video online dan lain-lain perkara. Pematuhan terhadap PKP dengan
sentiasa berada di rumah telah menyaksikan peningkatan sebanyak 23.5% dalam
aliran trafik Internet di seluruh negara pada minggu pertama PKP, manakala
minggu kedua PKP menyaksikan peningkatan sebanyak 8.6% (Sumber : Kenyataan
Media SKMM April 2020 : Perubahan Corak Penggunaan Pengaruhi Kelajuan
Internet Di Malaysia)
Namun ada sesuatu yang perlu dipelajari iaitu mengurus dan meningkatkan
mutu saluran. Disebabkan penulis masih “hijau”, maka penulis perlu mencari bacaan
yang padat, mudah dan cepat. Maka saya telah membeli sebuah E-Book bertajuk
“JOM JADI YOUTUBER” dengan harga RM50 dari Saudara Amar. Beliau juga
merupakan Youtuber part time selain menjadi peguam dan penghibur. Namun
disebabkan pendemik ini, maka beliau memilih untuk menjadi Youtuber sambilan
dan menjual e-book bagi membantu orang lain menjadi Youtuber. Ini merupakan
e-book Bahasa Malaysia (BM) yang lengkap dengan pelbagai info, teknik, pantang
larang dan sebagainya bagi memudahkan anda menjana pendapatan dari YouTube.
Dapatkan di bit.ly/KakiYoutube
Rajah 71 : Ebook Jom Jadi YouTuber
Panduan Mudah Pemula YouTube / 49
Berbekalkan dengan Ebook ini, saya ikuti semua tips dan nasihat dalam
mengurus saluran YouTube dengan tertib. Jadi saya buat target untuk habiskan
bacaan Ebook ini dan apply secepat mungkin. Selain itu, saya juga ingin
menghasilkan video sebanyak mungkin untuk dimuat naik dalam saluran YouTube
saya ini bagi memastikan saluran YouTube saya nampak matang usianya walaupun
masih nampak “muda”.
Selain itu, anda perlu sertai laman atau kumpulan YouTube yang lain untuk
belajar dan mendapatkan tips dengan cepat. Ini kerana banyak YouTuber yang
berkongsi tips percuma untuk memajukan saluran video. Antaranya facebook
YoutubeXploit berbahasa Malaysia. Dari sana ada dikongsikan cara hendak cari
keyword untuk tingkatkan SEO video dan bermacam-macam lagi.
Rajah 72 : FB Page Tips YouTube
Panduan Mudah Pemula YouTube / 50
Anda boleh juga dapatkan tips menjadi Youtuber dari saluran dalam dan
luar negara. Malah yang terbaik tips itu percuma sahaja. Jika anda mampu, anda
boleh pergi ke kelas berbayar.
Rajah 73 : YouTuber Malaysia & Luar Negara
Proses belajar dan membaiki saluran dan video terus berjalan. Untuk
menguasai satu-satu ilmu perlukan masa dan proses berulang agar semakin cekap.
Bila sudah mahir, ia akan dapat membantu proses penghasilan atau pattern kerja
yang sama. Seterusnya ia akan menghasilkan video dan saluran yang baik.
Panduan Mudah Pemula YouTube / 51
Akhir Kata
Sebagai part time content creator banyak ilmu dan kemahiran dalam proses
mencipta saluran YouTube. Dari ilmu membina dan mengurus saluran YouTube,
mengolah video, menetapkan setting audio dan video, mencari keyword untuk
enjin carian, cara menggunakan green screen, penggunaan perlatan sehingga video
dapat dimuat naik dengan jayanya. Semua ilmu dituntut dengan betul dan
mengikut panduan orang yang berpengalaman serta mengikuti tips dan
perkongsian dari rakan Youtuber yang lain. Niat ingin mencuba kemahiran baharu,
mencuba benda baharu dan mencapai kepuasan diri hasil dari usaha dan penat
lelah sendiri.
Proses penghasilan video memerlukan masa dalam setiap stage. Setiap stage
menuntut perahan idea supaya kita berpuas hati dengan hasil akhir dan dapat
tontonan yang tinggi. Dengan pattern proses yang teratur, ia memudahkan proses
untuk mencipta video sehingga siap dimuat naik.
Perjalanan masih jauh untuk pihak YouTube memberi monetize semua video,
kerana belum mencukupi syarat 1000 subscriber dan minima 4000 watch time.
Kerana ada Youtuber langsung tiada viewer walaupun content bagus dan menarik
tapi tidak menjadi pilihan penonton. Namun setelah viral oleh kerana tidak
mempunyai viewer, saluran tersebut semakin meningkat tontonan dan pelanggan.
Itu dinamakan rezeki orang sudah ditentukan.
Mungkin mengambil masa yang agak lama kerana persaingan dengan
saluran tutorial pembelajaran di luar sana amat banyak dan hebat-hebat dari segi
persembahan dan ilmu kemahiran. Banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki dan
kemahiran serta ilmu Youtube yang sentiasa berubah dan perlu dipelajari.
Diharapkan dengan perkongsian ilmu yang “hijau” ini, dapatlah sedikit sebanyak
membantu pemula (beginner) YouTube untuk memulakan langkah. Doakan saya
dan saluran YouTube agar terus kekal dan maju. Terima Kasih!
Panduan Mudah Pemula YouTube / 52
Rujukan
Arif Muazzim Abdul Rahman, 2020. Jom Jadi Youtuber. Penerbit Amar Magical
Consultant & Traning.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/674939/pkp-perubahancorak-penggunaan-pengaruhi-kelajuan-internet
https://www.dewaweb.com/blog/10-cara-menghasilkan-uang-dari-youtube/
http:// wearesocial.com/
https://ms.wikipedia.org/wiki/YouTube
https://222477.weebly.com/
https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1248072502850375682/photo/1
https://oberlo.com/blog/bes-time-post-social-media
Panduan Mudah Pemula YouTube / 53