16.03.2022 Views

Toolkit Kepimpinan & Pengurusan Sekolah Intro

Toolkit Kepimpinan & Pengurusan Sekolah

Toolkit Kepimpinan & Pengurusan Sekolah

SHOW MORE
SHOW LESS

Transform your PDFs into Flipbooks and boost your revenue!

Leverage SEO-optimized Flipbooks, powerful backlinks, and multimedia content to professionally showcase your products and significantly increase your reach.

KEPIMPINAN

PENGURUSAN

SEKOLAH

TOOLKIT

S I R I P E N U L I S A N

P A S U K A N P R O F E S I O N A L I S M E

S I P A R T N E R S + M A L A Y S I A ( P R I S M A )

N E G E R I J O H O R

TOOLKIT

KEPIMPINAN & PENGURUSAN

SEKOLAH

Pasukan Profesionalisme SIPartner+ Negeri Johor

Good Team Great Result

SIDANG EDITOR

KETUA EDITOR

Shamsuddin Haron

Pegawai SIPartner+

Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

EDITOR

Siti Hajar Mahpol, Pegawai SIPartner+ PPD Johor Bahru

Azman Safii, Pegawai SIPartner+ PPD Kulai

Azman Abu Bakar, Pegawai SIPartner+ PPD Kota Tinggi

Misri Thariano, Pegawai SIPartner+ PPD Kulai

Mansor Deraman, Pegawai SIPartner+ PPD Batu Pahat

i | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

Toolkit Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah

Diterbitkan oleh:

School Improvement Partners+ (SIPartner+)

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Wisma Pendidikan

Jalan Tun Abdul Razak

80604 Johor Bahru

Johor Darul Takzim

© Hak cipta SIPartner+ Johor 2022

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan memperbanyak, menerbit atau mengeluar ulang

mana-mana bahagian artikel dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk atau

dengan apa cara sekalipun, tanpa izin bertulis daripada SIPartner+ Johor.

Setiap artikel yang disiarkan dalam Toolkit ini adalah hasil pemikiran, penyelidikan dan

pengamatan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendapat Sidang Editor.

Dicetak oleh:

Percetakan Jasamax Enteprise

Tel: 09-743 4924 Faks: 09-743 4925

E-mel: unipress79@gmail.com / uni_press@yahoo.com

ii | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

KANDUNGAN

Dari Meja Pengarah Pendidikan Johor

Dari Meja Pengerusi PRISMA Johor

Dari Meja Ketua Editor

Pengenalan

iv

v

vi

vii

BAHAGIAN 1 – KIT KEPIMPINAN 1

KIT 1 : Konsep Kepimpinan Pendidikan - Shamsuddin Haron 2

KIT 2 : Gaya Kepimpinan - Shamsuddin Haron 13

KIT 3 : Kepimpinan Instruksional – Siti Hajar Mahpol 22

KIT 4 : Kepimpinan Transformasional - Shamsuddin Haron 28

KIT 5 : Perkongsian Kepimpinan - Siti Hajar Mahpol 36

KIT 6 : Kepimpinan Abad Ke-21 - Azman Safii 46

BAHAGIAN 2 – KIT PENGURUSAN SEKOLAH 71

KIT 7 : Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju – Nor Ezah Mohamad 72

KIT 8 : Kemahiran Merancang – Mohsin Ibrahim 81

KIT 9 : Kemahiran Komunikasi – Nor’aini Md Yusof 85

KIT 10 : Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan – 94

Misri Thariano & Azman Safii

KIT 11 : Kemahiran Memotivasi dan Menggerakan Warga Sekolah –

Mohd Esa Dasim

110

BAHAGIAN 3 – KIT ANALISIS SITUASI & PENGOPERASIAN SEKOLAH 119

KIT 12 : Kerangka 7S McKinsey - Siti Hajar Mahpol 120

KIT 13 : Pendekatan Proses – Md Said Daimon 132

KIT 14 : Kaedah dan Alat Kualiti – Md Said Daimon 138

KIT 15 : PILL dan Pelan 3 Kaki – Mohd Zahar Mohd Zahid & Osman Ali 151

iii | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

Dari Meja Pengarah Pendidikan Johor

Pendidikan negara sedang mengharungi transformasi ke arah menghasilkan kualiti

pendidikan bertaraf antarabangsa. Pendidikan berkualiti mesti dapat diakses oleh

semua untuk membangunkan modal insan bagi menghasilkan tenaga kerja yang

berpendapatan tinggi. Kajian mendapati bahawa pemimpin sekolah mempunyai impak

yang tinggi ke atas pencapaian murid. Oleh itu, peranan pemimpin pendidikan untuk

menjayakan transformasi dalam pendidikan amat genting (crucial). Oleh yang demikian,

untuk menjayakan transformasi pendidikan dan meneruskan budaya kecemerlangan

murid, perubahan mesti bermula di sekolah.

Dalam hal ini, kepimpinan dan pengurusan organisasi yang berkesan bukan sahaja

berupaya mendepani tuntutan persekitaran yang sentiasa berubah, malah mampu

menjana transformasi yang diharapkan di sekolah. Sehubungan itu, Toolkit Kepimpinan

dan Pengurusan Sekolah ini merupakan satu buku panduan bagi membantu pemimpin

sekolah meningkatkan kompetensi kepimpinan dan pengurusan mereka ke tahap yang

lebih baik. Hal ini kerana Toolkit ini boleh diakses dan dibaca untuk digunakan pada bilabila

masa mengikut kesesuaian dan keselesaan pembaca.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai SIPartner+

Negeri Johor atas kegigihan dan kesungguhan untuk menyahut cabaran yang saya

lontarkan bagi menghasilkan buku ini. Saya sangat berharap, buku ini dapat

dimanfaatkan untuk membantu meningkatkan peranan dan mutu perkhidmatan yang

diberikan pemimpin sekolah di seluruh Negeri Johor khususnya dan seluruh negara

amnya. Sekian, terima kasih.

MD. SAID BIN MD. DAIMON

Pengarah Pendidikan Johor

iv | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

Dari Meja Pengerusi PRISMA Johor

Assalamualaikum WBH, dan Salam Sejahtera. Saya melafazkan kesyukuran kehadrat

Allah SWT kerana buku Toolkit Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah akhirnya selesai

dikemaskini dan diterbitkan dengan jayanya Bahan-bahan dalam buku ini dihasilkan

daripada kompilasi penulisan rakan-rakan SIPartners+ Negeri Johor sejak 2016 yang

pada waktu itu diterajui oleh Pn Siti Hajar Mahpol, SIPartners+ PPD Johor Bahru (kini

telah bersara) dan En. Md Said bin Md Daimon, SIPartners+ PPD Kluang (kini Pengarah

Pendidikan Johor) selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PRISMA Johor.

Buku Toolkit ini pada asalnya digunakan sebagai modul pembangunan Profil

Kepimpinan Pemimpin Sekolah Negeri Johor (J-ProKiPS) bagi memberi sokongan

kepada Pengetua, Guru Besar dan barisan kepimpinan hadapan di sekolah ke arah

mengupayakan kompetensi mereka dalam mengurus sekolah secara berkesan. Kini,

seiring dengan perkembangan pendidikan yang denamik, bahan-bahan penulisan ini

telah dikemaskini, disusun semula, dan dijajarkan untuk disesuaikan dengan keperluan

pengurusan pendidikan semasa.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih

kepada rakan-rakan SIPartners+ sama ada yang telah bersara mahupun yang sedang

berkhidmat, yang mencurahkan idea dan tenaga dalam menghasilkan sebuah khazanah

ilmu yang sangat berharga ini khususnya kepada Tn Haji Shamsuddin bin Haron selaku

ketua editor Saya mengharapkan usaha seperti ini dapat diteruskan oleh rakan-rakan

SIPartners+ yang lain, agar kita sentiasa produktif dalam berkarya demi memastikan

segala ilmu dan kemahiran yang dimiliki dapat dikongsikan dan wariskan kepada barisan

kepimpinan di sekolah. Semoga ilmu yang dicurahkan dan kemahiran yang dikongsikan

sedikait sebanyak memberi kesan terhadap pembangunan kapsiti kepimpinan

pendidikan.

Sekian, Terima kasih.

AZMAN BIN SAFII

Pengerusi PRISMA Negari Johor

v | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

Dari Meja Ketua Editor

Toolkit Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah ini disediakan bertujuan untuk membantu

pemimpin sekolah meningkatkan keberkesanan peranan mereka memimpin dan

mengurus sekolah. Cakupan topik dalam Toolkit ini dibahagikan kepada tiga bahagian

meliputi pelbagai aspek kepimpinan dan pengurusan sekolah bagi memenuhi keperluan

masakini. Susun atur kandungan bagi setiap bahagian pula disesuaikan mengikut subsub

topik yang lebih kecil yang dikenali sebagai KIT.

Bahagian 1 Toolkit ini membincangkan tentang aspek-aspek penting dalam Kepimpinan

Pendidikan. Bahagian ini mengandungi enam KIT melibatkan Konsep Kepimpinan

Pendidikan (KIT 1), Gaya Kepimpinan (KIT 2), Kepimpinan Instruksional (KIT 3),

Kepimpinan Transformasional (KIT 4), Perkongsian Kepimpinan (KIT 5) dan Kepimpinan

Abad Ke-21 (KIT 6). Kesemua aspek kepimpinan dalam KIT tersebut perlu difahami dan

diamalkan dalam memimpin sekolah terutama dalam Abad ke-21.

Bahagian 2 Toolkit ini pula meliputi aspek pengurusan sekolah dan kemahirankemahiran

utama yang perlu dikuasai oleh pemimpin sekolah. Aspek pengurusan

tersebut melibatkan aspek Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju (KIT 7), Kemahiran

Merancang (KIT 8), Kemahiran Komunikasi (KIT 9), Kemahiran Menyelesaikan Masalah

dan Membuat Keputusan (KIT 10) dan Kemahiran Memotivasi dan Menggerakan Warga

Sekolah (KIT 11)

Sementara itu, Bahagian 3 Toolkit ini pula memberi fokus terhadap analisis situasi dan

aspek pengoperasian yang perlu dilakukan oleh pemimpin organisasi. Antara

kandungan yang dibincangkan termasuklah Kerangka 7S McKinsey (KIT 12),

Pendekatan Proses Dalam Pengurusan (KIT 13), Kaedah dan Alat Kualiti Pengurusan

(KIT 14) serta penggunaan PILL dan Pelan 3 Kaki (KIT 15). Sebagai bonus, dilampirkan

juga Instrumen Senarai Semak PAK21 untuk digunakan sebagai kayu ukur dalam

mengurus dan memimpin sekolah dalam Abad ke-21 ini. Semoga toolkit ini dapat

membantu pemimpin pendidikan menerajui organisasi masing-masing.

SHAMSUDDIN BIN HARON

Ketua Editor

vi | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

PENGENALAN

Toolkit Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah ini merupakan pelengkap dalam proses

Coaching and Mentoring antara pegawai SIPartner+ dengan Pengetua/ Guru Besar

(PGB). Toolkit ini merupakan bahan belajar yang boleh digunakan oleh pembaca

khususnya PGB dan SIPartner+ untuk mendalami pengetahuan bagi meningkatkan

kompetensi kepimpinan pemimpin pendidikan. Kit-kit yang disediakan merupakan

aspek-aspek kepimpinan dan pengurusan sekolah yang perlu dikuasai oleh pemimpinpemimpin

pendidikan.

Toolkit ini memiliki struktur yang khas bagi memudahkan pembaca memahami

kandungannya dan seterusnya mengaplikasikannya dalam memimpin dan mengurus

organisasinya. Setiap sebuah kit mungkin berulang isi kandung dan huraiannya dengan

kit-kit yang lain. Hal ini kerana isi kandungnya telah disusun berdasarkan keperluan kerja

buat dan proses pengoperasian yang berlaku di peringkat sekolah.

Ternyata sebuah toolkit dapat saja dirancang untuk dibaca dan difahami hanya dalam

waktu satu jam, atau sehari atau bergantung kepada tujuan toolkit itu digunakan. Bagi

memastikan toolkit ini sesuai dengan tujuan dan objektifnya, penambahbaikan terhadap

toolkit dan kit-kit yang terkandung di dalammya akan sentiasa dilakukan berdasarkan

keperluan dan maklumbalas pembaca.

Objektif Modul

Modul ini dibina bagi mencapai objektif-objektif berikut:

1. Membantu PGB dan SIPartner+ mendapatkan sumber pembelajaran bagi

meningkatkan kompetensi mereka.

2. Membantu PGB dan SIPartner+ menterjemahkan deskripsi tugas melalui kerja

buat dan tindakan yang mereka ambil.

3. Membantu PGB dan SIPartner+ membangunkan kompetensi kepimpinan

mereka.

vii | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

BAHAGIAN 1 - KEPIMPINAN

KIT 1 : Konsep Kepimpinan Pendidikan

KIT 2 : Gaya Kepimpinan

KIT 3 : Kepimpinan Instruksional

KIT 4 : Kepimpinan Transformational

KIT 5 : Perkongsian Kepimpinan

KIT 6 : Kepimpinan Abad Ke-21

1 | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

KIT 1 : KONSEP KEPIMPINAN PEDIDIKAN

Oleh: Shamsuddin bin Haron

Pendahuluan

Kepimpinan pendidikan merupakan satu bidang yang telah banyak dikaji oleh penyelidik dan

sarjana pendidikan Ini mengabadikan hakikat peri pentingnya aspek kepimpinan dalam

institusi pendidikan. Hal ini kerana, pemimpin sekolah merupakan individu yang berperanan

sebagai key player dalam membuat usaha penambahbaikan terhadap sekolah dan

seterusnya melestarikannya (Edmonds, 1979).

Sehubungan itu, Kit 1 ini bertujuan untuk membantu pembaca memahami konsep kepimpinan

pendidikan secara umum bagi memudahkan pembaca memahami kandungan kit-kit

berikutnya, khususnya yang membicarakan tentang aspek aplikasi dan operasi daripada

konsep kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Oleh itu, kit ini mempunyai kaitan yang rapat

dengan kit-kit lain yang terdapat dalam BAHAGIAN 1 KIT KEPIMPINAN.

Objektif

Pada akhir kit ini, pembaca akan dapat:

a. Mengetahui konsep pengurusan dan kepimpinan pendidikan

b. Memahami fungsi dan peranan kepimpinan

c. Mengenal pasti tahap kepimpinan

d. Mengenal pasti ciri peribadi dan kemahiran kepimpinan yang perlu boleh dibangunkan

Kerangka Modul

Gambarajah yang berikut merupakan kerangka topik yang terdapat dalam kit ini iaitu meliputi

4 aspek yang berikut :

a. Pengurusan Kepimpinan

b. Fungsi dan Peranan kepimpinan

c. Kuasa dan Tahap Kepimpinan

d. Ciri Peribadi & Kemahiran Kepimpinan

2 | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

1. Pengurusan &

Kepimpinan

4. Ciri Peribadi &

Kemahiran

Kepimpinan

KEPIMPINAN

PENDIDIKAN

2. Fungsi &

Peranan

Kepimpinan

3. Kuasa & Tahap

Kepimpinan

Kerangka Modul Kepimpinan Pendidikan

Apa itu Kepimpinan?

Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti sekumpulan orang supaya

berusaha secara sukarela dalam organisasi ke arah penentuan dan pencapaian matlamat

organisasi (Stoner & Wankel, 1989). Oleh itu, ia ditakrifkan sebagai satu kebolehan untuk

mempengaruhi subordinat bagi mencapai matlamat organisasi. Konsep kepimpinan seringkali

bertindan dengan dua istilah penting iaitu pengurusan dan pentadbiran. Istilah pengurusan

digunakan secara meluas di Britain, Eropah dan Afrika manakala istilah pentadbiran selalu

digunakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia (Bush 2003). Cuban (1988) menyatakan

bahawa pengurusan adalah penyelenggaraan rutin operasi semasa secara cekap dan

berkesan terhadap kestabilan perjalanan organisasi melibatkan perlaksanaan aspek-aspek

teknikal.

Sementara itu, pentadbiran menumpukan kepada pelaksanaan kerja peringkat bawahan yang

terperinci mengikut proses-proses tertentu secara rutin. Walaupun demikian, pengurusan

kadangkala dikenali juga sebagai pentadbiran terutama dalam organisasi yang berbentuk

perkhidmatan dan bukan yang bersifat keuntungan. Ringkasnya, pengetua dan guru besar

(PGB) melaksanakan tugas pengurus atau pentadbir sekolah sekiranya mereka

menggunakan pendekatan yang lebih berorientasikan tugasan dalam melaksanakan tugas

bagi mencapai matlamat sekolah. Keupayaan mereka meningkat sebagai pemimpin

sekiranya mereka menggunakan pendekatan yang lebih berorientasikan hubungan

kemanusiaan dan tindakannya mencerminkan kebolehan mempengaruhi individu/ kumpulan

bagi mencapai objektif sekolah (IAB 1993).

3 | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

AKTIVITI 1:

1. Sebagai pemimpin sekolah, bagaimanakah anda mempengaruhi warga sekolah

anda untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat

sekolah iaitu meningkatkan prestasi sekolah dalam peperiksaan awam?

2. Berdasarkan kenyataan Warren Bennis (1994) di bawah, bagaimanakah idea

beliau boleh dijelaskan dalam konteks kepimpinan anda mengurus sekolah?

“Leaders are people who do the right things,

Managers are people who do things right.”

Mengapakah Kepimpinan Penting?

Faktor kepimpinan merupakan pembolehubah utama kejayaan sesebuah sekolah.

Bush dan Jackson (2002) menyatakan bahawa terdapat kajian yang banyak berhubung

kepentingan pengurusan dan kepimpinan terhadap hasil dalam bidang pendidikan. Bagi

Edmond (1979) dan Bush dan Forman (1998), kualiti pengurusan dan kepimpinan sekolah

dilihat sebagai kunci kecemerlangan sekolah. Dalam hal ini, kualiti PGB merupakan faktor

terpenting bagi keberkesanan sekolah. Perkara ini juga dipersetujui oleh Mortimore et al.

(1988) dan Stoll dan Fink (1996) yang menyatakan dapatan kajian tentang ciri-ciri

keberkesanan sekolah menekankan kepentingan terhadap kualiti kepimpinan sekolah.

Kajian oleh Sammons (1995) telah mengenal pasti sebelas faktor keberkesanan sekolah dan

mendapati bahawa faktor kepimpinan diberikan nilaian yang tinggi. Beliau menyatakan

bahawa hampir semua kajian keberkesanan di sekolah rendah dan menengah menunjukkan

kepimpinan merupakan faktor utama. Kenyataan ini juga dipersetujui oleh Reynolds dan

Teddlie (2000) yang menyatakan bahawa kepimpinan yang ditunjukkan oleh PGB adalah

penting dalam menjana keberkesanan sekolah.

Mereka telah menyenaraikan lima keperluan bagi pemimpin sekolah yang berkesan yang

selaras dengan keberkesanan sekolah iaitu kepimpinan tegas dan bertujuan, pendekatan

partisipatif, pendekatan secara instruksional, pemantau pencapaian staf secara peribadi dan

berterusan; dan pemilihan dan penggantian staf secara proaktif. Ringkasnya, kualiti

kepimpinan yang khusus perlu dimiliki oleh PGB kerana ia merupakan ciri penting dalam

menentukan kejayaan sesebuah sekolah.

4 | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

Di Manakah Kedudukan Anda?

Untuk melaksanakan tugas sebagai ketua dalam sesebuah organisasi, seseorang individu itu

perlulah mempunyai kebolehan mengurus dan juga memimpin dengan cekap dan efektif. Oleh

itu, ketiadaan salah satu daripada kebolehan tersebut akan menjejaskan organisasi yang

dipimpin. Berdasarkan gambarajah Jendela Pengurusan Konsep MAR seperti di bawah,

terdapat tiga kategori ketua (pengurus) dalam sesebuah organisasi iaitu:

a. Pengurus yang memimpin

b. Pengurus yang perlu dipimpin

c. Pengurus yang tidak memimpin

d. Pengurus yang melahirkan pemimpin

Ketua yang

cekap &

efektif

1. Mengurus

Memimpin

4.Tidak Mengurus

Tetapi

Memimpin

Subordinat yang

berbakat

Ketua yang

lemah

2. Mengurus

Tetapi

Tidak Memimpin

3. Tidak Mengurus

Tidak Memimpin

Tidak layak

menjadi pemimpin

Tidak sebagai

subordinat biasa

Gambarajah Jendela Pengurusan Konsep MAR

Bagi kategori pertama, pengurus menjalankan tugas mengurus dan juga memimpin.

Kebiasaan pengurus dalam kategori ini merupakan mereka yang lama memegang jawatan

dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab yang diamanahkan. Mereka

merupakan ketua yang cekap dan efektif.

Bagi kategori kedua, pengurus hanya menjalankan tugas mengurus dan tidak memimpin.

Mereka bukan sahaja tidak menjalankan tugas memimpin tetapi juga perlu dipimpin.

Kebiasaan pengurus dalam kategori ini merupakan mereka yang baru memegang jawatan

dan masih kurang pengalaman untuk memimpin. Oleh itu, mereka merupakan ketua yang

masih lemah dari segi kepimpinan. Biasanya pengurus seperti ini tidak berjaya kerana tidak

mampu memberi dorongan kepada subordinat dan tidak mengambil endah untuk

memotivasikan mereka bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan. Pengurus dalam kumpulan

ini mempunyai sifat peribadi yang lemah dan tidak dihormati oleh subordinat.

5 | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

Bagi kategori ketiga, pengurus tidak menjalankan tugas mengurus mahupun memimpin. Oleh

itu mereka tidak layak menjadi pengurus mahupun pemimpin. Mereka hanya layak menjadi

subordinat biasa sahaja walaupun telah dilantik sebagai ketua. Kebiasaan mereka yang

berada dalam kategori ini mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang rendah dan sikap

yang agak negatif terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Mereka

merupakan ketua yang tidak berfungsi.

Bagi kategori keempat, pengurus telah mencapai tahap kepimpinan yang tinggi di mana ramai

pemimpin telah dapat dilahirkan dalam kalangan subordinat yang berbakat. Perkongsian

kuasa telah berlaku kerana pengurus telah mengupayakan banyak tugas terutama aspek

operasional terutama kepada “pemimpin” yang dilahirkan dalam organisasi. Oleh itu,

pengurus lebih banyak memimpin daripada mengurus dan akhirnya semua aspek pungurusan

dilaksanakan oleh “pemimpin” yang telah pengurus tadi lahirkan.

Apa yang perlu ditekankan ialah bagi mencapai hasil yang maksima dan cemerlang, seorang

pengurus itu hendaklah mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, mampu menunjukkan jalan,

memberi dorongan dan mempunyai banyak idea-idea yang berkesan dan kreatif. Kejayaan

sesebuah organisasi itu bergantung rapat kepada kualiti pengurus yang tergolong dalam

kategori ini.

AKTIVITI 2:

Dimanakah kedudukan anda? Cuba buat refleksi dan tandakan / pada

ruangan dalam gambarajah konsep MAR.

Di Manakah Tahap Kepimpinan Anda?

Kejayaan dan keberkesanan kepimpinan seorang ketua atau pengurus organisasi juga sangat

bergantung kepada jenis kuasa yang digunakan. Kuasa merupakan satu kebolehan dan

keupayaan yang ada pada seseorang pemimpin untuk mempengaruhi subordinat

melaksanakan suatu tindakan supaya matlamat organisasi dapat dicapai. Gambarajah 3 yang

berikut menunjukkan 5 kuasa yang biasa digunakan oleh pemimpin. Tahap pengaruh

disebabkan kuasa yang digunakan akan semakin tinggi apabila strategi kuasa yang

digunakan semakin bergerak dari pendekatan berasaskan tugas kepada yang lebih

berasaskan hubungan manusia:

6 | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

Ranking

Kuasa Sah

•Merupakan kuasa yang dimiliki oleh pemimpin disebebkan autoriti

yang terdapat pada peranan dan juga fungsi jawatan yang disandang.

Kuasa ini biasanya telah ditetapkan mengikut hirarki struktur

perjawatan organisasi.

Kuasa

Ganjaran

•Potensi untuk mempengaruhi orang lain melalui berbagai sumber

yang berbentuk ganjaran. Pemilikan kuasa ini adalah berasaskan kuasa

kawalan oleh individu ke atas sumber ganjaran tersebut. Umumnya

kuasa ganjaran terletak pada ketua (bahagian, seksyen atau unit

pejabat) yang diberi kuasa untuk menilai prestasi kakitangan di

bawahnya.

Kuasa

Desakan

• Keupayaan pemimpin untuk memaksa pekerja bawahannya agar

mematuhi keputusan dan tidnakan pemimpin bagi mengelakkan

hukuman yang mungkin dikenakan kerana engkar mematui arahannya.

Kuasa

Rujukan

•Pengaruh yang dimilik oleh individu disebabkan kekuatan

hubungannya dengan orang lain di organisasi. Kekuatan hubungan

tersebut terbentuk disebabkan rasa hormat dan tertarik oleh orang

lain terhadap personaliti individu berkenaan. Pemimpin atau individu

yang berkarisma biasanya memiliki kuasaa rujukan.

Kuasa

kepakaran

•Ia berasaskan kepada pengetahuan dan kebolehan. Ianya merupakan

fungsi daripada kapasiti kemahiran dalam sesuatu bidang yang dimiliki

oleh individu berbanding dengan orang lain. Oleh itu kuasa ini tidak

semestinya terletak pada seseorang dari kategori pemimpin sahaja,

malah juga pada kakitangan lain di organisasi.

Gambarajah Tahap Kuasa Yang Ada Pada Pemimpin

AKTIVITI 3:

Berdasarkan gambarajah di atas, susunkan kuasa yang anda gunakan di

sekolah mengikut ranking pada petak yang diberi. Adakah pendekatan yang

anda gunakan sesuai? Berikan hujah anda?

Maxwell (2011) pula telah mencadangkan agar seseorang pemimpin itu melaksanakan

strategi penggunaan kuasa yang berbeza bagi tahap-tahap kepimpinan yang berbeza. Hal ini

kerana semakin tinggi tahap keupayaan kepimpinan dibangunkan, semakin tinggi pula tahap

kuasa pengaruh yang diperolehi. Oleh itu, tahap kepimpinan juga turut meningkat.

7 | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

AKTIVITI 4 :

Buat refleksi terhadap tahap kepimpinan anda di sekolah. Dalam jadual di

bawah, tandakan ( / ) pada ruang yang bersesuaian (boleh tanda lebih dari

satu). Adakah strategi yang anda gunakan bersesuaian dengan tahap

tersebut? Apakah langkah penambahbaikan yang anda akan ambil?

Jadual Penyesuaian Strategi Penggunaan Kuasa

TAHAP

KEPIMPINAN

Tahap 5

KEMUNCAK

People follow because of

who you are and what

you represent

Tahap 4

PEMBANGUNAN

SUMBER MANUSIA

People follow you

because of what you

have done for them

Tahap 3

PENCAPAIAN

People follow because of

what you have done for

the organization

STRATEGI

KUASA

Kuasa Kepakaran

(Leader create other

leaders)

Kuasa Kepakaran

Kuasa Rujukan

(kuasa hubungan)

Kuasa Rujukan

(kuasa hubungan)

Kuasa Ganjaran

DESKRIPSI

Subordinat komited untuk menyumbang

kepada prestasi organisasi

yang tinggi kerana kepakaran ketua

meningkatkan keyakinan dan

pengetahuan.mereka. Lebih ramai

pemimpin dilahirkan dari kalangan

subordinat.

Subordinat seronok bekerja dan

mula sayang kepada organisasi

kerana penglibatan mereka yang

lebih meluas dalam menentukan

pencapaian matlamat organisasi.

Berlaku proses pembangunan

sumber manusia dan semangat

kekitaan subordinat meningkat.

Subordinat mula seronok bekerja

dengan ketua dan seluruh warga

kerana organisasi telah mula

mencapai beberapa kejayaan.

Tahap 2

HUBUNGAN

People follow you

because they want to.

Kuasa Rujukan

(kuasa hubungan)

Kuasa Ganjaran

Subordinat secara sukarela akur

dengan arahan kerana telah ada

jalinan hubungan dengan ketua.

Pengaruh ketua lebih kuat dengan

adanya hubungan ini.

Tahap 1

KEDUDUKAN

People follow you

because they have to.

Kuasa Sah

Kuasa Ganjaran

Kuasa Desakan

Subordinat terpaksa akur dengan

arahan dan mengelak dari dikenakan

hukuman kerana ketua

mempunyai kuasa sah dan boleh

mengenakan hukuman. Strategi ini

tidak mampu bertahan lama dan

ketua perlu mencari kaedah lain.

8 | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

Bagaimanakah Membangunkan Kemahiran dan Kualiti Kepimpinan?

Sehubungan itu, apabila warga sekolah telah mencapai tahap melaksanakan tugas dan

tanggungjawab yang diamanahkan secara sukarela tanpa kawalan yang ketat dan bukan

disebabkan oleh kedudukan dan kuasa sah yang ada pada anda, tahap kepimpinan anda

perlu beranjak ke arah menggunakan strategi kuasa pengaruh yang lebih tinggi (kurang

berorentasi tugas dan lebih berorentasikan hubungan). Untuk membolehkan seseorang

pengurus itu berjaya, beberapa kemahiran dan kualiti kepimpinan perlu dibangunkan pada diri

individu melalui proses dan usaha berkaitan pembelajaran kendiri, pelajaran, latihan dan

pengalaman. Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri peribadi dan kemahiran kepimpinan yang

perlu ada pada ketua sekolah (Yukl, 2012):

Jadual Deskripsi Bagi Ciri Peribadi Dan Kemahiran Kepimpinan

BIL

Ciri Peribadi/ kemahiran

kepimpinan

1. Keperluan untuk kejayaan

2. Keperluan untuk kuasa

3. Keyakinan diri

4. Kematangan emosi

5. Kemahiran teknikal

6. Kemahiran konseptual

7. Kemahiran interpersonal

Deskripsi

- Matlamat yang jelas

- Komitmen yang tinggi

- Mengurus perubahan

- Kompeten, kreatif dan inovatif

- mempunyai pengaruh

- berwibawa/ ada kepakaran

- hubungan yang baik

- yakin pada diri sendiri

- motivasi yang tinggi

- berani menanggung risiko

- membuat keputusan yang bijak

- bertindak secara profesional

- pertimbangan yang rasional dan adil

- pengoperasian

- kerja rutin biasa berdasarkan prosedur

- aspek-aspek teknikal.

- dasar dan hala tuju (big picture)

- kajian masa hadapan

- hubungan sesama subordinat

- hubungan ketua dengan subordinat

Apakah Peranan Pemimpin?

PGB perlu memainkan peranan kepimpinan secara berkesan untuk memastikan

kecemerlangan organisasi yang dipimpinnya dilestarikan. Peranan tersebut berkait rapat

dengan 3 kemahiran kepimpinan yang dibincangkan seperti di atas. Mintzberg (1975)

9 | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

menyatakan peranan tersebut bergantung kepada kedudukan pemimpin tersebut dalam hiraki

organisasi. Gambarajah 5 menunjukkan peranan pemimpin berdasarkan kedudukan mereka

dalam hiraki organisasi:

PEMIMPIN ATASAN

Kemahiran

Konseptual

PEMIMPIN PERTENGAHAN

Kemahiran

Interpersonal

PEMIMPIN BAWAHAN

Kemahiran

Teknikal

Gambarajah Peranan Pemimpin Mengikut Hiraki Dalam Organisasi

Peranan pemimpin atasan lebih tertumpu kepada kemahiran konseptual untuk menetapkan

asas dan dasar organisasi melibatkan:

• Keupayaan mengeluarkan idea dan memahami sesuatu yang abstrak.

• Keupayaan memahami dasar, hala tuju dan masa depan organisasi

• Keupayaan melihat saling hubungan dan pergantungan antara unit dalam organisasi

Peranan pemimpin pertengahan lebih tertumpu kepada kemahiran interpersonal untuk

menyibarkan visi dan dasar organisasi yang telah ditetapkan oleh pemimpin atasan

melibatkan:

• Keupayaan membentuk kerjasama dalam kumpulan

• Keupayaan bekerja dengan orang lain

• Keupayaan berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik berupaya

• Keupayaan memahami gelagat dan kepentingan individu / kumpulan yang dipimpin

• Keupayaan mewujudkan persekitaran komunikasi yang memberangsangkan

Peranan pemimpin bawahan (seperti Ketua Panitia, Ketua Unit dan guru mata pelajaran) lebih

tertumpu kepada kemahiran teknikal untuk mengoperasikan sekolah melibatkan:

• Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kepakaran khusus berkaitan proses kerja,

peraturan dan sumber dalam menyelesaikan aktiviti rutin.

AKTIVITI 5:

Sebagai pemimpin sekolah, anda perlu meletakkan asas dan dasar untuk

memastikan sekolah beroperasi dengan baik. Apakah yang anda akan lakukan

sekiranya anda dapati guru-guru anda belum berpengalaman luas untuk

mengoperasikan sekolah dengan berkesan?

10 | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

Rumusan

Kepimpinan merupakan satu seni dan cara gaya bertindak yang digunakan oleh seseorang

pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya mencapai matlamat organisasi (Newstrom &

Davis, 1993). Oleh itu, pembaca perlu mengaplikasikan amalan kepimpinan secara lebih

berkesan dengan memahami pelbagai aspek kepimpinan yang digarap dalam modul ini.

Namun, isi kandungannya hanya melibatkan maklumat asas bagi membolehkan pembaca

memahami asas-asas kepimpinan mencari maklumat lanjut. Senarai semak berikut boleh

digunakan bagi membantu anda meningkatkan tahap kepimpinan anda.

Bil

1

Refleksi

Adakah anda pemimpin yang baik dan berkesan dalam organisasi?

Jawapan ( / )

Ya

Tidak

2 Adakah anda telah membangunkan segenap potensi subordinat

berdasarkan potensi mereka di samping keperluan organisasi?

3 Adakah anda telah menggunakan sepenuhnya kekuatan yang

terdapat dalam organisasi untuk meningkatkan prestasi semasa?

4 Adakah anda telah berusaha untuk mengatasi kelemahan yang

terdapat dalam organisasi dan seterusnya membuat pembaharuan

dan penambahbaikan yang bersesuaian?

5 Adakah pendekatan kepimpinan yang anda gunakan berkesan?

6 Adakah anda mengamalkan komunikasi berkesan dalam organisasi

dengan mengadakan jalinan hubungan dalaman dan jaringan

hubungan luaran yang baik dan berkesan?

7 Adakah anda bersifat terbuka dan menggunakan pendekatan untuk

memudahkan warga organisasi bertindak bagi mencapai matlamat

yang ditetapkan?

11 | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

RUJUKAN

Bennis, W. (1994). On Becoming a Leader. Revised Ed. Reading, Massachusetts: Perseus

Books.

Bush, T. (2003). Theories of educational leadership and management. Edisi Ketiga. London:

Sage Publications.

Bush,T. & Forman, K. (1998). National standards and the training and development of

headteachers. Kertas kerja dibentangkan pada hari pelajar-pelajar MBA, University of

Leicester.

Bush, T. & Jackson,D. (2002). A Preparation Of School Leadership: International

Perspectives. Education Management and Administration, 30(4), 417-429.

Cuban, L. (1988) The Managerial Imperative And The Practice Of Leadership In Effective

Schools. New York: State University of New York Press.

Edmond, R. (1979). Effective Schools For The Urban Poor. Educational Leadership, 37(1),

pp15-27.

IAB (1993) Kajian Kepimpinan Guru Besar Dalam Pengurusan Sekolah Rendah - Instrumen

Dan Cadangan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Maxwell, J.C, (2011). The 5 Levels of Leadership. New York: Center Street.

Mintzberg, H (1975) The Nature Of Managerial Work. New York: Harper and Row,

Mortimore, P., Sammons, P., Stoll, L. L., & Ecob, R. (1988). School Matters: The Junior Years,

Somerset, Open Books. Cetakan tahun 1995. London: Paul Chapman.

Newstan, J.W & Davis, K. (1993). Organizational Behavior: Human Behavior at Work. New

Jersey: McGraw Hill.

Reynolds, D., & Teddlie, C. (2000). The Process Of School Effectiveness. The International

Handbook Of School Effectiveness Research. London: Falmer Press.Stoll dan Fink.

Sammons, P. (1995). Key Characteristics Of Effective Schools: A Review Of School

Effectivesness. London: Institute of Education for the Office for Standards in Education.

Stoner, J.A.F. & Wankel, C. (1989). Management. New York: Prantice Hall.

Yukl, G.A. (2012). Leadership in Organization. New Jersey: Pearson.

12 | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

159 | T o o l k i t K e p i m p i n a n & P e n g u r u s a n S e k o l a h

Pasukan Profesionalisme SIPartners+ Malaysia

(PRISMA) Negeri Johor

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!