25.12.2012 Views

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

bahagian i aktiviti jabatan/agensi - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

integriti dan kebolehcapaian maklumat sentiasa dipelihara. Antara langkah keselamatan

yang diwujudkan adalah seperti berikut:

i) Pengurusan Capaian Logikal

Kawalan capaian logikal perlu diwujudkan bagi memastikan capaian pengguna ke

aplikasi dan data adalah dihadkan hanya kepada pegawai yang mempunyai

keperluan kerja yang berkaitan dengannya terutama bagi pegawai teknikal seperti

pentadbir pangkalan data, pentadbir sistem, pentadbir rangkaian dan operator

sistem. Ia juga penting bagi mengelakkan pengubahsuaian terhadap aplikasi

SPEKS dibuat tanpa kelulusan. Polisi dan Standard Keselamatan Maklumat SPEKS

menetapkan setiap pegawai diberi satu identiti pengguna (ID) dan kata laluan untuk

capaian ke SPEKS berdasarkan aras dan kelas iaitu mengikut jawatan dan fungsi

pengguna. Semakan Audit terhadap pengurusan capaian ke SPEKS di

Perbendaharaan Negeri mendapati perkara berikut:

• Pengasingan Tugas - Polisi dan Standard Keselamatan Maklumat SPEKS

menetapkan “Computer operations staff should not have access to perform end

user job functions except in the test environment” dan “Contract staff or

temporary staff should not be employed in areas that are highly confidential or

that would increase the risk of a security exposure to an unacceptable level.

Appropriate security clearances should be obtained where appropriate if they are

to be employed in such positions”. Selain itu, mengikut amalan terbaik

pengurusan kewangan, fungsi sedia dan lulus dokumen kewangan yang penting

hendaklah diasingkan dan dilaksanakan oleh dua orang yang berlainan.

Semakan Audit mendapati Pegawai Sistem Maklumat Gred F41 dan Penolong

Pegawai Sistem Maklumat Gred F29 mempunyai akses SPEKS sebagai penyedia,

pengesah dan juga pelulus. Menurut pihak Perbendaharaan Negeri, akses

keseluruhan fungsi tersebut diberikan kerana keperluan pegawai teknikal untuk

menguji dan menyenggara aplikasi SPEKS.

Pemberian akses tanpa pengasingan fungsi kepada pengendali sistem operasi dan

pengguna tanpa pemantauan melalui log jejak Audit menjejaskan tujuan

mewujudkan check and balance. Keadaan ini juga menyebabkan urus niaga dan

pangkalan data Kerajaan Negeri menghadapi risiko keselamatan, kebocoran rahsia

Kerajaan dan penyelewengan.

• Pengurusan ID Pengguna Dan Kata Laluan - Polisi dan Standard Keselamatan

Maklumat SPEKS menetapkan langkah keselamatan mengenai penggunaan

kata laluan untuk capaian ke SPEKS yang perlu dipatuhi. Antaranya adalah:

- Kerahsiaan kata laluan hendaklah terjamin.

- Setiap individu hendaklah mempunyai ID pengguna dan kata laluan tersendiri

serta tidak dibenarkan mendedahkannya kepada pihak lain.

7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!