09.01.2013 Views

Warta Industri June 2011

Warta Industri June 2011

Warta Industri June 2011

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

erpeluang menyaksikan sendiri kebun lada, caracara

penyelenggaraan kebun dan pemprosesan lada

selepas proses penuaian di peringkat kebun. YBhg.

Datin KSU berasa kagum dengan usaha MPB untuk

membantu Encik Liew Tet Chin dalam mempelbagaikan

sumber pendapatan beliau melalui penghasilan dan

pembungkusan produk tambah nilai seperti Lada Putih

Krim, Lada Merah dan sebagainya yang dijual terus

kepada para pengunjung.

Seterusnya, YBhg. Datin Paduka KSU KPPK berangkat

ke Serian untuk kunjungan ke kebun milik Puan Rita

Tamot di Kampung Daha Kisau. Ketibaan rombongan

KSU KPPK disambut oleh Pegawai-pegawai Kanan

Sesi dialog bersama penduduk Kampung Daha Kisau, Serian.

jan-jun2011 • 16

Lawatan ke kebun lada Puan Rita Tamot.

Kebun lada Puan Rita Tamot.

MPB serta penduduk Kampung Daha Kisau. Sesi

taklimat juga telah diadakan untuk memberi penerangan

mengenai kebun yang diusahakan oleh Puan Rita Tamot

yang kemudiannya diikuti dengan sesi dialog bersama

penduduk setempat.

Puan Rita Tamot mula menanam lada pada tahun 1997

dan kini telah mempunyai 1,800 pokok lada matang

yang memberikan hasil yang lumayan. Di samping

itu, beliau juga mengusahakan tanaman koko dan

kelapa sawit selain bergiat aktif dalam pembelian lada

daripada penduduk di kawasan tersebut. Pada tahun

2010, kebun lada Puan Rita yang mencatatkan rekod

jualan lada sebanyak 34.07 tan dengan nilai berjumlah

RM387,241.35 telah disenaraikan dalam Program

Usahawan Angkat oleh MPB. YBhg. Datin Paduka Nurmala merakamkan rasa bangga di atas kejayaan ibu tunggal

seperti Puan Rita Tamot yang telah diangkat menjadi salah seorang pekebun dan usahawan yang berjaya.

YBhg. Datin Paduka KSU KPPK juga tidak melepaskan peluang untuk meninjau keadaan di kebun milik Puan Rita

Tamot. Beliau berpuashati dengan penyelenggaraan kebun tersebut dan berbangga dengan usaha serta inisiatif

yang diambil oleh MPB dalam membantu para pekebun lada. Lawatan tersebut tamat pada pukul 5.00 petang

dengan keberangkatan KSU KPPK serta rombongan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!