20.01.2013 Views

tahun 21 • bilangan 130 • april 2010 • rabiulakhir - Jabatan ...

tahun 21 • bilangan 130 • april 2010 • rabiulakhir - Jabatan ...

tahun 21 • bilangan 130 • april 2010 • rabiulakhir - Jabatan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sidang Redaksi

PENAUNG

Dato’ Haji Wan Mohamad

Dato’ Sheikh Abdul Aziz

Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Islam /Malaysia

PENASIHAT

Mohd Noor Abd. Hamid

Timbalan Ketua Pengarah

(Pengurusan) Jakim

KETUA PENGARANG

Mohamad Saari

Pengarah Bahagian Penerbitan

PENGARANG

Mohd Yusof Sham

PENOLONG PENGARANG

Mohd Firdaus Mohd Suhani

JURUFOTO

Jamal Ibrahim

PENGEDAR

Unit Edaran

Bahagian Penerbitan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan

62519 Putrajaya

ATUR HURUF / REKA BENTUK

Visual Print Sdn. Bhd.

PERcETAKAN

Percetakan Nasional Malaysia

Berhad

• Wajih Juara Adik-adikku 3

• Kempen 1M1H Dapat Sambutan Luar Biasa 4

• Sambutan Maulidur Rasul Peringkat

Kebangsaan Disambut Sederhana Tapi Meriah 5

• 21 Qari dan Qariah Terima Imbuhan Khas

daripada Kerajaan Malaysia 6

• 1Malaysia: Jati Diri Kebangsaan

Manhaj Islami 7

• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Ke-90 di USIM 10

• Persidangan Ketua-ketua Jabatan

(PKJ) Kali Ke-82 10

• KP Jakim Kunjungi Mufti Sabah 11

• Taklimat Halal kepada MUIS 11

2

Kandungan

| April 2010

Meja Pengarang

Buang Bayi: Cetek Nilai agama

Tong sampah, sungai, kaki lima, masjid dan surau. Barangkali tempat-tempat

sebeginilah yang menjadi sasaran ibu atau lebih tepat remaja yang membuang bayi

mereka. Fenomena buang bayi seringkali dikaitkan dengan bayi luar nikah atau

pasangan kekasih yang terlanjur dengan hubungan haram mereka. Untuk menutup malu,

maka bayi yang tidak berdosa itu menjadi mangsa remaja yang tidak bertanggungjawab

atas keseronokan sementara dan keterlanjuran perbuatan terkutuk mereka. Gejala buang

bayi semacam isu bermusim. Kebelakangan ini, saban hari ada sahaja kes buang bayi

dilaporkan di media massa.

Gejala ini memberi isyarat masyarakat kita yang masih sakit dan tenat dalam soal akhlak dan

moral, juga kegagalan dalam sistem pendidikan sama ada secara formal atau sebaliknya, iaitu

di rumah. Remaja yang terjebak dalam bergaulan bebas tanpa batasan ini turut dipengaruhi

cara hidup yang tidak seimbang antara kehendak rohani dan jasmani, selain daripada

persekitaran iaitu suasana yang tidak kondusif di rumah seperti kemiskinan, perceraian atau

pergaduhan ibu bapa dan sebagainya. Inilah akibatnya jika nilai agama yang diletakkan

pada kedudukan yang paling rendah. Begitu juga dengan pergaulan dengan rakan-rakan.

Kalau baik rakan-rakannya, maka baiklah remaja tersebut. Namun jika sebaliknya, jika tidak

semua, sedikit keburukannya akan terpalit kepada rakannya. Banyak lagi faktor berlakunya

gejala ini, dan tidaklah disalahkan kepada remaja terbabit 100% kerana ibu bapa, keluarga,

masyarakat turut mempunyai peranan masing-masing.

Remaja yang terlanjur seharusnya dibimbing dan diberi perlindungan sewajarnya, bukan

dicemuh, dicela, akibatnya dia tersisih dan mengalami tekanan mental yang menyebabkan

ketidakwarasan dalam membuat keputusan secara rasional. Berikan peluang kepada

mereka kembali ke pangkal jalan.

Golongan muda merupakan golongan pelapis yang bakal mencorak generasi akan datang.

Generasi bagaimana yang kita lahirkan? Jika masalah ini terus meruncing, lambat laun,

masyarakat tidak hairan dan tidak acuh ia berlaku di sekeliling kita. Pembangunan fizikal

memang tidak dinafikan kepentingannya kepada kita, namun ia mesti diseimbangkan

dengan pembangunan rohani. Jati diri dan rohani yang kuat merupakan asas dan benteng

mendindingi segala cabaran yang dihadapi. Ia perlu ditanam sejak dari kecil lagi supaya ia

sebati dalam diri setiap insan.

Jika kita menganggu anak kucing, sudah tentu ibunya akan mendengus kepada kita. Jika

haiwan pun tahu nilai kasih sayang, apatah lagi kita sebagai manusia yang dikurniakan

akal fikiran, tentulah nilai tersebut lagi tinggi. Bayi yang dikurniakan oleh Allah mempunyai

hak untuk hidup. Jangan disebabkan keterlanjuran bayi tersebut menjadi mangsanya,

membunuhnya secara kejam. Fikirlah dahulu akibat dan dosanya sebelum dibuang.

• Kunjungan Hormat Ketua Pengarah

Jakim ke Perpustakaan Negara 11

• Kunjungan Ketua Pengarah IKIM ke

Jakim 12

• KP Jakim Terima Kunjung Hormat

PKPU 12

• Ekspedisi Kasih III Erat

Silaturrahim 13

• IKIM dan ILIM Kongsi

Kepakaran 14

• Al-Quran: Kitab Edisi Terakhir

Tiada Tandingan 14

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!