Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia - Department of ...

wildlife.gov.my

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia - Department of ...

PELAN PENGURUSAN GAJAH

SEMENANJUNG MALAYSIA

PERHILITAN

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

dan Taman Negara (PERHILITAN)

JD119156 Title page 1.indd 1 3/22/07 12:37:21 PM


JD119156 Title page 1.indd 2 3/22/07 12:37:25 PM


PELAN PENGURUSAN GAJAH SEMENANJUNG MALAYSIA

Penaung

En. Abd. Rasid bin Samsudin

Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN

Penasihat

Hajah Siti Hawa binti Yatim

Pengarah Bahagian Konservasi Biodiversiti

Pengarang

Salman bin Haji Saaban

Nasharuddin bin Othman

Penyunting

Dr. Zaaba bin Zainol Abidin

Dr. Zainal Zahari bin Zainuddin

disember 2006

JD119156 Title page 1.indd 3 3/22/07 12:37:30 PM


Cetakan pertama 2006

Hak Cipta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan

semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang

bentuk atau dengan sebarang alat jua pun, sama ada dengan cara

elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran

bertulis daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan

Taman Negara terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara,

KM 10 Jalan Cheras,

56100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-90752872

Faks: 03-90752873

Dicetak di Malaysia oleh

Percetakan Nasional Malaysia Berhad

Jalan Chan Sow Lin

50554 Kuala Lumpur

ISBN 983-41965-4-7

JD119156 Title page 1.indd 4 3/22/07 12:37:32 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malays a

PENGHARGAAN

Pengarang ng n mengamb l kesempatan mengucapkan

r buan ter ma kas h dan set ngg penghargaan kepada Ketua

Pengarah, Jabatan Perl ndungan H dupan L ar dan Taman

Negara (PERHILITAN) kerana member peluang untuk menerb tkan

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malays a n . Penghargaan

juga d tujukan kepada Pengarah Bahag an Konservas B od vers t

yang banyak member kh dmat nas hat dan tunjuk ajar bag

mereal sas kan hasrat penerb tan pelan n . Ter ma kas h juga

d tujukan kepada semua p hak terutamanya kak tangan Pusat

Konservas Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang

kerana sud berkongs pengalaman dan sumbangan buah f k ran

dalam menjayakan penul san pelan n . Semoga penerb tan

pelan n akan membantu p hak-p hak yang berka tan memaham

pendekatan yang d gunakan oleh Jabatan PERHILITAN dalam

menguruskan spes es gajah d negara n .

JD119156 Title page 2.indd 1 3/22/07 12:38:50 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malays a

KATA-KATA ALUAN

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia n merupakan

pengemask n an Pelan Induk Pemul haraan Gajah Semenanjung

malays a yang telah d terb tkan pada tahun 1990. Pelan tersebut perlu

d kemask n kan setelah sek an lama d gunakan agar anya leb h relevan

dengan kehendak dan s tuas semasa, dengan harapan pengurusan gajah

d alaf baru n akan leb h ef s en dan berjaya. Penggunaan alat dan

kaedah yang beror entas kan sa ns dan teknolog , sepert penggunaan

satel t, pengkalan data, Geograph c Informat on System (GIS), anal s s

berkomputer dan sebaga nya, akan membantu ke arah produkt v t yang

opt ma. Namun beg tu kaedah-kaedah pengurusan yang d jalankan tetap

mengutamakan penj matan kos, s stemat k dan berdaya maju. Konservas

gajah juga perlu d selar kan dengan kehendak pelanggan yang mahukan

perkh dmatan yang ba k dar pada set ap kak tangan dan program yang

d jalankan. Pemahaman serta kesedaran awam tentang kepent ngan

konservas gajah d negara n juga boleh d t ngkatkan menerus programprogram

penerangan serta pend d kan yang boleh d susunatur dengan

kerjasama p hak-p hak yang terbab t dar semasa ke semasa. Penerb tan

pelan n menunjukkan kom tmen kerajaan menerus Jabatan PERHILITAN

mengusahakan konservas gajah dan konservas kepelbaga an b olog

yang la n d negara n .

Abd. RASid biN SAMSUdiN

KETUA PENGARAH

JAbATAN PERLiNdUNGAN HidUPAN LiAR

dAN TAMAN NEGARA (PERHiLiTAN)

diSEMbER 2006

JD119156 Title page 2.indd 2 3/22/07 12:38:57 PM


PENGHARGAAN

KATA-KATA ALUAN

KANdUNGAN

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malays a

KANdUNGAN

Muka surat

1.0 PENdAHULUAN 1

2.0 ObJEKTiF PELAN PENGURUSAN GAJAH 2

3.0 MAKLUMAT ASAS MENGENAi GAJAH 3

3.1 B olog 3

3.2 Pemb akan 3

3.3 Hab tat 4

3.4 Populas Dan Taburan 4

3.5 Pergerakan Gajah 5

4.0 iSU-iSU PENGURUSAN GAJAH 6

4.1 mengatas Ancaman Gajah 6

4.2 Kepupusan Populas 8

4.3 Isu konservas 9

4.4 Faktor Pen ngkatan Konfl k manus a-Gajah 10

4.5 Kawasan Perl ndungan 13

5.0 KONSERVASi GAJAH MASA KiNi 13

6.0 PERUNdANGAN 15

JD119156 Title page 2.indd 3 3/22/07 12:39:01 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malays a

KANdUNGAN—(samb.)

7.0 STRATEGi KONSERVASi 15

7.1 Pert mbangan Terhadap Pengurusan Populas 16

Gajah

7.2 Kaedah T ndakan Berdasarkan Keadaan, Sa z 17

Kumpulan Dan Tahap Gangguan

7.3 Penyel d kan Gajah 18

7.4 Pencegahan Ancaman Gajah 20

7.5 Kerjasama Dengan Badan-badan Konservas 21

Antarabangsa

7.6 Kerjasama Dengan Agens -agens Pertan an 21

7.7 Kerjasama Dar pada Kerajaan Neger 22

7.8 Tabung Amanah Gajah 23

7.9 Keperluan Perbelanjaan Pengurusan 23

Rujukan 24

Lamp ran 25

Glosar 30

v

Muka surat

JD119156 Title page 2.indd 4 3/22/07 12:39:04 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

PELAN PENGURUSAN GAJAH SEMENANJUNG MALAYSIA

1.0 PENdAHULUAN

Konflik yang serius di antara gajah dan manusia di Semenanjung

malaysia telah bermula sejak tahun 950-an, apabila penjajah Inggeris

mula menggiatkan aktiviti berasaskan pertanian seperti getah, kelapa

sawit, koko dan kopi terutamanya di negeri-negeri pantai barat seperti

di Perak, Kedah, Johor dan Negeri Sembilan. Pada waktu itu, jalan

penyelesaian konflik manusia-gajah adalah mudah iaitu menembak

mati gajah-gajah yang memasuki ladang-ladang pertanian tersebut.

Adalah dianggarkan beratus-ratus ekor gajah telah ditembak mati

pada waktu itu. Tambahan pula, kesedaran orang ramai pada waktu

itu tentang pentingnya konservasi hidupan liar amatlah kurang.

Perkembangan sektor pertanian semakin rancak dalam era 960an

dan kaedah penyelesaiannya masih sama di mana lesen untuk

pemburuan gajah masih dikeluarkan. Konflik mula meruncing pada

tahun 970-an apabila lebih luas kawasan hutan pamah dibuka untuk

penanaman kelapa sawit menerusi agensi seperti FELDA dan FELCRA.

Dalam pada itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman

Negara (PERHILITAN) mula mengambil langkah untuk memulihara

gajah dengan menghentikan pengeluaran lesen pemburuan dan cuba

mengelakkan tindakan tembak mati sekiranya ada aduan serangan

gajah diterima. Adalah dikhuatiri jika pembunuhan gajah dibiarkan

berterusan spesies ini akan pupus di Semenanjung malaysia. Berikutan

dengan itu tindakan penangkapan dan pemindahan gajah mula

diperkenalkan pada awal tahun 974 apabila satu Unit Tangkapan

Gajah ditubuhkan.

Sehingga kini lebih daripada 500 ekor gajah terlibat dengan operasi

penangkapan gajah ini (Jadual ). Namun begitu akibat daripada

pengurangan habitat yang berterusan masalah gajah masih terus

berlaku terutamanya di Pahang, Johor, Terengganu, Perak dan

Kelantan. Di sesetengah tempat masalah yang berlaku adalah amat

serius sehingga boleh mengancam nyawa manusia. Disebabkan

kehilangan habitat gajah-gajah tersebut telah memasuki kawasan

perkampungan dan pekan kecil untuk mencari makanan.

Kini konflik manusia-gajah bukan sahaja berlaku di antara gajah

dan sektor pertanian malah ke atas Jabatan PERHILITAN sendiri.

Konfliknya ialah menentukan jenis pengurusan dan tindakan yang

sewajarnya untuk diambil bagi menyelesaikan konflik manusia-gajah

JD119156 Tek.indd 1 3/22/07 12:29:44 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

ini. Jabatan menghadapi dilema antara menyelamatkan gajah

daripada kepupusan atau menyelamatkan harta benda manusia

daripada kerugian dan kehilangan nyawa. Oleh itu, satu dasar

diperlukan oleh Jabatan untuk memberi panduan kepada mereka

yang menjalankan tugas di lapangan terhadap tindakan yang perlu

diambil jika berlakunya konflik manusia-gajah. Ini diharapkan dapat

membantu mereka mengambil tindakan dengan segera apabila

aduan diterima dan seterusnya dapat menyelamatkan gajah dari

dibunuh. Pada masa yang sama nyawa dan kerugian di pihak orang

awam dapat dielakkan.

Jadual 1: Bilangan gajah yang ditangkap

mengikut negeri (1974 – 2005)

Negeri Bilangan gajah ditangkap (ekor)

Pahang 3

Perak 97

Johor 95

Terengganu 74

Selangor

Perlis 5

Kelantan 5

Kedah 4

N. Sembilan 3

JUMLAH 527

2.0 OBJEktIf PELAN PENGURUSAN GAJAH

Objektif Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia ini adalah

untuk digunakan sebagai garis panduan untuk kegunaan Pengarahpengarah

Negeri, Unit Pengurusan Gajah dan anggota Jabatan yang

ditugaskan di Unit Pengurusan Gajah di daerah dan negeri dalam

mengurus dan menangani masalah pengurusan gajah di negeri

masing-masing. Ianya juga boleh dijadikan sebagai sumber dan

bahan maklumat kepada orang awam untuk mengetahui dengan

lebih dekat mengenai cara pengurusan gajah di negara ini supaya

mereka dapat memahami tugas dan cara tindakan yang diambil

oleh Jabatan.

JD119156 Tek.indd 2 3/22/07 12:29:50 PM


3.0 MAkLUMAt ASAS MENGENAI GAJAH

3.1 Biologi

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Gajah Asia (Elephas maximus) yang terdapat di Semenanjung

malaysia tergolong dalam Famili Elephantidae, di bawah

Order Proboscidae. Taburannya meliputi kawasan Asia iaitu

di myanmar, Sumatera, Timur-laut Borneo, Thailand, malaysia,

India dan Sri Lanka. Gajah adalah haiwan bersosial yang

selalunya hidup berkumpulan antara tiga hingga 30 ekor. Tiaptiap

kumpulan diketuai oleh seekor gajah betina yang dewasa

dan dominan.

Gajah merupakan salah satu spesies hidupan liar (selain

daripada kera, babi hutan dan harimau) yang sering memasuki

kawasan-kawasan pertanian yang berhampiran dengan habitat

keliarannya dan boleh menyebabkan kerosakan yang besar

ke atas ladang pertanian tersebut. Ianya berlaku terutamanya

disebabkan gajah-gajah tersebut telah kehilangan sumber

makanan asalnya di mana habitat keliarannya telah bertukar

menjadi kawasan pertanian. Sebagai contoh, sebahagian

besar kawasan perladangan kelapa sawit adalah hutan tanah

pamah di mana ianya merupakan habitat utama gajah di

negara ini.

3.2 Pembiakan

Tahap kematangan bagi seekor gajah akan dicapai pada umur

lapan tahun bagi gajah betina, manakala gajah jantan mencapai

kematangan pada umur tahun. Walau bagaimanapun,

kadar kematangan bergantung kepada pemakanan dan

kawasan keliaran. Tempoh bunting gajah betina ialah antara

8 hingga bulan. Satu kajian berkaitan dengan pembiakan

gajah yang telah dijalankan menunjukkan bahawa gajah

betina tidak akan membiak sebaik sahaja ia melahirkan anak.

Gajah betina akan hanya melahirkan anak seterusnya selepas

tempoh empat hingga lima tahun. Seekor gajah betina boleh

melahirkan sehingga enam ekor anak sepanjang hayatnya.

Jangka hayat seekor gajah boleh mencapai umur 65 hingga

75 tahun.

Jumlah kumulatif individu dalam sesuatu kumpulan gajah telah

digunakan untuk menganggarkan kadar pembiakan. Analisa

komposisi kumpulan boleh digunakan untuk menganggarkan

nisbah bilangan gajah jantan dan dewasa betina. Dalam keadaan

hutan yang tebal adalah amat sukar untuk mengenalpasti jantina

gajah walaupun dari jarak yang dekat. Walau bagaimanapun

beberapa kaedah telah digunakan untuk mengenalpasti jantina

gajah seperti saiz tapak kaki dan gading. Gajah Asia jantan

3

JD119156 Tek.indd 3 3/22/07 12:29:54 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

biasanya memiliki gading yang jelas kelihatan manakala gajah

betina tidak mempunyai gading. Terdapat juga gajah jantan

yang tidak mempunyai gading (tuskless) yang dikenali sebagai

“gajah meghna”. Gajah betina mempunyai unjuran gigi kacip

seakan gading yang dikenali sebagai “genis” dengan ukuran

panjang kurang daripada 0.0 sm. Gajah betina kebiasaannya

mempunyai ukuran tapak kaki tidak melebihi 4 .4 sm. Bilangan

anak gajah juga boleh membantu dalam menentukan bilangan

gajah betina.

3.3 Habitat

Hutan hujan tropika di Semenanjung malaysia terbahagi kepada

beberapa jenis. Jenis-jenis hutan tersebut ialah hutan tanah

pamah dipterokap (< 300 m), hutan dipterokap bukit (300 m

– 750 m), hutan dipterokap bukit tinggi (750 m – , 00 m), hutan

pergunungan ( , 00 m – ,500 m) dan hutan pergunungan atas

(> ,500 m). Pada sekitar tahun 958, lebih 84% muka bumi

Semenanjung malaysia masih lagi diliputi hutan. Namun ianya

telah berkurangan kepada 65% ( 97 ) dan 47.4% ( 994).

Habitat utama gajah adalah di kawasan hutan tanah pamah

yang ketinggiannya kurang daripada 300 m. Dalam hutan

sekunder, kumpulan gajah memerlukan kawasan keliaran

yang lebih kecil berbanding dengan hutan primer. Keadaan

ini berlaku disebabkan hutan sekunder mengandungi banyak

sumber makanan seperti pokok-pokok buluh, rotan, pisang hutan,

tumbuhan palma dan sebagainya (Lampiran ). manakala

hutan primer kurang mempunyai tumbuhan bawahan dan

didominasi oleh pokok-pokok besar sahaja. Dalam pada itu

jenut-jenut yang terdapat di dalam hutan juga sering dikunjungi

oleh gajah untuk mendapatkan garam galian.

3.4 Populasi dan taburan

Populasi gajah di Semenanjung malaysia pada tahun 99

adalah dianggarkan sebanyak , 00 hingga ,450 ekor (Jadual

). Berdasarkan lama jangkamasa data tersebut diambil, bilangan

tersebut diyakini semakin meningkat. Ini adalah disebabkan lebih

banyak kawasan hutan dibuka maka lebih tinggi kemungkinan

gajah-gajah ini dikesan. Taburan gajah di Semenanjung malaysia

tersebar di negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak,

Johor dan Negeri Sembilan. Tiada gajah direkodkan di negeri

Selangor, melaka dan Perlis. Ini adalah kerana populasi gajah

di negeri-negeri tersebut telah ditangkap dan dipindahkan ke

tempat-tempat pelepasan gajah.

4

JD119156 Tek.indd 4 3/22/07 12:29:59 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Jadual 2: taburan Gajah di Semenanjung Malaysia

Bil. Negeri / taman Negara Anggaran Individu

(ekor)

. Pahang 50

. Perak 30 – 80

3. Johor 30 – 80

4. Kelantan 50 – 300

5. Terengganu 0 – 40

6. Kedah 50 - 60

7. N. Sembilan 3

8. Taman Negara 90 – 350

JUMLAH 1,223 – 1,463

Kebanyakan populasi dan taburan gajah yang direkodkan adalah

berdasarkan kepada laporan kerja-kerja kawalan gangguan

gajah di negeri-negeri terlibat (Lampiran ). Oleh itu, populasi

gajah di pendalaman hutan yang luas seperti Taman Negara,

Lembah Belum dan Taman Negara Endau Rompin kemungkinan

tidak termasuk dalam anggaran yang dibuat.

3.5 Pergerakan gajah

Sehingga kini berbagai teknik telah digunakan untuk mengesan

pergerakan gajah. Pada masa dahulu pergerakan gajah

direkodkan dengan cara mengenalpasti kumpulan gajah yang

tertentu dan seterusnya merekodkan sebarang lokasi pemerhatian

di mana kumpulan gajah tersebut bergerak. Kumpulan gajah

tersebut akan dikenalpasti melalui fetur-fetur utama yang

ada pada individu-individu tertentu sebagai pengenalan.

Contohnya gading sebelah, ekor terputus, telinga koyak dan

sebagainya.

Pada masa sekarang terdapat cara yang lebih canggih dan

terkini diperkenalkan iaitu dengan menggunakan pemancar

satelit. Pemancar satelit transmiter akan dipasang di leher gajah

yang kemudian dilepaskan semula ke dalam hutan. Pergerakan

gajah akan dikesan oleh satelit dan dipancar terus ke bumi

dalam bentuk data GPS (Global Positioning System). Data-data

tersebut kemudian akan diplotkan di atas peta topo atau peta

GIS (Geographical Information System) untuk dianalisis. Datadata

yang lalu menunjukkan bahawa gajah sentiasa bergerak

5

JD119156 Tek.indd 5 3/22/07 12:30:04 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

dari satu kawasan ke kawasan yang lain untuk mendapatkan

makanan dan mencari tempat untuk berkeliaran.

Gajah mencari makan selama 8 hingga 0 jam sehari dan

bergerak di dalam kawasan keliarannya sahaja. Gajah-gajah

dalam kumpulan yang sama akan terus berada di kawasan

keliarannya untuk tempoh beberapa hari sebelum bergerak

ke habitat yang lain. Pemindahan ke habitat yang baru akan

berlaku bila kawasan keliarannya tidak lagi selamat atau

makanan tidak mencukupi. Purata berat makanan gajah sehari

ialah 300 kg hingga 360 kg. Ia bergerak terutamanya kawasan

tanah pamah, pematang dan lembangan sungai. Gajah akan

menggunakan permatang bagi bergerak dari satu lembah ke

satu lembah yang lain.

Keadaan cuaca yang berubah-ubah tidak akan mengganggu

pergerakan gajah. Semasa mencari makan, gajah akan berpecah

dan bergerak dalam kawasan seluas kira-kira 00 km hingga

00 km . Walau bagaimanapun, keluasan pergerakan gajah

adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti bilangan

anggota dalam kumpulan tersebut, ancaman yang diterima di

kawasan tersebut, keadaan topografi dan kelimpahan makanan

yang terdapat di kawasan keliaran tersebut. Gajah-gajah akan

bergerak dalam satu kumpulan yang diketuai oleh seekor gajah

betina yang dominan dan diikuti oleh anak-anak dan gajah

jantan.

4.0 ISU-ISU PENGURUSAN GAJAH

4.1 Mengatasi ancaman gajah

Usaha-usaha untuk melindungi dan menyelamatkan gajah daripada

ancaman terutamanya di kawasan hutan yang terkepung

akan terus dilakukan oleh Jabatan PERHILITAN. Terdapat juga

kumpulan gajah yang enggan berpindah ke kawasan baru

walaupun kawasan keliarannya telah mengecil. Gajah-gajah

yang terperangkap di kawasan kecil ini akan keluar daripada

habitat yang sempit dan merosakkan ladang-ladang pertanian

dan harta benda di kawasan berhampiran. Pihak jabatan akan

berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan masalah ini.

Bagi kumpulan gajah yang berhampiran dengan hutan tebal,

tindakan tembak halau akan dilakukan. Sekiranya ancaman

terus serius atau keadaan habitat yang ada tidak lagi dapat

menampung populasi gajah yang ada, tindakan tangkap

pindah terpaksa dilakukan. Operasi tangkap pindah gajah

memerlukan belanja yang besar. mengikut perkiraan melalui

Sistem Perakaunan mikro, kos untuk memindah seekor gajah

liar ialah Rm40,9 4.40 (Jadual 3). Sehingga kini, jabatan telah

6

JD119156 Tek.indd 6 3/22/07 12:30:10 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

memindah lebih daripada 400 ekor gajah ke habitat baru

seperti ke Taman Negara Terengganu, Hutan Simpan Belum,

Perak dan Taman Negara Endau Rompin, Johor. Kumpulan

kecil gajah yang masih terdapat di beberapa hutan simpan

di negeri-negeri yang tidak menghadapi masalah gangguan

gajah akan terus dikekalkan. Tindakan pengawasan diambil

supaya gajah-gajah berkenaan dapat terus berada di kawasan

hutan tersebut.

Jadual 3: kos penangkapan dan pemindahan gajah

Bil. Perkara Kos per unit Jumlah (Rm)

Kos menangkap gajah

Peluru (0.458) Rm 5.00 X 0 biji 300.00

Peluru short gun Rm 30.00 X 0 kotak 300.00

3 Peralatan dart (syringe . & capchur charges) Rm 300.00 X set 600.00

4 Immobilon Rm 950.00 X kotak 950.00

5 Antibiotik Rm 50.00 X kotak 50.00

6 Peralatan syringe & jarum Rm 50.00 50.00

7 Rantai high tensile Rm 9.00 X 50 kaki , 450.00

8 U – shackle Rm 4.00 X 0 buah 80.00

9 Hose & spanner Rm 50.00 50.00

0 Pajero (Diesel) Rm .58 X 00 liter X buah 63 .00

Pajero (maintenance) Rm 400 X buah 800.00

Elaun kakitangan Rm 75.00 X 8 org X hari , 600.00

JUMLAH kECIL 17, 962.00

Kos memindahkan gajah yang telah ditangkap

3 Kos makanan gajah denak Rm 00.00 X ekor X 7 hari , 800.00

4 Lori Nissan 0 tayar Rm .58 X 450 liter X buah , 4 .00

5 Pajero Rm .58 X 40 liter X buah 44 .40

6 Lori Nissan 0 tayar (maintenance) Rm 700.00 X buah ,400.00

7 Pajero (maintenance) Rm 400.00 X buah 800.00

8 Rompun Rm 70.00 X 3 botol 5 0.00

9 Antibiotik Rm 50.00 X botol 300.00

0 multivitamin Rm 00.00 X botol 00.00

Ubat cuci luka Rm 0.00 X botol 40.00

Gusanex spray Rm 34.00 X botol 68.00

3 Peralatan ubat-ubatan, syringe, jarum dll. Rm 50.00 50.00

4 Senapang pelali (dart . & capchur charge) Rm 300.00 X 5 set , 500.00

5 Rantai high tensile Rm 9.00 X 00 kaki , 900.00

6 U-Shackle Rm 4.00 X 0 buah 80.00

7 Sewa bot penunda Rm , 900.00 , 900.00

8 Elaun kakitangan Elaun kakitangan

- G 4 Rm 00.00 X 7 hari 700.00

- G 7 / G / G 7 Rm 75.00 X 7 hari X 8 org 4, 00.00

- R / R 3 / R 4 Rm 65.00 X 7 hari X 8 org 3, 640.00

JUMLAH kECIL 22, 952.40

JUMLAH kESELURUHAN 40, 914.40

7

JD119156 Tek.indd 7 3/22/07 12:30:15 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

4.2 kepupusan populasi

Kepupusan boleh berlaku ke atas sesuatu populasi hidupan liar

jika individu tidak dapat meneruskan hidup kerana ketiadaan

habitat yang sesuai, tidak mempunyai ketahanan terhadap

serangan penyakit dan perubahan iklim persekitaran. Keadaan

ini mungkin disebabkan oleh:

i. Genetik – Bagi jumlah populasi yang kecil, peluang untuk

berlaku pembiakan secara in-breeding adalah besar.

Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak yang dilahirkan

tidak mempunyai ketahanan yang kuat serta mempunyai

baka genetik yang lemah.

ii. Demografi – masalah di mana di dalam sesuatu populasi itu

sudah tiada baka-baka untuk disatukan, kerana populasi

itu hanya mempunyai jantina yang sama.

iii. Kawasan persekitaran – Keadaan persekitaran yang terhad,

di mana keupayaan tampung (carrying capacity) tidak

dapat menyokong jumlah gajah yang banyak. Kedegilan

gajah untuk terus berada di dalam sesuatu kawasan

yang kecil boleh menyebabkan habitat di tempat

berkenaan turut musnah. Kemusnahan habitat seterusnya

boleh menyebabkan kematian yang berpunca daripada

kekurangan makanan, jangkitan penyakit atau persaingan

sesama sendiri.

Oleh yang demikian populasi yang terperangkap dan menghadapi

kepupusan setempat perlu:

i. Dipindahkan ke habitat baru yang boleh menampung

populasi gajah tersebut.

ii. Ditangkap dan dipindahkan ke pusat-pusat konservasi

hidupan liar ex-situ seperti di Pusat Konservasi Gajah atau

di taman-taman zoologi.

iii. Diwujudkan strategi pengurusan untuk memelihara baka

genetik yang dominan.

8

JD119156 Tek.indd 8 3/22/07 12:30:20 PM


4.3 Isu konservasi

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

masalah paling serius yang dihadapi dalam usaha untuk aktiviti

konservasi gajah ialah kemusnahan habitat utama gajah akibat

daripada tindakan pembukaan kawasan-kawasan hutan. Kesan

dari pembukaan hutan ini juga telah turut memusnahkan

persekitaran yang lain seperti penghakisan tanah, pencemaran

anak-anak sungai dan kerosakan kepada ekosistem asal. masa

depan populasi gajah yang masih terdapat di luar kawasan

perlindungan hidupan liar, belum terjamin keselamatannya,

berikutan dengan peningkatan kegiatan sosio-ekonomi di

kawasan-kawasan yang berpotensi untuk eko-pelancongan,

kuari dan pembalakan. Pembukaan hutan secara teratur

dan bersepadu dengan mempastikan hutan-hutan yang ada

tidak menjadi pulau-pulau hutan yang kecil akan membantu

pergerakan gajah dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Pengwujudan pulau-pulau hutan ini kebiasaannya tidak boleh

lagi menampung jumlah populasi gajah yang ada.

Gajah-gajah yang telah kehilangan habitat dan sumber makanan

akan mula keluar daripada habitat asalnya dan memasuki

kawasan-kawasan ladang pertanian, kebun dan kampungkampung

yang berhampiran dengan hutan. Akibatnya, timbul

konflik antara kepentingan konservasi gajah dengan manusia.

Penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran dengan hutan

seringkali terdedah kepada ancaman gajah. Bagi menyelesai

masalah ini, ada sebilangan penduduk yang telah mengambil

tindakan sendiri dengan cara mencedera atau membunuh gajah

tersebut dengan menggunakan senjata api atau racun.

Peningkatan kegiatan pemburuan haram ke atas gajahgajah

liar bagi tujuan tertentu juga menyebabkan populasi

gajah turut berpecah dan bergerak ke tempat yang baru.

Permintaan seperti gading dan lain-lain anggota gajah

dengan harga yang tinggi di pasaran gelap juga memburukkan

lagi keadaan. Penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan

Liar No. 76, 97 terhadap pemburuan haram telah berjaya

mengurangkan kemungkinan kepada pembunuhan haram

gajah ini.

9

JD119156 Tek.indd 9 3/22/07 12:30:25 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Usaha jabatan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan

masyarakat mengenai pentingnya konservasi gajah sebagai

satu warisan negara memerlukan perancangan dan usaha

yang berterusan. Kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat

terhadap pentingnya konservasi hidupan liar menyukarkan lagi

usaha jabatan untuk menjalankan aktiviti konservasi gajah.

Tanggapan setengah masyarakat bahawa keperluan untuk

manusia lebih utama dalam menyelesaikan masalah berkaitan

dengan hidupan liar menyukarkan lagi usaha ini.

4.4 faktor peningkatan konflik manusia-gajah

Secara umumnya terdapat dua kumpulan pelanggan

Jabatan PERHILITAN yang utama dalam konflik manusia-gajah

iaitu:

a) Pekebun kecil dan penduduk kampung

Pekebun kecil ialah mereka yang mengamalkan corak

pertanian dengan keluasan tanah kurang dari 00 ha

dan kebiasaannya mengamalkan tanaman heterokultur.

Penduduk kampung pula ialah mereka terdedah dengan

ancaman gangguan gajah ketika menjalankan urusan

harian mereka terutamanya penempatan Orang Asli di

pinggir-piggir hutan.

b) Pemilik-pemilik ladang

Ladang boleh ditakrifkan sebagai kawasan pertanian

yang mempunyai keluasan tanah melebihi 00 ha

dan kebiasaannya mengamalkan jenis tanaman

monokultur seperti getah dan kelapa sawit. mereka

kebiasaanya terdiri daripada pemilik syarikat-syarikat besar,

FELDA, FELCRA atau anak-anak syarikat milik Kerajaan

Negeri.

0

JD119156 Tek.indd 10 3/22/07 12:30:30 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

faktor-faktor gangguan gajah boleh dihuraikan seperti di

bawah:

LUAS kAWASAN GANGGUAN

Luas kawasan gangguan dinilai berdasarkan luas kawasan yang

dimusnahkan oleh gajah berbanding dengan luas kawasan

sebenar. Ianya boleh dikira dalam bentuk peratusan atau dalam

jumlah hektar. Keluasan kerosakan yang tinggi (> 75%) dianggap

mengalami masalah yang amat serius, (50 – 74%) serius dan

(< 50%) tidak serius.

PERINGkAt UMUR tANAMAN

Peringkat umur tanaman adalah berdasarkan kepada usia pokok

tersebut daripada mula ianya ditanam hingga ianya dirosakkan oleh

gajah. Pada kebiasaannya pokok yang sudah boleh mengeluarkan

hasil akan mengakibatkan kerugian yang besar apabila dimusnahkan

oleh gajah. Pokok-pokok yang berbeza mengeluarkan hasil pada

umur yang berbeza.

JENIS tANAMAN YANG tERLIBAt

Jenis tanaman juga boleh mempengaruhi tahap gangguan gajah.

Tahap gangguan yang serius ialah gangguan yang melibatkan jenis

tanaman komersial dan bernilai tinggi. Contohnya dalam ladang

kelapa sawit yang juga ditanam dengan tanaman kontan seperti

pisang dan nenas. Kelapa sawit merupakan tanaman yang bernilai

tinggi sedangkan tanaman pisang dan nenas tersebut hanyalah

tanaman selingan sementara menunggu hasil daripada kelapa

sawit.

LAMA MASA GAJAH BERAdA dI dALAM kAWASAN GANGGUAN

Ianya bermaksud tempoh masa gajah-gajah tersebut berada di

dalam kawasan gangguan. Semakin lama gajah tersebut berada

dalam kawasan terbabit maka semakin banyak kerosakan yang

dilakukan. Pada kebiasaannya jika gajah berada melebihi tiga

hari ianya sudah boleh diambilkira sebagai amat serius. Namun

jika gajah-gajah tersebut hanya lalu di kawasan tersebut ianya

hanya boleh dikira sebagai sederhana serius. Ini adalah kerana

gajah-gajah tersebut mungkin memakan tanaman di sepanjang

laluannya.

JD119156 Tek.indd 11 3/22/07 12:30:35 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

BILANGAN GAJAH YANG MENGGANGGU

Bilangan gajah yang mengganggu juga mempengaruhi tahap

gangguan gajah. Bilangan gajah yang banyak (> 5 ekor) adalah

dianggap amat serius dalam gangguan gajah. Namun begitu, bagi

kawasan kampung seekor gajah sudah dikira amat serius merujuk

kepada keluasan tanaman serta ancaman yang kemungkinan

ditimbulkan oleh gajah tersebut.

kEkERAPAN GANGGUAN

Kekerapan gangguan bermaksud kekerapan gangguan gajah

ke atas tempat yang sama dalam tempoh sebulan. Gangguan

dikira sangat serius apabila gajah mengganggu pada setiap

minggu(4 kali sebulan). Namun begitu kekerapan yang minimum

(sekali sebulan) masih dianggap amat serius bagi penduduk kampung

yang mengamalkan aktiviti pertanian secara kecil-kecilan.

kOS kEROSAkAN

Kos kerosakan ialah kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak

pengurusan atau pemilik ladang disebabkan oleh gangguan gajah

ke atas ladang mereka. Namun begitu kos kerosakan ini berbezabeza

mengikut tahap pengurusan, umur pokok dan kadar upah

pekerja yang sering berubah dari masa ke semasa. Selain daripada

itu kos juga berubah mengikut nilai semasa hasil pengeluaran jenis

tanaman yang terlibat.

ANCAMAN kEPAdA MANUSIA

Ancaman kepada manusia berlaku apabila gajah tersebut mula

memasuki kawasan penempatan penduduk atau mengganggu

penduduk ketika mereka bekerja di ladang. Ancaman boleh

berlaku apabila gajah mula merosakkan bangunan atau binaan

lain seperti tandas, dapur dan sebagainya. Selain itu, ancaman

amat serius boleh berlaku apabila gajah mula menyerang manusia.

Ancaman tidak dianggap serius jika gajah tersebut hanya dilihat

oleh penduduk dari jarak jauh.

JD119156 Tek.indd 12 3/22/07 12:30:40 PM


LANGkAH PENGAWALAN

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Langkah pengawalan adalah langkah-langkah yang diambil oleh

pelanggan untuk mengatasi masalah gajah di tempat mereka.

Langkah-langkah tersebut termasuklah mendirikan pagar elektrik,

longkang, pagar berduri, kawalan menggunakan senjata api dan

sebagainya. Tahap gangguan gajah akan dapat dikurangkan

apabila langkah-langkah pengawalan yang sepatutnya telah

diambil. Bagi penduduk kampung atau pekebun kecil mereka

kebiasaannya tidak mengambil langkah-langkah pengawalan

seperti yang disebutkan di atas. Oleh itu mereka sering terdedah

kepada tahap gangguan gajah yang amat serius.

4.5 kawasan Perlindungan

Pengwujudan kawasan-kawasan baru sebagai tempat

perlindungan hidupan liar dan usaha-usaha bagi mengekalkan

kawasan perlindungan yang sedia ada seperti Taman Negara,

Rezab dan Santuari Hidupan Liar adalah satu langkah penting

ke arah usaha jabatan untuk melindungi hidupan liar dan

habitatnya. Keluasan kawasan-kawasan perlindungan hidupan

liar di Semenanjung malaysia kini berjumlah , 8,573 ha (Jadual

4). Namun begitu jumlah keluasan tersebut tidak kesemuanya

sesuai untuk habitat gajah. Kawasan Perlindungan utama yang

menjadi habitat gajah hanyalah di Taman Negara, Taman

Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Di-Raja Belum.

5.0 kONSERvASI GAJAH MASA kINI

Pada masa lalu, langkah-langkah tradisional bagi mengatasi masalah

gangguan gajah ialah dengan cara menghapuskannya. Di antara

tahun 967 dan 977, Jabatan PERHILITAN (dahulunya dikenali sebagai

Jabatan mergastua) telah menembak mati sebanyak 0 ekor gajah

yang mengganggu kawasan pertanian dan yang mengancam

nyawa manusia. Namun begitu, bermula pada tahun 974 Jabatan

PERHILITAN telah memperkenalkan teknik terbaru konservasi gajah

iaitu menangkap dan memindahkan gajah-gajah yang merosakkan

tanaman dan mengganggu manusia ke kawasan perlindungan yang

lebih selamat seperti di Taman Di-Raja Belum, Taman Negara dan

Taman Negara Endau Rompin (Jadual 5). Selain daripada tangkap

dan pindah, beberapa cara juga telah diperkenalkan seperti

pembinaan parit dan pagar elektrik di sepanjang sempadan yang

menjadi tumpuan kemasukan gajah. Ianya didapati sangat efektif

bagi menghalang kemasukan gajah ke kawasan pertanian yang

terlibat.

3

JD119156 Tek.indd 13 3/22/07 12:30:45 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Jadual 4: kawasan perlindungan di Semenanjung Malaysia

kawasan Perlindungan Negeri tahun Warta Luas (ha)

. Chior GR Perak 903 4,330

. Bukit Nanas WS Selangor 906 9

3. Bukit Kutu WR Selangor 9 ,943

4. Bukit Fraser BS Selangor 9 ,979

5. Kuala Selangor WR Selangor 9 44

6. Krau WR Pahang 9 3 53,095

7. Kuala Lumpur Golf Course BR Kuala Lumpur 9 3 40

8. Pulau Port Dickson WR N. Sembilan 9 6 0.5

9. Sungkai WR Perak 9 8 ,4 8

0. Sg Bukit Putih WR Selangor 93 4

. Endau-Kluang WR Johor 933 0 , 74

. Endau-Kota Tinggi (Barat) WR Johor 933 6 ,959

3. Endau-Kota Tinggi (Timur) WR Johor 933 7,4 3

4. Klang Gates WR Selangor 936 30

5. Segamat WS Johor 937 3 ,079

6. Taman Negara (Pahang) NP a) Pahang 939 48, 7

7. Taman Negara (Terengganu) NP b) Terengganu 939 80, 89

8. Taman Negara (Kelantan) NP c) Kelantan 939 06, 35

9. Batu Gajah BS Perak 95 4.5

0. Pahang Tua BS Pahang 954 ,336

. Empat pulau-pulau burung BS Johor 954 5

. Templer Park Selangor 956 ,0

3. Bukit Frazer Pahang 957 ,000

4. Cameron Highlands WS Pahang 96 64,953

5. Sungai Dusun WR Selangor 964 4,330

6. Rizab Pulau Sembilan melaka 97

7. Tanjung Tuan melaka 97 6

8. Pulau Tioman WR Pahang 97 7, 60

9. Bukit Pinang TR Kedah 976

30. Sidam Kanan TR Kedah 976

3 . Rizab Zoo melaka melaka 983

3 . Wang Pinang Perlis 984 68

33. Endau-Rompin (Pahang) NP Pahang 986 40, 97

34. Kuala Selangor NaP Selangor 989 40

35. Tasik Chini Pahang 989 5,085

36. Bukit Palong TR Terengganu 99

37. Endau-Rompin (Johor) NP Johor 993 48,905

38. Rizab Rusa, Pulai Kelantan 993 7

39. Bota Kanan TR Perak 993 6

40. Tapak RAmSAR Pahang 995 6,000

4 . Taman Negara Pulau Pinang Pulau Pinang 003 , 8

4 . Taman Negeri Di-Raja Belum Perak 003 7,500

43. Taman Warisan Selangor 005 07,000

JUMLAH BESAR 1,128,573

Sumber: Aiken, R. (1994), DWNP-DANCED(1996); Nota: GR (Game reserve), WS (Wildlife sanctuary), BS (Bird

sanctuary), WR (Wildlife reserve), NP (National Park), NaP (Nature Park), TR (Tuntung Reserve)

4

JD119156 Tek.indd 14 3/22/07 12:30:50 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Jadual 5: Lokasi pemindahan gajah (1974 – 2005)

Lokasi pemindahan

6.0 PERUNdANGAN

Gajah merupakan spesies hidupan liar yang diperlindungi di bawah

Jadual Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76, 97 . Ia juga

disenaraikan di bawah Lampiran , CITES (Convention on International

Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora) serta

dikategorikan sebagai binatang yang terancam dalam Buku Data

merah IUCN (International Union for the Conservation of Nature and

Natural Resources). Oleh itu, perdagangan spesies ini di peringkat

antarabangsa adalah dikawal dengan ketat.

7.0 StRAtEGI kONSERvASI

Bilangan

(ekor)

Para perancang dan pembuat dasar perlu mempunyai kesedaran

bahawa penekanan yang diberikan kepada gajah bukanlah sekadar

konservasi untuk satu spesies gajah sahaja, tetapi mestilah dianggap

sebagai satu tindakan konservasi hidupan liar yang menyeluruh. Ini

kerana gajah merupakan spesies utama yang memerlukan habitat

yang luas. Perlindungan terhadap habitat gajah secara tidak langsung

melindungi kepelbagaian biologi kawasan tersebut. Gajah juga

mempunyai hubungkait dengan budaya, ekonomi dan warisan alam

semulajadi negara. Oleh itu, kehadiran gajah memberi makna yang

besar kepada kita dan generasi yang akan datang.

Untuk melindungi dan memulihara gajah supaya terhindar daripada

bahaya kepupusan beberapa strategi konservasi dicadangkan yang

meliputi tindakan pengurusan, penyelidikan, inventori, kewangan,

kerjasama peringkat nasional dan antarabangsa.

5

Dipindahkan

(ekor)

Taman Negara Terengganu 35 35

Hutan Simpan Belum 58 58

Lain-lain Hutan Simpan 58 58

Domestikasi

(ekor)

Base Camp (Lompat/Gandah) 49 49

Kenyir 45 45

Taman Negara Endau Rompin 40 40

Pelbagai Zoo 3 3

JUMLAH 417 336 81

JD119156 Tek.indd 15 3/22/07 12:30:56 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

7.1 Pertimbangan terhadap pengurusan populasi gajah

Pengurusan populasi gajah pada dasarnya bergantung kepada

saiz kumpulan, saiz habitat serta keadaan habitat tersebut.

Keadaan ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

a. Gajah tunggal

Gajah tunggal ialah gajah yang bergerak secara

bersendirian, terutamanya gajah jantan yang tidak lagi

boleh memberi sumbangan dari segi baka disebabkan

tua, uzur atau disingkir oleh kumpulannya. Gajah

tunggal seperti ini dianggap sudah tidak mempunyai

nilai konservasi.

b. Gajah terkepung

Kumpulan ini merupakan kumpulan gajah yang berada

dalam hutan yang kecil yang dikelilingi oleh kawasan

pembangunan dan tidak mampu menampung

keperluan makanan dan mempunyai kawasan keliaran

terbatas. Dalam keadaan seperti ini gajah akan hanya

menggunakan hutan yang kecil itu sebagai tempat

berlindung pada siang hari dan keluar pada waktu

malam untuk mencari makanan. Kawasan pertanian

yang berhampiran dengan kumpulan gajah seperti ini

akan mengalami kerosakan yang serius disebabkan

kekerapan gangguan oleh gajah ini. malah sekiranya

ladang dipagar dengan pagar elektrik sekalipun

gajah akan tetap cuba memasuki ladang pertanian

tersebut.

c. Gajah selamat

Kumpulan ini merupakan kumpulan gajah yang

menghuni hutan yang masih luas dan kumpulan ini

tidak menimbulkan masalah dari segi pengurusan dan

selamat di habitat yang sedia ada. Namun begitu, ia

mungkin sekali-sekala memasuki kawasan pertanian

atau pinggiran kampung apabila tiba pusingan

keliarannya.

6

JD119156 Tek.indd 16 3/22/07 12:31:01 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

7.2 kaedah tindakan berdasarkan keadaan, saiz kumpulan dan

tahap gangguan

Tindakan yang dijalankan adalah berpandukan kepada keadaan

kumpulan dan tahap ancaman yang berlaku. Beberapa kaedah

pengurusan yang diamalkan adalah seperti berikut.

a. tembak mati

Kaedah ini dijalankan terhadap gajah yang cedera atau

sakit teruk dan tiada harapan untuk pulih tanpa mengira

umur atau jantina. Gajah tunggal yang memberikan

masalah yang amat serius atau mengancam nyawa

orang awam juga akan ditembak mati. Namun begitu

tidak semua gajah yang menyerang orang awam di

tembak mati. Sekiranya orang yang diserang adalah

pemburu haram, tindakan tembak mati tidak dijalankan.

Ini adalah kerana punca masalah tidak ditimbulkan

oleh gajah tersebut (Jadual 6).

Jadual 6: Pengkelasan kategori tindakan tembak mati gajah

kategori situasi tindakan

Kakitangan PERHILITAN dalam Tembak mati perlu untuk mempertahankan

tugas rasmi diri daripada diserang oleh gajah

Orang awam/penduduk Tembak mati jika menyerang/membunuh

kampung/pekerja ladang/ orang awam. Tidak perlu ditembak mati jika

pencari hasil hutan hanya terserempak ketika berada dalam

hutan dan tidak membahayakan.

Pemburu haram Tidak ditembak mati. Hanya buat laporan.

b. tembak halau

Kebiasaannya ia melibatkan kumpulan gajah yang

tinggal berhampiran dengan pinggir hutan dan

kawasan pertanian atau penempatan penduduk.

Kekerapan gangguan tidak begitu serius dan gajah

akan masuk semula ke dalam hutan apabila ditembak

halau. Kakitangan perlu memastikan gajah tersebut

masuk semula ke dalam hutan selepas tembak halau

dijalankan. Setiap aduan perlu dirujuk kepada pengadu

agar gajah dapat dikesan dengan segera.

7

JD119156 Tek.indd 17 3/22/07 12:31:06 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

c. tangkap dan pindah

Kaedah tangkap dan pindah dijalankan terhadap

kumpulan gajah yang terperangkap dalam suatu

kawasan atau pulau hutan. Gajah kerap memasuki

ladang atau kawasan perkampungan yang terbabit

dan menyebabkan kerugian yang besar dan berterusan.

Anak gajah yang tertinggal atau ditinggalkan oleh

ibunya akan ditangkap dan dipindahkan ke Pusat

Konservasi Gajah Kebangsaan, Lanchang, Pahang

atau terus dihantar ke Zoo melaka untuk rawatan.

Tangkap dan pindah juga dijalankan bagi gajah yang

terkena jerat (wire snare) dan dipindahkan ke Zoo

melaka untuk rawatan lanjut.

d. Pagar elektrik dan parit

7.3 Penyelidikan gajah

Kaedah ini perlu disyorkan kepada setiap pemilik ladang

dan jabatan hanya bertindak sebagai penasihat sahaja.

Kekuatan voltan pagar elektrik mestilah sekurangkurangnya

9 kV. Jabatan boleh memainkan peranan

dengan menasihatkan pemilik ladang supaya sentiasa

memastikan pagar elektrik serta longkang sentiasa

diselenggara dengan baik.

Beberapa kajian telah dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN

sejak tahun 94 sehingga sekarang. Kajian-kajian tersebut

meliputi berbagai aspek seperti populasi, taburan, pergerakan,

permasalahan gajah, pemakanan, deria gajah dan sebagainya

(Jadual 7).

8

JD119156 Tek.indd 18 3/22/07 12:31:11 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Jadual 7: Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan

PERHILItAN (1941 – 2003)

tajuk Lokasi/skop kajian Pengarang tahun jurnal

diterbitkan

Populasi & taburan Sem. malaysia mohd Khan, m.K 985

Sem. malaysia mohd Khan, m.K 977

Johor Sahir, O 986

Perak mohd Khan, m.K 969

Sem. malaysia mohd Khan, m.K 99

Tasik Kenyir Hassan, K 99

masalah gajah Perak mohd Khan, m.K 965

Pagar elektrik Saharuddin, A 98

Hassan, K & 985

Udadin, K

Konflik manusia-Gajah Salman S. & 003

Nasharuddin O.

Parameter & Perbandingan jantina Sahir, O 990

biometrik Penganggaran umur mohd Khan, m.K 977

Pergerakan gajah & Hulu Perak mohd Khan, m.K

kawasan keliaran P. Besar, Tasik Kenyir Hassan, K 986

Satelit transmiter Burhanuddin et.al 995

Radio transmiter Hassan, K 994

Satelit transmiter Salman S. 998

Salman S. & 00

Nasharuddin O.

Penggunaan mohd Khan, m.K 977

makanan, Kelahiran mohd Khan, m.K 977

& Kematian, Deria mohd Khan, m.K 977

gajah, Komposisi umur mohd Khan, m.K 983

Namun begitu penyelidikan gajah masih perlu dipergiatkan

kerana:

a. Bagi mendapatkan kaedah pengurusan gajah yang rasional

dan efektif sama ada secara in-situ atau ex-situ. Lebih

banyak penyelidikan dan bancian perlu dijalankan

untuk mendapatkan saiz populasi yang sesuai (viable

population) dalam kawasan hutan yang sedia ada.

Populasi minimum yang sesuai bagi populasi gajah

yang kecil perlu diwujudkan di dalam habitat yang

sedia ada bagi menjamin kesinambungan generasi

dan warisan gajah di kawasan terbabit.

9

JD119156 Tek.indd 19 3/22/07 12:31:16 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

b. Kajian jangka panjang perlu dijalankan untuk mengetahui

komposisi gajah dalam kumpulan yang sedia ada.

Kajian ini penting terutama bagi kumpulan gajah yang

berada di dalam kawasan yang dikelilingi oleh aktiviti

pembangunan. Nisbah yang berat kepada jantan akan

menyebabkan serakan gajah-gajah jantan apabila

dewasa. Sebaliknya nisbah yang berat kepada betina

akan meningkatkan saiz kumpulan gajah tersebut

dan meningkatkan tekanan terhadap habitat serta

keperluan makanan yang sedia ada.

c. Penyelidikan tentang laluan gajah (corridor) perlu

dijalankan agar kesinambungan di antara habitat

gajah wujud dan tidak terputus. Keluasan laluan perlu

diwujudkan agar ianya benar-benar efektif di dalam

pengurusan gajah.

d. Penyelidikan ke atas gajah-gajah yang telah ditangkap

pindah juga perlu dijalankan bagi mengetahui

pergerakan, kesesuaian dan pembentukan kumpulan

gajah-gajah tersebut. Kajian ini boleh dijalankan dengan

menggunakan teknologi terkini seperti penggunaan

pemancar satelit. Ini dapat membantu dalam penentuan

kawasan keliaran gajah-gajah tersebut selepas ianya

dipindahkan.

7.4 Pencegahan ancaman gajah

Aktiviti pencegahan ancaman gajah daripada memasuki

kawasan tanaman perlu dijalankan di kawasan yang terlibat.

Cara-cara tradisional yang telah digunakan untuk menakutkan

dan seterusnya menghalau gajah perlu diteruskan. Ini termasuk

menghalau dengan cara membuat bising, membakar tayar,

membuat unggun api dan sebagainya.

Sistem pagar elektrik yang bervoltan tinggi dan disertakan

dengan sistem parit dan jalan pesisiran bagi memantau

keadaan pagar adalah merupakan cara yang paling berkesan

bagi mengawal gajah daripada memasuki ladang. Kegagalan

sistem pagar elektrik adalah disebabkan oleh kegagalan dalam

penyelenggaraannya.

0

JD119156 Tek.indd 20 3/22/07 12:31:21 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

7.5 kerjasama dengan badan-badan konservasi antarabangsa

Kerjasama yang erat dengan badan-badan konservasi

antarabangsa seperti IUCN (International Union for the

Conservation of Nature and Natural Resources), UNDP (United

Nation Development Programme), WWF (World Wilde Fund

for Nature) dan WCS (Wildlife Conservation Society) adalah

amat penting di dalam merangka strategi konservasi gajah

bagi jangkamasa panjang. Badan-badan seumpama ini dapat

memberi bantuan dan sokongan dari segi dana kewangan

dan kepakaran saintifik dalam merangka dan melaksanakan

sesuatu polisi yang seiring dengan aktiviti konservasi gajah yang

dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN. Sebagai ahli gabungan

kepada CITES setiap peraturan yang berkaitan dengan

perdagangan gading gajah akan dapat dikawal. Pengawalan

ini dapat mengelakkan populasi gajah daripada berkurangan

dan mengalami ancaman kepupusan.

7.6 kerjasama dengan agensi-agensi pertanian

Antara kerjasama yang boleh dijalankan ialah:

a) Pembukaan tanah baru untuk pertanian secara tidak

menentu akan menyebabkan fragmentasi habitat.

Semakin luas kawasan hutan yang diterokai semakin

tinggi kebarangkalian gajah akan memasuki kawasan

pertanian tersebut. Ini berkait rapat dengan masalah

pengecilan habitat gajah. Oleh itu dicadangkan supaya

semua projek pertanian dibuat secara bersepadu

dan tidak bertaburan di dalam blok-blok yang

kecil. Ini dapat mengatasi masalah gajah-gajah liar

terperangkap di dalam kawasan yang dibangunkan

dan seterusnya tertarik kepada sumber makanan yang

terdapat disekitarnya.

b) Dalam sesetengah kawasan, perlu diwujudkan zon-zon

penampan (buffer zone) di antara kawasan pertanian

dan kawasan terdapatnya kumpulan gajah. Tanaman

yang tidak digemari atau tidak boleh dimakan

oleh gajah mungkin boleh ditanam di kawasan zon

penampan ini. Walau bagaimanapun ini bergantung

kepada faktor kesesuaian tanah di sesuatu kawasan

yang dimajukan.

JD119156 Tek.indd 21 3/22/07 12:31:26 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

c) Pelan tindakan pengurusan bersepadu yang melibatkan

kawasan pembangunan tanah (pertanian, industri

perkilangan dan sebagainya) yang disediakan oleh

agensi-agensi pertanian seperti FELDA, FELCRA, RISDA

dan ladang-ladang swasta harus dijadikan salah satu

perancangan pembukaan tanah yang tersusun. Pihak

tersebut harus merujuk kepada Jabatan PERHILITAN

bagi mendapatkan pandangan dan ulasan bagaimana

pembangunan tanah yang diusahakan mematuhi

peraturan yang ditetapkan. Ia bukan sahaja melibatkan

keuntungan sebelah pihak tetapi menjadikan kawasan

yang bermasalah dengan gangguan gajah dapat

diuruskan secara bijaksana.

7.7 kerjasama daripada kerajaan Negeri

Sebagai pihak yang berkuasa di dalam pembangunan tanah,

kerjasama dan peranan pihak Kerajaan Negeri amat penting

bagi menjayakan hasrat ini dengan cara:

a) mewujudkan kawasan habitat semulajadi gajah. Ini adalah

penting di dalam pengurusan populasi gajah-gajah

tersebut. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan Taman

Negara, Rezab dan Santuari Hidupan Liar yang sedia

ada perlu dikekalkan di samping menambahkan lagi

kawasan-kawasan lain yang sesuai.

b) Pembukaan kawasan hutan perlu dibuat dengan cara

yang lebih sistematik agar kelompok-kelompok hutan

yang kecil tidak diwujudkan. Ini untuk mengelakkan

daripada terjadinya populasi-populasi gajah yang kecil

dan terasing. Ini bukan sahaja boleh mendatangkan

ancaman tetapi juga merumitkan kerja-kerja

pengurusannya.

c) Pihak Kerajaan Negeri perlulah mengambilkira dan

memasukkan kepentingan konservasi gajah ke dalam

perancangan pembangunan tanah. Permasalahan

yang wujud secara berterusan dari segi pertindihan

pengwartaan Hutan Simpan dengan Rezab Hidupan

Liar di negeri-negeri harus diberikan penekanan bagi

memastikan perancangan dan pengurusan pembukaan

hutan yang sistematik dapat dijalankan bagi tujuan

konservasi habitat gajah.

JD119156 Tek.indd 22 3/22/07 12:31:31 PM


7.8 tabung Amanah Gajah

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Tabung Amanah Gajah yang sedia ada perlu diteruskan dan

diperkukuhkan kedudukan sumber kewangannya. Dengan

adanya tabung amanah ini semua sumbangan kewangan yang

diterima untuk operasi tangkap pindah atau konservasi gajah

boleh dimasukkan ke dalamnya. Selain daripada membiayai

operasi tangkap pindah gajah, ia juga boleh digunakan untuk

tujuan penyelidikan dan aktiviti-aktiviti konservasi gajah yang

berkaitan. Pihak-pihak yang terlibat dengan pembukaan kawasan

hutan secara meluas, terutamanya pihak Kerajaan Negeri dan

agensi-agensi pertanian, yang menjejaskan habitat gajah di

kawasan berkenaan, perlu memberi sumbangan kepada tabung

tersebut.

Penyelarasan sumbangan Kerajaan Negeri kepada pengwujudan

Tabung Amanah Gajah Persekutuan boleh dilaksanakan dengan

memberi keyakinan dan penerangan serta taklimat mengenai

kepentingan dan keupayaan Jabatan PERHILITAN dalam

menguruskan permasalahan yang berkaitan dengan gajah.

7.9 keperluan perbelanjaan pengurusan

Setiap perancangan belanjawan pembangunan dan belanjawan

mengurus tahunan perlu mengambilkira kos konservasi gajah.

Segala kos pengurusan yang diperlukan mestilah merangkumi

perincian kos-kos untuk kerja-kerja tangkap pindah gajah, kerja

kawalan dan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang diperlukan bagi

menyokong konservasi gajah.

3

JD119156 Tek.indd 23 3/22/07 12:31:35 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

RUJUkAN

Anon. 996. Capacity building and strengthening of protected areas system in

Peninsular malaysia. A master Plan. Unpublished.

Jabatan Perhutanan Semenanjung malaysia. 99 . major forest types in Peninsular

malaysia.

Jabatan Perhutanan Semenanjung malaysia. 997. Inventori Hutan Nasional

Ketiga.

John F. E, George m.m & John S., 990. Asian elephants. National Zoologocal

Park, Smithsonian Institution, Washington D.C.

John F. E & melvyn L. 97 . An Ecological Reconnaissance of Wilpattu National

Parks, Ceylon. Smithsonian Contributions to Zoology. No. 0 . Smithsonian Institution

Press

michael W.m & Linda D.E. 978. Elephants and agriculture in malaysia. Department

of Wildlife and National Parks. Unpublished.

mohd Khan m.K. 99 . The malayan Elephant. A species plan for its conservation.

malindo Printers Sdn. Bhd, Shah Alam, Selangor.

Olivier R.C.D. 974. On the ecology of the Asian Elephant. Volume II.

Unpublished.

PERHILITAN. 990. Pelan induk pemuliharaan gajah Semenanjung malaysia. Tidak

diterbitkan.

Richard C.L. 997. Gone astray. The care and management of the asian elephant

in domesticity. Dharmasarn Co., Ltd. Bangkok.

Salman, S. & Nasharuddin, O. 00 . A study on the home range and habitat

utilization of a translocated elephant (Elephas maximus) using satellite transmitter

in Terengganu National Park. Journal of Wildlife and Parks. 20: – 6.

Sukumar. R. 989. The asian elephant. Ecology and management. Cambridge

university press. Cambridge.

Susan K.m., Eva L.S & Ranglack G.S. 994. medical management of the elephant.

Indira Publishing House. michigan. U.S.A.

T.C. Whitmore, 99 . Hutan hujan tropika di timur jauh. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Kuala Lumpur

4

JD119156 Tek.indd 24 3/22/07 12:31:40 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

TUmBUH-TUmBUHAN yANG DIKENALPASTI mENJADI mAKANAN GAJAH

tUMBUHAN HUtAN

Nama tempatan Nama saintifik Nama tempatan Nama saintifik

. Bayas Oncosperma horridum 3. Salak Zalacca spp

. Pala Licuala spp 4. Reman puteh Scirpus, scleria

3. Rotan Myrialepis 5. Paku hutan

Calamus 6. mengkudu hutan Morinda

Conera 7. Akar simpoh gajah Dillenia reticulata

Daemonorops 8. Durian hutan

Calospatha 9. Durian kampong Durio zibethinus

Ceratolobus 30. Ludai Sapium baccatum

Plectocomia 3 . Chenderai akar Grewia spp

Plectocomiopsis 3 . merbau akar Intsia pelembanica

Korthalsia 33. Sireh hutan Piper spp

4. Nibong Oncosperma filamentosa 34. Rumbia Meroxylon sagus

5. Dedap Frythrina spp 35. Langkap Arenga westerhoutii

6. Kelepong Ficus spp 36. Chuchor Calamus castaneus

7. Ara Ficus spp 37. Selaput tunggul Eupatorium odoratum

8. Tepus Zingiberaceae 38. Putat akar Barringtonia spp

9. Tebrau Saccharum 39. Lalang (muda) Imperata cylindrical

0. Riong Themeda villosa 40. Kerteh belalang Pithecellobium

clypearia

. Jejulong Agrostistachys 4 . mengkirai belukar Trema spp

. Terap Artocarpus spp 4 . Pulai Alstonia spp

3. Bertam Eugeissona tristis 43. Jelutong Dyera costulata

4. Pisang hutan Musa spp 44. mahang Macaranga spp

5. Tebu gajah Saccharum spontaneum 45. Bangkong Artocarpus spp

6. Kantan Zingiber 46. Balik angin Mallotus spp

7. Perah Elateriospermum tapos 47. Tepus padi Zingiberaceae

8. Belaga Zingiberaceae 48. Pauh rusa Irvingia malayana

9. Ara hantu Ficus app 49. Nenering Parkia javanica

0. Larah Baccaurea griffithii 50. Buah biak Mitragyne speciosa

. Tampoi Baccaurea spp 5 . minyak berok Xanthophyllum spp

. Sengkuang Dracontomelum

5

Lampiran 1

JD119156 Tek.indd 25 3/22/07 12:31:46 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

tANAMAN PERtANIAN

Nama tempatan Nama saintifik Nama tempatan Nama saintifik

. Kelapa sawit Elaeis guineensis . Petai Parkia speciosa

. Getah Hevea brasiliensis 3. Jering Pithecellobium

jiringa

3. Cempedak Artocarpus integer 4. Sentul Sandoricium

koetjape

4. Rambai Baccaurea motleyana 5. Jambu Eugenia spp

5. Kundang Bounea macrophylla 6. Duku, langsat Lansium

domesticum

6. Durian melaka Durio malaccensis 7. macang Mangifera spp

7. Asam gelugor Garcinia atroviridis 8. Nangka Artocarpus

heterophyllus

8. Rambutan Naphelium lappaceum 9. Kelapa Cocos nucifera

9. Pulasan Naphelium mutabile 0. Durian belanda Annona muricata

0. Kepayang kayu Pangium edule . Belimbing Averrhoa bilimbi

. Durian Durio zibetinus . Betik Carica papaya

(Sumber: T.C.Whitmore, 1991; Mohd. Khan, 1992; R.C.D. Olivier, 1978)

6

JD119156 Tek.indd 26 3/22/07 12:31:51 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

7

Lampiran 2

LOKASI KONFLIK mANUSIA-GAJAH DI SEmENANJUNG mALAySIA ( 005)

Negeri/daerah Lokasi gangguan

JOHOR

Kluang Ldg. Landak, Ldg. Sg. Tawing, Kg. Ilham, Ldg. KUB, Kg. Lukut,

Ldg. Koperasi.

Kota Tinggi Ldg. Ulu Sibol A, Gemumi multi Plantation, Ldg. Universiti,

Bt. 5-8 Jln. mawai, Ldg. Jaya, FELCRA mawai Baru, FELDA

Aping Barat, Ldg. Kopris, RISDA Perepat, Kg. Telok, Kg. Belukar

Durian.

mersing Bt 5- 3 Jln Jemaluang-Kluang, FELCRA Sri mahkota, Ldg.

mCA Nitar Collin, Ldg. mADOS, Bt. 4-6 Jln. Endau, Ldg. RISDA

Bt. 5, Ldg. Bukit Payong, FELDA Tenggaroh, FELDA Nitar, Ldg.

Paya munis, Jln. Tanah Abang, Kg. Sg. muka Dua, FELCRA

Sri mahkota.

Segamat Jln. Chon Kong Labis, Kg. Paya merah, Taman Negara

Endau-Rompin (Selai Kemidak).

kEdAH

Padang Terap Kg. masjid Lama, Kg. Lebai Saman, HS Cebar, Kg. Batu 8

mukim Siong, Ldg. Tebu Division .

kELANtAN

Gua musang Kuala Ber, Pos Blau, Kuala Betis, Ldg. KDSB Renok Baru, Kg.

Padang malim, Kg. Pulat, PKPS Editas , Ldg. Sg. Terah, Kuala

Wok, Kg. Pasir Tumboh, Sg. Tah, Bertam Baru, Kg. manar,

Sg. Asap A & B, Ldg. Tinjau Sepang, Ciku & 7, Sg. Lakit,

Ldg. Pantas Paloh , KESEDAR Chalil, Bukit mas Laloh, Ldg.

Keruing Teknik, KESEDAR Lebir, Kg. Dim Lah.

Jeli Ldg. Rakyat, Ldg. Rabuah, Kg. Lawar, Kg. Pendek, Ldg.

FELCRA Tadoh, Kg. Kuala Kelawang, Kg. Sg. Long, Kg. Lata

Janggut, Kuala Long, Kg. Jeliar Base Camp, Kg. Seberang

Jeli, Kg. Air Ibol, Kg. Layat, Kg. Berdang, Kg. Bukit Jual, Kg.

Seberang Belahat, Kg. Lubok Bongor, Kg. Jabir, Kg. Satan,

Kg. Kuala Balah, Kg. Legeh, Sg. Tupai, Kg. Gemang, Kg. Air

merbol, Ldg. Sawit Renggai.

Kuala Krai Kg. Dabong, Kg. Buyong, Kg. Belakang Bukit Sg. Taku, Kuala

Sg. Lebir, Kg. Ulu manok, Bukit mas Paloh, Kg. Pasir Linggi,

Bukit mas Lela Jasa, Kg. Gemang, Kg. Star.

JD119156 Tek.indd 27 3/22/07 12:31:56 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Negeri/daerah Lokasi gangguan

machang mini Estate Air Belaga.

Pasir Puteh Kg. Elong Kandis.

Tanah merah Kg. Rebana, Kg. Jegor, Kg. Air Kayan, Kg. Berdang Gual

Ipoh, Kg. Air Canal.

N.SEMBILAN

Jelebu HS Kenaboi.

PAHANG

Bentong Ldg. Bukit Dinding, Ldg. Sabai Telemong, Ldg. Tuan Estate,

FELDA Kemasul, FELDA mengkarak .

Bera Ldg. mengkarak , FELDA Bera Selatan , FELDA mayam.

Jerantut Kg. Damak, Kg. Som, FELDA Kota Gelanggi, Ldg. Sg. Rengai,

Kg. Bukit mat Daling.

Lipis Kg. Bertam Betau, Pagar Sasak, Lubok Belida, Kg. Kuala

Kechau, FELDA Kechau 0, Kg. Kuala Kenong, FELCRA Sepial

mela.

maran Ulu Angos, Ldg. LKPP Kertau, Kg. Kuala Wau, LKPP Aur

Gading.

Pekan Kg. Chini, Kg. mambang, Kg. Dusun.

Rompin Bukit Ibam, Estate Hwa Li, Ldg. Dara Teh, Ldg. mARDI, Ldg.

Bebar, TN Endau Rompin, Ldg. Berabong, Ldg. Siswa Tani,

Ldg. Sg. Gayung, Kg. merlak.

Temerloh Ldg. Kg. Bongsu, Ldg. Kurnia, Kg. Sepial, Kg. Paya Pong,

Lanchang Estate, Ldg. Sg. Pertang, Ldg. Sg. Kawang.

PERAk

Hulu Perak Kg. Luat, Kg. Kuak Hulu, Kg. Kuak Tengah, RPS Banun, Kg.

Bukit Serdang, Kg. Talong, Bukit Sapi, Kg. Sumpitan, FELDA

Tawai , Kg. Chepor, Kg. Ulu Lenggong, Kg. Durian Lubuk,

Kg. Kuak Pengkalan Hulu, FELCRA Sg. Tawai, RPS Kemar.

Kuala Kangsar FELDA Lasah, Kg. Bagan Serai, Kg. Asli Bawong, PPRT Dato’

Sagor, Ldg. Wira Sawit Hong, Kg. Temin, Kg. Jeram Petai, Kg.

Raja Intan Suraya, Kg. Perlop , Kg. Asli Pos Poi, Kg. Cheh

Kati.

8

JD119156 Tek.indd 28 3/22/07 12:32:01 PM


Negeri/daerah Lokasi gangguan

tERENGGANU

Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

Besut Kg. Pelong, Sungai Kacung, Lata Tembakah.

Dungun Kuala Jengai, Ldg. mai, FELDA Jerangau Barat, Kg. Pasir

mas, Ldg. ESPEK, Kg. Hulu Kongsi, FELDA Kerteh 5, Kg. Besol

Lama.

H.Terengganu Kg. Kemat, Pasir Nering, Kg. Sekayu, Kg. Padang Setar, Kg.

Payang Kayu, Kg. Baung, mg. menerong, Kg. Durian Bador,

Kg. menerong.

Kemaman Kg. Air Puteh, Ldg. Chenderung Putra, Ldg. Rakyat, Ldg.

ESPEK.

Setiu Kg. Sg. Bari, Ldg. TDm Kg. Pelong, RISDA Payong, Kg. Besut,

FELCRA Langkap, Kg. Tapah, Kg. Pelong, RISDA Chalok Barat,

Ldg. Sg. Tong.

9

JD119156 Tek.indd 29 3/22/07 12:32:06 PM


Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung malaysia

GLOSARI

GIS berasal dari perkataan Geographical Information

System, iaitu gabungan sistem perisian khusus, datadata

spatial dan digital serta hardware yang boleh

digunakan untuk pengimplementasian tertentu di

sesuatu kawasan geografi secara digital.

GPS berasal dari perkataan Geographical Positioning

System iaitu satu sistem yang boleh mengesan dan

mengkoordinasi kedudukan sebenar sesuatu kawasan

dengan menggunakan bantuan satelit.

Habitat satu tempat di mana suatu populasi bagi spesies

tertentu yang boleh hidup dan tinggal. Habitat dicirikan

oleh ciri-ciri fizikal atau jenis tumbuhan tertentu yang

dominan.

Hutan sekunder hutan yang pernah dibalak.

Hutan primer hutan dara atau hutan yang tidak pernah dibalak.

Inbreeding pembiakan baka dalam kumpulan keluarga yang

sama

In situ dalam habitat yang asal

Ex situ di luar habitat yang asal

keupayaan Keupayaan sesuatu habitat menampung

tampungan kelimpahan populasi sesuatu spesies

konflik satu pertembungan kepentingan antara dua pihak

atau lebih ke atas kehendak-kehendak yang sama

dan sumber yang terhad.

transmitter pemancar yang digunakan untuk mengesan kedudukan

dan berupaya menghantar isyarat kepada alat

penerima.

30

JD119156 Tek.indd 30 3/22/07 12:32:10 PM


DICETAK OLEH

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

KUALA LUMPUR, 2007

www.printnasional.com.my

email: cservice@printnasional.com.my

Tel: 03-92366895 Fax: 03-92224773

JD119156 Tek.indd 31 3/22/07 12:32:17 PM


JD119156 Tek.indd 32 3/22/07 12:32:19 PM

More magazines by this user
Similar magazines