PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM - Portal JPA

docs.jpa.gov.my

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM - Portal JPA

23 Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2011-2015

(vi) Membudayakan Kreativiti & Inovasi

• Mengenal pasti bidang keutamaan pengurusan sumber manusia yang

boleh menjadi tumpuan inovasi dengan melihat amalan terbaik di sektor

swasta dan perkhidmatan awam luar negara

• Mewujudkan persekitaran yang kondusif melalui galakan daripada

majikan, komitmen pengurusan atasan dan ganjaran

(vii) Pembangunan Modal Insan

• Pembangunan latihan berdasarkan kepada kompetensi mengikut gred

perjawatan (pemantapan Pelan Operasi Latihan)

• Pembangunan kompetensi dilaksanakan melalui pemantapan aktiviti

mentoring dan bimbingan secara intensif dan berobjektif di perkhidmatan

awam

• Dasar penajaan sebelum perkhidmatan akan mengambil kira bidang

kritikal baru mengikut keperluan negara dan perkhidmatan awam

bersesuaian dengan norma jawatan yang kian berubah mengikut tahap

pembangunan negara

• Dasar penajaan dalam perkhidmatan akan berpandukan kepada keperluan

pengetahuan dan kemahiran baru yang diperlukan oleh perkhidmatan

awam khususnya dalam menyokong agenda transformasi kerajaan

• Memperkukuh peranan Majlis Latihan Sektor Awam serta

mengintegrasikan fungsi institusi latihan awam untuk menyokong

penyediaan peluang latihan

More magazines by this user
Similar magazines