PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM - Portal JPA

docs.jpa.gov.my

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM - Portal JPA

25 Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2011-2015

PELAN TINDAKAN

Penetapan hala tuju JPA bagi tempoh 2011-2015 diterjemahkan melalui

pelaksanaan strategi dan program dalam Pelan Tindakan. Setiap strategi dan

program tersebut berpaksikan kepada Enam Teras Strategik iaitu Menetap Hala

Tuju yang Dinamik, Membangun Organisasi yang Mantap, Mengurus Modal

Insan Terbaik, Membangun Modal Insan yang Berdaya Saing, Mendorong

Prestasi Unggul dan Membentuk Budaya Kerja Berprestai Tinggi.

TERAS 1:

MENETAP HALA TUJU YANG DINAMIK

Hala tuju yang dinamik merupakan asas kepada usaha menjajarkan dasar-dasar

sumber manusia untuk menyokong pencapaian visi, misi, wawasan, prinsip,

matlamat dan strategi organisasi. Penetapan hala tuju ini turut merangkumi

pengukuhan dasar-dasar perkhidmatan sedia ada dan pembangunan dasardasar

baru pengurusan sumber manusia Perkhidmatan Awam, pemantapan

perancangan tenaga manusia dan tumpuan dalam inovasi pengurusan sumber

manusia.

Outcome yang diharapkan:

Penjajaran Pelan Strategik bagi menyokong pencapaian matlamat organisasi

dengan mengambil kira kehendak dan aspirasi negara dan juga perkhidmatan

awam.

More magazines by this user
Similar magazines