Prospek Usahawan Malaysia Isu 6
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
ISU 6
Anda Adakah 10
Kualiti Usahawan Ini?
Akta Syarikat 2016:
Perubahan yang Anda
Perlu Tahu
Kad Perubatan
Terbaik
THE IRON LADY
CABAR GENERASI
MILLENNIAL
Tiada jalan pintas atau jalan mudah untuk mencipta
kejayaan dan kekayaan
Nota Editor Urusan
PENERBIT
Pejuang Media Sdn. Bhd. (1086884-D)
27-2 Silver Suite, The V-Office
Blok 3B Jalan Wangsa Delima 10
D’Wangsa, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
03 4149 5669
EDITOR URUSAN
Ameena Siddiqi
ameena@prospekhartanah.com
KETUA EDITOR
Zulhilmi Ghouse
zulhilmi@prospekhartanah.com
PENULIS
Aminah Hj. Sidek
Mohd Rezuan Masran
PENYUMBANG
Abang Abu
Afyan Mat Rawi
Amsyari Zarir
Coach Wan
PEREKA GRAFIK
Haziq Kamil
JUALAN & PENGIKLANAN
sales@prospekhartanah.com
PENTADBIRAN & LANGGANAN
013 2100 855
admin@prospekhartanah.com
jomlanggan@prospekhartanah.com
PENCETAK
Zenpress Innovation Sdn. Bhd. (1119392-W)
Lot 15 Taman Perindustrian BSS 9
Jalan BS 9/10
Taman Bukit Serdang
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
03 8953 8243
PENGEDAR
Central Paper Agencies Sdn. Bhd. (111330-T)
11 Jalan SS13/3C
Kawasan Perindustrian Subang Jaya
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
03 5636 1278
Assalamualaikum. Diharap semua pembaca nota ini berada dalam keadaan baik-baik
sahaja. Akhirnya, wawasan kami untuk menerbitkan Majalah Usahawan dalam bentuk
digital telah terlaksana. Anda mungkin tertanya-tanya, mengapakah penting untuk
majalah ini beralih kepada bentuk digital?
Jawapannya mudah: Lebih senang untuk kami berhubung dengan anda melalui
medium ini berbanding melalui medium yang sedia ada. Dalam format ini juga, mudah
bagi anda semua untuk membelek PUM pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Christopher Morley, seorang wartawan dan penulis novel dari Amerika Syarikat
pernah berkata, “Apabila anda menjual buku kepada seseorang, anda tidaklah menjual
kepadanya 12 auns kertas berserta dakwat dan gam. Sebaliknya, anda menjual kepadanya
satu kehidupan baharu.”
Ketika kami memutuskan untuk menubuhkan Pejuang Media, kami sedar bahawa
masyarakat kita kekurangan bahan bacaan yang bermanfaat dalam Bahasa Melayu. Pada
pandangan kami, medium paling sesuai untuk menarik minat semua peringkat pembaca
ialah majalah, jadi kami cuba untuk menyediakan bahan bacaan yang informatif dan
menarik mata. Secara peribadi, saya lebih mudah menyerap maklumat dan perkara
baharu dalam bahasa ibunda saya.
Dari awal penubuhan, misi kami di Pejuang Media adalah untuk menyajikan anda
semua dengan maklumat yang terkini dan yang menarik berkenaan Hartanah dan
Keusahawanan. Kami rasakan penting untuk orang Melayu menimba ilmu-ilmu ini,
kerana masyarakat kita tertinggal jauh dalam dua bidang ini (Sila baca artikel utama
kami untuk memahami isu ini dengan lebih mendalam).
Diharap Majalah Usahawan ini dapat menyajikan berita dan maklumat yang mudah
diterima oleh para pembaca sekalian, lebih-lebih lagi bagi bakal usahawan dan usahawan
baharu. Kami sendiri telah melalui bermacam pengalaman sepanjang tiga tahun ini. Ada
yang manis, dan tidak kurangnya yang pahit. Jerih perih pengalaman lalu membantu
kami membuat keputusan yang lebih matang, insya-Allah.
Matlamat majalah ini adalah untuk memberikan panduan dan membantu para
usahawan dalam perjalanan anda menuju puncak jaya. Walau jalannya jauh dan payah,
kami berharap, sedikit sebanyak, mutiara ilmu yang dikongsi kami dapat dimanfaatkan
dan berguna dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
Sila lontarkan sebarang cadangan atau pandangan anda melalui Facebook atau e-mel.
Kami sentiasa menanti dan meneliti pandangan para pembaca yang kami hormati.
Terima kasih diucapkan atas sokongan tidak berbelah bahagi anda kepada barisan
majalah kami, Hartanah dan Usahawan.
Jangan lupa untuk sukai laman Facebook kami dan ikuti laman Twitter, YouTube, serta
laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih banyak maklumat
dan berita terkini.
Ambil langkah pertama, tentukan perjalanan hidup anda!
Ameena & Zulhilmi
Pengasas Pejuang Media
Hak cipta terpelihara © 2017 Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh diulang cetak, disimpan dalam mana-mana
sistem untuk digunakan semula, atau disiarkan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit, Pejuang Media Sdn. Bhd. Sidang editor berhak
melakukan penyuntingan ke atas penulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya, Karya yang disiarkan tidak semestinya
mencerminkan pendapat atau pendirian penerbit. Semua material penerbitan yang dikirimkan kepada kumpulan editorial
Prospek Usahawan Malaysia akan menjadi hak milik Pejuang Media Sdn. Bhd.
JOM
BERIKLAN
dengan kami
Untuk maklumat lanjut, hubungi 013 2100 855
admin@prospekhartanah.com
10 16
31
16
32
06 44
06
10
16
31
32
Berita Semasa
Isu Semasa
Ikon
Kalendar
Sumber Manusia
Persyarikatan
Usahawanita
Mekanik Wang
Produktiviti
Gaya Hidup
38
42
48
53
57
42
57
53 48
38
Berita Semasa
Malaysia Komited
Bantu Usahawan
Menerusi satu kajian yang dijalankan
oleh Gerakan Keusahawanan Global
(GEM), Malaysia didapati berada pada
kedudukan ketiga daripada 65 negara
dari segi penyediaan bantuan kewangan
dan pembiayaan kepada usahawan
baharu yang ingin memulakan
perniagaan. Bantuan kewangan yang
diambil kira oleh kajian ini termasuk
sumber kewangan berupa pinjaman,
geran, dan subsidi, selain tajaan daripada
syarikat swasta untuk syarikat baharu
atau syarikat yang sedang berkembang.
Kajian ini juga mendapati bahawa jumlah
usahawan wanita di negara ini lebih
banyak atau sama dengan usahawan
lelaki. Negara lain yang mempunyai
statistik yang serupa termasuk Indonesia,
Mexico, dan Brazil.
Jumlah Dagangan Malaysia Terus Kukuh
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), jumlah
perdagangan negara ini meningkat sebanyak 14.8% pada Januari tahun ini, dengan
nilai RM 135.77 bilion, berbanding RM 118.31 bilion yang dicatat pada Januari 2016.
Menurut MITI lagi, peningkatan ini didorong oleh kenaikan jumlah perdagangan yang
dicatat Malaysia dengan anggota ASEAN, Amerika Syarikat, China, Jepun, Taiwan,
Australia, dan Kesatuan Eropah (EU). Daripada jumlah ini, eksport meningkat
sebanyak 13.6% kepada RM 70.24 bilion, manakala import meningkat 16.1% kepada
RM 65.53 bilion.
TEKUN Nasional Sediakan Dana RM 100 Juta
untuk Usahawan Wanita
Skim Pembiayaan Program TemanNita bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha
Niaga (TEKUN) Nasional memperuntukkan dana sebanyak RM 100 juta, yang
dikhaskan bagi usahawan wanita yang ingin menceburi bidang perniagaan atau
mengembangkan lagi perniagaan sedia ada. “Sekiranya setiap usahawan menerima
bantuan sebanyak RM 10,000, kita dapat membantu seramai 10,000 usahawan
menerusi skim ini,” jelas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ahmad
Shabery Cheek. Skim ini mengguna pakai konsep kumpulan untuk memastikan
pembiayaan berkenaan dapat disalurkan dengan lebih mudah, cepat, dan cekap.
Sehingga waktu berita ini ditulis, sejumlah 140 orang usahawan telah menerima
manfaat skim ini dengan pembiayaan keseluruhan berjumlah RM 990,000.
6 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
TERAJU Peruntukkan
RM 45 Juta, Bantu
Usahawan Bumiputera
Sabah
Unit Peneraju Agenda Bumiputera
(TERAJU) bawah Unit Perancangan
Ekonomi (EPU) memperuntukkan
sebanyak RM 45 juta dalam bentuk
geran bantuan program mudah cara
bagi usahawan bumiputera di Negeri
di Bawah Bayu. “Inisiatif ini adalah untuk
membantu syarikat bumiputera di negeri
ini mengembangkan perniagaan mereka,
sekali gus mempertingkatkan ekonomi
negeri ini secara tidak langsung,” jelas
Megat Mohd. Yatim, Pengarah Kanan
Keusahawanan dan Pembangunan
Perniagaan TERAJU. Antara syarat yang
diperlukan untuk memohon pembiayaan
ini ialah 51% pegangan saham syarikat
harus dimiliki bumiputera, perniagaan
harus berdaya saing, dan syarikat perlu
mewujudkan peluang pekerjaan dan
perniagaan bagi rakyat Sabah.
Usahawan IKS Lebarkan Sayap ke China
15 orang usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dari Pulau Pinang akan
berpeluang menembusi pasaran negara Tembok Besar hasil usaha berterusan yang
dipelopori oleh Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Bumiputera negeri ini. “Pihak Jawatankuasa telah ke China beberapa kali untuk
memastikan semuanya berjalan lancar. Pada ketika ini, rundingan dengan pihak China
adalah pada peringkat akhir,” jelas pengerusi jawatankuasa ini, Datuk Mohamad
Farid Saad. Beliau menambah, selain pasaran yang luas, China juga dipilih oleh sebab
permintaan yang tinggi daripada pengguna negara itu terhadap produk IKS dari
negeri ini.
MDEC Sasar 180,000 Peserta
Program e-Usahawan dan e-Rezeki
Program e-Usahawan dan e-Rezeki anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia
(MDEC) menyasarkan penyertaan sekitar 180,000 orang usahawan dari seluruh
negara pada tahun ini. Menurut Naib Presiden Hal Ehwal Korporat MDEC,
Razaleigh Zainal, tujuan kempen #YOUCANDUIT anjuran badan itu adalah
untuk meningkatkan taraf ekonomi orang ramai, terutamanya golongan belia dan
golongan yang berpendapatan 40% terendah (B40).“Tahun ini, MDEC menyasarkan
200 pusat e-Rezeki dan 500 pusat pendidikan latihan teknik dan vokasional (TVET)
e-Usahawan di seluruh negara,” kata beliau. Setakat ini, seramai 101,821 orang
usahawan telah mengikuti program ini, iaitu 51,203 bawah e-Usahawan dan
50,618 bawah e-Rezeki.
IKS & Syarikat Baharu
Digesa Menceburi
Platform Perdagangan
Digital India
MITI menggesa syarikat IKS serta
syarikat baharu untuk meneroka
peluang pelaburan di India. Dengan
populasi seramai 1.8 bilion, terdapat
banyak peluang untuk syarikat Malaysia
di sana, terutamanya syarikat yang
berniaga sistem dan teknologi terkini,
khususnya platform perdagangan
digital. Malaysia mempunyai perjanjian
perdagangan bebas (FTA) dengan India
yang dimeterai pada 2010 dan berkuat
kuasa pada 2011. Ia meliputi sektor
perdagangan barangan, perkhidmatan,
dan tenaga buruh.
MTDC Peruntukkan Dana
RM 100 Juta
untuk Industri Halal
Perbadanan Pembangunan Teknologi
Malaysia (MTDC) menawarkan
Dana Pembangunan Teknologi Halal
(Dana Halal) sebanyak RM 100 juta,
yang bertujuan untuk meningkatkan
keupayaan syarikat berasaskan produk
atau perkhidmatan halal. Bidang fokus
dana ini termasuk makanan dan
minuman, kosmetik dan penjagaan diri,
serta farmaseutikal dan nutraseutikal.
Menurut Tan Sri Abd Rahman Mamat,
Ahli Lembaga Pengarah MTDC,
“Dana ini dikhaskan untuk membiayai
pertumbuhan jangka panjang syarikat
IKS, terutamanya yang mengeksport
produk atau perkhidmatan halal
mereka ke luar negara.”
BERITA SEMASA
Dana Tabung Haji Bantu Usahawan Bumiputera
Sehingga waktu artikel ini ditulis, Dana Al-Ansar dan ekuiti langsung kelolaan Lembaga
Tabung Haji (TH) telah membantu 591 syarikat bumiputera daripada pelbagai
sektor. Dana ini dikhaskan untuk usahawan bumiputera yang mahu mengembangkan
perniagaan mereka. “Antara bidang yang diceburi syarikat berkenaan termasuk
pembinaan, minyak dan gas, peruncitan, pengeluaran halal, pendidikan, dan asas tani.
TH memperuntukkan sebanyak RM 200 juta untuk Dana Al-Ansar dan RM 50 juta
lagi untuk ekuiti langsung,” jelas Timbalan Ketua Eksekutif TH, Datuk Badlisyah Abdul
Ghani. Beliau menambah, TH juga giat bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti
TERAJU, Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) untuk
menambah baik taraf ekonomi bumiputera.
Malaysia Mencatat Jumlah Wanita Berjawatan Kanan
Terendah di ASEAN
Menurut Grant Thornton, sebuah firma perundingan antarabangsa, wanita di
Malaysia hanya memegang 24% daripada jawatan kanan dalam perniagaan, turun
daripada 26% yang dicatatkan pada tahun lepas. Dalam laporan tahunan firma ini,
2017 International Business Report, untuk kriteria yang sama, Indonesia menduduki
tempat teratas dalam kalangan negara ASEAN dengan 46%, diikuti Filipina (40%),
Thailand (31%), dan Singapura (30%). Selain itu, 34% perniagaan di Malaysia tidak
menggaji pengurus kanan daripada kalangan wanita, meningkat daripada 31% pada
tahun lalu.
Pelaburan Jangka Panjang A.S.
di Malaysia Dijangka Kekal
Duta baharu Amerika Syarikat (A.S.) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir,
berpendapat bahawa jumlah pelaburan syarikat A.S. di Malaysia pada tahun
mendatang akan kekal stabil atau bertambah. “Syarikat A.S. di sini memasarkan
produk mereka ke pasaran antarabangsa, jadi keputusan yang mereka buat
bergantung pada pasaran semasa. Antara sebab mengapa mereka selesa
beroperasi di sini sejak berdekad yang lalu hingga kini adalah kerana kerajaan
negara ini menyokong dan memudahkan proses pelaburan mereka,” jelas beliau.
Antara syarikat A.S. yang melabur di Malaysia ialah Intel dan First Solar.
Ekonomi Malaysia
Dijangka Kukuh
Ekonomi negara ini dijangka akan
kekal kukuh pada tahun ini, disokong
penggunaan swasta yang stabil dan
terbitan bon korporat yang kukuh,
menurut Malaysian Rating Corporation
Bhd. (MARC).“Ini boleh dilihat daripada
pertambahan nilai keluaran dalam
negara kasar (KDNK) suku terakhir 2016,
sebanyak 4.5%. Pelaburan swasta juga
meningkat, disokong oleh pelaksanaan
projek infrastruktur mega seperti
Mass Rapid Transit (MRT) 2 dan Light
Rail Transit (LRT) 3 di Lembah Klang
serta projek Pembangunan Bersepadu
Penapisan Minyak dan Petrokimia
(RAPID) di Pengerang, Johor,” jelas
Ketua Pegawai Eksekutif MARC, Mohd
Razlan Mohamad.
8 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
Usahawan Wanita Perlu Manfaatkan
Platform Perniagaan Dalam Talian
Terdapat 1.18 juta orang usahawan wanita di negara ini yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan 6,702 orang berdaftar dengan
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Namun demikian,
terdapat lebih ramai lagi usahawan yang tidak berdaftar, terutamanya mereka yang
terlibat dalam industri kecil-kecilan di luar bandar. “Semua golongan usahawan
digalakkan untuk berdaftar dengan SSM atau badan berkaitan dan memanfaatkan
peluang perniagaan yang luas menerusi platform dalam talian. Kami dapati bahawa
kebanyakan peniaga dalam talian adalah daripada golongan wanita muda yang
mempunyai idea kreatif dalam proses penghasilan dan pemasaran produk atau
perkhidmatan mereka,” jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Nancy Shukri.
Usahawan Disyorkan
Teroka Pasaran Makanan
di Arab Saudi
Usahawan IKS di negara ini digalakkan
untuk meneroka pasaran industri
makanan dan minuman (F&B) di Arab
Saudi berikutan peningkatan jumlah
umat Islam yang mengerjakan haji dan
umrah di negara tersebut saban tahun.
“Ketika ini, jumlah eksport F&B ke Arab
Saudi hanya mencapai 10% daripada
keseluruhan eksport Malaysia, yang
berjumlah RM 3 bilion. Kerajaan berharap,
angka ini dapat ditambah menerusi
pelbagai program keusahawanan yang
sedang dirancang dan dilaksanakan
oleh pelbagai agensi kini,” ulas Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI), Datuk Seri Mustapha Mohamed.
RHB Islamic Sedia Dana RM 50 Juta untuk PKS
RHB Islamic Sdn. Bhd. komited untuk mengagihkan pembiayaan sebanyak
RM 50 juta tahun ini bagi membantu usahawan bawah program TeraS, kendalian
TERAJU. Setakat tahun lalu, sebanyak RM 200 juta telah disalurkan kepada program
itu daripada keseluruhan dana berjumlah RM 400 juta yang diperuntukkan. Tujuan
pemberian dana ini adalah untuk menyokong pertumbuhan syarikat bumiputera
berprestasi tinggi (TeraS). Setakat ini, terdapat 1,014 syarikat bumiputera yang
sudah menyertai TeraS.
BUKA
imCoop Sasar Pembukaan 20 Kedai Harga Patut
Koperasi Iskandar Malaysia Bhd. (imCoop) menyasarkan untuk membuka
20 buah Kedai Harga Patut Muafakat Johor pada tahun ini. Langkah ini penting
untuk memperluas perkhidmatan kedai ini serta memenuhi permintaan rakyat
Johor untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada harga patut. “Kedai ini
membantu masyarakat sekitar untuk mendapatkan bekalan barangan basah dan
hasil pertanian pada harga yang lebih rendah daripada pasaran,” jelas Datuk Md Jais
Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan,
dan Koperasi Johor. Setakat ini, imCoop telah membuka 10 buah kedai harga patut
di sekitar Johor dan Negeri Sembilan.
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 9
68.6% Populasi, 60
Tahun Kemerdekaan,
23% Ekuiti:
Di Mana Silap Kita?
Oleh Aminah Hj. Sidek
Ekuiti teruk, diambil mudah. Sudah terhantuk, baru terngadah. Sebuah
introspeksi sosioekonomi bumiputera.
Walau apa pun yang berlaku, Malaysia tetap ibu pertiwi yang kita sayangi. Tanah
yang unik ini penuh dengan rencah kehidupan yang dekat di hati kita, baik dari
segi bahasa, budaya, agama, makanan, atau hari perayaan. Bak kata pepatah, bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh—bercuti kita kepoh. Begitulah resmi rakyat Malaysia.
Untuk saling menghargai, menghormati, dan meraikan adalah batu asas kekuatan
negara ini.
Namun demikian, sama ada kita mengakuinya atau tidak, negara yang kita diami
ini—yang kita cintai dengan sepenuh jiwa raga ini—jauh dari sempurna. Goyah,
malah. dan kecacatan nusa itu terletaknya dalam diri kita sendiri. Sejak kecil kita dididik
bahawa ekonomi negara ‘dipegang orang’, dan memang benar, itulah hakikatnya.
Akan tetapi, berapa banyakkah daripada kita yang dididik untuk mengubah hakikat
itu? Yang memilih untuk mengubahnya?
Mungkin ia sesuatu yang dirasakan tidak penting bagi Alia, Hafiz, Nurul, dan
Shahir dalam kemelut mengharungi ranjau harian mereka. Walau bagaimanapun, jika
dibiarkan bom jangka sosioekonomi ini, tidak mustahil ia akan meledak kelak, dan
nasib kita akan tidak ubah seperti lampu yang kehabisan minyak.
Untuk mengharmonikan hubungan antara kaum di Malaysia dan menjadi negara
yang lebih baik, kita perlu menilai kembali diri kita. Tidak perlu pandang orang lain.
Kenali dan akui masalah sebenar yang sedang kita alami, dan ambil langkah yang
bersesuaian untuk membetulkannya, sebelum terlambat.
Saya tidak layak untuk bercerita bagi pihak yang merangkumi 31.4% daripada
penduduk negara ini, namun sebagai sebahagian daripada 68.6% yang mewakili
penduduk majoriti, sebagai bumiputera, saya rasakan kita perlu mencari jalan untuk
meningkatkan pegangan ekonomi kita tanpa mengharapkan pertolongan daripada
mana-mana pihak dan menyalahkan mana-mana pihak.
Ekuiti Ekonomi
Bumiputera:
Mengapa Ia Penting?
Kebelakangan ini, pasukan editorial
Majalah Usahawan telah menemu
ramah ramai usahawan; yang muda
dan yang tua, yang sudah berjaya dan
yang masih bergelut. Antara perkara
yang dibincangkan dalam pertemuanpertemuan
ini termasuklah cabaran
yang ditempuhi usahawan bumiputera
dalam dunia perniagaan. Selain itu, soal
mengapa bumiputera ketinggalan dalam
mengemudi sektor-sektor ekonomi
negara turut kerap berbangkit.
Antara aspek yang membimbangkan
kami ialah ekuiti ekonomi bumiputera
di negara ini, yang kini berada sekitar
paras 23.5%. Hal ini bermakna, bukan
bumiputera memegang 66.5% ekuiti
ekonomi—peratusan yang besar
memandangkan mereka meliputi hanya
31.2% daripada jumlah penduduk
Malaysia. Sebelum kita berbicara lebih
lanjut, mari kita mengulang kaji makna di
sebalik perkataan ‘ekuiti’, buat manfaat
mereka yang sudah lupa:
10 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
ISU SEMASA
Secara mudah, ekuiti boleh dijelaskan melalui rumus perakaunan yang di bawah ini:
Ekuiti = Aset − Liabiliti
Besar kemungkinan anda sudah jelak melihat rumus ini. Namun demikian, masih ingatkah anda, ada berbagai-bagai jenis aset
yang wujud? Rumus mudah ini boleh membawa seribu makna bergantung pada jenis aset yang dimaksudkan. Aset boleh
menjadi tanah, bangunan, kenderaan, mesin, perabot, wang tunai, deposit tetap, inventori, harta intelektual, jenama, laman
sesawang, perisian dan aplikasi, teknologi yang dipatenkan, dan lain-lain. Ekuiti ialah pemilikan perkara-perkara ini.
Jika dibandingkan ekuiti ekonomi bumiputera dengan kaum lain berdasarkan nisbah penduduk, bumiputera jelas ketinggalan
walaupun kita merangkumi 68.6% populasi kini. Kita hanya memegang sebahagian kecil kekayaan negara (Kurang daripada
suku, jika anda sedar), meskipun setelah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada 1971 berikutan peristiwa berdarah
1969.
Pada ketika itu, parlimen telah dibubarkan dan kerajaan sementara dalam bentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak ditubuhkan. Setelah negara kembali aman dan rangka perlembagaan digubal,
DEB telah diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kedua untuk ‘membetulkan keadaan’. Justifikasi sosiopolitik bagi DEB
pada masa itu ialah:
“Kesepakatan Nasional tidak dapat dicapai tanpa ekuiti yang lebih besar dan keseimbangan antara segenap masyarakat dan
kumpulan etnik di Malaysia, dari segi penyertaan mereka dalam membangunkan ekonomi negara dan dari segi perkongsian
manfaat kemodenan dan perkembangan ekonomi. Kesepakatan Nasional tidak dapat dipupuk sekiranya sebahagian besar
populasi kekal miskin dan jika jumlah pekerjaan yang diwujudkan tidak mencukupi untuk menampung tenaga kerja yang
semakin bertambah.”
Usahawan bumiputera tidak cerdik menguruskan
kewangan dan hal-hal asas perniagaan. Sebilangan
usahawan pula hanya bergantung bulat-bulat pada
geran (Grantpreneurs).
Peningkatan Tidak Seimbang
Selepas DEB berkuatkuasa, peratusan kekayaan bumiputera dilihat menaik daripada 4% pada 1970 kepada sekitar 20%
pada 1997. Walaupun jumlah kenaikan ini agak besar, kita perlu mengambil kira bahawa kekayaan negara ini juga meningkat
dalam tempoh yang sama—keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita naik dari RM 1,142 pada 1970 ke RM 12,102 pada
1997. Pada masa yang sama, taraf kemiskinan penduduk juga menurun daripada 50% kepada 6.8%.
Tanda Aras DEB
Ekuiti Bumiputera
1970
2.4%
1990
19.3%
2004
18.7%
2011
23.5%
Matlamat DEB adalah supaya ekuiti ekonomi bumiputera mencapai 30% pada 1990, namun kini, pada 2017, kita hanya
memperoleh 23.5% ekuiti. Jelaslah ada yang tidak kena di mana-mana meskipun pelbagai usaha telah dijalankan di bawah DEB.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapakah penting sangat untuk bumiputera memegang ekuiti yang lebih besar?
Jawapannya adalah seperti yang digariskan oleh DEB 46 tahun yang lalu. Nenek moyang kita sedar bahawa untuk negara ini
terus maju dan bersatu dengan muhibah, kebanyakan penduduknya tidak boleh kekal miskin dan ketinggalan.
Apakah masalahnya sekiranya majoriti populasi memiliki jumlah ekuiti yang sedikit? Tidak kisahlah apa jua suku kaumnya,
tiada seorang pun rakyat Malaysia patut terlepas daripada mengecapi kemajuan yang dinikmati negara. Apa yang menyedihkan,
kaum yang ketinggalan ini membentuk majoriti populasi dan memegang tampuk pentadbiran kerajaan persekutuan.
Meskipun memegang tampuk pentadbiran sejak 60 tahun yang lepas, para pemimpin bumiputera tidak berusaha keras
untuk meningkatkan kekayaan bangsa mereka. Begitu juga, meskipun jumlah pendapatan bumiputera meningkat, peningkatan
ini tidaklah begitu ketara jika diambil kira nisbah penduduk.
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 11
Pengenalan tentang Ekuiti
Yang berikut ialah maksud yang
lebih jelas untuk jenis-jenis ekuiti
yang berbeza:
1. 1) Ekuiti ialah saham atau sekuriti lain
yang melambangkan kepentingan
atau pemilikan. Untuk syarikat
persendirian (Syarikat yang tidak
didagang secara umum), kepentingan
ini dipanggil ekuiti persendirian.
2. Pada penyata imbangan syarikat,
ekuiti ialah jumlah dana yang
disumbangkan oleh pemilik syarikat
(Pemegang saham), dicampur
dengan perolehan tertahan.
3. Dalam konteks perdagangan margin,
ekuiti ialah nilai sekuriti dalam akaun
margin, ditolak dengan nilai pinjaman
daripada broker.
4. Dalam konteks hartanah, ekuiti ialah
perbezaan antara nilai pasaran
hartanah semasa dengan jumlah
pinjaman yang masih perlu dilunaskan
oleh pemilik hartanah tersebut,
ataupun jumlah yang akan diterima
oleh tuan punya hartanah apabila
beliau menjual hartanah tersebut
dan melangsaikan pinjaman bank. Ia
juga dikenali sebagai ‘nilai hartanah
sebenar’.
5. Dari segi pelaburan, aset-aset utama
ialah ekuiti (Saham), bon pendapatan
tetap, dan wang tunai. Ketiga-tiga
aset ini digunakan dalam proses
perancangan peruntukan aset
untuk merangka portfolio risiko dan
pulangan seseorang pelabur.
6. Ekuiti ialah jumlah duit yang berbaki
(Sekiranya ada) yang digunakan
untuk membayar penghutang
apabila sesebuah perniagaan
diisytiharkan muflis. Ia dikenali dengan
istilah ‘ekuiti pemilik’, namun ia juga
dikenali sebagai ‘modal berisiko’ atau
‘modal dikenakan’.
Di manakah silap kita?
Kewujudan Golongan Elit Bumiputera Bandar
Apa yang berlaku sejak 1990 ialah peningkatan pendapatan golongan bumiputera
kebanyakannya dinikmati oleh golongan elit bandar—suatu kelas bumiputera
baharu. Pendapatan ini tidak terbahagi sama rata dalam kalangan bumiputera secara
keseluruhan. Mereka yang mengenali orang kenamaan atau orang yang berpangkat
mendapat lebih banyak manfaat berbanding orang biasa.
Manakala, mereka yang berada pula tidak mencipta peluang pekerjaan bagi
bumiputera lain untuk berkongsi kekayaan mereka. Malah, mereka memberikan
peluang perniagaan kepada kenalan mereka sahaja, yakni orang-orang terpilih
daripada pelbagai bangsa. Akibatnya, mereka tidak mempelajari ilmu perniagaan
yang sebenar dan hanya bergantung pada jaringan kenalan untuk mendapatkan
tender dan sebagainya.
Sebaliknya, kaum lain yang tidak mempunyai kenalan sedemikian terpaksa bekerja
dengan lebih kuat, jadi mereka mempelajari ilmu perniagaan dan berkembang.
Daripada usaha tidak mengenal lelah ini, mereka dapat mengasah bakat dan
kemahiran mereka. Hasilnya, mereka berupaya untuk menjalankan perniagaan dan
bersaing pada peringkat antarabangsa, tidak seperti kaum-kaum Bumiputeralain.
Kita Lupa Akan Asal-Usul
Tanpa dapat disangkal, segala yang berlaku kepada kita kini berpunca daripada
diri kita sendiri. Pada masa ini, kita ketinggalan dari segenap segi: Tahap pendidikan,
penguasaan bahasa, harta kekayaan, dan lain-lain. Kita sedang ketinggalan, dan
puncanya jelas: Diri kita sendiri. Tiadalah musuh lain di dalam selimut itu melainkan
bayangan kita.
Pemimpin kita tidak memberikan pertolongan yang mencukupi kepada kita. Kita
sendiri tidak menolong antara satu sama lain. Kita tidak lagi mempunyai pemimpin
berwawasan yang boleh dibanggakan, bahasa dan maruah sudah tidak dimartabat,
dan kita telah menjadi golongan yang hilang arah. Kita menjalani kehidupan seharian
tanpa memikirkan masa hadapan. Lantaklah bom jangka atau apa pun.
Apakah makna menjadi bumiputera kepada anak-anak kita pada masa hadapan
sekiranya kita dilabel pemalas, bodoh, terlalu bergantung pada bantuan kerajaan, dan
tidak mampu bercakap atau menulis Bahasa Melayu atau Inggeris dengan baik? Kita
kehilangan jiwa dan arah dalam mendepani cabaran masa hadapan. Kita malu untuk
mengaku bahawa diri kita Melayu di negara kita sendiri. Kita tidak kaya ataupun
berkemahiran.
Yang boleh dibanggakan hanyalah asal-usul kita. Bangsa Melayu terkenal
seantero dunia sebagai pahlawan yang disegani. Kita mempunyai bermacam-macam
seni mempertahankan diri. Sejarah kita diwarnai ceritera kepahlawanan. Jika kita
benar-benar mahu berubah dan berhenti menyalahkan bangsa lain, sudah pasti kita
mampu mengatasi mereka.
12 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
ISU SEMASA
Ketinggalan dari Dahulu Lagi
Sejak kurun ke-18 lagi, British telah datang menjajah Malaya untuk mengaut
hasil buminya, bermula dengan Pulau Pinang dan Perai. Selepas seketika, untuk
mempercepat proses pengambilan hasil bumi ini, mereka mengambil buruh serta
teknologi dari luar. Perbuatan ini telah mewujudkan tenaga kerja berbilang kaum
yang memerlukan kompromi penduduk asal tanah ini.
Dikenali sebagai masyarakat yang bertoleransi dan cintakan kedamaian, tiada
seorang pun bumiputera yang dapat mengagak kesan pewujudan tenaga kerja
baharu itu. Bumiputera bukanlah kaum yang biasa berniaga secara amnya, dan
mereka tidak mempunyai modal untuk melakukan perniagaan secara besar-besaran.
Masyarakat yang telah turun-temurun menyara hidup dengan ekonomi
berasaskan pertanian ini tidak berupaya menidakkan usaha British untuk membawa
masuk buruh asing ke tanah ini. Lebih-lebih lagi, British sebagai sebuah empayar dan
syarikat pada ketika itu sangat kaya dan mempunyai pengaruh yang sangat kuat ke
atas para sultan.
Selepas kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, sekali lagi, bumiputera dengan
baik hatinya bersetuju dengan kontrak sosial yang didraf dan membenarkan tenaga
buruh yang diwarisi untuk menjadi warganegara tanah tumpah darah mereka. Akan
tetapi, apakah kesannya?
Warga-warga baharu ini majoritinya tidak kaya. Kebanyakan daripada mereka
muda-mudi yang hanya ingin mencari rezeki dengan bekerja di ladang atau lombong
timah. Namun begitu, mereka datang daripada tamadun Cina yang maju. Canton
(Guangzhou) dan Foochow (Fuzhou), antara kawasan asal sesetengah daripada
mereka, ialah pusat perdagangan antarabangsa yang penting pada kurun ke-19.
Tambahan pula, terdapat pedagang dari Fujian yang telah menetap di Tanah
Melayu sejak kurun yang ke-15 lagi, iaitu golongan Baba Nyonya. Taraf pendidikan
dan perniagaan mereka sangat maju secara amnya, dan hal itu menyebabkan mereka
disukai British. Berbekalkan pengalaman berniaga dan hubungan yang mantap,
mereka terus maju, meninggalkan bumiputera yang terpisat-pisat mengejar mereka
di belakang.
Sejak kehadiran mereka, sedikit demi sedikit, kita semakin ketinggalan meskipun
wujudnya DEB dan kita menerima pelbagai jenis bantuan daripada kerajaan. Dari
satu segi, boleh dikatakan, kerajaan sendiri tidak berjaya membantu bumiputera
kerana pentadbiran-pentadbiran lalu tidak berjaya melahirkan usahawan berbilang
kelas dan kaum. Mereka hanya berjaya melahirkan sebilangan kecil usahawan berjaya,
dan majoriti usahawan ini terdiri daripada bukan bumiputera.
Dasar pentadbiran kerajaan yang lalu tidak menekankan proses pengajaran
yang akan memupuk dan mendorong bumiputera untuk berdikari. Sebaliknya,
bumiputera diajar untuk menerima semua bantuan yang disuap kerajaan. Secara
umumnya, kerajaan seperti tidak bersungguh-sungguh mahu memajukan bumiputera.
Perancangan dan bantuan yang diberikan tidak mencukupi untuk memastikan
bumiputera dapat mengecapi kemakmuran ekonomi negara.
Makna ekuiti berbeza, bergantung pada
konteks. Secara umumnya, dari segi
kewangan, anda boleh mentafsirkan ekuiti
sebagai pemilikan sebarang aset selepas
semua hutang berkaitan aset tersebut
dilangsaikan.
Sebagai contoh, sebuah kereta atau
rumah yang bebas hutang ialah hak milik
mutlak pemilik harta tersebut, kerana
dia boleh menjual harta tersebut pada
bila-bila masa tanpa perlu menjelaskan
sebarang hutang tertunggak.
Saham ialah ekuiti kerana ia
melambangkan pemilikan syarikat,
meskipun pemilikan saham dalam syarikat
yang didagangkan secara bebas tidak
beserta liabiliti. Daripada semua makna
ekuiti yang diberikan, ternyata ekuiti ialah
nilai sesuatu aset selepas ditolak nilai
hutang bagi harta tersebut.
Nilai ekuiti boleh dianggarkan dengan
mengambil kira nilai kasar harta (Cth.
nilai semua tanah, bangunan, barangan
modal, inventori, dan perolehan), ditolak
dengan liabiliti tertunggak (Termasuk
hutang dan belanja overhed).
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 13
Anggaran
Populasi
2016
Kadar
Kenaikan Tahunan
1.5%
44.0
Nisbah Tanggungan
Keseluruhan Malaysia - 31.7 juta
Warganegara - 8.4 juta (89.7%)
Bukan Warganegara - 3.3 juta (10.3%)
orang kepada
100 orang pada
umur bekerja
(15-64 tahun)
107
lelaki kepada
100 perempuan
Nisbah Jantina
Umur Median
28.0
tahun
2.00 1.00 0.00 1.00 2.00
Taburan Umur
0-14 tahun 24.5%
15-64 tahun
69.5%
65+ tahun
6.0%
Taburan Kumpulan Etnik
Bumiputera 68.6%
Cina
23.4%
India 7.0%
Lain-lain 1.0%
Mengapakah Kita Tidak Berjaya dalam Perniagaan?
Antara isu terbesar yang dialami bakal usahawan bumiputera ialah kekurangan
modal dan kekurangan akses kepada kemudahan kewangan. Tanpa modal, mustahil
untuk mereka memulakan sebarang bentuk perniagaan. Ya, terdapat banyak skim
pendanaan yang ditawarkan badan-badan kerajaan sendiri, namun modal yang
diperuntukkan oleh pihak kerajaan kebiasaannya dalam bentuk pinjaman. Sekiranya
perniagaan tidak berjaya, usahawan itu akan terbeban untuk membayar pinjaman
tersebut.
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dikendalikan kebanyakan usahawan
juga tidak mampu untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh badan-badan ini
(Dan institusi kewangan) bagi mendapatkan pinjaman. Hal ini demikian kerana
mereka menjalankan perusahaan mikro, berniaga dalam sektor yang tidak rasmi,
atau menjalankan perniagaan yang berimpak rendah. Oleh itu, isu ini seperti tiada
kesudahannya: Tiada modal untuk menjalankan perniagaan dan tidak layak untuk
memohon modal.
Dari sudut pandang kerajaan pula, usahawan bumiputera tidak cerdik
menguruskan kewangan dan hal-hal asas perniagaan. Sebilangan usahawan pula
hanya bergantung bulat-bulat pada geran (Grantpreneurs, gelaran mereka dalam
Bahasa Inggeris) serta projek lain yang berkaitan kerajaan. Itulah cara yang paling
mudah untuk menjadi kaya, pada hemat mereka. Apabila tidak berjaya mendapatkan
geran kerajaan, mereka tidak dapat bertahan, dan tidak lama kemudian, mereka
akan gulung tikar.
Selain itu, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan perniagaan bumiputera
juga kurang berdaya saing. Ia menyukarkan mereka untuk menembusi pasaran di
dalam dan di luar negara. Sebagai contoh, nilai eksport yang dicatat oleh syarikat
bumiputera dalam industri perabot pada 2014 hanyalah RM 25.5 juta atau 0.4%
daripada RM 6.3 bilion yang dicatat keseluruhan industri.
Kekurangan kepakaran dan kesanggupan untuk membuat penyelidikan dan
pembangunan (R&D) juga merencatkan pembangunan produk baharu yang lebih
inovatif serta menepati piawai antarabangsa. Lihat sajalah industri kosmetik dan
kecantikan sekarang dan industri bioteknologi suatu masa dahulu. Jaringan bekalan
dan rangkaian pengedaran yang terhad juga mengehadkan keupayaan mereka untuk
bersaing pada tahap yang lebih tinggi.
Maklumat lanjut boleh didapati
dari laman sesawang statistics.gov.my.
ISU SEMASA
Kita Berikan Keutamaan kepada Perkara yang Salah
Masyarakat kita kini memberikan definisi yang tidak tepat kepada kejayaan. Seseorang yang kaya dianggap berjaya. Walhal,
seseorang yang berjaya menyumbang kepada masyarakat dan negara, dan merupakan seorang Muslim yang taat. Mentaliti
bahawa kejayaan diukur dari segi harta kebendaan seperti rumah yang besar dan kereta yang mewah (Yang digunakan untuk
menunjuk-nunjuk) perlu dihentikan. Itu definisi noveau riche (Orang kaya baharu) yang tiada kelas.
Tidaklah disangkal, duit sememangnya keperluan hidup. Akan tetapi, ia tidak perlu menjadi satu-satunya tanda aras kejayaan
seseorang. Tambahan lagi, tidak perlulah untuk berbelanja secara berlebihan, sebetulnya (Hentikan budaya majlis perkahwinan
mewah yang membebankan itu). Kejayaan juga harus diukur berdasarkan ilmu yang bermanfaat. Kita seharusnya menekankan isu
pendidikan anak-anak kita. Masalahnya, kita tidak mahu menimba ilmu dan malas membaca. Oleh yang demikian, bagaimanakah
kita mahu menjadi usahawan berjaya serta pemimpin bagi negara yang sedang membangun ini?
Mahukan Hidup Senang
Rata-rata, kita, bumiputera, tidak mempunyai minda usahawan. Kita hanya mahukan kehidupan yang mudah dan stabil
(Sebaik-baiknya sebagai penjawat awam). Betul atau tidak? Apabila bekerja, kita hanya melepaskan batok di tangga, asalkan gaji
masuk ke dalam akaun bank kita setiap bulan. Ini merupakan kebiasaan kebanyakan pekerja, lebih-lebih lagi yang bumiputera.
Mohonlah muhasabah diri kalau mahu kaya.
Perniagaan memerlukan kerja keras dan pengorbanan. Ia pilihan kerjaya yang tidak stabil. Bulan ini, untung mungkin RM 5,000.
Bulan hadapan, mungkin RM 1,000. Walau apa pun situasinya, kita perlu mengejar RM 5,000 itu (Atau lebih). Kita terlalu selesa
duduk di bawah tempurung dan tidak mahu meneroka bintang-bintang.
Kadangkala, kita tersalah faham tentang agama kita sendiri, lebih-lebih lagi dalam hal berkaitan kewangan. Ada dalam
kalangan kita yang pernah diajar dahulu bahawa berhutang (Yakni, pengambilan pinjaman) tidak bagus, bahkan kita dilarang
berbuat demikian, takut diazab di dalam kubur kerana tidak melangsaikannya. Ironinya, apabila kita meninggal, ada waris yang
akan memohon supaya makanan, minuman, dan hutang kita dihalalkan.
Kesan ajaran ini cukup kuat hinggakan pada zaman ini, walaupun ia mungkin tidak lagi disebarkan, banyak dalam kalangan
kita yang tidak suka berhutang untuk berniaga. Nampak atau tidak bagaimana pemikiran kita memundurkan bangsa dan negara?
Walhal, tidaklah dilarang berhutang itu dalam agama Islam.
Semua ini bertitik tolak daripada kekurangan pendidikan. Ini merupakan perkara utama yang membelenggu bumiputera.
Matlamat artikel ini sebenarnya bukanlah untuk membincangkan kekurangan kita, tetapi untuk menyenaraikan kekurangankekurangan
tersebut supaya mudah untuk kita ingati dan tangani. Dalam masa yang sama, bolehlah kita membina masa hadapan
yang lebih gemilang untuk tanah tumpah darah kitaibu pertiwi kita ini.
Jom Cabar Diri!
Sedarlah, sekiranya ketidakseimbangan ekuiti ekonomi Malaysia berterusan pada tahun-tahun mendatang, keamanan dan
kesatuan negara pasti akan tergugat. Bayangkanlah keadaan ini: Hanya sebilangan kecil masyarakat elit hidup selesa, sedangkan
kebanyakan penduduk kais pagi makan pagi. Tidak mustahil 1969 akan berulang. Meskipun kita boleh menuding jari kepada
pelbagai pihak yang menyebabkan terjadinya ketidakseimbangan ini, realitinya, kita tidak dapat lari daripada penyebab utamanya,
iaitu diri kita sendiri. Kita perlu terus memperbaik diri demi mengubah masa hadapan bumiputera serta keseluruhan kaum di
negara ini supaya menjadi lebih baik.
Pada penghujung hari, perangkaan yang ada tidak pernah menipu—80% bumiputera bergaji RM 3,000 sebulan; 21.2% tidak
memiliki hartanah; ekuiti yang dimiliki 23%; dan daripada 919 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, cuma 114 milik bumiputera.
Angka-angka yang diberikan di atas menandakan masa hadapan yang suram untuk anak cucu kita. Sekiranya kita tidak bangkit
sekarang, bila lagi? Jika kita tidak bertindak sekarang, kita akan ketinggalan lebih jauh dalam perlumbaan ekonomi negara yang
pesat membangun. Pilihan di tangan kita—terus tidur atau bangkit berusaha?
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 15
IKON
Gelintar sebentar ‘usahawan
Malaysia berjaya’ atau ‘tokoh usahawan
wanita yang berjaya di Malaysia’ di
Google. 0.2–0.5 saat kemudian, buka
semua pautan yang muncul di laman
keputusan pertama. Anda akan dapati,
kebanyakan daripada senarai yang ada
akan mengandungi nama wanita ini.
Nama-nama lain yang akan muncul
pula, sama ada nama usahawan laki-laki;
nama usahawan bukan bumiputera;
nama usahawan produk kosmetik
dan kecantikan; atau nama usahawan
wanita bumiputera lain yang mungkin
tidak pernah pun anda dengari
namanya, nama syarikatnya, atau nama
produknya.
Bukanlah bermaksud untuk
merendah-rendahkan usahawanusahawan
ini, tetapi dalam kategori
kecil yang diwakili wanita yang seorang
ini, mengapakah beliau seorang sahaja
16 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
MANA
USAHAWAN PELAPIS?
Sudah tiba masanya untuk seseorang mengambil alih panji ‘usahawan wanita
bumiputera berjaya’. Adakah anda orangnya?
yang kerap muncul dan menonjol?
Sepertinya tiada usahawan wanita
bumiputera yang ‘betul-betul berjaya’
melainkan beliau, yakni Datuk Wira Dr.
Maznah Hamid.
Di manakah tokoh-tokoh wanita
veteran kita yang lain? Di manakah
tokoh-tokoh muda kita yang lain?
Usahawan millennial (Yang lahir antara
1982–2004) kita ke mana? Bukannya
tiada, tetapi sama ada mereka sudah
tenggelam keseganan atau belum
timbul sinar, masih membina asas
perniagaan masing-masing. Menurut
Maznah, masalahnya bukanlah ketiadaan
usahawan pelapis. Cuma, sesetengah
usahawan muda kita terlalu ‘rapuh’.
“Saya berasa amat bimbang melihat
sikap sesetengah anak muda yang tiada
jati diri, komitmen, dan ketabahan bagi
menghadapi apa jua cabaran, dugaan,
dan godaan pada peringkat permulaan
perniagaan,” terang beliau yang melatih
ramai usahawan muda secara peribadi.
“Ternyata mereka tidak sanggup
mengharungi ranjau dan susah-payah.
“Malah, ada yang mahu mengecapi
kejayaan dan kekayaan secara cepat dan
mudah. Ini membuatkan mereka tidak
mempunyai pengalaman perniagaan
yang kukuh. Mereka harus ingat,
tiada jalan pintas atau mudah untuk
mencipta kejayaan, kekayaan, mahupun
kebahagiaan,” tegas Maznah.
Kemasyhuran usahawan-usahawan
selebriti Instakenal menerusi
pemasaran kejutan menunjukkan
betapa masyarakat mendambakan idola
kejayaan dan kekayaan. Bagi mereka
yang disuap imej kereta mewah, barang
kemas, dan sebagainya saban hari,
kriteria kejayaan seseorang usahawan
semakin sering ditakrifkan sebagai
kekayaan harta kebendaan.
Hal itu tidaklah salah 100%, namun
seorang usahawan yang berjaya
seharusnya memiliki lebih daripada
itu. Lihat sahaja ke negara-negara
lain. Siapakah usahawan yang menjadi
sanjungan dan tauladan orang? Figurafigura
seperti Jack Ma, Elon Musk,
Mark Zuckerberg, Oprah Winfrey,
dan mendiang Anita Roddick. Mereka
bukan sahaja kaya, malah mereka
ada meninggalkan kesan yang positif
pada dunia dengan perniagaan yang
bermakna.
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 17
IKON
“Sebagai seorang
mentor keusahawanan,
adalah menjadi
hasrat dan impian
saya untuk melahirkan
sekurang-kurangnya
satu usahawan dalam
setiap keluarga,
kerana sejarah telah
membuktikan bahawa
tamadun Islam
berkembang atas
dasar perniagaan
dan perdagangan.
Oleh itu, sekarang
adalah masanya untuk
kita membangunkan
kembali semangat
keusahawanan, dan
insya-Allah, akhirnya
akan terbinalah
empayar perniagaan
milik rakyat Malaysia
di seluruh dunia.”
Impian
Datuk Wira
Dr. Maznah Hamid
Populariti Bukan Ukuran Kejayaan
Barangkali ada yang akan berkata:
Ya, Maznah diiktiraf ramai sebagai
usahawan wanita yang berjaya mungkin
kerana perniagaan penyelesaian
keselamatan lengkap beliau, iaitu
Kumpulan Securiforce, yang sangat
terkenal kerana sudah berusia
37 tahun. Siapa yang tidak pernah
melihat van kalis peluru Securiforce
yang berwarna kuning cair dan berjalur
merah dan hijau sambil memandu di
jalan raya atau lebuh raya?
Ya, beliau pernah menjadi Timbalan
Presiden Persatuan Ushawan Wanita
Sedunia (FCEM) seawal 1990 dahulu.
Ya, beliau juga merupakan Mantan
Presiden Perniagawati Malaysia—
usahawati utara, selain memegang
pelbagai jawatan pengerusi dan ahli
lembaga pengarah dalam sektor
korporat dan antarabangsa.
Apa jua sebabnya, hakikatnya, nama
beliau melonjak naik dan dikenali ramai
sejak 1990 lagi, setelah dianugerahkan
Anugerah Tokoh Usahawan Luar Biasa
oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan
Azlan Muhibbuddin Shah, mengalahkan
300 usahawan lelaki lain. Ia berlaku
selepas genap 10 tahun Maznah
bertungkus-lumus berjuang sebagai
seorang usahawan.
Setelah penganugerahan itulah
Maznah mula digelar The Iron Lady,
atau Wanita Besi, sebagai pengiktirafan
pencapaian beliau sebagai seorang
wanita dalam industri yang didominasi
lelaki. Sejak itu juga, beliau kerap muncul
dalam akhbar, majalah, televisyen, dan
radio untuk memberikan inspirasi dan
motivasi hingga sekarang.
Sedar atau tidak, ikon keusahawanan
18 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
ini mempunyai sumbangan yang besar
kepada pembangunan sumber manusia
negara sepanjang karier beliau. Ia
terbukti apabila beliau menubuhkan
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd.
(PUNB) pada 1991 bersama Tun Ismail
Mohd Ali (Mantan gabenor Bank
Negara Malaysia) dan tokoh-tokoh
korporat ternama lain.
Persoalannya kini, sampai bilakah
beliau seorang sahaja yang akan
dijulang sebagai ikon usahawan wanita
tempatan? Malaysia memerlukan
usahawan pelapis baharu yang bukan
sahaja 1) Berjaya dari segi perniagaan,
malah, 2) yang juga akan meneruskan
legasi Maznah dalam menyumbangkan
kembali ilmu keusahawanan mereka
dengan aktif demi melahirkan
usahawan-usahawan baharu. Buat masa
ini, kita punyai banyak usahawan yang
mempunyai ciri nombor satu, tetapi
yang mempunyai ciri nombor dua?
Sayang sekali, sangat sedikit.
MENGAPA SAYA MENGHASUT ANDA
menJADI USAHAWAN?
01
02
MENJADI USAHAWAN MERUPAKAN
SATU KERJA YANG MULIA
RAMAI USAHAWAN MEMBUATKAN
BANGSA KITA KUAT
03
04
05
MENJADI USAHAWAN
BANYAK MEMBANTU
JIKA kita MAHU ‘KEBEBASAN’
MENJADI USAHAWAN membolehkan
ANDA MENYEDIAKAN
PELUANG PEKERJAAN
lebih RAMAI USAHAWAN, LEBIH
BANYAK PELUANG UNTUK BERBAKTI
Ikuti laman media sosial Maznah untuk menyemarakkan semangat
dan menyerlahkan potensi anda sebagai seorang usahawan!
1) Facebook: Datuk Wira Dr Maznah Hamid
2) Instagram: maznah_hamid
3) Twitter: maznah_hamid
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 19
IKON
Peneraju Keusahawan Wanita 80-an
Lihat sebentar kenalan dan rakan
wanita kita. Berapa banyakkah yang
berniaga? Pada masa kini, cukup
banyak peluang bagi wanita untuk
mencari rezeki dan bergelar usahawan.
Usahawan kek, kuih, tudung, kosmetik,
separuh masa mahupun sepenuh masa,
dalam talian mahupun luar talian, cukup
banyak.
Bagi Maznah, yang memulakan
perjalanan beliau sebagai usahawan
wanita pada 1981, ketika mana
kebanyakan wanita hanya suri rumah,
ia bukanlah satu keputusan dan
langkah yang semudah menubuhkan
laman Instagram, lebih-lebih lagi kerana
industri yang dipilih beliau sangat asing
bagi kaum hawa.
Sebelum bergelar usahawan,
Maznah bekerja sebagai guru bahasa
bagi golongan berada dan bagi
kakitangan kedutaan-kedutaan asing
di Kuala Lumpur. Beliau perasan, klienklien
beliau tinggal di dalam rumah yang
sangat besar, namun tidak semuanya
berpengawal. Rata-rata, ada kediaman
yang tidak selamat dan berisiko menjadi
mangsa aktiviti jenayah. Pada majlis
sambutan hari lahir Maznah suatu hari,
satu idea yang bernas dicadangkan
kepada diri beliau.
Kata seorang murid beliau, “Cikgu
tidak sama seperti orang Melayu lain.
Cikgu sesuai menjadi usahawan. Kalau
cikgu mahu menjadi kaya seperti
saya, berniagalah,” merujuk kepada
kepandaian Maznah berkomunikasi dan
membawa diri dalam kalangan orang
yang berada. Cadang beliau, “Jika Cikgu
tiada wang atau pengalaman, fikirkan,
sumber apakah yang Cikgu ada untuk
mula berniaga?”
Puas berfikir, Maznah mencapai
kesimpulan: Memandangkan beliau
mengenali banyak orang yang
mungkin memerlukan perkhidmatan
keselamatan lengkap, mengapa tidak
beliau sahaja yang beri mereka
perkhidmatan itu? Yalah, apalah
seorang usahawan jika bukan orang
yang menyelesaikan masalah orang lain
dan memenuhi suatu kehendak yang
tidak disedari orang? Secara teori, ia
idea yang sangat baik, bukan?
Hakikatnya, idea itu hampir mustahil
untuk dilaksanakan pada ketika itu,
kerana industri keselamatan dikuasai
oleh lelaki sejak ia bermula. Maznah
pula hanya seorang wanita muda dari
Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, yang tidak
mempunyai apa-apa. Tiada wang, tiada
‘kabel’, tiada sokongan keluarga yang
kaya—hanya idea dan impian yang
besar. Namun begitu, beliau nekad
untuk berjaya kerana beliau mahu
membina sesuatu untuk diri.
PRAKTIKKAN peraturan
60% - 30% - 10%
DALAM PERNIAGAAN
Usahawan atau peniaga kecil patut melaburkan
waktu kerja dan tenaga dengan memperuntukkan
masa sebanyak 60% - 30% - 10% seperti yang berikut:
Pemasaran dan jualan
Penyediaan dan pembuatan
produk atau servis
Pengurusan dan pentadbiran
perniagaan dan lain-lain
10%
30%
60%
20 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
Cipta Sejarah Industri Keselamatan
Pada 1980, iaitu tahun kedua
perkahwinan mereka, Maznah dan
suami telah mengumpul segala harta
benda mereka untuk meraih RM 5,000
tunai, meninggalkan pekerjaan mereka
yang selamat, dan memulakan sebuah
perniagaan yang berisiko dengan
menubuhkan Securiforce Sdn. Bhd.
selepas mengambil alih sebuah syarikat
keselamatan yang bermasalah.
“Saya bernasib baik kerana saya
bukan sahaja berkahwin dengan
suami saya, tetapi saya juga berkahwin
dengan keluarga beliau. Mereka banyak
menolong saya untuk menjaga anak
ketika saya tiada,” kenang Maznah akan
saat-saat beliau memerlukan bantuan.
“Ada banyak cabaran pada mulanya,”
tambah beliau. “Saya diberitahu pegawai
KDN bahawa bidang keselamatan yang
berkait rapat dengan senjata ini tidak
sesuai bagi wanita. Tiada wanita yang
pernah menerima lesen perniagaan ini,
apatah lagi lesen senjata api serta lesen
kenderaan kalis peluru. Kebiasaannya,
mereka hanya memberikan lesen
kepada bekas ahli tentera atau polis.
“Saya masih ingat lagi, bermacammacam
kata dilemparkan kepada
saya untuk membuat saya tawar hati.
Walaupun begitu, saya tidak fikirkan
itu satu halangan besar. Kata-kata sinis
tidak akan mematahkan semangat saya.
Saya sudah nampak peluang untuk
berjaya dalam perniagaan kawalan
keselamatan. Saya pasti ia mempunyai
masa hadapan yang cerah dan ia akan
mendapat sambutan, dan saya akan
melakukan apa sahaja yang diperlukan,”
kata Maznah.
Untuk mengatasi halangan utama
beliau ketika itu, iaitu pemerolehan
lesen, Maznah telah mencari prospek
pelanggan yang berminat untuk
mendapatkan perkhidmatan beliau
satu persatu. Hasil ikhtiar selama
beberapa bulan, sebuah senarai yang
cukup panjang dapat dihasilkan, dan
bersenjatakan senarai itu, beliau
berjaya akhirnya meyakinkah pihak
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
bahawa beliau boleh mengusahakan
perniagaan keselamatan. Mereka pun
tidak sanggup untuk menyangkal rezeki
wanita yang gigih ini.
“Anda akan menjadi
seperti apa yang
anda fikirkan. Untuk
menukar keputusan,
tukarlah pemikiran,
perasaan, dan
tindakan anda.”
Datuk Wira
Dr. Maznah Hamid
Topik-topik Seminar Maznah
yang Popular
• From Zero to Hero
• Prinsip Mencapai 3K –
Kebahagiaan, Kejayaan,
Kekayaan
• Don’t Retire, Reinspire
• Jadilah Usahawan yang Paling
Berjaya
• Transformasi Diri
Inilah topik-topik hangat yang juga
selalu ditonton dan didengari di radioradio
dan pentas-pentas utama dari
1990 hingga sekarang.
IKON
10 Sifat Murni
Seorang Usahawan
Menurut Maznah
1 2
Rajin belajar
dan berilmu
Rajin mengkaji sesebuah
perniagaan sebelum menceburinya
5 4
3
Berpersonaliti menarik,
bijak dalam percakapan,
dan bijak berunding
Boleh menguruskan
kewangan dengan baik
Berdisiplin dan
tidak mudah mengalah
6 7 8
Bijak dalam penjualan
dan pemasaran
Mempunyai minda
dan sikap seperti jutawan
Berkeyakinan dan
meyakinkan
10
9
Bercita-cita tinggi
dan berkesanggupan
Sentiasa mahu
menjadi yang terbaik
22 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
Securiforce
Danau Lumayan
ditubuhkan pada
27 September 1980
Tanpa pendanaan daripada
mana-mana institusi kewangan
SALAH SEBUAH pembekal perkhidmatan
keselamatan terbesar di Malaysia
Beribu pejabat di
Kompleks Udarama, Off Jalan Ipoh
65 cawangan
di sELURUH NEGARA
6,000
pekerja tetap
MEMILIKI RATUSAN senjata api dan
RATUSAN van kalis peluru
turut beroperasi di China, Hong Kong,
Indonesia, Korea, Singapura, Thailand,
Turki, dan Vietnam
Menyediakan khidmat logistik
berpengawal, pemprosesan wang
tunai, pengurusan kargo berteknologi
tinggi serta penyediaan dan
penyelenggaraan mesin-mesin ATM,
CDM, Payment Kiosk kepada Institut
Perbankan dan Kewangan
bermula sebagai pemaju utama
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, pada
Jun 2000
Perbandaran pertama
102 ekar
Sudah membina lebih
3,000 unit hartanah
fokus terhadap hartanah mampu milik
sentiasa mendapat sambutan baik
daripada pembeli
aktif bekerjasama dengan DBKL untuk
membina rumah bawah program
RUMAWIP di serata KL
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 23
IKON
Rahsia di Sebalik Kejayaan Iron Lady
Dengan prestasi berniaga sepanjang
37 tahun, Maznah adalah antara ahli
perniagaan yang tersohor dalam
industri beliau, baik dalam industri
keselamatan mahupun hartanah.
Untuk kekal di puncak, beliau sentiasa
belajar dengan menghadiri konvensyen
perdagangan dan program ilmuan
untuk membina rangkaian (“Diri kita
mestilah terjual sebelum produk atau
servis,” pesan beliau hampir setiap kali
kami berjumpa).
Beliau juga berterusan belajar
tentang peluang-peluang perniagaan
lain, trend perniagaan, dan halhal
mutakhir melalui menti-menti
muda dan pegawai eksekutif beliau,
yang tidak pernah lekang daripada
aplikasi WhatsApp. Bagi Maznah,
perniagaan dalam bidang keselamatan
memerlukan beliau untuk bersedia 24
jam sehari, tujuh hari seminggu, tidak
kira Hari Raya atau hari cuti umum.
Menurut beliau, untuk berada dalam
industri keselamatan, seseorang itu
harus sentiasa bersiap siaga sekiranya
berlaku insiden kecemasan, dan tidak
boleh sesekali sambil lewa.
Satu sifat yang membuatkan
Maznah disegani ramai dan dikagumi
ialah kemesraan beliau. Cara beliau
yang bersahaja dan suka berjenaka
menambah kemesraan dan memikat
hati semua. Tanpa berjumpa dengan
beliau, perkara ini agak sukar disedari.
Beliau sentiasa menjaga hal ehwal
kakitangan dengan baik (Beberapa
orang kakitangan Maznah sudah bekerja
untuk beliau lebih 35 tahun). Bahkan,
sewaktu sewaktu sesi bergambar bagi
artikel ini, beliau kerap mengingatkan
kakitangan pengurusan untuk menjaga
kebajikan kakitangan yang lain.
Bagi pekerja Maznah, beliau bos
tauladan, kerana beliau mengambil
berat tentang kesejahteraan mereka—
daripada yang tidak berpangkat kepada
pihak pengurusan tertinggi. Sebagai
seorang yang sangat mementingkan
kesempurnaan, daya pemerhatian
beliau sentiasa tajam, dan beliau
mengharapkan yang terbaik daripada
semua orang. Nota: Beliau cukup
pantang melihat kakitangan beliau
merokok atau memakai selipar ketika
bekerja!
Selain itu, Maznah kerap mengawasi
piawai syarikatnya dengan memastikan
piawai yang ditetapkan industri sentiasa
dicapai. Beliau juga menjadikan tabiat
beliau untuk melaburkan keuntungan
kembali ke dalam syarikat dalam
bentuk pembangunan, kerana industri
keselamatan sebuah industri yang
bergantung pada kemajuan teknologi.
Piawai dan keperluan sentiasa berubah.
Bagi industri hartanah pula, teknologi
seperti sistem binaan berindustri (IBS)
banyak membantu mengurangkan kos
sebuah pemaju.
Pokoknya, pada penghujung hari,
seorang usahawan mesti membuat
keputusan yang terbaik untuk
syarikatnya, iaitu dengan melaburkan
semula keuntungan ke dalam syarikat
demi menambah mutu produk atau
perkhidmatan. Berdisiplin dalam
menguruskan wang ialah satu ciri
yang sangat baik yang ada dalam diri
Maznah yang membolehkan beliau
berbuat demikian dengan efektif. Pada
beliau, kalau mahu membeli-belah, belibelahlah
juga, tetapi hal-hal syarikat
tetap perlu berjalan.
Buat Maznah, integriti dan
penjenamaan diri yang baik ialah
dua perkara yang banyak membantu
beliau pada awal perniagaan. Beliau
juga pantas mengambil peluang
untuk menjenamakan diri setelah
diberi jolokan The Iron Lady oleh
warga media. Gambar-gambar beliau
memegang senapang dan pistol pada
era 90-an cukup ikonik hinggakan pada
satu tahap, hampir tiada orang yang
tidak mengenali beliau ketika itu.
“Kata suami saya dahulu, buatlah
sesuatu kerja itu berdasarkan
kebolehan dan kehebatan diri,” terang
Maznah tentang rahsia kejayaan beliau.
“Memandangkan saya bagus dalam
hal perhubungan awam, membina
rangkaian, dan menguruskan klien,
itulah yang saya pilih untuk lakukan.
Ya, senjata api bukan mainan seorang
wanita, tetapi saya belajar dan saya
boleh mainkan ia dengan baik.”
24 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
“Kunci kecemerlangan
kerjaya ialah
‘keseronokan bekerja’.
Keseronokan bekerja
ialah rahsia mencapai
kejayaan, kekayaan,
dan kebahagiaan
hidup.”
Datuk Wira
Dr. Maznah Hamid
Persaingan Sihat Suami Isteri
Secara umumnya, usahawan wanita
perlu gagah kerana selain bergelar bos,
mereka juga bergelar isteri, ibu, kawan,
atau mungkin pembantu masyarakat.
Dengan begitu banyak peranan untuk
dimainkan, ia lebih sukar bagi mereka
berbanding lelaki.
Walau bagaimanapun, kuncinya,
bagi Maznah, adalah untuk mencari
keseimbangan dan menjadikan
perniagaan satu aktiviti kekeluargaan.
Sebaik-baiknya, jadikan suami dan anakanak
sebagai rakan kongsi perniagaan.
Itu akan menjadikan banyak perkara
lebih mudah kerana semua ahli keluarga
terlibat, dan ia akan mewujudkan
minat dalam perkara yang sama, iaitu
perniagaan.
Maznah percaya bahawa sebahagian
daripada kejayaan beliau turut
disebabkan oleh sokongan suaminya.
Sebagai sebuah pasangan perniagaan
padu, mereka berdua berlumbalumba
untuk mengeluarkan potensi
terbaik dalam diri masing-masing
bagi digemblengkan dalam perniagaan
keluarga mereka.
“Saya amat bersyukur kerana
telah dikurniakan seorang suami yang
bagaikan ‘tiga dalam satu’. Beliaulah
rakan kongsi perniagaan saya, rakan
dalam kehidupan, dan rakan di
dalam kamar,” terang Maznah. “Kami
mempunyai kepakaran yang berbeza,
namun kami berjaya melengkapi
satu sama yang lain dalam membina
perniagaan dan keluarga kami dengan
harmoni dan bahagia. Tiada rasa iri
hati ataupun cemburu langsung atas
kejayaan pasangan. Beliaulah pesaing
sihat saya.
“Saya galakkan supaya semua
usahawan menjadikan pasangan
mereka rakan kongsi, kerana itulah
cara untuk mereka membina sebuah
empayar. Ia juga akan menggalakkan
keusahawanan dalam jiwa anak-anak.
Apabila kita semakin berusia, anakanak
boleh mengambil alih syarikat,”
tambah ibu kepada lima orang anak
dan tujuh orang cucu itu.
Disebabkan hakikat itu, suami
beliau faham akan segala cabaran beliau
dan sering berkongsi kekecewaan
bersama-sama. Ia banyak membantu
Maznah untuk menjadi lebih kuat.
Pasangan itu mengambil masa
sekurang-kurangnya 10 tahun yang
penuh dengan pengorbanan dan kerja
keras sebelum perniagaan mereka
berjaya. Tempoh 10 tahun pertama
itu telah mengajar beliau betapa
mahalnya harga sebuah kejayaan.
Pahit maungnya membuatkan diri
beliau kuat dan kebal seperti besi.
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 25
IKON
Asas Perniagaan
Ditanya apa yang diperlukan untuk sebuah perniagaan berjaya, jawab Maznah, terdapat lima aspek yang
perlu kukuh:
1. Perancangan Matlamat Syarikat dan Strategi Perniagaan
Setiap ahli keluarga dan kakitangan pengurusan perlu mengetahui setiap perancangan matlamat yang
telah ditetapkan bersama, dan mereka perlu berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan peranan
masing-masing.
2. Kawalan Kewangan
Kawalan kewangan ialah dasar dan prosedur yang diguna pakai oleh perniagaan atau syarikat untuk
mengesan, mengurus, dan melaporkan urus niaga dan sumber kewangan. Kawalan kewangan termasuklah
pengurusan penyata pendapatan, penyata aliran tunai, rancangan belanjawan, dan sistem perakaunan.
Dengan mengawal kewangan dengan baik, seorang usahawan boleh menilai perniagaannya secara objektif
dan sistematik, dan merasionalkan sebarang keputusan perniagaan kepada diri sendiri atau mana-mana
pemegang saham atau pelabur. Bagi perniagaan Maznah, aspek ini diuruskan sepenuhnya oleh suami beliau,
seorang akauntan, sejak awal. Oleh itu, beliau tidak perlu pening kepala. Kini, beliau turut mempunyai anak
perempuan keduanya untuk bergantung harap, iaitu Nurul Shameem Shaheen, seorang lulusan University
of Westminster, London, dalam jurusan perakaunan. Ingat: Perakaunan ialah bahasa perniagaan.
3. Pentadbiran
Pentadbiran yang baik ialah tulang belakang bagi sesebuah syarikat. Oleh yang demikian, tanpa pentadbiran
yang cekap dan berkesan, syarikat tidak akan dapat beroperasi secara profesional dan lancar. Pentadbiran
pejabat ialah salah satu elemen utama yang berkait rapat dengan tahap produktiviti dan kecekapan yang
tinggi. Agak sukar, sebenarnya, untuk mengendali syarikat tanpa pentadbiran yang baik, kerana semua
tugasan dan setiap jabatan berkait dengan pentadbiran. Dalam hal ini, Maznah mempunyai beberapa
pembantu pentadbiran dan pembantu peribadi yang komited dan setia. Beliau juga menjadikan pejabat
beliau rumah kedua dari awal penubuhan syarikat sehingga sekarang. Bagi sebuah syarikat keselamatan,
pentadbiran yang baik memerlukan komitmen yang tinggi, seperti kesanggupan bekerja dari 8 pagi hingga
12 tengah malam tujuh hari seminggu, dan tidak berminat dengan cuti panjang.
4. Prinsip Kejurujualan
Pemasaran ialah proses untuk saling berkomunikasi dan bertukar tawaran yang bernilai dengan pelanggan,
rakan niaga, dan masyarakat umum. Sering kali, aspek ini dipandang mudah oleh usahawan, terutama sekali
kerana kewujudan pemasaran melalui media sosial yang cukup mudah digunakan. Namun begitu, harus
diingat, pemasaran yang paling berkesan tetaplah pemasaran mulut ke mulut melalui pelanggan yang
berpuas hati dengan perkhidmatan atau produk anda. Justeru, inilah antara perkara utama yang telah
menjulang nama Securiforce pada awalnya. Diri anda mestilah terjual sebelum produk atau servis anda.
Yakni, anda wajib diyakini sepenuhnya.
5. Operasi
Operasi adalah perkhidmatan yang telah di’beli’ oleh pelanggan dan sememangnya menjadi pegangan
Maznah dari dulu untuk menentukan setiap pelanggan beliau mendapat khidmat yang terbaik. Beliaulah
yang bertanggungjawab untuk menentukan setiap pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik. Selari
dengan keperluan dan trend industri pada masa kini, operasi syarikat beliau tidak lagi berkisar tentang
kawalan keselamatan di satu-satu tempat sahaja. Bahkan, ia sekarang merangkumi khidmat kutipan,
penghantaran, dan pemprosesan wang tunai. Malah, baru-baru ini, Maznah telah mengambil langkah lebih
jauh lagi dengan menawarkan khidmat penyediaan dan penyelenggaraan mesin juruwang automatik
(ATM), mesin deposit tunai (CDM), dan kios pembayaran bagi institusi perbankan.
26 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
Didik Anak-anak Jadi Usahawan, Rancang Pewarisan
Kini, walaupun Securiforce
diuruskan Nurul Shameem Shaheen,
32, Mohamad Shafiq Shaheen, 28, dan
Mazreen Shanim Shaheen, 25; manakala
Danau Lumayan diuruskan Shahril Reza
Shaheen, 36; dan Stramas Sdn. Bhd.
diselia oleh Nur Sharmila Shaheen,
37, Maznah tetap menyelia anak-anak
beliau dengan aktif, dan masih ke
pejabat sama seperti kakitangan beliau
yang lain.
Beliau yang merupakan seorang
ibu yang tegas tidak pernah memaksa
anak-anak untuk munurut jejak beliau
dan untuk mengambil alih perniagaan
keluarga. Masing-masing diberi peluang
untuk menceburi bidang yang diminati.
“Kami tidak pernah memanjakan anakanak.
Mereka perlu membina kekuatan
sendiri,” kata Maznah.
“Walaupun mereka akan mewarisi
legasi yang dimiliki ibu bapa mereka
suatu hari nanti, tanpa ilmu dan ciri-ciri
keusahawanan yang baik, tidak mungkin
mereka dapat mempertahankan
empayar yang berusia 37 tahun ini,”
tambah beliau. Strategi beliau mudah:
Melentur buluh biarlah daripada
rebungnya. Biar mereka belajar
bersusah-payah dari peringkat awal.
“Saya percaya, bagi melahirkan
usahawan yang kuat dan bijaksana, ibu
bapa perlu melatih anak-anak supaya
mengharungi alam perniagaan dari
peringkat start-up yang penuh dengan
pelbagai cabaran dan rintangan. Tujuan
kita biarkan mereka merasakan semua
itu adalah supaya mereka menjadi
usahawan yang cekal, tabah, dan tidak
mudah mengalah,” tegas beliau.
Menurut Maznah, buat masa ini,
anak sulung lelaki dan perempuan beliau
sudah boleh menguruskan syarikat
masing-masing dengan baik. Sementara
itu, anak-anak yang lebih muda masih
memerlukan masa dan perhatian.
Sambil melatih mereka bersama suami
beliau, Maznah aktif mencurahkan ilmu
kepada orang awam melalui seminarseminar
yang dianjurkan beliau
sepanjang tahun menerusi Maznah
Motivational Centre (MMC), pusat
motivasi yang ditubuhkan beliau.
Walaupun telah berkongsi ilmu
selama lebih kurang dua dekad, Maznah
nampaknya belum akan berhenti
dalam masa yang terdekat ini. Ujar
beliau, “Semangat ingin bekerja keras
telah saya pupuk di dalam jiwa saya
sejak di bangku sekolah lagi, dan saya
masih lagi berpegang dan berjuang
dengan semangat yang sama.” Ditanya
sama ada masa beliau untuk bersara
sudah dekat, jawab Maznah, “Tidak
mungkin saya akan bersara daripada
dunia perniagaan! Prinsip saya
begini: Jangan sesekali bersara, tetapi
inspirasikan semula hidup kita. Carilah
sesuatu hobi yang menarik atau yang
menyeronokkan. Pasti bertambah
seronok hidup ini.” Begitulah gamaknya.
Wanita Besi ini belum lagi mahu
menyerahkan takhta beliau. Ayuh, cuba
lagi, usahawan muda!
Di command centre yang beroperasi 24 jam
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 27
JUalan
IKON
60%
Peruntukkan masa untuk ‘menyimpan’ dan ‘memperbesar’
jualan dengan menjaga dan menyelamatkan pelanggan
yang sedia ada
30%
Dapatkan pelanggan yang berpotensi tinggi
dengan kadar segera
10%
Dapatkan pelanggan yang berpotensi tinggi
dalam jangka masa panjang
CEO
vs
entrepreneur
MBA
BBA
B Acct
B Ec
80% IQ vs 20% EQ
Left Brain
Specialised skills & knowledge
TQE - Total Quality Entrepreneurship
MCS - Master of Common Sense
BSS - Bachelor of Street Smarts
PS - People Smart
80% EQ vs 20% IQ
Interpersonal Skills
Selling Skills
Right & Left Brain
Million Dollar Mindset & Habits
Maznah Hamid Resources
Dalam dunia perniagaan yang semakin dipenuhi generasi milennial ini, Datuk Wira Dr. Maznah Hamid membuka
peluang kepada usahawan-usahawan terpilih untuk bekerjasama dengan beliau dalam bidang perniagaan menerusi
konsep model perniagaan bawah ke atas (bottom-up business model). Idea ini tercetus apabila beliau menyedari
bahawa sesetengah usahawan yang masih baharu atau kecil yang berada di dalam industri sebenarnya tiada beza
dengan usahawan-usahawan yang telah berjaya dari segi kemampuan dan juga kemahiran. Usahawan-usahawan
ini cuma tiada rangkaian korporat yang dapat membuka peluang untuk mereka pergi lebih jauh. Dengan konsep
perniagaan ini, usahawan-usahawan di Malaysia dijangka akan dapat meningkatkan nilai perniagaan mereka.
28 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
“Saya berasa amat
bimbang melihat sikap
sesetengah anak
muda yang tiada
jati diri, komitmen,
dan ketabahan bagi
menghadapi apa jua
cabaran, dugaan, dan
godaan pada peringkat
permulaan perniagaan.
Ternyata mereka tidak
sanggup mengharungi
ranjau dan susah-payah
yang akan menjadikan
diri mereka kebal seperti
besi.”
Datuk Wira
Dr. Maznah Hamid
Akademi Maznah Hamid
Akademi Maznah Hamid (AMH) diinspirasikan apabila Datuk Wira Dr. Maznah Hamid melihat begitu ramai golongan
remaja daripada keluarga yang senang dan berada yang tidak tahu cara untuk menjadi usahawan yang berjaya dengan
meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka.
Hal ini menjadi lebih rumit apabila remaja terbabit tidak dapat menguruskan perniagaan keluarga mereka dengan baik,
dan jika tidak diberi perhatian, ia kelak akan meranapkan keseluruhan perniagaan tersebut yang telah dibina sekian lama.
Ada juga antara mereka yang mempunyai sikap yang lebih parah, kerana bukan sahaja langsung enggan untuk meneruskan
empayar perniagaan keluarga, tetapi juga mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa dan menghabiskan duit keluarga
mereka.
Daripada pemerhatian beliau, Maznah mendapat idea untuk memupuk sifat dan sikap ‘never say die’, atau sikap tidak
pernah mengaku kalah, kerana hanya dengan mempunyai sifat juang ini sahajalah mereka dapat meneruskan empayar
perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan keluarga.
Struktur sukatan pelajaran AMH adalah lebih kepada latihan praktikal. Pelajar-pelajar akan diserapkan ke dalam sebuah
syarikat bagi mempelajari ilmu perniagaan. Hasilnya, pelajar-pelajar tersebut akan mendapat pengalaman perniagaan secara
terus dan telus. Sesi bimbingan (coaching) dan seminar juga disediakan bagi mereka yang ingin menentukan matlamat hidup,
menetapkan strategi perniagaan, dan juga mengenal pasti kekuatan diri yang tersembunyi.
Fokus AMH adalah untuk menjadi pemangkin kepada usahawan-usahawan yang memperjuangkan jihad ekonomi, iaitu
perjuangan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan secara bersama. Ia selari dengan impian Maznah, iaitu satu keluarga,
satu usahawan.
IKON
USAHAWATI
Persatuan Usahawan Wanita Wilayah Utara (USAHAWATI) ialah sebuah persatuan perniagaan yang
berpengaruh di kawasan Kedah, Perlis, Pulau Pinang, dan Perak Utara. Ia ditubuhkan pada 25 Februari 1999
khusus untuk wanita, dengan Maznah selaku presidennya sejak mula hingga sekarang. Bermula sebagai
platform bagi mengukuhkan jaringan perniagaan antara usahawan-usahawan wanita bumiputera, kini, ia
aktif dengan aktiviti-aktiviti seperti kursus keusahawanan dan perniagaan, lawatan perniagaan ke dalam dan
luar negara, karnival keusahawanan, dan sumbangan bantuan khidmat masyarakat kepada golongan yang
kurang bernasib baik. Dengan keahlian seramai lebih 600 orang usahawan wanita, persatuan ini banyak
bekerjasama dengan badan-badan awam dan kerajaan untuk membantu perniagaan-perniagaan wanita
utara, dan secara tidak langsung, menjayakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan membasmi kemiskinan
dan membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi masyarakat. Ahli-ahli baharu akan mendapat khidmat
nasihat dan latihan intensif daripada ahli-ahli yang lebih berpengalaman, selain berpeluang dibimbing
Maznah sebagai menti beliau selama tiga bulan. Menerusi USAHAWATI, Maznah berharap agar taraf
usahawan wanita utara dapat ditingkatkan, dan agar perniagaan mereka dapat bersaing pada peringkat
antarabangsa.
30 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
KALENDAR
MAC
SME TOOLBOX: Business
Owners Guide to Websites
Malaysia’s Entrepreneurs Night
Out 2017 (#MENO2017)
Start-Ups , Entrepreneur,
Networking & Business Pitching
Bagaimana Mendapatkan
Persijilan Halal
10:00 pg – 1:00 tghr 8:00 mlm – 1:00 pg
Event
7:00 pg – 10:00 mlm 8:00 pg – 10:00 mlm
Tempat
Hatch, Damansara Intan,
Petaling Jaya
Anjuran
Making Changes Today
Tempat
Stratosphere, The Roof,
Bandar Utama, Petaling Jaya
Anjuran
Synergize Asia
Tempat
WORQ, Glo Damansara Mall,
Taman Tun Dr. Ismail
Anjuran
Mandy Yap
Tempat
Suria City Hotel, Johor Bahru
Anjuran
Institut Keusahawanan Negara
(INSKEN)
18 Mac
16 – 17 Mac 13 Mac 15 – 16 Mac
Innopreneurship:
Disrupt or Be Disrupted
9:00 pg – 6:00 ptg
Tempat
Pacific Place, Ara Damansara,
Petaling Jaya
Anjuran
QUEST Entrepreneurs Mastery
#hackFEST.my
Tempat
KDU Penang University College
Anjuran
Tech Train Sdn. Bhd.
MAfP: An Entrepreneur as a
Lifestyle – Go Beyond
Tempat
MaGIC, Cyberjaya
Anjuran
Pusat Inovasi dan Kreativiti Global
Malaysia (MaGIC)
SME BizFest 2017
8:30 pg – 5:30 ptg 8:00 pg – 5:00 ptg
Tempat
Pusat Konvensyen Sime Darby
(SDCC)
Anjuran
SME Corp
17 Mac
10 – 12 Mac
12 Mac 15 Mac
INSKEN Business Idea
Generation (iBIG)
Tempat
Harbour View Hotel, Kuching
Anjuran
Institut Keusahawanan Negara
(INSKEN)
Business Budgeting
8:00 pg – 10:00 mlm 8:00 pg – 10:00 mlm 9:00 pg – 5:00 ptg
9:00 pg – 5:00 ptg
Tempat
Hotel Taiping Perdana, Taiping
Anjuran
Richworks International
Managing Small Businesses with
GST for Entrepreneurs Course
Tempat
Kuchai Lama, Kuala Lumpur
Anjuran
Mobiweb Infocenter
Becoming a Boss: How to
Become an Online Entrepreneur
Tempat
Akademi Profesional Starain,
Damansara Damai, Petaling Jaya
Anjuran
Masterclass Mentality
10 – 12 Mac 18 – 19 Mac
28 Mac
12 Mac
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 31
SUMBER MANUSIA
Anda Adakah
10 Kualiti
Usahawan Ini?
Sering kali kita berasa seronok melihat kekayaan dan kejayaan yang
dimiliki oleh para usahawan dan ahli perniagaan. Kemewahan hidup
mereka menjadikan kita ingin turut sama menjalankan perniagaan, atas
alasan ingin hidup senang. Hah, jangan fikir ia semudah itu! Ada harga
yang perlu dibayar untuk mengecapi kemewahan, dan hal itu menuntut
kita untuk membina kualiti diri yang jitu. Ketahuilah 10 kualiti ini, barulah
kita layak dipanggil seorang usahawan.
Terdapat kualiti khusus
yang perlu kita miliki
sebelum melayakkan
diri dipanggil sang
usahawan.
Ingat atau tidak, antara soalan yang
sering ditanya semasa kita membesar
adalah tentang cita-cita. Jawapan yang
popular sudah tentulah profesion
seperti doktor, cikgu, polis, ahli bomba,
saintis, dan peguam. Akan tetapi, semakin
kita membesar, semakin kita sedar akan
realiti kehidupan. Kepenatan bekerja
untuk orang lain, gaji yang terhad, dan
kerenah politik pejabat membuatkan
kita jera. Suka ataupun tidak, hari demi
hari, kita semakin terjerat dengan kitaran
kehidupan yang seakan-akan tidak akan
berubah ini.
Perlahan-lahan, kebanyakan daripada
kita mula ragu-ragu dengan kerjaya yang
dimiliki, dan ingin cuba mengubah haluan
untuk menjadi seorang usahawan,
tidak kira dalam bidang perniagaan
apa sekalipun. Lantaran itu, sering kita
mendengar jawapan klise seperti “saya
ingin pendapatan sampingan” atau “saya
ingin menjadi bos sendiri” sebagai tujuan
memilih kerjaya ini. Terdapat juga alasan
lain, seperti tiada hala tuju, atau kesusahan
untuk mendapatkan pekerjaan selepas
menamatkan pengajian.
Walau apa pun motif yang
mendorong kita mengambil langkah
untuk menjadi usahawan, amat penting
untuk kita menjawab dua soalan ini
supaya kita dapat mendalami dengan
lebih dalam kualiti yang dituntut dalam
profesion ini. Dua soalannya ialah:
Apakah maknanya untuk menjadi
seorang usahawan, dan apakah kualiti
yang diperlukan sebagai persediaan
menjadi usahawan?
32 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
Siapakah Usahawan?
Dalam bahasa Inggeris, usahawan
disebut sebagai entrepreneur. Perkataan
ini pula berasal daripada perkataan
Perancis, iaitu entreprendre, yang
membawa maksud memikul tugas atau
mencuba. Dalam kamus bahasa Melayu,
usahawan ditakrifkan sebagai orang yang
mengusahakan sesuatu perniagaan.
Mari pula lihat maksud usahawan
mengikut takrifan para ilmuwan.
McClelland (1961) menyatakan
usahawan sebagai seorang yang
berdaya cipta dan mempunyai
kehendak pencapaian yang tinggi.
Beliau berpendapat, usahawan yang
berjaya cenderung ke arah mengambil
risiko yang telah direncanakan, dan
mempunyai kawalan dalaman yang tinggi.
Schumpeter (1934) pula mentakrifkan
usahawan sebagai individu yang
melakukan pembaharuan atau inovasi
untuk kesejahteraan organisasinya
sendiri.
Melihat kepada takrif ini, kini fahamlah
kita bahawa untuk menjadi usahawan
bukanlah sesuatu yang mudah dan
tidak boleh dipandang enteng. Terdapat
kualiti khusus yang perlu kita penuhi
sebelum melayakkan diri dipanggil sang
usahawan. Maka, persoalan kedua ialah,
sudah bersediakah kita untuk menjadi
usahawan, dengan menepati kualiti yang
ditakrifkan?
Untuk menjawab soalan ini, mari kita
lihat 10 kualiti yang perlu kita punyai
untuk menjadi usahawan, sekali gus
mengetahui sama ada kerjaya ini sesuai
ataupun tidak dengan diri kita. Setelah
itu, bolehlah kita membuat pilihan
sama ada ingin meneruskan makan gaji
ataupun ingin keluar dari kepompong
tersebut.
Ingat, usahawan
sebenar bukan
sahaja berniaga
untuk mendapatkan
keuntungan, tetapi
turut berniaga untuk
menawarkan produk
atau perkhidmatan
yang bermanfaat
kepada pelanggannya.
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 33
SUMBER MANUSIA
10 Kualiti yang Perlu Dimiliki Sang Usahawan
Terima kegagalan
1
Michael Jordan, bekas pemain bola keranjang National Basketball Association
(NBA) dan juga usahawan kasut Air Jordan, pernah berkata: “Saya sudah berkalikali
gagal, tetapi itulah sebabnya saya menempa kejayaan pada hari ini.” Begitulah
senario lazimnya bagi usahawan. Kita pasti akan melalui pelbagai cabaran apabila
sedang berusaha untuk berjaya. Amat penting untuk kita faham dan terima
kenyataan bahawa kegagalan ialah suatu kepastian, manakala kejayaaan itu sebuah
anugerah. Akan tetapi, cara kita menangani sesebuah kegagalan itulah yang akan
memberikan kesan kepada perjalanan kerjaya kita sebagai seorang usahawan.
2
Bersedia dengan payung sebelum hujan datang
Oleh sebab kita tahu bahawa kegagalan sesuatu yang pasti, maka wajiblah kita
menyediakan payung sebelum hujan. Perancangan yang teliti akan memberikan
kesan kepada tahap kegagalan atau kejayaan seseorang. Fahami pepatah ini: Orang
yang tidak merancang ialah orang yang merancang untuk gagal, dan manusia tidak
merancang untuk gagal, tetapi gagal untuk merancang. Nah, sekarang fahamkah
kita bahawa perancangan yang teliti menunjukkan kita bersedia dengan apa jua
kemungkinan yang bakal berlaku?
Bersemangat inovasi
3
Seorang usahawan perlu berasa bangga untuk menjual produk yang dihasilkan
menerusi semangat inovasi yang dimilikinya. Untuk mempunyai semangat inovasi,
kita haruslah terlebih dahulu menanam minat yang mendalam terhadap bidang
perniagaan yang diceburi. Bertitik-tolak dari situlah kita akan dapat menjual idea
kita dengan penuh bangga. Ingat, usahawan sebenar bukan sahaja berniaga untuk
mendapatkan keuntungan, tetapi turut berniaga untuk menawarkan produk atau
perkhidmatan yang bermanfaat kepada pelanggannya.
4
Bijak kewangan
Seterusnya, kita perlu melengkapkan diri dengan apa sahaja ilmu berkaitan
kewangan, termasuklah modal perniagaan, pelaburan, untung rugi, dan lain-lain.
Bijak kewangan juga bermaksud bahawa kita perlu sentiasa berfikir tentang cara
yang terbaik untuk menguruskan kewangan, lebih-lebih lagi apabila semakin
banyak imbuhan yang kita peroleh hasil usaha kita. Pasti kita tidak mahu menjadi
usahawan yang cepat bangun dan cepat juga jatuh, bukan? Oleh itu, rancanglah
kewangan kita.
Bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu
5
Apabila kita sudah memulakan perniagaan, pada peringkat awal, kita mesti sanggup
untuk menguruskan perniagaan berseorangan atau dalam kumpulan yang kecil.
Sebagai contoh, kita mungkin akan melakukan segala tugas sendiri kerana masih
belum mempunyai dana yang cukup untuk mengupah pekerja. Jadi, jangan lelah
untuk berkorban masa dan tenaga sementara menunggu kedatangan hari yang
lebih cerah itu.
6 Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian
Hal ini juga bermaksud kita perlu sanggup untuk berkorban keselesaan hidup
demi masa hadapan yang lebih bermakna. Kadang-kadang, pengendalian sesebuah
perniagaan akan mengheret status kewangan kita. Pasti akan terdapat keperluan
dan keinginan yang masih belum boleh dipenuhi pada peringkat awal perniagaan.
Oleh itu, kita mesti sanggup untuk bersusah-payah terlebih dahulu sebelum dapat
menikmati hasil titik peluh kita.
Selalu intai peluang dan strategi pemasaran
7
Strategi pemasaran amatlah penting, lebih-lebih lagi pada peringkat awal
perniagaan, kerana itulah kunci bagi pengenalan produk atau khidmat yang kita
sediakan. Carilah peluang dan strategi pemasaran yang bijak. Sama ada kita mahu
melakukan pemasaran sendiri atau kita berani melaburkan wang untuk tujuan
promosi. Kesimpulannya, rangkalah strategi yang diperlukan dengan bijak dan
mengikut keupayaan demi kejayaan perniagaan.
8
Berani ambil risiko
Kebanyakan orang mengambil jalan selamat dalam menjalankan perniagaan
mereka, takut-takut syarikat lingkup sekiranya bertindak melebihi paras norma.
Akan tetapi, sebagai seorang usahawan yang berdaya saing, pastinya kita tidak
mahu sentiasa berada di dalam zon selesa. Benar, risiko boleh menjadi racun,
tetapi ia juga boleh menjadi madu. Bak kata pepatah juga, alang-alang berdakwat,
biar sampai hitam. Cuma, jangan sesekali berputus asa. Itulah peraturan pertama
yang perlu kita patuhi sebagai usahawan.
Selalu ingat akan bos sebenar
9
Baiklah, kini kita sudah faham bahawa untuk menjadi seorang usahawan, segala
keringat harus diperah. Sekarang kita sudah memiliki sebuah perusahaan. Ya,
kitalah bos di syarikat kita. Walaupun begitu, jangan terkejut kerana kita tidak
mempunyai kebebasan mutlak. Sebenarnya, kita masih mempunyai bos. Para
pelanggan, pelabur, pemiutang, dan juga rangkaian kenalan yang lainlah bos baharu
kita. Kita bertanggungjawab terhadap permintaan mereka, hampir setiap masa.
10
Selalu perbaik diri sendiri
Akhir sekali, apabila kita berhasrat untuk menjadi seorang usahawan, jangan jadi
usahawan yang biasa-biasa sahaja, tetapi jadilah usahawan yang luar biasa! Seiring
dengaan perkembangan perniagaan, kita juga mestilah melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu berkaitan supaya perniagaan kita tidak lapuk dek hujan, tidak lekang
dek panas.
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 35
SUMBER MANUSIA
Mengapakah Kita Tidak Patut Menjadi Seorang
Usahawan?
Baik, kini kita sudah tahu 10 kualiti yang perlu diterapkan dalam diri jika kita
ingin menjadi usahawan. Namun begitu, melihat 10 kualiti tersebut, kita mula
tertanya-tanya pula sama ada kita layak atau tidak untuk menjadi usahawan.
Jangan risau!
Yang berikut ialah lima perkara yang perlu dipertimbangkan sementara kita
kumpulkan 10 kualiti yang di atas tadi. Bergantung pada keadaan lima perkara
ini, kita mungkin perlu menangguh dahulu keputusan untuk menjadi usahawan:
1) Umur setahun jagung
Kita masih muda dan memerlukan pengalaman terlebih dahulu. Banyak perkara
yang perlu dipelajari sebelum melangkah ke alam keusahawanan.
2) Tiada sistem sokongan
Kita jenis orang yang memerlukan faktor pendorong seperti rakan, pelabur,
mentor, dan seumpamanya untuk mengerjakan sesuatu dengan konsisten,
barulah kita boleh bergerak ke hadapan.
3) Bos dan rakan sekerja yang bagus
Tidak mengapa jika kita masih ragu-ragu atau belum bersedia untuk menjadi
usahawan. Sekiranya kita mempunyai bos dan rakan sekerja yang bagus,
jangan risau untuk menangguh sebentar keputusan untuk berniaga. Mungkin
persekitaran yang bagus boleh dijadikan platform untuk membina perniagaan
pada kemudian hari. Ada kemungkinan kita boleh menjumpai bakal rakan kongsi
di tempat kerja kita sekarang, atau rakan-rakan kerja kita sanggup membantu
untuk mempromosikan produk kita nanti.
4) Gaji tetap yang lumayan
Jika kita bekerja dan mempunyai gaji tetap yang lumayan, maka janganlah risau
dengan perasaan ragu-ragu kita untuk berhenti itu. Tumpukan perhatian pada
kerjaya kita terlebih dahulu. Perlahan-lahanlah bina keyakinan diri dan suntik
motivasi untuk terjun ke alam keusahawanan.
5) Tiada tujuan yang tetap
Kita perlu menjadi seorang yang proaktif dan inovatif apabila ingin menjadi
usahawan. Fikirkan dahulu sebab kita ingin menjadi usahawan dan fahami
10 kualiti yang telah dibincangkan tadi. Jika kita hanya fikirkan kesenangan semasa
menjalankan perniagaan dan kemewahan yang akan dikecapi, itu bermakna kita
masih belum bersedia untuk menjadi usahawan!
Jika kita hanya
fikirkan kesenangan
semasa menjalankan
perniagaan dan
kemewahan yang akan
dikecapi, itu bermakna
kita masih belum
bersedia untuk menjadi
usahawan!
36 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
Perancangan yang
teliti akan memberikan
kesan kepada tahap
kegagalan atau
kejayaan seseorang
usahawan.
Jadi, fahamkah kita tentang persediaan yang diperlukan untuk menempuh hidup sebagai usahawan? Jika kita berhasrat untuk
menjadi seorang usahawan, maka lengkapkanlah diri dengan kekuatan mental, kerana kita bukan bertarung dengan orang lain,
tetapi dengan diri sendiri. Kita sebenarnya sedang menguji tahap kemampuan diri menghadapi kegagalan dan kesusahan demi
membina sebuah empayar perniagaan yang kukuh dan berjaya. Walau apa pun, pilihan tetap di tangan kita. Tepuk dada dan
tanya, “Sudah bersediakah aku untuk menghadapi cabaran sebagai seorang usahawan?”
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 37
Akta Syarikat 2016:
Perubahan yang Anda
Perlu Tahu
Oleh Amsyari Zarir
Sekali baca, lupa. Dua kali baca, ingat-ingat lupa. Begitulah kita apabila
sarat dengan maklumat baharu. Buat yang masih tidak dapat ingat,
inilah dia perubahan utama yang dibawakan Akta Syarikat 2016 dan
kesannya kepada syarikat anda.
Umum diketahui, Akta Syarikat 2016 sudah dikuatkuasakan pada 31 Januari 2017.
Setelah 51 tahun kita menggunakan Akta Syarikat 1965, akhirnya akta tersebut telah
diperbaharu. Kini, untuk sebarang perkara dan perundangan berkaitan syarikat, Akta
Syarikat 2016 hendaklah dirujuk.
Namun begitu, majoriti pemegang saham, pengarah syarikat, dan usahawan di
luar sana tidak mengetahui akan perubahan yang berlaku pada akta baharu ini.
Persoalannya kini, apakah yang perlu kita tahu tentang kandungan dan kesan Akta
Syarikat 2016 ini? Untuk menjawab persoalan tersebut, saya akan menerangkan
dengan lebih terperinci tentang beberapa perkara yang perlu diambil tahu anda.
Perubahan akta ini dilakukan atas empat objektif penting, iaitu untuk:
PERSYARIKATAN
1. Memudahkan orang awam untuk menubuhkan syarikat dan mengurangkan
kos.
2. Memudahkan orang awam untuk memulakan perniagaan, dengan mengubah
peraturan.
3. Memudahkan pengurusan syarikat dengan menjadikannya lebih fleksibel.
4. Meningkatkan kawalan dalaman, urus tadbir korporat, dan tanggungjawab
korporat dari segi pengurusan perniagaan.
Setelah 51 tahun
kita menggunakan
Akta Syarikat 1965,
akhirnya akta
tersebut telah
diperbaharu.
Atas empat objektif utama tersebut, Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) telah melakukan perubahan kepada akta.
Perubahan tersebut sebenarnya sangat signifikan dan perlu
diketahui orang ramai. Tentunya perubahan ini dilakukan SSM
dalam usaha suruhanjaya itu untuk meramaikan usahawan
yang melakukan perniagaan di Malaysia.
Maklumat Penyumbang
Amsyari Zarir Abdul Syakur berasal dari Taiping, Perak, dan mempunyai pengalaman selama
12 tahun dalam bidang pengauditan. Seorang akauntan bertauliah sejak 2007, beliau juga
merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA). Pada 2008, beliau telah menubuhkan syarikat
perakaunannya di Bandar Baru Bangi, AMACC Management Services, yang juga memberikan
perkhidmatan perundingan perniagaan, setiausaha syarikat, dan perkhidmatan sokongan lain.
38 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
Perubahan yang perlu diketahui umum adalah seperti yang di bawah:
1) Hanya Seorang Pengarah dan Pemegang Saham
Diperlukan
Sebelum kewujudan Akta Syarikat 2016, antara syarat
wajib dalam pemerbadanan syarikat ialah kewujudan dua
pengarah dan dua pemegang saham, minimum. Dalam proses
memudahkan pembukaan syarikat, SSM telah menetapkan
bahawa dengan hanya seorang pemegang saham dan seorang
pengarah sahaja, sebuah sendirian berhad sudah boleh
ditubuhkan. Hal ini bermaksud: Hanya seorang individu sahaja
diperlukan untuk menubuhkan sebuah sendirian berhad.
Namun demikian, untuk pemerbadanan sebuah syarikat
berhad, sekurang-kurangnya dua orang pemegang saham dan
dua orang pengarah syarikat tetap diperlukan. Dalam akta ini,
tiada perubahan dibuat untuk syarikat yang berstatus berhad.
Kelebihan yang diberikan ini perlu diambil kesempatan
oleh mereka yang berniaga secara perseorangan dan
memerlukan entiti perniagaan berstatus sendirian berhad.
Ia juga memberikan jalan penyelesaian kepada syarikat yang
mempunyai masalah sesama pemegang sahamnya.
2) Tiada Harga Par untuk Unit Saham
Dalam Akta Syarikat 2016, tiada lagi sekatan untuk
menetapkan jumlah harga bagi satu unit saham berbayar. Hal
ini bermakna, selepas ini, pemegang saham boleh memilih
untuk menetapkan seberapa tinggi atau rendah harga seunit
bagi saham syarikat mereka. Sebelum ini, harga sebarang
pembelian saham berbayar ditetapkan oleh SSM pada kadar
RM 1 untuk satu unit saham.
3) Tiada lagi Modal Dibenarkan MODAL YANG DIBENARKAN
(RM)
Dalam Akta Syarikat 1965, penetapan
jumlah modal berbayar sebagai modal
syarikat bergantung pada jumlah modal
maksimum yang dibenarkan. Maksudnya,
jika modal yang dibenarkan kita hanya
400,000 unit, maka kita tidak boleh
meletakkan modal berbayar melebihi
400,000 unit. Dalam akta syarikat
sebelum ini juga ada ditetapkan, setiap
modal yang dibenarkan mempunyai
bayaran yang berbeza yang perlu dibayar
kepada SSM. Jadual bayaran tersebut
seperti di sebelah:
Sehingga 400,000
400,001–500,000
500,001–1 juta
1,000,001–5 juta
5,000,001–10 juta
10,000,001–25 juta
25,000,001–50 juta
50,000,001–100 juta
100,000,001 ke atas
FI (RM)
1,000
3,000
5,000
8,000
10,000
20,000
40,000
50,000
70,000
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 39
PERSYARIKATAN
Kini, hanya seorang
individu sahaja
diperlukan untuk
menubuhkan sebuah
sendirian berhad.
Dalam Akta Syarikat 2016, modal yang
dibenarkan tidak lagi wujud. Hal ini
bermakna, syarikat boleh mempunyai
saham berbayar tanpa memikirkan
jumlah modal yang dibenarkan sebagai
tanda aras. Kemudahan ini diberikan
untuk menjimatkan kos penubuhan
syarikat dan memudahkan syarikat
dalam meningkatkan modal berbayar.
4) Penukaran Tempoh Penyerahan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Beraudit
Sebelum ini, sering wujud kesukaran
untuk menaikkan modal berbayar
melebihi tanda aras modal yang
dibenarkan. Isu ini timbul disebabkan
seseorang usahawan perlu menunggu
untuk meningkatkan modal yang
dibenarkan di SSM sebelum dapat
meningkatkan modal berbayar. Kini,
proses meningkatkan modal berbayar
tidak perlu mengambil masa yang lama,
dan ia lebih mudah.
Dalam Akta Syarikat 1965, syarikat perlu menyerahkan laporan tahunan dan penyata kewangan beraudit dalam tempoh
7 bulan 14 hari selepas akaun syarikat ditutup. Maknanya, jika syarikat menutup akaun pada 31 Disember 2016, laporan
tahunan dan penyata kewangan beraudit hendaklah diserah simpan di SSM pada 14 Februari 2017.
Dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, tempoh untuk penyerahan laporan tahunan dan penyata kewangan sudah berubah.
Mulai sekarang, sebarang penyerahan laporan tahunan akan mengikut tarikh penubuhan syarikat, manakala penyerahan
laporan kewangan beraudit perlu dibuat enam bulan selepas tempoh akhir akaun syarikat ditutup. Dengan perubahan ini,
risiko penghantaran lewat laporan tahunan kepada SSM dapat dikurangkan. Kelewatan sering berlaku disebabkan syarikat
tidak dapat menyiapkan penyata kewangan beraudit mengikut waktu yang telah ditetapkan.
5) Mesyuarat Agung Tahunan Tidak Wajib Diadakan
Mesyuarat agung tahunan (AGM) dilakukan untuk setiausaha
syarikat membentangkan penyata kewangan beraudit, dividen,
dan status pengarah serta pemegang saham. Mesyuarat ini
dilakukan setiap tahun dan dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh akhir akaun syarikat ditutup. Mesyuarat ini wajib untuk
dilaksanakan dengan kehadiran majoriti pemegang saham
serta kesemua pengarah.
Selepas Akta Syarikat 2016 berkuat kuasa, AGM tidak wajib
lagi dilaksanakan. Hal ini bermakna, syarikat boleh memilih
untuk melakukan mesyuarat tahunan atau tidak. Antara sebab
perkara ini dimansuhkan ialah kewujudan kemudahan baharu
yang diperuntukkan, yakni keperluan seorang pengarah dan
seorang pemegang saham sahaja dalam syarikat. Dengan
wujudnya kemudahan tersebut, sebarang keputusan yang
dibuat adalah atas tanggungjawab pengarah dan pemegang
saham tersebut seorang.
6) Proses Pemerbadanan Syarikat Lebih Mudah
Proses pemerbadanan syarikat telah dipermudah dalam
Akta Syarikat 2016. Selain hanya memerlukan seorang
pengarah dan seorang pemegang saham, seseorang individu
boleh membuka sendirian berhad tanpa perlu menggunakan
perkhidmatan setiausaha syarikat yang bertauliah. Bakal
pemilik syarikat boleh memilih untuk membuka sendirian
berhad dengan menggunakan sistem dalam talian MyCoID
yang diperkenalkan oleh SSM. Namun begitu, sesebuah
syarikat tetap perlu memilih seorang setiausaha syarikat
bertauliah dalam masa 30 hari dari tarikh ia diperbadankan.
Jika tidak, syarikat akan dianggap telah membuat suatu
kesalahan, dan pengarah boleh dipertanggungjawabkan
atas kesalahan tersebut.
40 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
7) Cap Meterai Pemerbadanan
Tidak Diperlukan
Sebelum wujud Akta Syarikat 2016,
setiap syarikat yang berdaftar
wajib mempunyai cap meterai
pemerbadanan. Cap ini sering
digunakan pada perjanjian serta sijil
saham. Bermula 31 Januari 2017,
syarikat tidaklah lagi wajib untuk
mempunyai cap tersebut. Dengan
wujudnya kemudahan ini, kos untuk
pemerbadanan syarikat semakin
berkurangan, dan salah guna cap
tersebut dapat dielakkan.
8) Sijil Saham Tidak Wajib Disediakan
Kini, sijil saham tidak lagi wajib untuk disediakan oleh setiausaha syarikat bertauliah.
Pemegang saham boleh memilih sama ada mereka mahu memiliki sijil tersebut
atau tidak. Walau bagaimanapun, setiausaha syarikat diwajibkan untuk merekod
nama pemegang saham tersebut dalam Buku Daftar Pemegang Saham.
9) Memorandum dan Tataurusan Syarikat Tidak Wajib Disediakan
Tempoh untuk
penyerahan laporan
tahunan dan penyata
kewangan sudah
berubah.
Buat yang sudah lupa, memorandum
ialah dokumen yang diperlukan
untuk menentukan hubungan syarikat
dengan pihak luar, manakala tataurusan
ialah perlembagaan syarikat dan
pengurusan dalaman syarikat. Dalam
proses pemerbadanan syarikat, keduaduanya
menjadi kewajipan pemilik
syarikat untuk disediakan. Namun
demikian, dengan kewujudan Akta
Syarikat 2016, memorandum dan
tataurusan tidak lagi wajib disediakan
dalam proses pemerbadanan syarikat.
10) Sijil Pemerbadanan
Dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, tiada lagi sijil pemerbadanan yang akan
disediakan sebagai dokumen bukti pemerbadanan sesebuah syarikat. Walaupun
begitu, pihak SSM belum menetapkan lagi bentuk notis yang akan disediakan
untuk membuktikan pemerbadanan sesebuah syarikat.
Bakal pemilik syarikat
boleh memilih untuk
membuka sendirian
berhad dengan
menggunakan sistem
dalam talian MyCoID
yang diperkenalkan
oleh SSM.
Dengan perubahan-perubahan yang dilakukan melalui Akta Syarikat 2016,
sememangnya orang awam dapat menubuhkan sebuah sendirian berhad dengan
mudah. Dalam masa yang sama, para usahawan diberi pelbagai pilihan untuk
memilih entiti perniagaan yang sesuai buat mereka. Sebelum ini, sering wujud
kesukaran dalam membuka sendirian berhad disebabkan terlalu banyak prosedur
dan peraturan. Antara masalah yang kerap berlaku ialah kesalahan memilih rakan
kongsi untuk dijadikan pengarah syarikat dan pemegang saham. Akta Syarikat 2016
ini telah mengambil kira banyak isu yang berbangkit dan memberikan penyelesaian
kepada isu-isu tersebut.
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 41
USAHAWANITA
Azleen:
Mahu Galas 5 Francais
Tatkala kita berpuas hati
dengan perniagaan yang satu,
wanita ini tidak jera berniaga;
sentiasa menghidu peluang dan
‘membancuh’ rancangan untuk
membuka francais.
Falsafah Cina ada menyebut,
“Dunia perniagaan penuh dengan
sepak terajangnya. Oleh itu, seorang
peniaga perlu mempersiapkan dirinya
dengan seni kungfu perniagaan bagi
menghadapi sebarang bentuk serangan
dan kemungkinan yang mendatang.”
Falsafah itu jelas menunjukkan
betapa besarnya cabaran dan dugaan
dalam berniaga. Risiko dalam berniaga
juga tidak kurang hebatnya, kerana
banyak yang perlu dipertaruhkan apabila
mempunyai perniagaan sendiri.
Oleh sebab itu, amat penting untuk
kita melengkapkan diri dengan ilmu
dan pengalaman sebelum bergelar
usahawan. Tidak kiralah sama ada kita
berniaga secara kecil-kecilan, berniaga
kedai runcit, berniaga dalam talian, atau
berniaga sebuah francais, semuanya pasti
ada kisah sendiri yang boleh diceterakan.
Bagi Azleen Ali Mokhtar, 40,
pelibatannya dalam perniagaan francais
berhubung rapat dengan minatnya dalam
perniagaan sejak kecil lagi. Biarpun baru
menginjak usia setahun lebih, perniagaan
kafe kopi gourmet bertaraf antarabangsa
di Wisma Sime Darby, Kuala Lumpur ini
sudah mampu menarik ramai pelanggan
dan mengaut keuntungan lumayan sejak
dibuka secara rasmi pada Januari 2016.
Kini mampu untuk menarik
nafas lega dan tersenyum melihat
perkembangan perniagaan beliau
yang kian mendapat sambutan, Azleen
bagaimanapun mengakui, bukan mudah
untuk menjadi seorang usahawan dalam
keadaan ekonomi yang agak mencabar
pada masa kini. Namun begitu, ia sedikit
pun tidak mematahkan semangat beliau.
Sebaliknya, beliau terus kuat melawan
segala bentuk rintangan di hadapannya.
42 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
Minat Berniaga Sejak
Kecil
Sebenarnya, tidak hairanlah
mengapa semangat berniaga sangat
kuat dalam diri Azleen. Wanita yang
berasal dari Kuala Lumpur ini mewarisi
darah Kelantan daripada ibunya. Kita
tahu reputasi wanita Kelantan memang
dikenali dalam dunia perniagaan.
“Sejak kecil saya memang
didedahkan kepada perniagaan oleh ibu
saya. Ibu saya berniaga secara sambilan
sahaja, kerana itu minatnya. Sejak umur
saya belasan tahun, ibu saya sering
mengajak saya mengambil stok barang
untuk dijual. Pelanggan-pelanggan
ibu saya juga bukan sebarangan. Ada
antaranya kerabat diraja, isteri-isteri
polis, dan orang kenamaan, kerana ayah
saya dahulu seorang polis.
“Banyaklah kenalan kami daripada
kalangan itu. Daripada situ, saya belajar
berniaga dan kenal dengan pelanggan
yang datang ke rumah. Pada 2007,
saya dan ibu mula berniaga di pasar
lambak di Amcorp Mall, dengan menjual
barangan daripada Vietnam dan Korea.
Dua tiga tahun juga saya berniaga dan
berpindah-randah dalam pusat belibelah
itu, kerana di tempat itu peniaga
tidak kekal di satu tempat,” ujar beliau,
tersenyum ketika mengenang kembali
detik menjadi peniaga kecil-kecilan
dahulu.
“Sejak umur saya belasan tahun, ibu saya sering
mengajak saya mengambil stok barang untuk dijual.”
Keputusan Besar yang Perlu Diambil
Selain berniaga secara kecilkecilan,
Azleen juga pernah bekerja
tetap sebagai kerani di sebuah syarikat
kamera terkemuka selama enam tahun.
Tidak lagi nampak prospek kerjaya
di syarikat itu, suami beliau yang juga
merupakan seorang usahawan akhirnya
menasihati beliau untuk berhenti
kerja dan membantu perniagaannya.
Beliau yang pada ketika itu agak risau
untuk membuat keputusan berhenti
kerja akhirnya akur dengan kehendak
suami dan membantu menguruskan
perniagaan khidmat pencucian bagi
pejabat.
“Pada mulanya, saya agak takut untuk
berhenti, kerana separuh daripada
pendapatan isi rumah datang daripada
gaji saya. Suami pula baru sahaja
memulakan perniagaan baharu dalam
bidang pendidikan, malah masih belajar
separa masa. Oleh itu, saya runsing
berfikir tentang perbelanjaan rumah
dan anak-anak sekiranya saya berhenti.
Azleen Ali Mokhtar
“Akan tetapi, suami tetap mahu saya
berhenti dan meyakinkan saya bahawa
rezeki sentiasa wujud, dan beliau masih
mampu menanggung kami sekeluarga.
Saya kemudian berdoa kepada Allah
SWT supaya Dia buka jalan kepada saya
dan suami, dan supaya Dia tunjukkan jika
jalan yang kami ambil ini baik untuk kami.
Akhirnya, saya pun berhenti kerja dan
membantu suami saya dalam perniagaan
khidmat pencucian di kawasan Kajang.
Alhamdulillah, pada waktu itu juga, kami
memperoleh sebuah projek pencucian
selama 6 tahun dan mempunyai
lapan pekerja untuk projek tersebut.
“Semasa suami berhenti kerja
sebelum berniaga, agak besar cabaran
yang kami hadapi. Kewangan sentiasa
menjadi masalah utama. Namun begitu,
dalam dunia ini tidak ada perkara yang
mustahil. Semuanya sudah disusunkan
untuk kita. Saya bersyukur kerana suami
akhirnya berjaya dalam perniagaan
beliau sehingga kini,” tutur wanita yang
taat dan tabah ini.
“Pada mulanya saya agak takut untuk berhenti,
sebab separuh daripada pendapatan isi rumah
adalah daripada gaji saya.”
Azleen Ali Mokhtar
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 43
USAHAWANITA
Bangkit Biarpun Kecewa Beberapa Kali
Pernah terlibat dalam pelbagai
bidang perniagaan selama 7 tahun,
pada satu ketika, Azleen ada membuka
perniagaan dobi yang diusahakan
sendiri selama beberapa tahun sebelum
menjualnya kepada orang lain setelah
merasakan bahawa ia tidak berbaloi
untuk diteruskan. “Pada waktu itu,
perniagaan agak baik, tetapi ia sangat
memenatkan. Ia tidak berbaloi dengan
keuntungan yang diperoleh. Kebetulan
pula, setelah menjual kedai dobi
tersebut, sebuah kedai dobi syiling pula
dibuka bersebelahan kedai itu. Memang
sesuailah masa saya menjualnya,” terang
usahawan bersiri ini.
“Akan tetapi, selepas tamat kontrak
pencucian, saya tidak membuat apa-apa
kerja lagi. Setelah anak membesar dan
berhenti menyusu, barulah saya terasa
panggilan untuk berniaga semula. Saya
jenis orang yang tidak boleh duduk diam.
Oleh yang demikian, saya merancang
beberapa perniagaan, dan sudah
tentulah saya mahukan perniagaan
dengan jenama sendiri. Namun begitu,
saya memahami betapa susahnya
cabaran untuk membina jenama sendiri.
Banyak risiko yang perlu ditanggung,”
tambah Azleen.
Bangkit semula setelah mengalah
pada awal perniagaan, beliau terus
menggenggam semangat untuk
meneruskan perjuangan beliau dalam
bidang perniagaan. Ketika ditanya
tentang proses permulaan beliau dalam
membuka francais Gloria Jean’s Coffees,
beliau berkata, semuanya dilakukan
setelah beliau benar-benar meneliti
setiap peluang dan pilihan yang ada
untuk perniagaan francais yang ingin
diceburi. Selain terus berdoa kepada
Allah SWT, beliau banyak melakukan
kajian tentang perniagaan francais,
sebelum memilih untuk membuka
kafe francais dari Amerika Syarikat itu
bermodalkan RM 400,000.
“Saya tahu tahap kemampuan saya,
jadi saya memilih perniagaan yang
kurang risikonya. Saya tidak ada ilmu
dalam perniagaan francais, awalnya, jadi
cabarannya boleh tahan. Pada suatu
hari, kawan saya memaklumkan saya
tentang sebuah seminar francais. Dalam
hati, saya pun berkata, kenapa tidak
pergi? Sekurang-kurangnya saya boleh
mendapatkan maklumat. Daripada
situ juga, saya menyenaraikan semua
syarikat yang mempunyai francais bawah
Permodalan Nasional Bhd. (PNS),
seperti McDonald’s, KFC, dan Chatime.
Banyak francais yang ada!” ujar beliau.
“Saya memahami
betapa susah membina
jenama sendiri. Banyak
risiko yang perlu
ditanggung.”
Azleen Ali Mokhtar
44 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
Gigih Mencari Peluang
Menurut Azleen, pemilihan Gloria
Jean’s Coffees ialah sesuatu yang tidak
dirancang beliau. Hal ini demikian kerana
perkara penting yang beliau utamakan
sebelum membuka perniagaan ialah
tempat yang strategik. “Saya pernah
bekerja sebagai kerani. Oleh itu, ketika
membuat kaji selidik dan tinjauan
tempat, saya akan memeriksa satu
persatu prospek lokasi dan meletakkan
semua maklumat ke dalam sebuah
fail, agar senang untuk saya menilainya
semula kemudian.
“Saya tidak memilih perniagaan
berasaskan nama syarikat. Sebaliknya,
saya memilih atas faktor lokasi, kerana
dalam perniagaan francais, lokasi ialah
perkara terutama. Selepas itu barulah
saya memikirkan tentang francais
yang ingin dibuka. Contohnya, dahulu,
sebelum saya membuka kafe ini, saya
hampir membuka francais Coolblog di
Puchong kerana dapat melihat prospek
yang baik di sana.
“Lokasi itu amat bagus kerana ia
menjadi tumpuan. Tambahan lagi, ia
berdekatan dengan tempat tinggal saya.
Walau bagaimanapun, ia bukan rezeki
saya. Kedai yang saya mahukan itu telah
diambil orang lain. Saya berkata kepada
suami, mungkin itu bukan rezeki kita.
Rezeki kita di tempat lain,” ujar usahawan
yang sentiasa positif ini.
Tanpa berputus asa, Azleen
tetap gigih mencari kesempatan lain
untuk berniaga dalam industri francais.
Akhirnya, pada suatu hari, sahabat
suami beliau mencadangkan agar
beliau meninjau salah satu hospital di
Subang dan membuka francais Gloria
Jean’s Coffees di tempat itu. Tertarik
dengan cadangan itu, beliau pun tanpa
membuang masa, terus berkunjung
ke hospital tersebut untuk membuat
tinjauan. Sekali lagi, beliau terpaksa
menanggung rasa kecewa kerana tempat
itu sudah mempunyai kafe Starbucks.
“Saya tahu di mana
kemampuan saya, jadi
saya memilih untuk
perniagaan yang kurang
risiko.”
Azleen Ali Mokhtar
Rezeki yang Telah Ditulis
Selepas hasrat Azleen tidak
kesampaian buat kali kedua, seorang
sahabat beliau menyarankan agar
beliau melihat prospek di Wisma Sime
Darby, Kuala Lumpur. Beliau kemudian
membuat tinjauan dan berpuas hati
dengan lokasi tersebut. “Sebenarnya,
di Wisma Sime Darby sudah lama
ada kafe Gloria Jean’s Coffees,” terang
beliau. “Setelah berbincang, pemilik lama
akhirnya bersetuju menjualnya kepada
saya kerana beliau sudah mempunyai
dua cawangan.
“Selesai menganalisis potensi kedai
itu, saya terus bertanyakan cara untuk
membuka dan mengira kos perniagaan
di ibu pejabat Gloria Jean’s Coffees.
Antara sebab saya memilih perniagaan
francais ialah pihak francaisor akan
sentiasa memberikan garis panduan
perniagaan kepada kita.
“Saya diberi penjelasan tentang cara
pengiraan kos dan populasi di sekitar
tempat itu, dan cara mengira risiko yang
ada. Hanya 2–3% populasi sahaja yang
diperlukan untuk membuka sebuah
kafe Gloria Jean’s Coffees. Setelah
mendapat tunjuk ajar daripada pihak
Gloria Jean’s Coffees, saya akhirnya
membuat keputusan untuk melabur
dalam perniagaan francais tersebut.
“Kemudian, saya terus mendapatkan
surat tawaran daripada Wisma Sime
Darby. Untuk membuka francais KFC
dan McDonald’s, saya tidak mampu,
kerana ia memerlukan modal yang
sangat besar,” jelas Azleen yang turut
pernah mencuba membuka francais
kedai kek terkenal, Secret Recipe,
namun tidak berpeluang.
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 45
USAHAWANITA
Ringan Tulang Walaupun Sebagai Majikan
Orang kata, rezeki mudah masuk
kalau kita sentiasa memberikan
senyuman, berfikiran positif, dan
bekerja kuat. Mungkin itulah antara
amalan beliau sepanjang menjalankan
perniagaan sehingga berjaya mendapat
ramai pelanggan dalam sehari.
Ia boleh dilihat pada kesibukan
beliau melayan pelanggan hingga tidak
cukup tangan, biarpun ada pekerja yang
membantu. Sikapnya yang ramah juga
sangat disenangi pekerja, sehingga ada
yang menggelarnya Mama. Jelas Azleen,
beliau suka mewujudkan suasana
gembira dan bersahaja ketika bekerja.
“Saya akan membantu sekiranya
pekerja sedang berehat untuk makan
tengah hari. Walaupun saya majikan, saya
tidak akan membiarkan pekerja saya
bekerja sendirian. Pekerja sangat penting
kepada saya. Oleh itu, saya betul-betul
menjaga kebajikan mereka. Bagi saya,
pekerja ibarat nadi syarikat. Saya sentiasa
berada di belakang mereka dan tidak
pernah lelah memberikan tunjuk ajar
kepada mereka.
“Malahan, ada pekerja yang saya
galakkan untuk menyertai pertandingan
telah mendapat anugerah sebagai
barista terbaik, walaupun pada mulanya
dia teragak-agak untuk bersaing dengan
peserta-peserta dari negara lain,” ujar
majikan yang sangat disayangi pekerjanya
ini.
“Saya diberi penjelasan
tentang cara pengiraan,
populasi di sekitar
tempat itu, dan mengira
risiko yang ada. Hanya
2—3% populasi sahaja
diperlukan untuk
membuka Gloria Jean’s
Coffees.”
Azleen Ali Mokhtar
Bantuan daripada PNS
Usahawan wanita yang bercita-cita
untuk membuka lima cawangan dalam
masa lima tahun yang akan datang ini
berkongsi pendapat bahawa francais
merupakan perniagaan yang patut
diceburi, kerana perniagaan ini tidak
begitu terdedah dengan risiko dan akan
sentiasa diawasi francaisor. Selain itu,
kata Azleen, banyak masa dan wang
ringgit dapat dijimatkan kerana pihak
francaisor sendiri yang melakukan
pemasaran untuk syarikat-syarikat
francais di bawahnya.
Beliau menasihati mereka yang ingin
terjun ke dalam industri francais untuk
sentiasa bijak menghidu peluang yang
ada, selain mengintai lokasi yang baik
untuk perniagaan yang akan dibuka.
Menurut beliau, mereka yang berminat
boleh sentiasa bertanyakan pihak PNS
tentang peluang perniagaan francais
yang ada, kerana ada begitu banyak
jenis francais yang ditawarkan dengan
pendanaan.
“PNS menawarkan pinjaman
sehingga 70% daripada kos. Terpulanglah
kepada anda sama ada untuk
mengambilnya atau tidak. Bagi saya, lebih
46 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
aik untuk meminimumkan penggunaan
duit simpanan yang ada. Oleh sebab itu,
walaupun mempunyai modal sendiri,
saya memilih untuk mendapatkan
pinjaman. Namun begitu, sebelum
membuat keputusan, kita perlu tahu
sama ada pinjaman yang ditawarkan
berbaloi atau tidak.
“Ramai orang yang masih tidak
tahu tentang kebaikan perniagaan
francais, kerana mungkin beranggapan
ia tidak menguntungkan—tidak
seperti membuka perniagaan sendiri.
Sebenarnya, perniagaan francais sama
seperti perniagaan lain. Bezanya cuma:
Kita perlu berkongsi sedikit keuntungan.
Walaupun begitu, kita tidak perlu
bersusah-payah untuk melakukan
banyak perkara kerana ia sudah
diuruskan francaisor. Bagi saya, tidak kira
apa jenis perniagaan pun, kalau kena
dengan caranya, kita pasti akan dapat
menjana keuntungan yang banyak,” jelas
wanita yang memegang sijil Diploma
Pengurusan Perhotelan daripada sebuah
kolej swasta ini.
Kebaikan Perniagaan Francais
Kita sedia maklum, industri
perniagaan francais salah satu industri
perniagaan yang berkembang maju di
seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.
Sistem perniagaan ini sudah lama
diperkenalkan, malah, usahawan berjaya
yang lahir daripada industri ini rataratanya
memperoleh pendapatan yang
“Malah ada pekerja
yang saya galakkan
untuk menyertai
pertandingan telah
mendapat anugerah
sebagai barista
terbaik.”
Azleen Ali Mokhtar
lumayan. Antara kelebihan membuka
perniagaan berkonsepkan francais ialah
model perniagaan yang telah terbukti,
manfaat pembelian secara berpusat oleh
francaisor, bimbingan dan panduan yang
lengkap diberikan, jenama perniagaan
sudah dikenali, promosi dilakukan
secara meluas, dan bantuan kewangan
diberikan.
Bagi anda yang ingin menceburi
industri ini namun masih tidak pasti akan
subsektor yang ingin didalami, ambillah
ilham daripada kisah Azleen ini. Beliau
wajar dijadikan sebagai contoh kerana
semangat dan usaha beliau tidak putusputus
dalam bidang perniagaan. Apa yang
penting, anda perlulah membuat kaji
selidik terlebih dahulu dan mempunyai
rekod kewangan yang kukuh sebelum
berniat untuk menjalankan perniagaan.
Anda tidak perlu memulakan perniagaan
dengan modal yang besar, kerana ada
banyak pilihan francais yang mampu
dimiliki untuk diusahakan.
Apa Kata Pekerja Azleen tentang Beliau?
Hafiz, 26 Ika, 22 Aina, 18
“Beliau seorang yang sangat periang.
Beliau sentiasa memberikan aura
yang positif dan gembira di kafe.
Sekiranya ada masalah, baik dari
segi kerja atau peribadi, beliau
akan sentiasa membantu untuk
menyelesaikannya. Bos saya ini
penyibuk dalam cara yang baik.”
“Beliau seorang yang cantik dan
kelakar. Saya menganggap beliau
seperti seorang emak.”
“Kalau kita bercerita, baik tentang
hal peribadi atau kerja, beliau akan
sentiasa mendengar dengan baik.
Beliau sentiasa ceria, tidak pernah
menunjukkan angin yang tidak baik,
dan sentiasa menolong pekerja.”
MEKANIK WANG
7
Istilah
Kewangan
Wajib Tahu
untuk
Usahawan
Oleh Abang Abu
Ya, anda mungkin sudah jemu melihat istilah-istilah ini, tetapi anda betul-betul fahamkah tentangnya? Sebuah
senarai semak untuk anda bermuhasabah terhadap perniagaan sendiri.
Abang Abu amat teruja dengan
perkara yang berlaku dalam dunia
perniagaan masyarakat Melayu.
Peningkatan jumlah orang yang
memulakan perniagaan meningkat
dengan begitu mendadak. Ini ialah suatu
perkembangan yang sangat positif untuk
masyarakat kita terus maju. Tahniah
kepada yang telah memilih untuk
memulakan perniagaan!
Walau bagaimanapun, perniagaan
yang dimulakan mereka tidak dapat
bertahan lama. Malahan, 50% daripada
mereka terpaksa menutup perniagaan
atau berhenti berniaga kurang dari
setahun selepas bermula. Seterusnya,
50% daripada baki yang masih bertahan
selepas tahun pertama itu akan tutup
sebelum tahun kedua. Antara sebab hal
ini berlaku adalah kerana ketiadaan ilmu
kewangan yang betul dalam kehidupan
peribadi usahawan-usahawan ini, apatah
lagi ilmu kewangan perniagaan.
Bahasa perniagaan ialah perakaunan
dan angka. Sekiranya anda tidak faham
akan istilah-istilah perakaunan dan
erti sesuatu angka, ia seolah-olah
anda sedang berkomunikasi dengan
Maklumat Penyumbang
Abang Abu, atau nama sebenar beliau, Abu Ayuabul Ansari, ialah pengasas dan ketua pegawai
eksekutif Now Asia International Sdn. Bhd. Beliau komited dalam membantu golongan usahawan,
terutamanya usahawan muda, dalam hal pengurusan kewangan mereka. Abang Abu boleh
dihubungi di laman Facebook beliau, AbangAbu Mekanik Wang (@mekanikwang), dan laman
sesawang beliau, Abangabu.com.
48 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
50% daripada usahawan baharu terpaksa menutup
perniagaan atau berhenti berniaga kurang dari
setahun selepas bermula. 50% daripada baki yang
masih bertahan selepas tahun pertama akan tutup
sebelum tahun kedua.
seseorang yang tidak faham akan bahasa
yang dituturkan anda. Itulah gambaran
bagi usahawan yang masih buta dan
tuli terhadap ilmu dan istilah kewangan
perniagaan.
Itulah juga yang menarik perhatian
Abang Abu dan yang membuatkan
Abang Abu terpanggil untuk membantu
usahawan-usahawan ini, agar perniagaan
mereka akan terus berjalan selepas
tahun ketiga dan seterusnya, serta agar
perniagaan mereka menjadi mantap dan
boleh diwariskan atau dibawa kepada
peringkat tawaran awam awal (IPO).
Untuk memulakan perjalanan dalam
kolum khas Mekanik Wang ini, Abang
Abu akan menerangkan perkara yang
paling asas yang perlu difahamkan oleh
usahawan-usahawan baharu berkenaan
kewangan dan juga butiran-butiran yang
perlu diambil tahu.
Walaupun bagi sesetengah daripada
anda, perkara ini sesuatu yang sudah
anda tahu dan ia seperti ulangan, anda
mungkin mengetahuinya, tetapi belum
tentu anda memahaminya. Baiklah, jom
kita teruskan. Baguslah sekiranya sambil
anda membaca artikel Mekanik Wang
ini, anda tuliskan perkara atau idea yang
muncul di kepala pada sebuah buku
nota.masa waktu membaca artikel
Mekanik Wang ini.
MEKANIK
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 49
MEKANIK WANG
Ini dia tujuh istilah kewangan yang perlu seorang usahawan tahu dan fahamkan:
1) Aset
Wang tunai, akaun yang belum diterima, inventori, tanah, bangunan, kenderaan,
perabot, dan apa-apa sahaja yang syarikat miliki ialah aset, dan ia boleh dijual
kepada orang lain. Definasi lain aset ialah segala benda yang mempunyai nilai
kewangan. Dalam perakaunan, terdapat nilai susut untuk aset-aset yang susut
nilainya dalam jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau
tentang hal itu kerana ia tidak penting sangat ketika ini.
2) Liabiliti
Ini ialah hutang yang dimiliki atau hutang yang perlu diselesaikan, akaun yang
belum dibayar, hutang kepada pembekal, hutang pinjaman, dan semua hutang
yang syarikat perlu selesaikan yang berbentuk kewangan.
3) Modal (Ekuiti)
Modal ialah benda yang dimiliki usahawan, seperti saham syarikat, pelaburan,
dan keuntungan. Anda perlu ingati formula khusus dalam perniagaan ini agar
anda sentiasa tahu akan aset anda:
Aset = Liabiliti + Modal
Kesilapan dalam
menjaga ‘masa’ jualan
menyebabkan ramai
usahawan baharu
terpaksa menutup
perniagaan mereka
walaupun perniagaan
mereka sebenarnya
menguntungkan.
50 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
Ramai usahawan
yang tidak faham
perbezaan antara
hasil jualan dengan
keuntungan. Mereka
menganggap keduaduanya
sama. Ini
ialah dosa yang
paling besar dalam
perniagaan.
4) Jualan
‘Jualan’ satu istilah yang sudah biasa anda dengari, tetapi kemungkinan, ramai
daripada anda yang tidak faham akan istilah ini. Ini ialah satu faktor yang
menyebabkan banyak perniagaan terpaksa menggulung tikar. Perniagaan
boleh hancur kerana anda tidak faham akan masa atau waktu jualan berlaku.
Secara teknikal, jualan berlaku apabila barang atau perkhidmatan dihantar
atau diberikan, tidak kisahlah sama ada pembayaran dilakukan serta-merta
atau tidak, atau berapa lama tempoh berlalu sebelum anda menerima wang
jualan tersebut. Faktor ‘masa’ jualan memainkan peranan yang besar dalam
memastikan keuntungan jualan dan kesannya terhadap aliran wang anda.
Pastikan anda mempunyai satu tatacara pengendalian piawai (SOP) yang
menerangkan proses jualan, daripada masa jualan tersebut sehingga anda
menerima wang hasil jualan tersebut. SOP ini akan memberikan anda kawalan
ke atas tahap kewangan syarikat. Kesilapan dalam menjaga ‘masa’ jualan ini
menyebabkan ramai usahawan baharu terpaksa menutup perniagaan mereka
walaupun perniagaan mereka sebenarnya menguntungkan. .
5) Kos Jualan
Kos jualan, juga dikenali sebagai COGS (cost of goods sold) dalam istilah
perakaunan perniagaan, merangkumi kos langsung dan kos per unit. Contoh
kos adalah seperti kos bahan mentah, kos pemasangan, kos pembuatan, kos
penyediaan, kos pembungkusan, kos pemasaran, kos ejen, kos komisen, dan
segala kos yang membabitkan produk atau perkhidmatan, dari awal sehingga
ia dijual.
Kos-koslah yang biasanya tidak diberi perhatian oleh ramai usahawan baharu,
yang akhirnya menyebabkan mereka berada dalam situasi kewangan syarikat
yang tidak sihat sehingga menyebabkan perniagaan mereka terpaksa ditutup.
Ramai usahawan yang tidak faham perbezaan antara hasil jualan dengan
keuntungan. Mereka menganggap kedua-duanya sama. Ini ialah dosa yang paling
besar dalam perniagaan.
Pastikan anda memahami proses jualan produk atau perkhidmatan anda, serta
setiap kos yang terlibat dalam proses tersebut, untuk memastikan anda akan
mempunyai keuntungan yang baik. Hal ini juga penting dalam menentukan
harga jualan bagi produk atau perkhidmatan anda. Insya-Allah, Abang Abu
akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai proses menentukan
penentuan harga dalam artikel yang lain.
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 51
MEKANIK WANG
Ramai usahawan baharu yang terjerumus ke dalam
kancah perbelanjaan yang sangat tinggi dengan
menyewa premis yang mahal dan mendapatkan
keperluan yang mewah.
6) Perbelanjaan
Perbelanjaan biasanya diberi nama ‘kos operasi’. Contoh perbelanjaan ialah sewa
premis, kos pentadbiran, gaji, dan bil-bil utiliti seperti telefon, akses internet, dan
mesin fotokopi. Selain itu, perbelanjaan turut merangkumi pemasaran syarikat
pada media sosial, perbelanjaan yang biasanya tidak mendatangkan jualan segera,
dan perbelajaan yang perlu dilakukan supaya syarikat dapat beroperasi. Cukai
tahunan dan bayaran kos pinjaman juga ialah perbelanjaan.
Ramai usahawan baharu yang terjerumus ke dalam kancah perbelanjaan yang
sangat tinggi dengan menyewa premis yang mahal dan mendapatkan keperluan
yang mewah (Yang sebenarnya tidak diperlukan). Hal ini juga menjadi satu faktor
utama mengapa sesebuah perniagaan yang sangat menguntungkan boleh tutup
kedai—kerana ia tidak dapat menampung perbelanjaan yang tinggi.
Kepada anda yang mungkin merasakan seperti tidak ada perubahan atau
peningkatan dalam perniagaan walaupun produk atau perkhidmatan anda
mempunyai potensi yang besar, Abang Abu sarankan supaya anda menyemak
kembali segala perbelanjaan perniagaan anda.
Dengan berbuat begitu, anda akan mendapat gambaran yang betul tentang
perniagaan anda, dan anda boleh mendapatkan jawapan bagi soalan “Kenapa
bisnes aku tidak naik-naik?” Mulakan perniagaan anda dengan memastikan
perbelanjaan anda terkawal dan boleh diselesaikan dengan hasil pendapatan
perniagaan anda ..... .
7) Keuntungan
Keuntungan juga dikenali sebagai pendapatan. Oleh sebab inilah mungkin ramai
usahawan tersilap dengan menganggap keuntungan perniagaan itu sebagai
pendapatan mereka. Secara asasnya:
Keuntungan = Jualan − Kos Jualan − Perbelajaan
Jadi, pastikan anda menyedari dan memahami dengan lebih baik istilah-istilah
kewangan dalam bisnes ini, agar anda boleh memahami bahasa bisnes anda.
Hanya dengan memahami bahasa bisneslah baru anda boleh membetulkan
keadaan kewangan bisnes anda.
Perkara yang paling penting: Anda pastikan bisnes anda boleh bertahan lama
dan mampu berkembang dengan keuntungan maksimum. Akhir kata, Abang
Abu mencadangkan agar anda mendapatkan ilmu-ilmu kewangan sebelum apaapa
ilmu perniagaan yang lain, kerana ilmu kewangan ialah asas untuk sesebuah
perniagaan yang maju.
52 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
PRODUKTIVITI
KUASA NLP DALAM
PERNIAGAAN
Oleh Coach Wan
Terdapat banyak program NLP di luar sana. Bagaimanakah ia boleh
benar-benar membantu anda sebagai seorang usahawan?
Pernah dengar tentang NLP? NLP
atau neuro-linguistic programming
(pengaturcaraan neurolinguistik)
bermula pada pertengahan 1970-an di
University of California, Santa Cruz.
NLP untuk menganalisis dan
memindahkan keupayaan dan
kecemerlangan daripada seseorang
kepada seseorang yang lain menjadikan
ia satu kaedah psikologi yang amat
berguna bagi usahawan dan ahli
perniagaan.
NLP ialah suatu model
psikologi yang unik
yang berkisar tentang
cara manusia belajar,
memotivasikan diri, dan
mengubah perlakuan
mereka untuk mencapai
kecemerlangan dalam
apa jua bidang.
Apakah terdapat perbezaan antara usahawan yang menggunakan ilmu NLP
dalam urusan perniagaannya berbanding usahawan yang tidak menggunakan ilmu
NLP?
Memang ada perbezaan antara usahawan yang menggunakan ilmu NLP dalam
urusan perniagaannya berbanding usahawan yang tidak menggunakan ilmu NLP.
Perbezaan yang paling ketara ialah cara usahawan itu berfikir dan bertindak. Apabila
cara mengambil tindakan berbeza, maka hasilnya juga berbeza.
Maklumat Penyumbang
Wan Maswati Wan Hussin, atau lebih dikenali sebagai Coach Wan, ialah seorang pengamal
dan jurulatih NLP yang bertauliah. Coach Wan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Teknologi
Pengajaran (Instructional Technology) dari Universiti Malaya dan pemegang Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Maklumat (Kepujian) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berlatarbelakangkan latihan
dan minat yang mendalam dalam pengaturcaraan neurolinguistik, beliau telah menerapkan
ilmu dan kemahiran NLP beliau dalam program-program yang dikendalikan bawah syarikat
beliau sendiri, iaitu One Billion Solutions. Coach Wan boleh dihubungi di Facebook melalui akaun
peribadi beliau, Coachwan Ceocyber, dan laman sesawang, www.ceocyber.com.
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 53
NLP ialah kunci kejayaan dalam menguruskan sesuatu perniagaan. Ia boleh
membantu perniagaan dari segi:
1. Peningkatan jualan dan prestasi perkhidmatan syarikat.
2. Pembinaan hubungan yang baik, yang dapat mengurangkan jurang perbezaan
antara diri usahawan dengan pelanggan, dan mewujudkan aspek persamaan
antara kedua-duanya. Dengan menggunakan teknik pemadanan (matching) dan
pencerminan (mirroring), tanpa disedari, pelanggan akan menyukai anda dan
berasa selesa. Hal ini boleh membantu mempercepat proses jualan.
3. Penentuan matlamat syarikat yang diinginkan. Matlamat mestilah terarah dan
berfokus supaya mudah difahami dan dilaksanakan oleh minda.
4. Penentuan keputusan yang baik dalam menguruskan perniagaan. Seseorang
usahawan perlu tahu apakah keadaan atau situasi sebenar perniagaannya, serta
kaedah yang perlu diambil apabila berhadapan dengan sebarang situasi.
5. Kemampuan mempengaruhi dan mendapatkan kepercayaan pelanggan dengan
cepat dengan menggunakan bahasa minda.
Antara masalah yang sering dihadapi dalam menguruskan perniagaan ialah:
1. Kesukaran untuk memikat pelanggan atau memuktamadkan urus niaga.
2. Konflik dalam urusan perniagaan.
3. Penurunan produktiviti kerja.
4. Keberkesanan komunikasi yang lemah.
5. Kesukaran dalam membuat pilihan atau membuat keputusan.
6. Sering berasa rendah diri.
Dalam NLP, teknik bimbingan (coaching) boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah nombor 3–6. Proses bimbingan boleh mencungkil potensi diri seseorang
untuk memaksimumkan kemampuan diri sehingga akhirnya dia mampu menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan bertanggungjawab.
Coach Wan yang mengasaskan syarikat One Billion Solutions menyediakan
program berasaskan NLP yang dinamakan E-Securicoach, khusus untuk membantu
sesebuah syarikat atau seseorang usahawan mencapai matlamat kumpulan atau
peribadi. Program E-SecuriCoach merangkumi sebuah sesi terapi yang menggunakan
corak NLP bagi menghilangkan ketakutan yang boleh menghalang kejayaan.
NLP boleh membantu
perniagaan dari
segi kemampuan
mempengaruhi
dan mendapatkan
kepercayaan
pelanggan dengan
cepat dengan
menggunakan bahasa
minda.
54 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
PRODUKTIVITI
Atas keberkesanannya
dalam meningkatkan
prestasi diri dan
sesebuah organisasi,
selain memberikan
impak terhadap
prestasi perniagaan,
NLP semakin mendapat
sambutan mutakhir ini.
Teknik NLP telah digunakan oleh Coach Wan dalam menyediakan khidmat
rundingan pengurusan bagi syarikat-syarikat korporat. Antara kejayaan terbesar
beliau adalah dengan meningkatkan pendapatan tambahan bersih sebuah perniagaan
di Kuala Lumpur melebihi RM 500,000 dalam tempoh kurang daripada setahun—
melebihi jangkaan pihak syarikat itu sendiri.
Sebagai penutup, sesiapa yang mengetahui, mengamalkan, dan menggunakan
NLP akan mempunyai banyak kelebihan. Mereka akan mengetahui cara untuk
mengendalikan minda mereka. Atas keberkesanannya dalam meningkatkan prestasi
diri dan sesebuah organisasi, selain memberikan impak terhadap prestasi perniagaan,
NLP semakin mendapat sambutan mutakhir ini.
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 55
10 6 FEBRUARI MAC 2017 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
GAYA HIDUP
Kad Perubatan Terbaik?
Oleh Afyan Mat Rawi
Terdapat begitu banyak syarikat takaful di negara kita ini, dan tidak kurang banyaknya produk kad
perubatan. Walaupun kita tahu mahal tidak semestinya bagus dan murah tidak semestinya sampah,
bagaimanakah kita harus membuat pilihan kalau bukan dengan mengukur saiz dompet?
Sekurang-kurangnya tiga daripada
enam kad perubatan yang pernah saya
langgani masih aktif. Ada yang saya
dapat secara percuma dalam tempoh
tertentu, dan ada yang saya batalkan
dan gantikan dengan polisi yang lain.
Kesemuanya ditawarkan oleh lebih
daripada satu syarikat takaful untuk
memenuhi keperluan kewangan saya
dan keluarga.
Ada yang dilanggan sendiri
(standalone), dan ada yang dilanggan
bersama polisi takaful hayat (rider). Ada
yang diberikan oleh syarikat tempat
Apabila melanggan
polisi kad perubatan,
carilah perlindungan
maksimum dengan
caruman minimum.
Gabungan caruman
kad perubatan
dan perlindungan
pendapatan pula
janganlah melebihi 10%
jumlah pendapatan.
Maklumat Penyumbang
saya bekerja, dan ada juga yang saya
langgani sendiri. Jika ada orang yang
mengatakan kad perubatan rider lebih
baik daripada kad perubatan kendiri,
pada saya, penyataan itu kurang tepat.
Jika ada orang yang mengatakan kad
perubatan kendiri lebih baik daripada
kad perubatan rider pun, saya rasa,
kurang tepat.
Tiada kad perubatan
yang sempurna.
Apabila melanggan polisi kad
perubatan, carilah perlindungan
maksimum dengan caruman minimum.
Gabungan caruman kad perubatan dan
perlindungan pendapatan pula janganlah
melebihi 10% jumlah pendapatan. Tiada
kad perubatan yang sempurna. Tiada
kad perubatan yang terbaik. Tiada kad
perubatan nombor satu di Malaysia.
Kalau ada pun, ia dakwaan sendiri.
Afyan Mat Rawi ialah seorang perunding dalam bidang servis kewangan Islam yang mempunyai
tauliah IFP oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM). Beliau kini seorang
jurulatih dan perunding kanan di INFAQ Consultancy Sdn. Bhd., yang beroperasi di Lembah
Klang. Syarikat perundingan ini ditubuhkan beliau untuk memberikan khidmat perundingan
kewangan, latihan kewangan, dan pengurusan harta. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel di
infaq.my@gmail.com atau melalui Telegram di @afyan_ifp.
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 57
Yang berikut ialah beberapa perkara penting
yang perlu diberikan perhatian dalam memilih kad perubatan:
01
Kadar Sumbangan Takaful Bersama (Co-Takaful) Pembayaran Bersama
(Co-payment)
Takaful bersama ialah bayaran
yang perlu dibayar oleh pelanggan
sekiranya dimasukkan ke hospital. Ia
mungkin ada, dan mungkin juga tiada.
Kadar sumbangan akan meningkat
dalam tempoh tertentu. Setakat
ini, belum ada kad perubatan yang
mempunyai kadar bayaran yang
tetap, kerana kos perubatan sentiasa
meningkat saban tahun.
Had Seumur Hidup
Had seumur hidup memang nampak tinggi pada mulanya. Ada kad perubatan
yang menetapkan had sebanyak RM 1 juta seumur hidup; ada yang menetapkan
had RM 2 juta; malah, ada yang tiada had! Akan tetapi, ketahuilah bahawa ia
hanya gimik, kerana belum pernah berlaku lagi kes pelanggan melebihi had
seumur hidup. Sebaliknya, banyak pelanggan yang terpaksa membayar sendiri
kos perubatan kerana sudah menuntut pampasan melebihi had tahunan.
Jadi, fokuslah terhadap had tahunan, dan bukannya had seumur hidup.
06 07
Fasal Pengecualian
Fasal pengecualian ialah perkara yang
amat penting dalam apa jua polisi
takaful. Cari perkara ini dalam polisi
dan ingat situasi-situasi yang boleh
menyebabkan pelanggan tidak layak
untuk membuat tuntutan pampasan
jika dimasukkan ke hospital. Setiap
polisi mempunyai klausa yang
berbeza antara satu sama yang lain.
Banyak pelanggan
yang terpaksa
membayar sendiri kos
perubatan kerana
sudah menuntut
pampasan melebihi had
tahunan. Jadi, fokuslah
terhadap had tahunan,
dan bukannya had
seumur hidup.
58 MAC 2017 PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA
02 03
Tempoh Menunggu
Tempoh menunggu ialah tempoh
yang perlu ditunggu sebelum polisi
berkuat kuasa sepenuhnya. Julatnya
mungkin antara 30–120 hari.
08
Tempoh Menunggu
bagi Penyakit Khusus
05
Terdapat beberapa penyakit khusus
yang mempunyai tempoh menunggu
yang lebih panjang, iaitu sehingga
120 hari.
Pembayaran bersama ialah bayaran
yang perlu dibayar sekiranya
pelanggan menaik taraf bilik wad
kepada bilik yang kadarnya melebihi
kadar yang sudah ditetapkan kad
perubatan. Jangan keliru dengan
takaful bersama. Ia dua istilah yang
berbeza.
04
Had Tahunan
Had tahunan ialah had yang
ditetapkan bagi jumlah pampasan
yang boleh dituntut pelanggan
setiap tahun. Had ini penting untuk
diketahui.
09
Klausa Pengubahan Polisi
Klausa pengubahan polisi juga
satu maklumat penting yang perlu
diketahui. Syarikat takaful berhak
untuk membuat perubahan terhadap
polisi tanpa persetujuan pelanggan.
Hanya sekadar pemberian notis
dalam tempoh tertentu sahaja yang
diperlukan untuk mengubah terma
dan syarat polisi mengikut kehendak
syarikat takaful.
Pihak Pentadbiran Ketiga (TPA)
10
Ada ejen takaful yang memburukkan syarikat takaful lain dengan perkongsian
‘fakta’ bahawa kad perubatan pihak pentadbiran ketiga (third-party administration)
sama seperti polisi takaful kenderaan pihak ketiga. Ia adalah auta, bukan fakta,
kerana kad perubatan TPA merujuk kepada kad perubatan yang dikeluarkan
syarikat operator yang menguruskan surat jaminan (GL) dan urusan
kemasukan wad, yang tertakluk di bawah Bank Negara Malaysia (BNM). Ia
langsung tiada kaitan dengan istilah ‘pihak ketiga’ dalam hal takaful kenderaan.
GAYA HIDUP
Terdapat banyak lagi perkara lain yang perlu diteliti, tetapi tidak muat untuk saya letakkan semua di sini. Senarai ni saya
tulis berdasarkan persoalan yang selalu dikemukakan kepada saya.
Pendek kata, semua maklumat dalam polisi dari muka hadapan hingga muka surat terakhir penting. Baca semuanya. Jika
tidak faham, terus tanya ejen anda. Mereka dibayar komisen dari caruman anda untuk memberikan maklumat-maklumat
penting kepada anda—bukan sekadar untuk memberikan diari dan kad raya.
Peringatan penting: Syarikat takaful ialah entiti perniagaan, dan bukan badan kebajikan. Syarikat dan ejen mempromosi kad
perubatan berasaskan keuntungan.
Dalam banyak-banyak kad perubatan yang ada, saya suka merekomen kad perubatan yang mempunyai perlindungan
dan ciri yang berikut:
1. Had tahunan yang tinggi, atau tiada had tahunan
2. Tiada had seumur hidup
3. Had bilik yang tinggi (RM 300 semalam)
4. Elaun hospital sebanyak RM 150 (Bermula hari keempat)
5. Had sebanyak RM 390,000 bagi setiap penyakit
6. Had bilik meningkat 10% setiap 3 tahun
7. Had setiap penyakit meningkat 10% setiap tahun
8. Perlindungan selama 100 tahun
9. Baucar pemeriksaan kesihatan bagi 52 jenis penyakit setiap tahun
10. Perlindungan kemalangan sebanyak RM 90,000
11. Pelan keluarga tiga generasi (Pasangan, anak-anak, dan ibu bapa atau mertua) dengan bayaran diskaun RM 50–400
setahun
12. Tiada klausa penarikan balik portfolio (portfolio withdrawal clause)
13. Boleh menggantikan polisi lama
14. Caruman meningkat mengikut umur
15. Jika kita merujukkan seorang klien kepada ejen, kita boleh mendapat komisen rujukan
16. Banyak lagi—tidak muat untuk saya tuliskan di sini
Tempoh menunggu
ialah tempoh yang
perlu ditunggu sebelum
polisi berkuat kuasa
sepenuhnya. Julatnya
mungkin antara 30–
120 hari.
Ciri nombor 6 dan 7 amat bernilai untuk jangka masa panjang kerana ia boleh
menangani isu inflasi. Had bilik RM 300 semalam pada hari ini tampak besar, tetapi
10 tahun akan datang, belum tentu sama halnya.
Berapa yang saya bayar untuk perlindungan di atas?
RM 155++ (per individu) untuk diri sendiri dan isteri, dan RM 100 (per
individu) untuk anak-anak. Untuk ibu saya yang berusia 60 tahun, bayarannya tidak
sampai RM 250.
Berbaloi atau berbaloi?
Semua maklumat dalam polisi dari muka hadapan
hingga muka surat terakhir penting. Baca
semuanya. Jika tidak faham, terus tanya ejen anda.
PROSPEK USAHAWAN MALAYSIA MAC 2017 59