Views
6 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

1.1.25. Pada 6 November

1.1.25. Pada 6 November 2008, Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein telah memperkenalkan e-PRS dalam Majlis Persidangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan di MITC, Melaka. YB Menteri juga berkesempatan untuk mengadakan ‘on-line’ e-PRS pertama dengan SMK Inanam, Sabah. 1.1.26. Pada 5 hingga 7 Disember 2008, seramai 26 orang Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling dari Sarawak, Selangor dan Perak telah berjumpa di Hotel Grand Continental, Kuching, Sarawak untuk menggabung dan memurnikan draf Modul PRS baru untuk dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah pada peringkat kebangsaan dan negeri. 1.1.27. Pada 6 hingga 8 Disember 2009, perjumpaan wakil-wakil pembinaan modul PRS baru dari Sarawak, Selangor dan Perak diadakan semula di Hotel Kuching Park, Kuching untuk pembentangan dan penambaikan modul. 1.2 Rasional Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam sistem pendidikan kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat “murid membantu murid” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab murid adalah lebih ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih dalam kemahiran-kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Untuk melengkapkan pengetahuan dari sumbangan murid membantu rakan, maka mereka perlu diberi latihan supaya khidmat mereka lebih berkesan. Maka satu modul latihan telah dibentuk oleh beberapa orang Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk dijadikan panduan dalam melatih pelajar sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. Walau bagaimanapun, pihak pentadbir sekolah, guru, staf lain dan masyarakat haruslah sedar bahawa PRS ini adalah remaja atau murid biasa yang masih mempunyai kekurangan diri dan perlukan bimbingan berterusan daripada orang dewasa. Mereka juga tidak akan berupaya menjadi murid serba sempurna 10

tanpa membuat kesilapan. Mereka juga tidak akan berupaya memenuhi tuntutan pentadbir dan guru untuk mengatasi masalah disiplin sekolah. Apa yang boleh mereka lakukan melalui bimbingan dan galakan daripada pentadbir, guru dan orang dewasa lain ialah dengan menggunakan pengaruh positif serta contoh teladan untuk menarik perhatian rakan-rakan ke arah perlakuan yang diterima. 1.3 Matlamat Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya : 1. membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid. 2. membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan. 3. memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk. 4. melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar. 1.4 Falsafah “BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN” PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan. 11

婆婆和育劳 Nenek Dengan Yeok Luat 试阅本
Modul EDI komunikace - Cígler software, a.s.
Modul 2 - Sve je marketing, marketing je sve
Modul MS 05 Serie - Casasana
ekey modul za Urmet SINTHESI
CerapurMaxx Cerapur Modul Cerapur Smart ... - PLASTBUD.Net
Umetnost i nauka koučinga modul 1.pdf - Lako do posla
Skripta pro Motivační modul - Job asistent
Modul Datové schránky - Cígler software, a.s.
egeplast SL PP-B Modul Drucklose R ohrsysteme
Modul EKO-KOM - Cígler software, a.s.
kumpulan ringkasan ceramah dhamma.pdf - buku Dharma
Modul Kniha jízd - Cígler software, a.s.
Photovoltaik-Modul Schüco S 158-SP
Photovoltaik-Modul Schüco S 165-SP
Keuangan Berkelanjutan di Indonesia