Views
6 days ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

6.1.2.3 AKTIVITI 3 TAJUK

6.1.2.3 AKTIVITI 3 TAJUK : Sedarkan Aku OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. mengenali diri sendiri. 2. mendedahkan cara meningkatkan konsep kendiri. MASA : 60 minit BAHAN-BAHAN: Kertas A4, Pen marker, Masking tape LANGKAH : 1. Peserta diagihkan kertas A4. 2. Peserta diminta mencari pasangan masing-masing. 3. Peserta diminta menampal kertas A4 di belakang badan rakan pasangan masing-masing. 4. Fasilitator meminta peserta menulis persepsi terhadap rakannya pada kertas A4 yang telah dilekatkan. 5. Peserta diminta kembali dalam kumpulan kecil. 6. Fasilitator meminta peserta memberi satu kenyataan tentang diri sendiri berdasarkan aspek yang dicatatkan pada kertas yang telah dilekatkan. 7. Fasilitator meminta peserta membacakan catatan rakan pada kertas masing-masing. 8. Fasilitator membuat refleksi dengan bertanya apakah perasaan peserta masing-masing apabila orang lain membuat persepsi terhadapnya. REFLEKSI / RUMUSAN: 1. Setiap orang mempunyai kelemahan dan kekuatan dan kita harus menerima kelemahan kita secara positif. Setiap kelemahan boleh diperbaiki dan kekuatan harus ditingkatkan. 2. Kita harus sedar bahawa orang lain mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap diri kita. Jika kita mempunyai konsep kendiri yang positif kita akan menerima persepsi orang lain yang secara cabaran untuk membaiki diri. 22

6.1.3 Pengenalan Komunikasi ( Ceramah Power Point) 6.1.3.1 AKTIVITI 1 TAJUK : Cam Bunyi/ Mesej OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Membantu peserta belajar mendengar dengan aktif. 2. Mewujudkan suasana komunikasi yang terbuka MASA : 60 minit BAHAN-BAHAN: Video rakaman bunyi/ rakaman radio LANGKAH : 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 6-10 orang dalam satu Kumpulan. 2. Kumpulan 1 duduk membelakangi kumpulan-kumpulan lain. 3. Kumpulan-kumpulan yang lain sebagai pemerhati. 4. Fasilitator menayangkan video klip ataupun rakaman video yang mengandungi pelbagai jenis bunyi untuk diteka oleh peserta kumpulan 1. 5. Peserta kumpulan 1 diingatkan tidak boleh sengaja tengok video kilp/rakaman video tersebut. 6. Giliran kumpulan-kumpulan yang seterusnya meneka jenis bunyi video klip/rakaman video yang ditayangkan 7. Fasilitator dan peserta membuat rumusan aktiviti. REFLEKSI/RUMUSAN : 1. Apabila kita mendengar,kita juga perlu menggunakan deria lain (melihat, bercakap, mendengar) supaya mesej yang diterima adalah jelas dan tepat. 23

ekey modul za bTicino SFERA (.pdf)
ekey modul za Urmet SINTHESI
Rusz. Modul ROTAX w.ang.715/Pub - Altrad-Mostostal Sp. z oo
Skripta pro Motivační modul - Job asistent
Modul Datové schránky - Cígler software, a.s.
60LED/m, 3528, 12V, modul 5cm - fkt.cz
Modul Aktivní saldo - Cígler software, a.s.
Modul EDI komunikace - Cígler software, a.s.
Modul MS 05 Serie - Casasana
Modul 2 - Sve je marketing, marketing je sve
Hannele Fabritius: Kumpulan kampuskirjaston ... - Kansalliskirjasto
CerapurMaxx Cerapur Modul Cerapur Smart ... - PLASTBUD.Net
ECDL modul 2 – Korišćenje računara i upravljanje datotekama
egeplast SL PP-B Modul Drucklose R ohrsysteme
Modul EKO-KOM - Cígler software, a.s.
New Balance Athletic Shoe, Inc. Supplier Code of Conduct