Views
1 week ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

6.1.4 Perkembangan

6.1.4 Perkembangan Kanak-kanak ( Ceramah Power Point) 6.1.4.1 AKTIVITI 1 TAJUK : Meneka Perasaan OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Mengenalpasti jenis-jenis perasaan melalui gambar. 2. Membezakan jenis-jenis riak muka dan perasaan MASA : 40 minit BAHAN-BAHAN: Keratan gambar ekspresi muka yang berbeza-beza. (Contohnya: Sedih, gembira, takut, cemas, marah, kecewa dll.) Cadangan: Gambar-gambar boleh didapatkan dari internet, diperbesarkan dan digunting LANGKAH : 1. Fasilitator mengedarkan keratan gambar riak muka yang berbeza kepada setiap ahli kumpulan. 2. Peserta diminta menunjukkan gambar kepada rakan yang lain sambil menyatakan jenis perasaan yang digambarkan dalam keratan masing-masing. 3. Fasilitator bertanyakan kepada para peserta beberapa situasi bagaimana mereka akan menunjukkan riak muka megikut perasaan tersebut. 4. Sesi perbincangan. 5. Peserta dan fasilitator membuat rumusan. REFLEKSI/RUMUSAN: 1. Setiap orang ada perasaan yang berbeza-beza mengikut keadaan, masa dan tempat yang perlu difahami secara terbuka. 2. Sebagai seorang PRS, hendaklah peka dengan ekspressi wajah dan perasaan klien yang datang supaya dapat memahami diri klien dengan lebih berkesan. 30

6.1.4.2 AKTIVITI 2 TAJUK : Media Peribadi OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Memahami dan peka terhadap pengaruh media terhadap peribadi diri. 2. Bijak dalam memilih produk/pakaian yang sesuai dengan budaya Malaysia. 3. Memahami kepentingan memilih produk/pakaian yang sesuai. MASA : 60 minit BAHAN-BAHAN: Majalah Hiburan, Gunting LANGKAH : 1. Semua ahli diminta duduk dalam kumpulan. 2. Fasilitator mengedarkan beberapa naskhah majalah dan edaran kepada setiap kumpulan. 3. Setiap kumpulan diminta mencari dan menggunting apa-apa fesyen rambut, kasut, solekan dan pakaian yang difikirkan menarik atau sesuai dari majalah atau akhbar dan memenuhi lukisan tubuh yang diberikan dengan keratan tersebut. 4. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan dan memberi sebab kenapa mereka memilih fesyen rambut, kasut, solekan dan pakaian tersebut. 5. Fasilitator berbincang dengan para peserta tentang pilihan fesyen pakaian yang sesuai. REFLEKSI /RUMUSAN: 1. Setiap orang mempunyai ’taste’ dalam penampilan diri. ’Taste’ ini bergantung kepada nilainilai peribadi. 2. Namun begitu, bukan semua fesyen atau jenama yang branded itu sesuai dan cantik untuk kita. Kita perlu bijak memilih pakaian yang sesuai, selesa dan mengikut kemampuan kewangan. 31

ekey modul za bTicino SFERA (.pdf)
Rusz. Modul ROTAX w.ang.715/Pub - Altrad-Mostostal Sp. z oo
Modul Aktivní saldo - Cígler software, a.s.
60LED/m, 3528, 12V, modul 5cm - fkt.cz
Modul EDI komunikace - Cígler software, a.s.
ekey modul za Urmet SINTHESI
Skripta pro Motivační modul - Job asistent
Modul Datové schránky - Cígler software, a.s.
ECDL modul 2 – Korišćenje računara i upravljanje datotekama
Modul 2 - Sve je marketing, marketing je sve
婆婆和育劳 Nenek Dengan Yeok Luat 试阅本
Modul MS 05 Serie - Casasana
CerapurMaxx Cerapur Modul Cerapur Smart ... - PLASTBUD.Net
Umetnost i nauka koučinga modul 1.pdf - Lako do posla
PRS SE Singlecut Trem - FX-Music Group
egeplast SL PP-B Modul Drucklose R ohrsysteme
Photovoltaik-Modul Schüco S 165-SP
Photovoltaik-Modul Schüco S 158-SP
Modul Kniha jízd - Cígler software, a.s.
Photovoltaik-Modul Schüco S 125-SP