Views
8 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

1.0 PENGENALAN Kajian

1.0 PENGENALAN Kajian luar negara dan tempatan telah membuktikan bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap remaja. Dalam usaha mencari identiti diri, remaja banyak bergantung kepada rakan sebaya untuk mendapat panduan hidup ke arah yang mereka ingini. Jika rakan sebaya yang digauli itu mempunyai pengaruh negatif, maka remaja itu akan terikut-ikut dengan perlakuan negatif juga. Oleh itu pelbagai usaha harus dijalankan supaya pengaruh negatif itu dapat digantikan dengan pengaruh positif bagi membolehkan remaja membina nilai hidup yang sihat untuk menyediakan mereka menjadi orang dewasa yang matang dan bertanggungjawab. Gegala inilah yang mendorong kita melatih remaja dengan beberapa kemahiran untuk mempengaruhi kawan melalui pembinaan perhubungan mesra dan menjadi contoh teladan. 1.1 Sejarah Perkembangan PRS 1.1.1. Pada tahun 1984, Bahagian Sekolah (Unit Bimbingan dan Kaunseling ) telah merangka dan mengeluarkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Satu daripada kandungan buku itu ialah perkhidmatan dan tugas “Kaunselor Sebaya”. Dengan ini, konsep “Kaunselor Sebaya” (sekarang dikenali sebagai Pembimbing Rakan Sebaya) telah sedia ada tetapi tidak diperkembangkan dalam kalangan murid secara sistematik dan menyeluruh. Malah ada sekolah telah menjalankan secara ‘ad hoc’ dan tersendiri dengan menggunakan berbagai nama seperti ‘College Sister’, Adik Angkat, Tutor Sebaya, Kaunselor Sebaya dll. 1.1.2. Pada 1986, program Pembimbing Rakan Sebaya mula diperkenalkan di sekolahsekolah secara tidak formal melalui projek perintis “Kaunselor Sebaya” yang dikendalikan oleh Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman, Ketua Jabatan di Institut Aminuddin Baki (IAB) di empat buah sekolah menengah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya iaitu : 1.1.3. Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya 1.1.4. Sekolah Menengah Lelaki Bukit Bintang, Petaliing Jaya 1.1.5. Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur 1.1.6. Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, Kuala Lumpur. 6

1.1.7. Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan Februari 1986 hingga bulan November 1986. 1.1.8. Laporan perkembangan latihan projek perintis tersebut telah disampaikan kepada Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara, Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Nor, yang telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di beberapa buah sekolah lagi. 1.1.9. Pada 19 hingga 23 Januari 1987, satu Seminar-Bengkel PRS diadakan dan dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan. Dalam seminar ini, nama Pembimbing Rakan Sebaya diterima secara rasmi. Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba di peringkat sekolah. 1.1.10. Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum Kursus Pengurusan dan Latihan Program Pembimbing Rakan Sebaya diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan. 1.1.11. Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang ), dan Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang ) telah mengikuti Kursus Pengurusan dan Latihan Program Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka inilah yang bergerak cergas memperkenalkan konsep PRS melalui kursus-kursu teragih di peringkat negeri. 1.1.12. Pada 21 hingga 24 Ogos 1988, bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan panduan. 1.1.13. Pada 13 hingga 14 September 1988, mesyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu: 7

Modul Digital Painting_Resize
Pantun Remaja
Program Modul II - PharmInvent
Modul P&P Nombor dan Operasi Tahun 2
Målplan modul 2 - Butiksoptimering-2 aflever
ekey modul za Urmet SINTHESI
DZIKIR ALA MBAH OED
Skripta pro Motivační modul - Job asistent
Modul Datové schránky - Cígler software, a.s.
Modul 45 - OBO Bettermann
KUNTUM MAGAZINES
Modul EDI komunikace - Cígler software, a.s.
ekey modul za bTicino SFERA (.pdf)
婆婆和育劳 Nenek Dengan Yeok Luat 试阅本
Modul 2 - Sve je marketing, marketing je sve
Rusz. Modul ROTAX w.ang.715/Pub - Altrad-Mostostal Sp. z oo
Modul MS 05 Serie - Casasana
60LED/m, 3528, 12V, modul 5cm - fkt.cz
Modul Aktivní saldo - Cígler software, a.s.
CerapurMaxx Cerapur Modul Cerapur Smart ... - PLASTBUD.Net
egeplast SL PP-B Modul Drucklose R ohrsysteme
106.3印尼-定稿(新)
product catalogMALAYSIA-2
Umetnost i nauka koučinga modul 1.pdf - Lako do posla
Dongeng untuk anak muslim
Buku Panduan Pengurusan PSS Untuk GPM l BTP2007
Modul EKO-KOM - Cígler software, a.s.
BADAN INDEPENDEN PENYELENGGARA HAJI
MamaPapa March 2015