Views
9 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

LAMPIRAN12 1. “Ali

LAMPIRAN12 1. “Ali beritahu saya, cikgu hendak jumpa saya” a. Ya, saya dengar awak tidak boleh bergaul dengan orang lain di dalam kelas. b. Oh ya! Memang betul. Cakaplah apa yang telah berlaku di antara awak dengan kawankawan lain di dalam kelas c. Memang sudah lama saya hendak bercakap dengan awak. Bagaimana perasaan awak tentang kawan-kawan awak di dalam kelas selama ini? d. Ya, saya cuma ingin menolong awak supaya berasa senang di dalam kelas. Boleh kita bincang tentang apa yang berlaku di dalam kelas selama ini? e. Saya hendak dengar cerita awak tentang apa yang berlaku di dalam kelas. 2. “Memang saya tak akan berjaya di dalam temuduga itu. Saya tahu saya akan gagal seperti dahulu juga” a. Tidak, awak takkan gagal. Kata pada diri awak, awak takkan gagal. b. Hai, awak harus yakin pada diri sendiri. Saya pasti awak berjaya c. Awak runsing kalau-kalau awak gugup apabila awak masuk temuduga? d. Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin mereka boleh tolong awak untuk jadikan panduan e. Awak rasa, sebab awak pernah gagal masa lepas, kali ini pun akan gagal juga. 3. “Saya tak faham mengapa kami berdua selalu bertengkar. Nampaknya kami tak boleh berbincang langsung”. Ceritakanlah lagi pada saya a. Gigi dan lidah lagikan tergigit, inikan pula sahabat karib b. Memang menakutkan apabila awak memendam perasaan marah pada kawan awak itu. Ini merunsingkan awak kerana awak tidak faham apa yang telah berubah. 85

c. Apa punca yang awak selalu bertengkar dengan dia sekarang? d. Mungkin awak perlukan perubahan. Ubahlah tabiat awak. e. Jauhkan diri buat sementara waktu darinya. 4. “Saya datang berjumpa awak kerana saya perlukan pertolongan. Apa patut saya buat?” a. Nampaknya awak mahu saya beritahu awak apa yang harus awak lakukan. b. Perkara pertama yang patut awak buat ialah mendapatkan beberapa banyak maklumat. Sudah awak tanya tentang biasiswa? c. Saya tak boleh menyelesaikan masalah awak. d. Apa yang awak hendak buat? e. Saya tidak pasti. Boleh kita bincang lagi tentang perkara itu? 5. “Keputusan UPSR makin bertambah baik tahun ini. Saya dengar mereka tidak mahu mengambil pelajar yang gagal walau satu mata pelajaran masuk ke tingkatan satu” a. Awak bimbang awak tidak diberi tempat ke tingkatan satu jika keputusan awak tidak memuaskan. b. Tak tahulah. Saya pun risau juga. Tak tahu saya dapat atau tidak. c. Makin hari makin bertambah susah. Sudah ramai sangat orang yang bijak-bijak sekarang. d. Jangan takut. Tentu awak dapat tempat. Itu cuma khabar angin saja. Awak dengan saya sama sahaja. Tak tahu lagi nasib. 6. “Saya tak pasti sekolah swasta yang mana saya hendak masuk. Saya ingat hendak belajar di Singapura tetapi saya tak dapat pasport” a. Nampaknya awak banyak berfikir tentang hal ini 86

Modul EDI komunikace - Cígler software, a.s.
Modul 2 - Sve je marketing, marketing je sve
Modul Kniha jízd - Cígler software, a.s.
Photovoltaik-Modul Schüco S 165-SP
Photovoltaik-Modul Schüco S 158-SP
Keuangan Berkelanjutan di Indonesia
ekey modul za Urmet SINTHESI
#denakongress
2N Omega 48 - telefony
MODULYS Green Power
Solární moduly Pure Power - Sovello
Ceny typových inštalácií (.pdf) - Jablotron
Prospekt Simatic S7-1200 - Siemens, s.r.o.
Attachement #6 - eFOCUS