Views
9 months ago

MODUL PRS KEBANGSAAN

a. Pengenalan Konsep,

a. Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program PRS b. Teknik tafsiran keperluan c. Teknik-teknik latihan. d. Teknik penilaian program e. Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan kemahiran lanjutan yang spesifik. f. PRS dari perspektif Islam 1.1.14. Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul latihan PRS telah diadakan di IAB. 1.1.15. IAB dengan kerjasama Bahagian Sekolah telah mengadakan Bengkel Membina Instrumen Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya pada 21 hingga 22 Februari 1989 untuk dijalankan pada penghujung tahun 1989 di sekolah-sekolah terlibat. 1.1.16. Pada bulan oktober 1989, satu pasukan pensyarah IAB dan pegawai BS telah keluar ke sekolah projek pilot dan sekolah jurulatih untuk membuat kajian tersebut. Hasil daripada kajian telah dibentang dalam Seminar Status dan Halatuju Program Pembimbing Rakan Sebaya pada 16-19 Disember 1990. 1.1.17. Pada 25 Februari hingga 1 Jun 1991, kursus Intensif Kejurulatihan dan Pengurusan Program Pembimbing Rakan Sebaya telah diadakan di bawah pembiayaan pinjaman Bank Dunia. Seramai 42 orang guru bimbingan dan kaunseling yang hadir. 1.1.18. Dengan inisiatif Pengarah IAB, Dr Husssin Ahmad, pihak Bank Dunia telah bersetuju membiayai projek penulisan modul latihan IAB termasuk modul latihan Pengurusan Program Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya bermula dari bulan Mei hingga Ogos 1991. Pada 2 hingga 16 September 1991, seramai lima orang kakitangan terpilih telah mengikuti bengkel konsultasi penulisan modul di Universiti Carolina Selatan,Colombia, Amerika Syarikat di bawah pakar perunding Profesor Bersekutu Dr. Robert Bowman. Kelima-lima kakitangan tersebut ialah : a. Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman ( IAB ) – Pengurus 8

. En. Amiruldin Saad (IPDA) c. Pn. Hajah Nooriah Ibrahim (S.M. Clifford, Kuala Kangsar ) d. Pn. Asnah Ab. Hamid ( MPIK ) e. En.Shahabudin Hj. Ashari ( SM Tengku Menteri, Taiping ) 1.1.19. Hasil daripada bengkel tersebut, pada tahun 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Bimbingan dan kaunseling, Bahagian Sekolah dengan kerjasama IAB berjaya menerbitkan buku modul bertajuk ” Pembimbing Rakan Sebaya: Modul Latihan Asas”. 1.1.20. Pada 11 Mei hingga 18 Julai 1992 pihak IAB telah membiayai kursus Pengurusan Program Kaunseling dan Rakan Sebaya yang diadakan di Genting Highland yang bertujuan untuk menambah bilangan jurulatih PRS yang bertauliah. 1.1.21. Pada 25 Mei hingga 4 Jun 1992, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darusalam telah mengadakan kursus latihan Pembimbing Rakan Sebaya dengan penglibatan jurulatiha Malaysia iaitu a. Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman ( IAB ) – Pengurus b. En. Razmi Majid (IPDA) c. En.Shahabudin Hj. Ashari ( SM Tengku Menteri, Taiping ) 1.1.22. Buat pertama kali Malaysia menghantar wakil iaitu Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman (IAB) dan Pn. Shamsiah Yahya (MARA) ke Amerika Syarikat untuk menghadiri dan memperkenalkan program Pembimbing Rakan Sebaya dalam 6 th Annual National Peer Helpers Conference pada 17 hingga 23 Jun 1992 di Loyola University, Chicago, USA. 1.1.23. Pada 2007, PRS telah menerima nafas baru dengan pengenalan nyanyian lagu dan lirik Pembimbing Rakan Sebaya hasilan En. Badruddin Shukor. 1.1.24. Pada 2007, Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran telah memperkenalkan ‘vest’ PRS. 9

Modul EDI komunikace - Cígler software, a.s.
Modul 2 - Sve je marketing, marketing je sve
Modul Kniha jízd - Cígler software, a.s.
Photovoltaik-Modul Schüco S 165-SP
Photovoltaik-Modul Schüco S 158-SP
Keuangan Berkelanjutan di Indonesia
#denakongress
2N Omega 48 - telefony
MODULYS Green Power
Solární moduly Pure Power - Sovello
Ceny typových inštalácií (.pdf) - Jablotron
Prospekt Simatic S7-1200 - Siemens, s.r.o.
Attachement #6 - eFOCUS
Systémy napájení - Rittal
Ryzí mnohostrannost. - PK Festool