Ini ialah tulisan yang di-eksperimen tentang pengalaman ber-carpool dari Kolumpo ke JB untuk pulang mengundi. Ia boleh jadi best, funny, sastera, tak make sense langsung, boring, syok-sendiri, skema atau rubbish. Terpulang pada pembaca untuk menilai.
Kali Terakhir Aku Percayakan Makwe Hot
Qhaiyum Benjamin
Aku tarik brek tangan, turunkan tigkap dan biarkan lagu ‘www’ dari
Bayangan terpasang. Kelibat Rasul dan Lucy masih tak kelihatan.
Angin malam membentuk tangan gergasi dan tampar muka aku,
perlahan. Kolumpo ni malam pun panas. Aku tak nak klishe untuk kata
orang Kolumpo banyak buat dosa. Gila ke dosa boleh mempengaruhi
suhu sesuatu tempat? Habistu kat padang pasir tu apahal panas?
Unta banyak buat maksiat ke kat sana?
Eman kat sebelah, masih lagi lena sejak gerak dari rumah sewa
kami tadi. Jarang aku tengok dia tidur malam. Walaupun dia ni jobless
dan aku terpaksa korbankan duit gaji aku yang ciput tu untuk sara
hidup dia, aku okey.
Aku kenal dia semasa kami berdua berumur 10 tahun. Walaupun
berkongsi kelas yang sama sewaktu itu, kami tak pernah bertegur
sapa sehinggalah kami berkelahi sewaktu ada kes histeria di kelas
tersebut. Sewaktu Sarah (budak perempuan kelas kami yang kena
histeria) menjerit “Aku akan sesatkan anak Adam!” kuat-kuat, Eman
dan geng-nya memandang aku kerana nama bapak aku ialah Adam.
Aku yang pada mulanya tak faham ejekan tersebut, cuba untuk ignore
dan berlagak selamba. Namun, Husni (ketua kelas kami yang fanatik
dengan wrestling) menghampiri aku dan bisik “weh dia ejek nama
bapak kau, pi tumbuk dia!” dan tolak tubuh aku menghampiri geng
Eman. Aku yang pada masa tu takde experience bertumbuk, cuba