21.01.2025 Views

Panduan 30-Day Lifestyle Reset

Lengkapkan cabaran 30-Day Lifestyle Reset anda bersama panduan ini!

Lengkapkan cabaran 30-Day Lifestyle Reset anda bersama panduan ini!

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

30-Day Lifestyle Reset

Power Your Day Dengan Sarapan Hebat!

Sarapan adalah hidangan pertama untuk memulakan hari anda, bukan

sekadar ritual waktu pagi. Anda boleh menikmati sarapan pada bila bila

masa sahaja, baik jam 7 pagi atau 2 petang. Apa yang penting, anda

makan selepas berpuasa semalaman untuk membekalkan tenaga

kepada badan dan membangkitkan metabolisme anda. Meninggalkan

sarapan boleh menyebabkan anda rasa lesu dan hilang fokus.

Sarapan yang seimbang dengan protin, serat, dan lemak sihat

membantu menstabilkan gula dalam darah, mengurangkan terlebih

makan, dan memberi khasiat penting seperti vitamin dan kalsium.

Kajian menunjukkan mereka yang mengambil sarapan cenderung untuk

mengekalkan berat yang sihat dan tabiat makan yang lebih baik. Ia

bukan sekadar khasiat; sarapan boleh memberikan sentuhan positif

pada hari anda!

Fakta Menarik

Makan sarapan boleh menambah baik

fokus dan memori anda! Otak anda

menggunakan glukosa sebagai bahan

tenaga. Jadi, memulakan hari dengan

makanan yang seimbang memberikan

anda tenaga dan kejelasan fikiran

untuk menyelesaikan tugasan harian

bagaikan seorang juara!

5

Sarapan

Sebab Mesti

Makan Sarapan

bukan sekadar satu hidangan.

Ia adalah pelaburan harian anda untuk

kesihatan, tenaga, dan kegembiraan!

1

2

3

Meningkatkan Tahap Tenaga

Sarapan meningkatkan bekalan tenaga badan anda selepas

berpuasa semalaman, membolehkan anda menguasai hari anda.

Ia membangkitkan metabolisme dan membantu anda kekal aktif

dan bersiap sedia.

Menambah Baik Fokus dan Produktiviti

Sarapan penuh khasiat boleh mempertingkat fungsi otak,

menambah baik memori, tumpuan, dan kemahiran

menyelesaikan masalah. Memulakan hari anda dengan sarapan

yang bagus membantu anda kekal fokus dan memberi yang

terbaik, tidak kira untuk urusan kerja, sekolah, atau mengerjakan

tugasan harian.

Menyokong Pengurusan Berat Badan Sihat

Mengambil sarapan seimbang membantu mengawal rasa lapar

sepanjang hari, mengurangkan keinginan untuk makan kudapan

kurang sihat atau terlebih makan.

4

Menambah Baik Metabolisme

Sarapan mengaktifkan metabolisme anda lebih awal, membantu

badan anda membakar kalori dengan lebih cekap dan

memastikan tahap tenaga anda kekal baik.

5

Menggalakkan Kesejahteraan Jangka

Masa Panjang

Mengambil sarapan secara konsisten dikaitkan dengan risiko

lebih rendah berkaitan keadaan kronik seperti diabetes, darah

tinggi, dan obesiti. Ia satu amalan harian yang kecil dengan

manfaat yang besar!

Jadi, mulakan hari anda dengan senyuman dan sepinggan penuh kebaikan.

Rasai manfaatnya pada badan dan fikiran anda!

Cergaskan Badan Anda,

Ceriakan Pinggan Anda!

Makan secara sihat tidak perlu dipenuhi pantang larang. Ia sebenarnya kembara mengujakan untuk

menghasilkan pinggan yang ceria dan seimbang setiap kali anda makan. Begini caranya:

Bina Pinggan Hebat (Formula Seimbang)

Bayangkan pinggan anda seperti kepingan gambar perlu dicantum, dan setiap keping

membekalkan tenaga kepada badan anda:

¼ untuk Tenaga

(Karbo):

Bijirin penuh seperti beras

perang, kuinoa, atau oat

memberikan tenaga yang

tahan lama.

¼ untuk Kekuatan (Protin):

Telur, ayam, kekacang, atau

tauhu membantu membina dan

memulihkan otot.

½ untuk Warna dan

Kesihatan (Sayur & Buah):

Pilih warna hijau, merah,

kuning, dan lain-lain mengikut

kegemaran anda!

Tambah Lemak Sihat:

Taburkan kekacang, bijian,

atau renjiskan sedikit minyak

zaitun untuk sentuhan

tambahan penuh kebaikan.

Nikmati Pelangi

Tambah sekurang-kurangnya 3 warna dalam hidangan anda. Setiap warna mempunyai

manfaat unik untuk badan anda:

Merah Red

Jingga/Kuning Orange/Yellow Hijau Green Biru/Ungu Blue/Purple Putih/Coklat

White/Brown

Bagus untuk jantung!

Ninja mata!

Pembina tulang dan

nyahtoksin!

Pelindung otak!

Penggalak imuniti!

Tomato

Lobak Merah

Bayam

Beri Biru

Bawang Putih

Lada Benggala Merah

Mangga

Timun

Terung

Cendawan

Strawberi

Kunyit

Brokoli

Kubis Ungu

Kubis Bunga

Dengan mencampurkan makanan seimbang dengan warna pelangi, setiap hidangan adalah peluang

untuk menyuburkan badan, menggalakkan mood yang baik, dan menyokong kesihatan anda.

5

Sebab Untuk

Kekal Aktif

Dengan hanya bergerak aktif secara fizikal selama

30 minit sehari, anda boleh merasai pelbagai

kebaikan untuk badan, minda, dan kesejahteraan

menyeluruh anda.

Menambah Baik Kekuatan

dan Kebolehlenturan:

Aktiviti fizikal menambah kekuatan otot,

ketumpatan tulang, dan pergerakan sendi,

mengurangkan risiko cedera dan

menggalakkan postur tubuh yang lebih baik.

Menambah Baik

Kesihatan Jantung:

Bersenam dengan kerap memperkuat

jantung, mengurangkan tekanan

darah, dan merendahkan risiko

penyakit kardiovaskular.

Pengurusan Berat Badan:

Senaman membantu membakar kalori,

mengawal selera, dan mengekalkan

berat badan yang sihat, menjadikannya

lebih mudah untuk kekal cergas dan

berasa yakin.

Pelega tekanan:

Senaman merendahkan hormon

seperti kortisol dan pada masa yang

sama, menggalakkan endorfin yang

bagus, menambah baik mood dan

mengurangkan keresahan.

Menghalang Penyakit Kronik:

Aktiviti fizikal yang kerap

mengurangkan risiko penyakit

seperti diabetes jenis 2, osteoporosis,

dan kanser-kanser tertentu.

Tidur Yang Lebih Baik:

Kekal aktif menggalakkan tidur

lebih lena dan nyenyak dengan

melaraskan kitaran tidur-jaga anda.

Sukan

Kelas / Gim

Aktiviti Harian

Berbasikal

Berenang

Berlari

Yoga

Pilates

Zumba

Naik Tangga

Berjalan (10k langkah)

Memvakum/Mengemop

Golf

Tenis

Kasut Roda

Bola Tampar

Badminton

Mendaki Bukit

Angkat Berat

Latihan Jalur Rintangan

Taichi

Crossfit

Pound Fit

Tinju Tendangan

Berjalan bersama

haiwan peliharaan

Berkebun

Cuci kereta

Kepentingan Minum Air

Tanda tanda anda tidak minum air yang mencukupi

• Tidak bertenaga

• Sakit kepala

• Dahaga

• Pening-pening

• Kejang otot

• Kurang berpeluh berbanding biasa

• Air kencing berwarna kuning gelap

• Sembelit

• Cepat marah

Kira-kira Hidrasi

40 x Berat Badan Anda (kg)

= Air yang anda perlu minum

setiap hari dalam mililiter (ml)

Manfaat

Minum Air

• Kulit yang lebih sihat

• Kesihatan penghadaman yang lebih baik

• Prestasi otak yang lebih baik

• Fungsi imun yang lebih kuat

• Tahap tenaga yang dipertingkat

• Berat badan yang lebih sihat

• Nyahtoksin

Kepentingan

Sedar & Syukur

Kuasa Syukur

Rasa bersyukur bukan sahaja memberi dorongan kepada emosi, malah, ia juga boleh

mengubah kesihatan fizikal anda!

Menambah baik

kesihatan mental

Tidur yang lebih baik

Memperkuat

fungsi imun

Memperkukuh hubungan

Cara Memulakan Jurnal

Syukur Dalam 5Langkah Mudah

Pastikan anda konsisten. Dengan memberi

tumpuan pada menzahirkan rasa bersyukur,

anda boleh mengubah fikiran anda menjadi

lebih positif dan sedar.

1.

Pilih Jurnal Anda

2.

Pilih buku nota, diari, atau aplikasi

yang buat anda rasa teruja untuk

guna dan sesuai dengan gaya anda.

Tetapkan Masa

Pilih satu masa khusus setiap hari –

pagi atau malam – untuk anda

menulis tanpa gangguan.

3.

Senaraikan 3 Benda Setiap Hari

4.

Tulis tiga benda yang anda syukuri setiap

hari. Ia boleh jadi sesuatu yang besar atau

kecil. Contohnya, seseorang berbuat baik

kepada anda atau anda menyaksikan

matahari terbenam yang indah.

Perincikan

Terangkan kenapa anda bersyukur

untuk setiap perkara yang anda tulis.

Ini membantu anda lebih sedar dan

mendalami rasa bersyukur.

5.

Muhasabah dan Kekal Konsisten

Luangkan sedikit masa untuk menilai

semula senarai anda dan pastikan anda

sentiasa mengulang sesi ini untuk

menggalakkan aura positif.

Tip Aromatik:

Pilih minyak pati yang menggalakkan rasa

bersyukur, dan menyedarkan anda akan waktu

sekarang. Antara pilihan yang sesuai adalah

Grounding, Joy, Sacred Mountain, dan Citrus Fresh.

Ini panduan anda untuk 30-Day Lifestyle Reset yang berjaya:

1.

Mulakan hari anda dengan Phyto Meal

yang kaya dengan khasiat untuk

membekalkan anda tenaga.

2.

Kekal cergas dengan NingXia Red

yang padat dengan khasiat.

3.

Ambil makanan seimbang dan

sihat sepanjang hari. 4.

Buat aktiviti fizikal

sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

5.

Minum air kosong.

6.

Amalkan sedar dan syukur. Luangkan

masa setiap hari untuk muhasabah dan

catat buah fikiran anda.

Kekal komited dengan matlamat anda - setiap langkah cukup bermakna!

Kesejahteraan dibina dengan amalan harian. Mulakan hari ini dan biar setiap rutin

membawa anda lebih dekat dengan matlamat utama anda.

Anda boleh!

Phyto Meal

Pengganti Makanan Berasaskan Tumbuhan Yang Padat Dengan Tenaga

Dengan hanya 2 skup, anda mendapat:

20g protin berasaskan tumbuhan

daripada kacang pis, biji labu, biji flaks,

dan biji bunga matahari.

17 vitamin dan mineral penting

untuk tenaga dan sokongan menyeluruh.

11 sayur dan buah

yang padat dengan khasiat seperti wolfberi,

bayam, dan ubi keledek.

3g serat dan enzim

untuk kesihatan usus dan penghadaman.

Trigliserida Rantaian Sederhana (MCT)

untuk tenaga yang cekap.

Rasa vanila semula jadi yang lazat

dengan Minyak Pati Orange menyegarkan.

Ia pilihan sempurna untuk nutrisi seimbang, tenaga untuk

bergerak lincah, dan rasa lazat untuk memulakan hari anda!

NingXia Red

Minuman Antioksidan Menyegarkan

Setiap hidangan sebanyak 60ml mengandungi:

Puri Wolfberi NingXia

Ceri

Beri Aronia

Beri Biru

Delima

Plum

Minyak Pati: Yuzu, Orange,

Lemon, Tangerine

Sains di Sebalik NingXia Red

Kajian klinikal menunjukkan penggunaan NingXia Red setiap hari

secara konsisten boleh:

Meningkatkan tenaga fizikal

secara ketara sebanyak 34.5% dan

mengurangkan batas fizikal

sebanyak 36%.

Menambah baik pola tidur dan

meningkatkan masa tidur

dengan purata 21 minit sehari

selepas pengambilan

berterusan selama 60 hari.

Mengurangkan tekanan harian

sebanyak 23% dan menambah

baik kesejahteraan mental.

Resipi Phyto Meal

Mulakan hari dengan Smoothie

Cara lazat dan mudah untuk menikmati buah-buahan bersama formula pengganti makanan yang seimbang,

padat dengan khasiat untuk membekalkan anda tenaga dan memastikan anda seimbang sepanjang hari.

NINGXIA BERRY BLAST

1-2 skup Phyto Meal

1 uncang NingXia Red

½ cawan susu berasaskan

tumbuhan tanpa pemanis

½ cawan strawberi (atau beri

campuran)

½ pisang

*2 titis Perisa Minyak

Pati Lemon

*1 sudu makan biji chia

SPICE VANILLA TURMERIC

1-2 skup Phyto Meal

½ cawan susu kelapa

tanpa pemanis

½ sudu teh Golden Turmeric

½ sudu makan halia segar

*1 titis Perisa Minyak

Pati Ginger

*1 titis Perisa Minyak Pati

Black Pepper

*1 titis Perisa Minyak Pati

Nutmeg/Cinnamon Bark/Clove

GREEN GODDESS

1-2 skup Phyto Meal

½ cawan susu berasaskan

tumbuhan tanpa pemanis

1 cawan bayam segar (ditekan

padat)

¼ cawan mangga

¼ cawan nanas

1 pisang

*1 titis Perisa Minyak Pati Lime

*1 sudu makan biji chia

Kisar dan nikmatinya!

*½ sudu makan madu

Kisar dan nikmatinya!

Kisar dan nikmatinya!

CHOCOLATE BLIZZARD

1-2 skup Phyto Meal

½ cawan susu berasaskan

tumbuhan tanpa pemanis

½ pisang yang dibekukan

1 sudu makan serbuk koko

½ sudu makan mentega kacang

(tanpa garam, tanpa gula)

1 sudu makan biji chia

*½ cawan yogurt kosong

*1 titis Perisa Minyak Pati

Peppermint

VANILLA CINNAMON ROLL

1-2 skup Phyto Meal

1 cawan susu berasaskan

tumbuhan tanpa pemanis

*½ cawan yogurt biasa

*½ pisang

1 sudu makan biji chia

¼ sudu teh serbuk kayu manis

*1 titis Perisa Minyak Pati

Cinnamon Bark

*1 genggam bayam

PROTEIN TRUFFLE

2 skup Phyto Meal

¼ cawan serbuk koko

¼ cawan mentega kacang

(tanpa garam, tanpa gula)

¼ cawan madu

*Kurma, Buahan Kering,

Oat, Kepingan Isi Kelapa,

Kekacang Cincang

Campur dan bentukkan

menjadi 10 biji bola.

Kisar dan nikmatinya!

Kisar dan nikmatinya!

*Bahan-bahan tidak wajib boleh ditambah mengikut kegemaran peribadi

NingXia Red &

Resipi Minuman

Tambah tenaga dengan Kuasa Si Merah

Tambah tenaga anda dengan NingXia Red - sokongan hebat, padat antioksidan yang membantu anda

kembali bertenaga, segar, dan mencapai yang terbaik.

NINGXIA CHIA CHIA

60ml NingXia Red

1 sudu makan biji chia

200ml air/air sparkling

1 titis Perisa Minyak Pati Lime

Campur dan nikmatinya!

RED SLUSHY

60ml NingXia Red

60ml air

1 titis perisa minyak pati

kegemaran anda

½ cawan kiub ais

NINGXIA MOJITO

60ml NingXia Red

50ml air/air sparkling

15ml M-Wise

2 titis Perisa Minyak Pati Lime

Campur dan nikmatinya!

Kisar dan nikmatinya!

Hirup & Hidrat

Hirup dan hidrasikan dengan matlamat, menjadikan setiap minuman satu sentuhan segar untuk anda!

GINGER SPICED HONEY

200ml air suam

1 sudu makan Lavender Honey

1 titis Perisa Minyak Pati

Ginger

1 titis Perisa Minyak Pati Lemon

Campur dan nikmatinya

semasa masih suam!

TROPICAL LEMONADE

250ml air

1 sudu makan Lavender Honey

½ uncang AlkaLime

1 titis Perisa Minyak Pati Lime

1 titis Perisa Minyak Pati

Peppermint

Campur dan nikmatinya!

INFUSED WATER

Tembikai + Perisa Minyak Pati

Peppermint

Oren + Perisa Minyak Pati

Cinnamon Bark

Beri biru + Perisa Minyak Pati Lime

Lemon + Perisa Minyak Pati Basil

Campur dan biarkan selama

30-60 minit. Nikmatinya selepas

disejukkan!

*Bahan-bahan tidak wajib boleh ditambah mengikut kegemaran peribadi

Senarai Semak Harian

30-Day Lifestyle Reset Saya

Mulakan dengan

Phyto Meal

Tambah Tenaga

dengan 60ml

NingXia Red

Bersenam selama

30 minit

Makan

makanan sihat

Minum

air kosong

Lengkapkan jurnal

kesyukuran

PENAFIAN

Semua saranan pengambilan makanan yang diberikan adalah untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan sedia ada.

Sebelum memulakan sebarang suplemen kesihatan atau kesejahteraan, sila dapatkan nasihat daripada pengamal kesihatan atau

perubatan yang sah. Pernyataan ini belum dinilai oleh Food and Drug Administration, dan produk Young Living tidak bertujuan untuk

mendiagnos, merawat, menyembuhkan, atau menghalang sebarang penyakit.

© Copyright 2025 Young Living Malaysia Sdn Bhd (1058616-D) (AJL 932069) | All rights reserved

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!