11.12.2012 Views

PENILAIAN PELAKSANAAN PPSMI

PENILAIAN PELAKSANAAN PPSMI

PENILAIAN PELAKSANAAN PPSMI

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SOALAN LAZIM TENTANG

PENILAIAN PELAKSANAAN PPSMI 2008-2010

1. MENGAPA PERLUNYA PENILAIAN PPSMI?

Tahun 2008 adalah tahun ke enam program PPSMI dijalankan.

Kumpulan pertama murid Tahun Satu yang mengikuti program PPSMI

pada tahun 2003 kini telah berada dalam Tahun Enam dan akan

mengambil UPSR pada tahun ini. Dalam melaksanakan dasar PPSMI,

KPM telah melakukan pelbagai program sokongan, antaranya ialah

pengagihan peralatan ICT, latihan guru, pemberian insentif BISP, dan

pelbagai program lain yang dijalankan terus di sekolah-sekolah dari

semasa ke semasa. Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai

bentuk kajian, penilaian dan pemantauan dilaksanakan bagi membantu

pentadbir dan guru meningkatkan tahap pelaksanaan PPSMI

seterusnya memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Walau bagaimanapun, maklumat tentang pelaksanaan

program sehingga kini menunjukkan bahawa dasar PPSMI belum

dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Khas PPSMI yang dipengerusikan

oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 31 Disember

2007 telah memutuskan penyelidikan dan penilaian PPSMI hendaklah

dijalankan secara menyeluruh di semua sekolah rendah dan

menengah, bagi membolehkan KPM mengumpul maklumat tentang

pelaksanaan PPSMI secara berterusan bermula pada April 2008

sehingga Oktober 2010. Maklumat yang dikumpulkan akan digunakan

untuk mencadangkan penambahbaikan, seterusnya menjana

kemajuan dan memantapkan dasar PPSMI, khususnya dalam

melaksanakan peperiksaan awam bagi subjek Sains, Matematik dan

Teknikal dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010 1

2. APAKAH TUJUAN PENILAIAN?

Tujuan penilaian adalah untuk mengumpul maklumat tentang aspek

kepimpinan pentadbir, pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam

konteks pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah. Maklumat dikutip

dua kali setahun bagi membolehkan KPM memantau trend kemajuan

pelaksanaan PPSMI sepanjang tiga tahun penilaian ini dijalankan.

3. BAGAIMANA PENILAIAN PPSMI DILAKSANAKAN?

Dua instrumen akan digunakan, iaitu Soal Selidik Pengetua/Guru

Besar dan Soal Selidik Guru. Pengetua/Guru Besar dan guru mata

pelajaran Sains, Matematik dan Teknikal dikehendaki melengkapkan

soal selidik yang sama sebanyak DUA kali setahun, iaitu pada minggu

ke tiga bulan April dan Oktober, pada tahun 2008, 2009 dan 2010.

PERINGKAT SEKOLAH

(i) Semua Pengetua/Guru Besar dan semua guru PPSMI

dikehendaki melengkapkan soal selidik berkenaan pada minggu

KETIGA atau sebelum 25 April dan 25 Oktober pada tahun

2008, 2009 dan 2010.

(ii) Guru data di setiap sekolah akan memindahkan data daripada

soal selidik kepada bentuk soft copy menggunakan template

Microsoft Excel dalam tempoh 25 -27 April dan 25-27 Oktober

tahun 2008, 2009 dan 2010.

(iii) Pengetua dan Guru Besar bertanggungjawab untuk

menganalisis data tersebut dan mengesahkannya sebelum

diserahkan kepada pegawai PPSMI di PPG/PPD/PPDK.

(iv) Semua data softcopy mesti diserahkan kepada PPG/PPD/PPDK

masing-masing pada atau sebelum 3 Mei dan 3 November

bermula pada tahun 2008, 2009 dan 2010.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010 2

(v) Semua soal selidik pula hendaklah disimpan dengan baik

sehingga tahun 2012 untuk rujukan sekolah dan pegawai KPM

sekiranya perlu.

PERINGKAT PPD

(i) Data softcopy dari setiap sekolah akan dianalisis oleh pegawai

PPSMI di setiap PPG/PPD/PPDK. Setiap item akan diberikan

skor tertentu dan semua skor akan dijumlahkan bagi

mendapatkan nilai skor keseluruhan. Skor yang diperolehi

menggambarkan status pelaksanaan PPSMI di setiap sekolah.

Dapatan skor setiap sekolah yang disepadukan, akan

menggambarkan status keseluruhan pelaksanaan PPSMI di

daerah masing-masing.

(ii) Berdasarkan kepada nilai skor setiap item dan skor

keseluruhan, pegawai PPSMI di setiap PPG/PPD/PPDK

bertanggungjawab mengenal pasti kekuatan dan kelemahan

pelaksanaan di setiap sekolah dan mengadakan sesi

brainstorming dari semasa ke semasa bersama pentadbir

sekolah bagi memastikan berlaku penambahbaikan.

(iii) Tindakan menerusi perancangan yang teliti dan disokong

dengan pemantauan serta bimbingan yang berterusan amat

penting bagi memastikan berlakunya kemajuan di setiap

sekolah.

(iv) Data yang telah disepadukan dan dianalisis mesti diserahkan

kepada JPN masing-masing pada minggu KEDUA atau

sebelum 5 Mei dan 5 November bermula pada tahun 2008

sehingga 2010.

PERINGKAT JPN

(i) Data softcopy dari setiap PPG/PPD/PPDK akan digabungkan

oleh pegawai PPSMI di setiap JPN bagi mendapatkan

gambaran keseluruhan pelaksanaan PPSMI di negeri masing-

masing.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010 3

(ii) Pegawai PPSMI di setiap JPN bertanggungjawab mengenal

pasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan di setiap daerah

dan mengadakan sesi brainstorming dari semasa ke semasa

bersama pegawai PPG/PPD/PPDK dan pihak sekolah bagi

memastikan berlakunya penambahbaikan.

(iii) Tindakan menerusi perancangan yang teliti dan disokong

dengan pemantauan serta kerjasama yang berterusan amat

penting bagi memastikan kemajuan pelaksanaan PPSMI di

setiap negeri.

(iv) Data yang telah digabungkan dan dianalisis mesti diserahkan

kepada KPM pada minggu KETIGA atau sebelum 26 Mei dan

26 November bermula pada tahun 2008 sehingga 2010.

PERINGKAT KPM

(i) Data dari setiap JPN akan digabungkan bagi mendapatkan

gambaran keseluruhan tentang pelaksanaan PPSMI di seluruh

negara. Setiap sekolah akan diberi coding warna berdasarkan

skor yang diperolehi. Skor diberikan berdasarkan kepada status

pelaksanaan PPSMI di sekolah yang berkenaan. Misalnya,

coding merah diberikan kepada sekolah yang memperolehi

skor antara 0 dan 10 peratus, manakala coding biru diberikan

kepada sekolah yang memperolehi skor antara 90 dan 100

peratus.

(ii) Dapatan dalam bentuk taburan peratus coding warna yang

dikumpulkan secara dwitahunan sehingga tahun 2010, akan

menghasilkan satu corak (pattern) bagi menunjukkan status

kemajuan pelaksanaan PPSMI di seluruh negara.

(iii) Pemantauan akan dibuat secara rawak dari semasa ke semasa

untuk pengesahan data.

(iv) Satu laporan akan disediakan untuk dibentangkan kepada

KPPM dan YB Menteri Pelajaran setiap kali kutipan data

dilakukan.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010 4

4. SIAPA AKAN MELAKSANAKANNYA?

SEMUA peringkat KPM terlibat.

(i) Sekolah

- Pengetua/Guru Besar, GPK yang memangku tugas

Pengetua/Guru Besar dan semua guru PPSMI menjawab

soal selidik,

- Guru data yang memasukkan data ke dalam template yang

disediakan,

- Pengetua dan Guru Besar mengesahkan serta menganalisis

data.

- Pengetua/Guru Besar menyerahkan data dalam bentuk

softcopy kepada PPD/PPG

(ii) PPG/PPD/PPDK

(iii) JPN

- Pegawai PPSMI memberikan skor kepada setiap sekolah

- Gabungkan data dari setiap sekolah dalam daerah masing-

masing

- Analisis data peringkat sekolah dan daerah

- Menyerahkan data dalam bentuk softcopy kepada JPN

- Menyediakan pelan tindakan penambahbaikan PPSMI dalam

daerah masing-masing

- Memantau pelaksanaan PPSMI di sekolah-sekolah dalam

daerah masing-masing

- Pegawai PPSMI gabungkan data dari setiap daerah

- Membuat analisis data di peringkat negeri

- Menyerahkan data dalam bentuk softcopy kepada KPM

- Menyediakan pelan tindakan penambahbaikan PPSMI bagi

negeri masing-masing

- Memantau pelaksanaan PPSMI di sekolah-sekolah dalam

negeri masing-masing

- menyediakan laporan status kemajuan pelaksanaan PPSMI

dua kali setahun dan menyampaikannya kepada Urusetia

Jawatankuasa Penilaian dan Penyelidikan PPSMI.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010 5

5. SIAPAKAH RESPONDEN UNTUK PENILAIAN INI?

(i) Pengetua / Guru Besar diwajibkan menjawab soal selidik ini.

GPK yang memangku jawatan Pengetua / Guru Besar boleh

menjadi responden bagi menggantikan Pengetua / Guru Besar

(ii) Semua guru PPSMI iaitu guru yang mengajar mata pelajaran

Sains, Matematik dan Teknikal

6. DAPATAN PENILAIAN UNTUK APA?

Maklumat daripada penilaian dijangka dapat :

a. Membantu pentadbir sekolah memantau pelaksanaan PPSMI di

sekolah dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

b. Membantu PPG/PPD/PPDK dan JPN memantau tahap

pelaksanaan, mengenal pasti kelemahan, memantapkan kekuatan

menerusi program-program yang dikenal pasti berkesan di

peringkat daerah dan negeri masing-masing.

c. Membantu KPM memantau kemajuan pelaksanaan PPSMI secara

keseluruhan, mengenal pasti masalah di peringkat pelaksanaan

dan seterusnya mengenal pasti isu-isu kritikal yang perlu ditangani

serta membuat cadangan penambahbaikan di sekolah-sekolah

yang memerlukan.

d. Dapatan penilaian akan memberi input kepada KPM tentang status

kemajuan pelaksanaan PPSMI di setiap sekolah, daerah dan

negeri.

7. KENAPA PERLU DIMASUKKAN NAMA RESPONDEN KE DALAM

BORANG SOAL SELIDIK?

Bagi soal selidik ini, rasional dimasukkan nama responden adalah

sebagai rujukan pentadbir sekolah sahaja dalam proses memantau

perkembangan pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Maklumat

tersebut adalah untuk rujukan pihak sekolah sahaja dan tidak akan

didedahkan di peringkat PPG/PPD/PPDK. Ia juga bertujuan untuk

memastikan semua guru PPSMI di sekolah tersebut telah menjawab

soal selidik ini.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010 6

8. SEKIRANYA GURU TERSEBUT BERPINDAH, ADAKAH BORANG

SOAL SELIDIK TERSEBUT PERLU DIBAWA KE SEKOLAH YANG

BARU?

TIDAK PERLU. Guru tersebut perlu mengisi borang soal selidik

lain di sekolah baru.

9. KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN MAKLUMAT SEKOLAH?

Semua pentadbir mesti jelas bahawa data/maklumat PPSMI di

peringkat sekolah adalah penting bagi mendapatkan status

kemajuan PPSMI di sekolah. Mereka harus faham bahawa kejayaan

dan kegagalan dasar PPSMI bergantung kepada komitmen mereka

meningkatkan kesediaan guru dan murid melaksanakan P&P dalam

bahasa Inggeris. Usaha setiap sekolah dapat digambarkan menerusi

kemajuan yang ditunjukkan sehingga tahun 2010.

Dalam menentukan kemajuan PPSMI, semua aspek akan diambil kira

berdasarkan kepada skor yang diperolehi. Sekolah yang mendapat

skor rendah akan diberi bimbingan yang relevan berdasarkan

keperluan. Sekolah yang mendapat skor tinggi akan dijadikan

benchmark dan menjadi panduan kepada sekolah lain.

10. PENGESAHAN DATA?

Maklumat yang dijangka mencurigakan akan di semak oleh pegawai

PPDK/PPD/PPG/JPN atau Pasukan Petugas KPM.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010 7

11. APAKAH TINDAKAN SUSULAN SELEPAS DATA DIPEROLEHI?

Pentadbir sekolah diwajibkan membincangkan dapatan di peringkat

sekolah dan membuat tindakan penambahbaikan. Begitu juga

pegawai PPDK/PPD/PPG dan JPN perlu memantau sekolah-sekolah

yang ‘bermasalah’ dan pastikan sekolah-sekolah berkenaan membuat

perancangan penambahbaikan.

12. ADAKAH SOAL SELIDIK INI PERLU DIFAILKAN?

Ya. Soal selidik ini perlu difailkan dengan kemas di peringkat sekolah

untuk tujuan pemantauan dan penambahbaikan pengajaran dan

pembelajaran guru. Maklumat yang terkandung di dalam soal selidik itu

boleh digunakan oleh Pengetua/Guru Besar untuk merancang aktiviti

penambahbaikan PPSMI. Maklumat tersebut juga perlu disimpan

dengan baik bagi membolehkan pihak PPD/PPG, JPN dan KPM

membuat semakan sekiranya perlu.

Soalan Lazim: Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 - 2010 8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!