Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
Siapakah nabi yang nama mereka hanya disebut sebanyak 2 kali

sahaja dalam Al-Quran?

Mereka ialah Nabi Zulkifli, Nabi Idris, Nabi llyas dan Nabi Ilyasa’.

Apakah ayat yang disebut didalamnya kelima-lima Rasul Ulul

Azmi iaitu Nabi Muhammad, Ibrahim, Nuh, Musa dan Isa?

Kelima-lima mereka ada disebut dalam Surah Al-Ahzab ayat 7 dan

Surah Asy-Syu’ara’ ayat 13.

Apakah Negara Arab yang disebutkan namanya secara jelas

dalam Al-Quran?

Mesir. Ia disebut sebanyak 5 kali iaitu dalam :

1) Surah Yusuf ayat 21 dan 99

2) Surah Al-Baqarah ayat 61

3) Surah Yunus ayat 78

4) Surah Zukhruf ayat 51.

Apakah 3 perang yang diceritakan dalam 3 ayat berturut-turut?

Ia diceritakan dalam Surah Al-Ahzab ayat 25-27.

Ayat 25 menceritakan Perang Ahzab,

Ayat 26 menceritakan Perang Bani Quraizah,

Ayat 27 menceritakan Perang Khaibar.