10.05.2013 Views

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

6549 27 OKTOBER 1988 6550

Malaysia dengan tentera udara

negara-negara ahli FPDA tetapi

membuktikan keutuhan IADS serta

"commmitment" negara-negara

FPDA terhadap peraturan itu.

TOPI KELEDAR—PEMAKAIAN

23. Dato' Zainol Abidin bin Johari

minta Menteri Pengangkutan

menyatakan sama ada Kerajaan akan

terus memastikan penunggang

motosikal memakai topi keledar dan

pemandu kereta menggunakan tali

pinggang keledar, sedangkan angka

kemalangan terus meningkat,

sedangkan di Negara Thailand angka

kemalangan kurang dari Malaysia dan

topi serta tali pinggang keledar tidak

dimestikan pakai.

Timbalan Menteri Pengangkutan

(Datin Paduka Hajjah Zaleha binti

Ismail):Kadar kemalangan jalan raya

tidak boleh dikaitkan dengan

penggunaan topi keledar atau tali

pinggang keledar kerana pemakaian

topi keledar dan tali pinggang keledar

mempunyai tujuan-tujuan tertentu.

Topi keledar digunakan oleh

penunggang motosikal dan pemboncengnya

untuk melindungi mereka

dari mengalami kecederaan

yang lebih teruk kepada bahagian

kepala apabila tertibat di dalam sesuatu

kemalangan jalan raya manakala

penggunaan talipinggang keledar oleh

pemandu dan penumpang di bahagian

hadapan kenderaan adalah untuk

melindungi dan mengurangkan impak

sesuatu kemalangan jalan raya kepada

pemandu dan penumpang yang

melibatkan kenderaan tersebut.

Dengan itu dari segi tujuan untuk

melindungi penunggang dan

pembonceng motosikal dan pemandu

serta penumpang hadapan kenderaan,

penggunaan topi keledar dan tali

pinggang keledar akan terus

diwajibkan. Kemalangan jalan raya

bukanlah berpunca dari penggunaan

topi keledar atau tali pinggang keledar

tetapi dari sebab-sebab yang lain

termasuk sikap buruk pemandu

di jalan raya seperti memandu tidak

berhati-hati, memandu terlalu laju dan

memandu cara bahaya.

Mengenai kenyataan Y.B. bahawa

angka kemalangan di negara ini yang

terus meningkat, ingin saya

maklumkan di Dewan yang mulia ini

bahawa kenyataan tersebut adalah

tidak benar. Bagi tahun 1986, kita

telah merekodkan sejumlah 79,804 kes

kemalangan jalanraya. Angka ini

bagaimanapun berkurangan menjadi

76,882 kes bagi tahun 1987 iaitu satu

pengurangan kira-kira 3.7%

berbanding dengan tahun sebelumnya.

Berkaitan dengan perbandingan

kadar kemalangan jalanraya di negara

Thailand, sememangnya saya akui

bahawa perangkaan menunjukkan

bahawa bilangan dan kadar

kemalangan jalan raya di negara kita

lebih tinggi. Tapi saya rasa perkara ini

patut kita lihat dan nilaikan dari sudut

bilangan penduduk dan jumlah

kenderaan-kenderaan berdaftar di

negara masing-masing. Kalau kita

bandingkan Negara Thai mempunyai

bilangan penduduk kira-kira 3.4 kali

ganda dari jumlah penduduk negara

kita ini. Tapi dari segi pemilikan

kenderaan, negara kita mendahuluinya

dengan 3.8 kali ganda.

Jadi bolehlah kita bayangkan

kemungkinan berlakunya kemalangan

di antara kenderaan di sini dan di

Negara Thailand.

SENJATA PERTAHANAN

BRITISH—PEMBELIAN

24. Dato' Haji Zainal Abidin bin Zin

minta Menteri Pertahanan

menyatakan adakah benar akhir-akhir

ini Kerajaan akan membeli senjatasenjata

dan alat-alat kelengkapan

Pertahanan dari British dan adakah di

antara kelengkapan yang akan dibeli

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!