02.06.2013 Views

implikasi zakat dalam sistem percukaian negara - Lembaga Zakat ...

implikasi zakat dalam sistem percukaian negara - Lembaga Zakat ...

implikasi zakat dalam sistem percukaian negara - Lembaga Zakat ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

IMPLIKASI ZAKAT TERHADAP SISTEM PERCUKAIAN NEGARA

1.0 MUQADDIMAH

Oleh :

Dr Hajjah Ruziah Ghazali

Falsafah Islam memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat berbanding

dengan kepentingan peribadi. Falsafah Islam berbeza dengan falsafah barat

yang berdasarkan kepentingan sendiri dan bersifat individualistik ataupun

komunis yang mengongkong kebebasan individu serta memberi kuasa

menindas kepada kerajaan. Justru itu, Islam menetapkan peraturan yang

bersesuaian untuk dilaksanakan sepanjang zaman kepada pemerintah untuk

mentadbir negara secara adil dan saksama. Salah satu peraturan Islam yang

membenarkan pemerintah mendapat sumber dana bagi mentadbir negara ialah

cukai dan zakat.

Cukai adalah tanggungjawab kepada negara dan sumber cukai adalah dari

semua jenis hasil pendapatan dan boleh dipungut ke atas semua rakyat yang

mempunyai pendapatan. Cukai juga dikutip adalah bagi tujuan kepentingan

pentadbiran negara sepertimana yang dinyatakan oleh Dato’ Haji Abdul Aziz @

Ambak Ismail, Ahli Jemaah Fatwa Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu

Terengganu bahawa:

“Kalau rujuk kepada perintah usul perintah ataupun hukum syarak dalam

Islam yang bermaksud; sebarang urusan pemerintah terhadap rakyat di

kawasan negeri tertentu adalah tertakluk kepada adanya kebajikan dan

kemaslahatan kepada rakyat itu sendiri’

1

Beliau juga menyatakan bahawa kaedah mengenakan cukai penting bagi

menjaga kepentingan rakyat dan dalam kaedah siasah Islamiah, pemerintah

dengan rakyat adalah sama-sama bertanggungjawab. Pemerintah (kerajaan)

bertanggungjawab terhadap rakyat dan rakyat mestilah juga bertanggungjawab

terhadap pemerintah yang berkuasa iaitu kedua-dua pihak saling tolong

menolong kerana pemerintah memberi perkhidmatan kepada rakyat dan

mengadakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Rakyat sepatutnya

memberi kerjasama kepada pemerintah dengan mematuhi peraturan yang

dikenakan selagi tidak wujud kezaliman.

Manakala Zakat adalah berbeza dengan cukai. Zakat adalah merupakan

tanggungjawab agama.

Firman Allah SWT dalam Surah AZ-DZariaat : 19 yang bermaksud:

”Dan dalam harta mereka ada hak untuk orang yang meminta dan orang

miskin yang (tak) mau meminta”.

Dan dalam Surah Al Maarij : 24 – 25 yang bermaksud:

”Dan orang yang dalam hartanya ada hak yang tertentu, untuk orang yang

meminta dan orang miskin yang tak mau meminta”

Menurut Dr Yusuf Qardhawi, cukai dari segi bahasa Arab ialah ’dharibah’ di

mana di nyatakan di dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 61 yang

bermaksud:

” Lalu mereka itu ditimpa kehinaan dan kemiskinan...”

Berdasarkan ayat tersebut cukai bermaksud timpa atau dalam ertikata lain

tekanan. Ini bermakna cukai adalah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah

kepada rakyat. Zakat pula dalam bahasa Arab ialah ’tathir’ yang bermaksud

penyucian iaitu penyucian jiwa dan harta. Tujuan membayar zakat adalah untuk

2

membersihkan dan menyuburkan jiwa dan harta di mana pengorbanan orang

yang memiliki harta terhadap golongan yang memerlukan. Dalam Jadual 1

menunjukkan perbezaan antara zakat dan cukai.

Jadual 1 : Perbezaan antara zakat dan cukai

ZAKAT

Konsep Zakat – penyucian jiwa dan

harta (Yusuf Qardhawi).

Tanggungjawab agama/Ibadat

3

CUKAI

Konsep cukai – tekanan. Dikenakan

oleh pemerintah kepada rakyat.

Tidak bayar zakat berdosa Tidak bayar cukai dikenakan denda

oleh pemerintah

Bayar zakat tertakluk kepada muslim

yang layak sahaja.

Zakat dikutip oleh kerajaan Islam

sahaja

Sumber zakat adalah dari sumber halal

sahaja

Kadar zakat adalah tetap iaitu 20

miskal/85gm. Yang berubah hanyalah

nilai wang sahaja.

Pengagihan zakat tertakluk kepada 8

golongan asnaf sahaja. Pentafsiran

asnaf sahaja yang berubah mengikut

keperluan semasa. Dr Yusuf Qardhawi

mentafsirkan peruntukan ’fisabilillah”

merujuk kepada jihad, misalnya bagi

aktiviti pendidikan, ie. Bina sekolah.

Semua rakyat yang layak kena bayar

cukai

Cukai boleh dikutip oleh sesiapa

sahaja yang memerintah negara

Sumber cukai adalah semua sumber

yang diperolehi.

Kadar cukai boleh berubah mengikut

kadar yang ditetapkan oleh kerajaan

pada setiap tahun

Pengagihan cukai adalah untuk

membiayai semua aktiviti pemerintah

untuk keperluan rakyat.

2.0 IMPLIKASI ZAKAT DALAM SISTEM PERCUKAIAN NEGARA

Semua rakyat yang layak membayar zakat dan cukai hendaklah melaksanakan

tanggungjawab tersebut untuk kepentingan kemajuan dan kemakmuran negara.

Usaha-usaha untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada rakyat akan

kepentingan dan kewajiban membayar zakat dan cukai hendaklah dilakukan

berterusan. Oleh itu, penerangan yang lebih jelas mengenai konsep dan fungsi

zakat dan cukai bagi mengelakkan keraguan pembayar zakat dan cukai kepada

pemerintah adalah perlu diperluaskan lagi.

2.1 TAKSIRAN ZAKAT DAN CUKAI

Kaedah pengiraan zakat dan cukai adalah berbeza iaitu pengiraan zakat

adalah berdasarkan jumlah aset semasa bersih perniagaan yang

ditunjukkan dalam lembaran imbangan dan pengiraan cukai pula

berdasarkan keuntungan dari penyata untung dan rugi sesebuah

perniagaan. Contoh pengiraan boleh dirujuk dalam Jadual 2, 3, 4, 5 dan 6.

Dalam Syarah as–Soghir menyatakan:-

Taksirkanlah harta-harta zakat kamu setiap jenis pada setiap tahun

mengikut harga jualan semasa yang sedang digunakan pada waktu

itu.

4

Ini bermakna kadar zakat adalah berdasarkan nilai wang pada tahun

zakat ditaksirkan. Manakala taksiran cukai pula adalah berdasarkan

kadar cukai yang ditetapkan dalam belanjawan negara pada tiap tahun

mengikut keperluan semasa.

Contoh Akaun Perniagaan Kedai Runcit Milik Perseorangan

Jadual 2 : Penyata Untung Rugi Tahun Berakhir 31.12.2006

Stok

1.1.2006

Belian 70,000 Stok

31.12.2006

Untung

Kasar

40,000 Jualan 120,000

54,000

Untung kasar bawa ke hadapan

5

44,000

164,000 164,000

Tolak : Upah 12,000

Lesen

Perniagaan

100

Makanan 4,000

Kertas/tali 200

Petrol 800

Pengangkutan 700

Telefon 200

Suratkhabar 50

Elektrik 700

Air 200

Susutnilai 4,000 22,950

Untung bersih 31,050

Jadual 3 : Lembaran Imbangan (Kunci Kira-kira ) pada 31.12.2006

Modal 12,000 Pelaburan 4,000

Untung bersih 31,050 Kereta : Kos 40,000

Susut Nilai (4,000) 36,000

Ambilan (16,000) Penimbang 100

Si piutang

pelbagai ( other

creditors )

Si piutang

Perdagangan (

Trade Creditors )

27,050 Stok 44,000

4,000 Si berhutang(Debtor) 5,000

65,150

Jadual 4 : Pengiraan Zakat

Harta Perniagaan semasa :

Tolak

Tunai di tangan

Tunai di bank

6

100

7000

96,200 96,200

Stok Perdagangan 44,000

Tunai di tangan 100

Tunai di bank 7,000

Si berhutang 5,000

Pelaburan 4,000

60,100

Si piutang 65,150

Jumlah di nilai zakat Tiada

Perniagaan ini tidak dikenakan zakat, kerana ia tidak memiliki harta perniagaan

yang mencukupi nisab malah ia menanggung hutang yang melebihi harta

semasa perniagaannya. Seseorang usahawan yang layak dikenakan cukai

pendapatan tidak semestinya diwajibkan membayar zakat perniagaan.

Perniagaan ini telah dikenakan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2006

seperti dalam Jadual 4.

Jadual 5 : Pengiraan Cukai Pendapatan Individu (daripada akaun yang

sama)

Untung bersih mengikut akaun 31,050

Campur balik

Tolak :

Susutnilai (tidak dibenar ) 4,000

Makanan persendiran

(dianggarkan)

Ambilan persendirian

(dianggarkan)

7

2,000

1200 7,200

38,250

Tolak : Elaun modal-Kereta 8,000

Pendapatan berkanun 30,250

Pelepasan Diri 8,000

Isteri 3,000

Anak (seorang) 1000 12,000

18,250

Cukai di atas 10,000 175.00

Tolak Rebat : Diri dan Isteri 350

8,250@3% 247.50

422.50

Zakat Tiada 350.00

Jumlah Cukai Pendapatan 72.50

Jumlah cukai yang kena bayar 72.50

Jadual 6 : Contoh akaun perniagaan yang dikenakan zakat:

Aset semasa;

Stok 62,600

Si berhutang 18,000

Tunai di tangan 2000

Tunai di bank 9,400

Pelaburan -

Jumlah nilai punca

Harta Zakat 82,000

Tolak si piutang 60,000

Harta bersih wajib zakat 22,000

Kadar zakat

2.5% x 22,000 = RM 550.00

( Tahun Hijrah/Qamariah) 354

hari

8

2.577% x 22,000 = RM 566.94

(Tahun Masihi/365 hari)

Ini jelas menunjukkan bahawa taksiran zakat tidak memberi apa-apa impak

kepada taksiran cukai. Namun begitu, sekiranya individu atau syarikat tidak

dikenakan cukai maka tidak semestinya individu atau syarikat tersebut tidak

dikenakan zakat. Sekiranya mereka tidak dikenakan zakat atas pendapatan atau

aset semasa bersih, tetapi mereka perlu membayar zakat simpanan atau zakat

harta sekiranya ada.

Sistem Kutipan Cukai pada masakini boleh dikatakan sebagai memuaskan

dengan terkumpulnya pungutan wang cukai sebanyak RM 65.7 bilion bagi tahun

taksiran 2006. Perkembangan Zakat juga dlihat amat memberangsangkan.

Jumlah pungutan wang zakat bagi tahun taksiran 2005 ialah RM 573.9 juta (Sila

rujuk Jadual 7) berbanding pada tahun 2004 sebanyak RM 473 juta. Walau

bagaimanapun, berdasarkan jumlah kutipan zakat berbanding dengan

pendapatan negara, peratusnya adalah terlalu kecil dan tidak signifikan.

Manakala % jumlah kutipan cukai adalah melebihi 50% daripada pendapatan

negara. Walau bagaimanapun kutipan cukai adalah dari semua golongan yang

layak membayar cukai manakala zakat adalah dari muslim yang layak sahaja

dan zakat ditaksir berdasarkan aset semasa dan cukai ditaksir dari untung rugi.

Namun begitu jumlah kutipan zakat masih terlalu kecil berbanding dengan jumlah

penduduk berugama Islam sebanyak 61%.

Jadual 7: Maklumat Kutipan Zakat /Pendapatan Negara

Penduduk Keseluruhan 26.7 juta

Penduduk Beragama Islam 16.3 juta

% Penduduk Islam 61%

Saiz Ekonomi (KDNK Harga Sebenar) RM262 billion

Pendapatan Negara RM106.3 bilion

Jumlah Zakat RM573.9 juta

% Zakat / Pendapatan Negara 0.53%

(Sumber: Laporan Zakat 2005, PPZ)

2.2 POTONGAN ZAKAT DI BAWAH AKTA CUKAI PENDAPATAN

1967

2.2.1 Rebat Zakat Bagi Individu (Mastautin)

9

Bayaran zakat dibenarkan potongan sebagai rebat di bawah Sek

^A (3) ACP 1967 yang berkuatkuasa nulai tahun 1978. Sila rujuk

kertas kerja bertajuk Layanan Bayaran Zakat Mengikut Peruntukan

ACP 1967 oleh Dr Mohd Shukor Mahfar.

2.2.2 Zakat Sebagai Perbelanjaan Dibenarkan

Mulai tahun 2005, kerajaan telah membenarkan zakat yang dibayar

oleh sesebuah syarikat (2.5% daripada pendapatan agregat) boleh

diberi pelepasan di dalam perbelanjaan yang dibenarkan dalam

syarikat (allowable expenses). Sila rujuk kertas kerja oleh Dr Mohd

Shukor Mahfar.

Insentif yang diberikan tidak dapat mengurangkan bebanan

kewangan syarikat bagi menggalakkan mereka membayar zakat.

Oleh kerana denda tidak dikenakan atas syarikat atau individu yang

enggan membayar zakat tetapi denda/penalti akan dikenakan

kepada individu atau syarikat yang tidak membayar cukai

menyebabkan pihak syarikat atau individu terlibat lebih

mementingkan pembayaran cukai.

Pihak yang bertanggungjawab membayar cukai dan zakat tidak

takut melanggar peraturan Allah swt kerana pada perspektif

mereka balasan terhadap keengganan mereka membayar zakat

sesuatu yang tidak dapat dilihat kesannya berbanding cukai. Oleh

itu usaha-usaha menggalakkan rakyat berugama Islam yang layak

membayar zakat memberi komitmen terhadap kewajipan

melaksanakan bayaran zakat hendaklah diberi perhatian yang

sewajarnya. Tambahan pula tanggungjawab membayar zakat

adalah tanggungjawab kepada perintah Allah SWT.

10

2.3 IM PLIKASI REBAT ZAKAT PERNIAGAAN KE ATAS KEMAMPUAN

SYARIKAT MENGELUARKAN DIVIDEN KEPADA PEMEGANG

SAHAM

Isu Seksyen 108 sebenarnya bukanlah halangan besar untuk memberi

rebat zakat perniagaan.

Pertama, pemegang saham yang menerima dividen tidak dikenakan

cukai dua kali kerana zakat tidak dikira dari dividen yang diperolehi dari

syarikat yang telah membayar zakat perniagaan.

Kedua, bayaran dividen yang kurang kepada pemegang saham dapat

meningkatkan simpanan modal pusingan syarikat untuk mengembangkan

perniagaan bagi tahun berikutnya dan seterusnya meningkatkan

keutnungan syarikat. Hal ini juga adalah selari dengan hasrat kerajaan

agar pihak syarikat dapat membuat pendapatan tertahan (retained

earnings) bagi meningkatkan perkembangan syarikat dan secara tidak

langsung memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.

Ketiga, tidak timbul isu pemegang saham tidak berpuashati atas kesan

rebat zakat kepada pengurangan pembayaran dividen. Malah pemegang

saham adalah lebih untung kerana dividen yang diterima telah di bayar

zakat oleh pihak syarikat dan mereka tidak perlu membayar zakat lagi.

Berikut adalah simulasi pengiraan dividen dan kesan zakat atas dividen

yang dibayar kepada pemegang saham di tiga keadaan..

Pendapatan Agregat Syarikat XYZ Sdn Bhd (Syarikat milikan muslim

sepenuhnya) bagi tahun berakhir 31/12/2006 (TT2006)

Tanpa rebat Potongan

2.5%

Rebat Zakat

1,000,000 1,000,000 1,000,000

11

Pendapatan Agregat/ Jumlah

pendapatan

Tolak : potongan Zakat 2.5% - (25,000) -

Jumlah Pendapatan 975,000

Cukai Dikenakan (28%) 280,000 273,000 280,000

Tolak: Rebat Zakat - - (100,000)

Cukai Kena Dibayar 280,000 273,000 180,000

Akaun Seksyen 108

Compared Agregat

Amaun Layak Untuk Bayar

280,000 273,000 180,000

Dividen (kasarkan ’Compared

Agregat’)

1,000,000 975,000 642,857

Memandangkan syarikat telah mengeluarkan dividen kasar berjumlah

RM1,000,000 berdasarkan jumlah pendapatan bersihnya, LHDNM akan

mengeluarkan Notis Permintaan (Requisition Order) kepada syarikat.

Jumlah Dividen Kasar Dikeluarkan RM 1,000,000

Cukai Dianggap telah dipotong (28%) RM 280,000

(Compared Total)

Cukai Pendapatan Telah Dibayar RM 180,000

(Compared Aggregate)

Hutang Kepada Kerajaan RM 100,000

Notis Permintaan akan dikeluarkan kepada syarikat menuntut syarikat

membayar sejumlah RM100,000 yang merupakan tanggungan cukai bagi

dividen yang telah terlebih dikeluarkan.

Walaupun dari pengiraan diatas menunjukkan bahawa pemegang saham

akan mendapat kurang dividen apabila rebat zakat perniagaan diberi

tetapi dalam kes perakaunan sebenar, jumlah pendapatan agregat adalah

lebih tinggi dari jumlah untung perniagaan syarikat kerana jumlah

12

pendapatan agregat adalah berdasarkan untung/rugi perniagaan dan

ditambah dengan perbelanjaan yang tidak dibenarkan.

ABC SDN. BHD.

Pengiraan Cukai Bagi Tahun Berakhir 31 Disember

Pendapatan Agregat/ Jumlah

pendapatan

Campur : Perbelanjaan tidak

dibenarkan

Susutnilai

Zakat

Keraian (50% x 30,000)

Belanja Am

Penalti

Campur : Perbelanjaan tidak

dibenarkan

Susutnilai

Zakat

Keraian (50% x 30,000)

Belanja Am

Penalti

Tanpa rebat Potongan

2.5%

Rebat Zakat

1,000,000 1,000,000 1,000,000

13

150,000

100,000

15,000

5,000

10,000

150,000

100,000

15,000

5,000

10,000

150,000

100,000

15,000

5,000

10,000

150,000

100,000

15,000

5,000

10,000

150,000

100,000

15,000

5,000

10,000

150,000

100,000

15,000

5,000

10,000

Jumlah Perbelanjaan 280,000 280,000 280,000

Jumlah Pendapatan 1,280,000 1,280,000 1,280,000

Tolak : Potongan Zakat 2.5% - (30,000)

Jumlah Pendapatan 1,250,000 1,280,000

Tolak: Elaun Modal (EM)

EM Permulaan

EM Tahunan

EM b/b

EM tahun semasa

50,000

50,000

10,000

(60,000)

50,000

50,000

10,000

(60,000)

50,000

50,000

10,000

(60,000)

Jumlah Pendapatan 1,220,000 1,220,000 1,220,000

Tolak: Potongan 2.5% - (30,500)

1,189,500

Cukai Dikenakan (28%) 341,600 341600

Tolak: Rebat Zakat - - 100,000

Cukai Kena Dibayar 341,600 333,060 241,600

Akaun Seksyen 108

Compared Agregat

Amaun Layak Untuk Bayar

280,000 333,060 241,600

Dividen (kasarkan ’Compared

Agregat’)

1,220,000 1,189,500 862,857

Dividen yang layak dibayar kepada pemegang saham adalah 86% dari

keuntungan syarikat. Oleh itu adalah mustahil untuk membayar dividen sebanyak

jumlah tersebut. Apabila potongan 2.5% dikenakan ke atas pendapatan agregat,

dividen yang layak dibayar juga adalah lebih tinggi dari keuntungan sebanyak

189,500. Manakala syarikat yang mendapat rebat zakat, hanya layak membayar

dividen sebanyak RM862, 857 iaitu lebih rendah dari keuntungan syarikat.

Amaun ini adalah lebih rasional dan lebihan amaun yang tidak dibayar boleh

digunakan untuk menambah modal pusingan syarikat dalam mengembangkan

lagi perniagaan dan meningkatkan keuntungan pada tahun-tahun berikutnya.

Secara tidak langsung ia juga akan meningkatkan ekonomi negara.

Berikut adalah simulasi pemberian rebat zakat dan impak ke atas dividen untuk

jangka masa lima tahun.

TAHUN 1 2 3 4 5

MODAL 2,000,000.00 2,000,000.00

UNTUNG TERTAHAN 357,142.86

UNTUNG 1,000,000.00

CUKAI (180,000.00)

ZAKAT (100,000.00)

720,000.00

180,000.00

PENDAPATAN KENA DIVIDEN 642,857.14

1,178,571.43

(212,142.86)

(117,857.14)

848,571.43

14

212,142.86

757,653.06

2,000,000.00

420,918.37

1,426,612.61

(256,790.27)

(142,661.26)

1,027,161.08

256,790.27

917,108.11

2,000,000.00

509,504.50

1,790,045.38

(322,208.17)

(179,004.54)

1,288,832.68

322,208.17

1,150,743.46

2,000,000.00

639,301.92

2,362,235.11

(425,202.32)

(236,223.51)

1,700,809.28

425,202.32

1,518,579.71

Dividen dilaksanakan berdasarkan strategi pengurusan kewangan dan diberikan

untuk mendapat keyakinan pemegang saham. Sekiranya sesebuah syarikat itu

rugi, tidak bermakna syarikat tidak memberi dividen kepada pemegang saham

kerana dividen tetap akan diberi bagi mendapatkan keyakinan pemegang

saham. Malah terdapat kes di mana sesebuah syarikat mendapat keuntungan

yang banyak tetapi tidak mengistiharkan dividen sepertimana sepatutnya kerana

dividen hanya diberi berdasarkan strategi pengurusan kewangan bagi sesebuah

syarikat tersebut. Pengiraan dividen juga tidak ditunjukkan dalam mesyuarat

agung tahunan tetapi pihak lembaga pengarah hanya mengistiharkan sahaja

jumlah dividen yang akan dibayar kepada pemegang saham.

3.0 LANGKAH KE ARAH SISTEM CUKAI MESRA ZAKAT

Sistem percukaian bukanlah satu persaingan kepada sistem zakat. Sistem zakat

dan dan sistem percukaian adalah saling melengkapi antara satu sama lain

dalam sistem ekonomi negara. Penguatkuasaan bayaran zakat wajib dilakukan

sepertimana cukai walaupun tidak mendapat potongan dari cukai. Namun,

tanggungjawab pemerintah memberi rebat zakat perniagaan akan membolehkan

syarikat dan usahawan Muslim lebih berdaya saing dan tidak dibebani dengan

dua pembayaran iaitu zakat dan cukai.

Menurut Syed Othman Al-Habsyi, bahawa Belanjawan Tahunan 1993 adalah kali

pertama telah menyentuh tentang zakat. Beliau telah menyatakan bahawa pada

hakikatnya, zakat itu adalah satu institusi ekonomi dan kebajikan yang amat

penting. Beliau juga telah menyatakan tentang wujudnya perbezaan skop,

pendekatan dan undang-undang pentadbiran zakat yang disebabkan oleh

pengurusan kutipan zakat secara berasingan oleh pihak berkuasa agama Islam

negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan. Justru itu satu kajian secara

menyeluruh perlu dilakukan untuk mengembalikan institusi ini kepada taraf

sewajarnya dan untuk mengatasi masalah pertindihan pembayaran zakat

dengan cukai pendapatan (khususnya bagi badan korporat dan perniagaan yang

15

elum diberi apa-apa rebat seperti yang diberi kepada individu apabila mereka

membayar zakat) dan pengurusan kutipan zakat. Bagi tujuan pengagihan beliau

juga memberi saranan supaya perbincangan di antara ulama dan cendekiawan

perlu dibuat untuk menimbangkan cara-cara pengagihan yang lebih produktif dan

saksama.

3.1 Zakat Sebagai Rebat Cukai

Sekiranya zakat ditolak dari cukai yang kena dibayar tidak bermakna

jumlah kutipan cukai akan berkurang dan akan menjejaskan belanjawan

negara. Ini bukanlah suatu perkara yang tidak boleh dicapai tetapi telah

terbukti dalam sejarah Islam dan merupakan janji Allah SWT yang telah

dinyatakan di dalam Al-Quran.

3.1.1. Penyata Akaun Perniagaan Lebih Telus

Penyata Akaun yang digunakan untuk pengiraan zakat hendaklah sama

dengan penyata akaun yang dibuat untuk pengiraan cukai atau bagi

syarikat sendirian berhad atau berhad ialah penyata kewangan yang telah

diaudit. Secara tidak langsung akan mendorong ahli perniagaan

mengemukakan akaun yang lebih telus. Malah pihak Lembaga Hasil

Dalam Negeri hanya membenarkan tolakan maksima jumlah zakat hanya

tertakluk kepada 2.5% dari jumlah aset semasa bersih. Jika pembayar

zakat membayar lebih dari kadar 2.5% zakat dari jumlah aset semasa

bersih maka perlu dipastikan sekiranya termasuk bayaran zakat dari

simpanan atau harta lain. Jika tiada zakat dari sumber lain, bermakna

pihak pentadbir cukai boleh menjalankan audit ke atas syarikat tersebut.

Sistem zakat membawa kepada ketelusan, prihatin terhadap

tanggungjawab kepada agama dan negara. Apabila zakat dan cukai

16

meningkat, kedudukan asnaf dan masyarakat keseluruhan akan terbela.

Walau bagaimanapun yang paling penting ialah membuat polisi dan

penguatkuasaan dan setersunya bertawakkal kepada Allah SWT supaya

pembayar zakat dan cukai ini benar-benar telus dalam mengsitiharkan

pendapatan dan harta mereka. Dalam membuat taksiran zakat dan cukai,

diharap mereka akan menggunakan kaedah perancangan cukai yang

dibenarkan dan bukan lari dari tanggungjawab membayar zakat dan

cukai.

3.1.2 Peningkatan Kutipan Cukai

Apabila cukai syarikat dibenarkan ditolak dengan zakat perniagaan yang

dibayar, maka akan mendorong pembayar cukai mengistiharkan

pendapatan mereka yang sebenar dan implikasi kepada hal ini ialah akan

meningkatkan pungutan hasil cukai negara. Pemberian rebat akan

meningkatkan kutipan zakat dan seolah-olah pula memberi implikasi

kepada pengurangan hasil cukai. Namun Allah SWT telah memberi

jaminan seperti dinyatakan dalam AlQuran, surah As Saba’ : Ayat 39 yang

bermaksud:

”Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan

menyempitkan bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-

hambaNya. Apa-apa yang kamu nafkahkan di antara sesuatu,

maka Allah akan menggantinya, dan Dia sebaik-baik yang memberi

rezeki.

Oleh itu, jelaslah bahawa hasil yang dibelanjakan bagi manfaat rakyat

akan diganti oleh Allah SWT dan ini bermakna jumlah kutipan cukai tidak

akan berkurang apabila semua golongan yang layak membayar zakat dan

17

cukai telah dengan jujur dan memberi komitmen yang tinggi untuk

menunaikan tanggungjawab mereka.

Tambahan pula hasil pendapatan negara sebenarnya tidak berkurang

tetapi hanya pentadbiran pengagihannya sahaja yang bertukar dari satu

jabatan kepada jabatan yang lain. Tanggungjawab berbentuk bantuan,

derma, aktiviti untuk kepentingan orang Islam seperti memberi bantuan

dermasiswa, meningkatkan kualiti perkhidmatan institusi pendidikan

negara dan seumpamanya akan diberi tanggungjawab kepada institusi

zakat. Misalnya masalah pelajar yang mendapat pinjaman dari

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah

Rakyat (MARA) atau institusi lain tetapi sukar mendapat bayaran balik dari

mereka akan dapat diatasi. Apabila kutipan zakat meningkat maka pihak

pemerintah boleh memberi dermasiswa sepertimana yang telah

dipraktikkan dahulu dan bukan bantuan dalam bentuk pinjaman. Jika

masih kurang kemampuan, sekurang-kurangnya sebahagian dari

pembiayaan belajar diuniversiti atau kolej dibiayai oleh kerajaan.

3.1.3 Melemahkan sistem pinjaman ’Ah Long’

Golongan yang layak menerima zakat adalah termasuk orang yang

berhutang. Ini sekaligus menegakkan syiar Islam dan isu pinjaman

melalui ’Ah Long’ dapat dihapuskan melalui bantuan perniagaan dari

sumber zakat. Walau bagaimanapun sudah pasti pemilihan pemberian

tersebut melalui prosedur-prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan

maklumat palsu. Selain itu, dapat membantu dalam melahirkan usahawan

Muslim sepertimana sistem Ar-Rahnu di negeri Terengganu.

3.1.4 Melemahkan perikatan pengumpulan kekayaan dengan kuasa politik

18

Polisi zakat mengukuhkan pembahagian ekonomi antara masyarakat.

Polisi zakat juga mengambilkira pertimbangan yang wajar ke arah

kumpulan tertentu, taraf hidup masyarakat dan pelengkap kepada agenda

pemerintah. Dalam hal ini keupayaan zakat dalam memberi keadilan dan

kebajikan sama rata di kalangan masyarakat tidak dapat diragui lagi.

Zakat bukan sahaja ibadat semata-mata tetapi memainkan peranan

penting dalam kemajuan dan persekitaran sosial yang sihat dan harmoni

di mana wujud kerjasama dan simpati antara satu sama lain. Ini bukanlah

suatu fiksyen tetapi telah terbukti dalam sejarah Islam semasa

pemerintahan Saidina Omar Abdul Aziz, tiada seorang pun yang layak

menerima zakat selepas 5 tahun sistem zakat diperkenalkan.

3.2 PRIORITI YANG WAJIB

Merujuk kepada prioriti dalam fiqh, adalah harus mendahulukan hal

yang paling wajib atas hal yang wajib, mendahulukan hal yang wajib atas

mustahab (sunat), dan perlu menganggap mudah hal-hal yang sunnah

dan mustahab serta harus mengambil berat terhadap hal-hal yang fardhu

dan wajib. Sebagai individu muslim mestilah menekankan lebih banyak

terhadap perkara-perkara fardhu yang mendasar daripada perkara yang

lainnya; khususnya shalat dan zakat yang merupakan dua macam fardhu

yang utama, yang selalu digandingkan penyebutannya di dalam al-Qur'an

pada dua puluh delapan (28) tempat ; dan juga banyak sekali hadits

yang menyebutkan kedua hal ini. Antara lain:

Diriwayatkan dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Rasulullah SAW

bersabda,

19

"Islam itu dibangun di atas lima perkara; bersaksi bahwa tiada

Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan

RasulNya, mendirikan shalat, membayar zakat, haji ke Baitullah,

dan berpuasa di bulan Ramadhan."

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r. a. berkata bahwasanya Nabi SAW

mengutus Mu'adz r.a. untuk pergi ke Yaman, baginda bersabda

kepadanya,

"Ajaklah mereka untuk bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain

Allah dan sesungguhnya aku adalah Rasulullah. Apabila mereka

mematuhi dirimu dalam perkara ini, maka beritakanlah kepada

mereka bahwasanya Allah telah memfardhukan shalat lima waktu

sehari semalam. Dan apabila mereka mentaati dirimu dalam

perkara ini, maka beritakanlah kepada mereka bahwa Allah SWT

telah memfardhukan kepada mereka untuk membayar zakat

yang diambil dari orang-orang kaya mereka dan dikembalikan

kepada orang-orang fakir di antara mereka."

Diriwayatkan dari Ibn Umar r. a. berkata bahwa Rasulullah SAW

bersabda,

"Aku telah diperintahkan untuk memerangi orang-orang sehingga

mereka bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan

sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan shalat,

membayar zakat. Jika mereka telah melaksanakan perkara-perkara

itu, berarti mereka telah melindungi darah dan harta benda

mereka dari diriku. Dan Allah SWT akan menghitung apa yang

telah mereka lakukan."

Diriwayatkan dan Abu Hurairah r.a. berkata,

20

"Ketika Rasulullah SAW wafat dan Abu Bakar diangkat menjadi

khalifah, ada di antara orang-orang Arab yang menjadi kafir

kembali, maka Umar r.a. berkata, 'Bagaimanakah kalau kita

memerangi orang-orang itu karena Rasulullah saw telah

bersabda, 'Aku telah diperintahkan untuk memerangi orang-

orang sehingga mereka mengucapkan bahwa tiada tuhan

selain Allah. Maka barangsiapa yang mengatakannya maka dia

telah melindungi harta dan jiwanya dari diriku, dan Allah akan

memperhitungian segala amal perbuatannya.'?' Maka Abu Bakar

menjawab 'Demi Allah, sungguh aku akan memerangi orang yang

memisahkan antara shalat dan zakat. Karena sesungguhnya

zakat adalah hak harta benda. Demi Allah, kalau mereka enggan

memberikan seekor unta yang dahulu pernah mereka berikan

kepada Rasulullah saw maka aku akan memerangi mereka, karena

keengganan itu.' Umar berkata, 'Demi Allah, itu tidak lain kecuali

bahwa aku telah melihat Allah melapangkan hati Abu Bakar untuk

melakukan peperangan itu, dan aku betul-betul mengetahuinya.'"

Berdasarkan dari hadith-hadith tersebut menunjukkan bahawa perkara-

perkara fardhu ini adalah dasar amalan agama. Barangsiapa

mengerjakannya dengan sempurna, tidak menguranginya sedikitpun,

bererti dia telah membuka pintu syurga, walaupun dia tidak

mengerjakan amalan-amalan sunnah di luar fardhu itu. Ajaran yang diajar

oleh Nabi SAW ketika beliau mengajar para sahabatnya ialah

memusatkan perhatian terhadap rukun dan dasar, dan bukan

menekankan perhatian terhadap perkara-perkara kecil, remeh, yang

tidak akan ada penghujungnya.

Di antara kesalahan yang dilakukan oleh individu ialah memberikan

perhatian yang berlebihan terhadap perkara yang hukumnya sunnah,

21

daripada perhatian yang diberikan kepada hal-hal yang hukumnya wajib

yang berkaitan dengan shalat, puasa, dan haji. Rasullullah SAW telah

bersabda bermaksud:

"Tidak bercampurlah antara harta yang telah wajib dizakatkan

dengan harta yang asal (tidak diwajibkan zakat) melainkan

kemusnahan terhadap harta-harta tersebut.

Ancaman dan amaran Rasulullah ini mengisyaratkan kepada kewajipan

menyegerakan pembayaran zakat tanpa bertangguh-tangguh agar harta

kita sentiasa berkat dan selamat.

Allah swt berfirman dalam Surah Al-Imran :102 yang bermaksud:

3.0 PENUTUP

”Hai orang-orang beriman takutlah kamu kepada Allah sebenar-

benarnya takut dan janganlah kamu mati, melainkan kamu orang

muslim”.

Zakat tidak memberikan implikasi negatif kepada sistem percukaian negara

justru zakat dan cukai adalah saling melengkapi dalam sistem ekonomi negara.

Zakat yang dibayar dan ditolak daripada jumlah cukai yang dibayar tidak akan

memudaratkan ekonomi negara justru Allah berjanji kepada hambaNya bahawa

zakat ialah sebagai penyubur dan pertumbuhan kepada rezeki yang telah

diperolehi. Ini bermakna hasil pendapatan negara akan terus meningkat dan

tumbuh.

22

Usaha melaksanakan peraturan Islam tidaklah perlu diragui lagi kerana tidak ada

bukan Muslim yang ditindas apabila berada dalam negara Islam. Apabila sistem

cukai yang adil dan saksama seperti sistem zakat diapplikasikan, akan dapat

melambangkan keindahan dan kecantikan sistem percukaian Islam.

Misalnya apa yang dilihat hari ini perkembangan sistem perbankan Islam.

Apakah kelebihannya sehingga ia berkembang pesat pada masa kini?. Jika hal

ini tidak benar maka perbankan Islam tidak akan menjadi terkemuka di seluruh

dunia. Malah individu bukan Islam juga melabur dan menabung wang melalui

sistem ini. Maka sudah pasti kerana sistem ini datang dari Allah SWT yang

Maha Pencipta segala yang ada di bumi dan dilangit. Teori manusia ada

kemungkinannya tidak tepat tetapi tidak ada keraguan walau sedikitpun akan

peraturan atau sistem yang dicipta oleh Allah SWT. Sistem ini adalah tepat dan

sesuai kepada semua status, kepercayaan, tempat, ugama dan masa.

RUJUKAN

Abu Al-Hasan Sadeq (1994). A Survey of the Institution of Zakat: Issues

Theories and Administration. Islamic Development Bank, Discussion Paper No.

11, Jeddah, Saudi Arabia.

Bajet 2007 dan Maklumat Cukai (2006). Persatuan Akauntan Percukaian

Malaysia.

Council of Islamic Ideology, Annual Report 1977-1978. Government of Pakistan,

Islamabad.

Institution Al Framework of Zakah: Dimensions and Implications. Islamic

Development Bank and Islamic Research and Training Institution, Jeddah, Saudi

Arabia.

23

Laporan Zakat 2005, Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuan.

Md Ekramullahil Kafi (2006). Role of Zakat in reducing dependence on IMF, WB.

Nik Mustapha Hj. Nik Hassan. Pemikiran Ibn Khaldun Terhadap Penjanaan

Ekonom Melalui Penyusunan Negara.

Syed Othman Alhabshi (1993). Belanjawan 1993: Satu Penilaian.

Yusuf Qardhawi. Fiqh Prioritas. http://media.isnet.org/islam/

Qardhawi/prioritas/index

Yusuf Qardhawi (1973). Fiqh Zakat. Jilid 2. Muassah Al Risalah, Beirut, Lebanon,

m/s 999.

Yusuf Qardhawi (1973). Fiqh Zakat. Jilid 2. Muassah Al Risalah, Beirut, Lebanon,

m/s 652-669.

24

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!