31.10.2012 Views

JWB SUARA KEADILAN HISHAMUDDIN RAIS

JWB SUARA KEADILAN HISHAMUDDIN RAIS

JWB SUARA KEADILAN HISHAMUDDIN RAIS

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

alamat dalam kad pengenalan mereka. Selebihnya 43 orang telah menukar alamat

pad kad pengenalan ke alamat terkini di pelbagai tempat. Walau bagaimanapun,

mereka ini tidak memohon kepada SPR untuk menukar alamat pusat mengundi

mengikut alamat terkini dalam kad pengenalan mereka dan alamat pusat mengundi

mereka kekal di No.994 dalam Daftar Pemilih SPR. Berdasarkan rekod itu, daripada

54 orang pemilih, seramai 38 orang adalah pemilih Melayu dan selebihnya seramai

11 orang pemilih berbangsa India serta tiga orang lagi berbangsa Cina yang

menggunakan alamat tersebut semenjak ia berstatus perumahan setinggan.

7. Hishamuddin Rais juga mendakwa di Plaza Tol Lebuh Raya Pantai Baru ada

20 pengundi tinggal dalam bilik tol. Beliau bermaksud ada orang telah mendaftar

sebagai pemilih menggunakan alamat bilik tol di lebuh raya tersebut. Semakan SPR

mendapati dakwaan itu adalah satu pembohongan dan ditulis sebagai cerita rekaan

beliau sahaja. Tidak ada satu pun alamat yang disemak di bahagian pilihan raya

yang dimaksudkan itu boleh dipadankan dengan alamat atau lokaliti.

8. Dalam rencana itu juga, Hishamuddin Rais mempersoalkan kenapa calit

dakwat sebelum memangkah? Ini untuk memastikan banyak undi rosak terpalit

dakwat hitam. Bagi SPR, dakwaan beliau itu tidak berasas dan sekadar persepsi

dan imaginasi beliau semata-mata. SPR ingin menjelaskan bahawa dalam Pilihan

Raya Umum Ke-13 akan datang, SPR akan melaksanakan penggunaan dakwat

kekal. Dalam proses pelaksanaan penggunaannya pada Hari Mengundi, SPR telah

mengambil langkah-langkah awal untuk mengelakkan dakwat yang dicalit pada jari

itu terpalit pada kertas undi. Dalam proses pengundian, kerani yang mencalit

dakwat ini adalah individu yang berasingan daripada kerani yang mengeluarkan

kertas undi. Dakwat kekal yang digunakan pula cepat kering, hanya beberapa saat

dicalit, ia kan terus kering. Di samping itu, SPR juga menyediakan kertas tisu untuk

pengundi mengesat jari mereka setelah dakwat dicalit. Tujuan SPR menetapkan

supaya dakwat dicalit sebelum pemilih diberikan kertas undi adalah bagi

memastikan hanya pemilih yang mahu dicalit jarinya sahaja diberikan kertas undi.

Ini bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya masalah jika ada pemilih yang

enggan jarinya dicalit selepas mengundi.

4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!