28.11.2014 Views

Tahukah Anda Jenis-Jenis Lesen diMBPJ ? - Majlis Bandaraya ...

Tahukah Anda Jenis-Jenis Lesen diMBPJ ? - Majlis Bandaraya ...

Tahukah Anda Jenis-Jenis Lesen diMBPJ ? - Majlis Bandaraya ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Bil 4/2010 APRIL 2010

Edaran PERCUMA

www.mbpj.gov.my

PENGURUSAN PELESENAN

Tahukah Anda Jenis-Jenis Lesen di MBPJ ?

02

Dari Meja

Datuk Bandar

Dato’ Hj. Mohamad Roslan b. Sakiman,

DATUK BANDAR PETALING JAYA

AGENDA TRANSFORMASI PIHAK BERKUASA

TEMPATAN (PBT)

Assalamualaikum w.b.t., selamat sejahtera dan salam

muhibah.

Tuntutan transformasi PBT perlu dilaksanakan

memandangkan tuntutan perkhidmatan warga

yang semakin meningkat, ekspektasi tinggi

daripada pelanggan dan stakeholders ke atas sistem

penyampaian yang berkesan. Transformasi PBT ini

melalui pendekatan komprehensif dan bersepadu.

Keberkesanan pelaksanaannya menuntut perubahan

minda dan cara bertindak seluruh warga PBT untuk

memberikan perkhidmatan berprestasi tinggi dan

melangkaui ekspektasi rakyat.

Definisi Transformasi

• Transformasi merujuk kepada perubahan

bentuk yang melibatkan sifat, rupa, keadaan

dan lain-lain (Kamus Dewan).

• Dalam konteks organisasi istilah transformasi

mengikut definisi businessdictionary.com : “A

shift in the business culture of an organisation

resulting from a change in the underlying

strategy and processes that the organisation has

used in the past.”

Transformasi PBT

Ciri-ciri organisasi pratransformasi seperti berikut:-

• Budaya keselesaan,

• Kurang responsif,

• Kelemahan penguatkuasaan,

• Imej yang rendah,

• Isu-isu integriti dan

• Kurang kompeten.

Transformasi yang dilaksanakan

• Melahirkan budaya kerja berprestasi tinggi.

• Mewujudkan uniqueness dan ethos.

• Melahirkan budaya mengejar kecemerlangan.

• Membangunkan kapasiti organisasi dan warga.

• Memperkukuhkan kerjasama strategik dengan

agensi luar.

Hasil Proses Transformasi PBT

• Kepuasan pelanggan,

• Imej yang unggul,

• Ethos mengenai pembelajaran dan

penambahbaikan,

• Keterangkuman (Inclusive),

• Breaktrough leadership,

• Tadbir urus cemerlang,

• Niche expert / Bidang kepakaran tersendiri,

• Personaliti unggul,

• Engaged employee dan

• Engaged organisation.

Sekiranya semua PBT melaksanakan transformasi

ini:-

• Peningkatan daya saing negara.

• Peningkatan kepuasan hati pelanggan.

• Peningkatan dalam pengurusan dan

perkhidmatan perbandaran.

• Peningkatan tahap dan kemampanan kualiti

hidup rakyat.

Dalam melaksanakan apa jua penambahbaikan, PBT

juga tidak seharusnya melupakan peranan asasnya

dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran seperti

jalan, parit, longkang, rumput, lampu jalan, tamantaman

permainan dan lain-lain kemudahan awam yang

sememangnya perlu diselenggara dan dipastikan berada

dalam keadaan baik secara berterusan kerana ia secara

langsung mencerminkan mutu perkhidmatan sesebuah

PBT. Sekiranya tidak, maka rakyat akan mempersoalkan

tentang kewajaran pewujudan PBT berkenaan.

Sehubungan dengan itu, MBPJ hendaklah menerapkan

budaya kerja yang mesra pelanggan agar setiap

urusan dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah

dan telus. Selain impak globalisasi dan kepesatan

proses urbanisasi di negara ini menyebabkan cabaran

yang dihadapi oleh MBPJ selaku urban managers

semakin kompleks. Untuk itu, MBPJ perlu sentiasa

responsif, menjadi catalyst kepada pembangunan

setempat dan juga berubah daripada service oriented

kepada development oriented. MBPJ juga perlu berani

melakukan perubahan ataupun service beyond ordinary

dan sentiasa bersiap sedia untuk meningkatkan prestasi

penyampaian perkhidmatan dalam segenap aspek.

Akhir kata saya sekali lagi menyeru warga kerja MBPJ

bekerjasama dengan saya melakukan transformasi bagi

memastikan tuntutan dan kehendak pelanggan dapat

dipenuhi di samping meningkatkan mutu perkhidmatan

yang cemerlang.

Berita

03

TERMINAL BAS Wan’s Central

Atasi Kesesakan Lalu Lintas

DAMANSARA DAMAI, 17 April – Terminal Bas

Wan’s Central yang menempatkan sebanyak 33 buah

kedai mampu milik menjadi ‘hub’ baharu aktiviti

perniagaan peniaga sekitar Damansara Damai yang

selama ini menjalankan perniagaan di bahu-bahu

jalan.

Kewujudan terminal ini mampu menjana ekonomi

penduduk setelah menjadi tempat khusus syarikat bas

yang menjadi pengangkutan utama penduduk untuk

menurun dan mengambil penumpang.

Syarikat-syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan

di sini ialah Selangor Omnibus, Rapid KL dan

Metrobus Nationwide sebelum ini tiada tempat

khusus untuk beroperasi telah mengundang masalah

kesesakan dan kini masalah tersebut mampu diatasi

dengan kapisiti terminal yang mampu menampung

tujuh buah bas pada satu masa.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Hj. Mohamad

Roslan b. Sakiman yang hadir merasmikan terminal

ini menyarankan, “setiap operator bas di sini

menggunakan kemudahan yang disediakan dan

tiada lagi bas-bas yang berhenti lama di bahu-bahu

jalan, sepanjang jalan di Damansara Damai ini untuk

menurun dan mengambil penumpang.”

“Dengan adanya bas-bas yang menunggu di bahu

jalan, maka ia akan menghalang perjalanan kenderaan

lain di jalan raya dalam kawasan Damansara Damai

ini,” tambah beliau.

Terminal bas ini yang dijangka beroperasi menjelang

Mei 2010 ini turut menyediakan 2 buah parkir Orang

Kurang Upaya, surau dan kemudahan lain di samping

berhampiran dengan stesen minyak, pusat membeli

belah dan medan selera.

Medan Prestasi Sdn. Bhd. anak syarikat MK Land

Holdings Berhad bertanggungjawab membina terminal

bas ini yang menelan belanja kira-kira RM1.9 juta.

Terlebih dahulu, Datuk Bandar telah diberikan

penerangan dan meninjau kawasan yang telah dinaik

taraf di kawasan Perdana Business Centre yang akan

diserahkan sepenuhnya kepada pihak Majlis menjelang

Jun 2010 kelak bagi tujuan penyelenggaraan. Turut

hadir pada majlis ini Tan Sri Datuk Haji Mustapha

Kamal Haji Abu Bakar, Pengerusi Eksekutif MK

Land Holdings Berhad.

04

Siri 1

Jenis Lesen Tred

LESEN TIDAK KRITIKAL

Iaitu permohonan yang lengkap akan diluluskan secara serta-merta.

Terbahagi kepada 2 jenis iaitu seperti berikut :-

i) Kelulusan tanpa syarat khusus, contohnya:

• Kedai aksesori kereta (jual sahaja)

• Kedai barangan elektrik

• Kedai buku dan alat tulis

• Kedai perabot

• Kedai peralatan rumah / dapur

• Kedai fotostat

• Kedai telefon / aksesori

• Iklan / papan iklan bercahaya / papan tanda premis

ii) Kelulusan dengan syarat khusus, contohnya:

• Kedai aiskrim

• Kedai kek dan roti

• Kedai kawalan serangga (jual sahaja)

• Kedai produk kesihatan / makanan kesihatan

• Restoran / kedai makan

• Tadika / Taska

• Kedai CD, DVD dan kaset

• Simpan / jual / edar minuman keras

Syarat khusus ialah perlu mendapat ulasan daripada jabatanjabatan

berkaitan.

a) Surat kelulusan kebenaran tukar guna bangunan daripada

Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ (Tadika / Taska /

Hotel).

b) Surat Kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau

Jabatan Pendidikan (Taska / Tadika).

c) Lesen cetak di bawah peraturan Kawalan Percetakan 1974

daripada Kementerian Dalam Negeri.

d) Kelulusan daripada Pejabat Daerah (Minuman Keras)

e) Sijil Kelayakan Persolekan / Rawatan Muka / Ophthalmologist

/ Optometrist

f) Surat Kelulusan FINAS (CD, DVD & Kaset)

g) Surat kelulusan daripada Bahagian Alam Sekitar bagi

aktiviti memproses/menyimpan / mengedar bahan kimia dan

berbahaya.

h) Senarai nama pekerja, salinan sijil kursus dan salinan sijil

suntikan TY2. (Establisymen Makanan)

i) Surat daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

(Farmasi/Barangan Kesihatan)

Syarat-Syarat Permohonan Lesen Tidak Kritikal

1. Borang disertakan bersama:

- Pendaftaran syarikat (Borang 24, 49, MMA perkongsian,

nama pengarah penubuhan syarikat)

- Kad pengenalan

- Salinan perjanjian sewa

- Pelan lantai dengan ukuran

- Gambar premis luar dan dalam

2. Visual Iklan

i. Bahasa kebangsaan lebih besar

ii. Nahu yang betul

iii. Kedudukan bahasa

iv. Meletakkan pemilikan syarikat di sebelah kiri

bawah iklan

v. Meletakkan nombor iklan (MBPJ/NO. LESEN

TAHUN LULUS) di sebelah bawah.

LESEN KRITIKAL

Iaitu permohonan yang memerlukan ulasan jabatan teknikal luaran

dan dalaman Majlis seperti berikut:

1. Pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan (urut)

2. Pusat siber / kafe siber

3. Perindustrian

4. Servis dan bengkel kenderaan

5. Cuci kereta

6. Tempat letak kereta persendirian

7. Valet / joki

8. Pusat hiburan

Surat Pekeliling

1. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Bil.

5/2008 pada 18/9/2008 menetapkan pengeluaran lesen rumah

urut dan urut tradisional dibekukan kecuali refleksologi sahaja.

2. Surat Pekeliling yang dikeluarkan pada 15/10/2008 menetap

semua permohonan baru pusat siber dan kafe siber dibekukan.

Polis

Hiburan Pusat Siber Pusat

Kecantikan

CARA MEMOHON LESEN

Jab.

Penguatkuasaan &

Keselamatan

Bomba

Bomba Polis Jab. Kesihatan

Persekitaran

Jab.

Penguatkuasaan &

Keselamatan

Jab. Kesihatan

Persekitaran

Bomba

Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan melalui borang

permohonan berkaitan.

Jenis Borang

Borang Komposit (semua jenis

perniagaan kecuali hiburan)

Borang Hiburan (Hiburan Tetap sahaja)

Borang Iklan (Iklan tetap, Sementara,

Kain Rentang/Bunting)

Borang Permit Sementara (Promosi/

Tutup Jalan dan lain-lain)

Borang Permit Kerusi Meja

Harga

RM5.00

RM5.00

RM2.00

RM2.00

RM2.00

Syarat–syarat memohon lesen perniagaan

1) Pendaftaran syarikat

2) Pelan lantai

3) Gambar premis (dalam dan luar)

4) Salinan kad pengenalan

5) Perjanjian penyewaan bangunan / jual beli bangunan

6) Dokumen tambahan yang berkaitan.

7) Visual iklan : -

a) Bahasa Melayu lebih besar daripada bahasa lain.

b) Nahu yang betul

c) Kedudukan bahasa

d) Meletakkan pemilikan syarikat di sebelah kiri

bawah iklan.

e) Penggunaan ‘Trade Mark’ dalam bahasa

Inggeris tidak dibenarkan kecuali bersama-sama

Bahasa Melayu.

f) Meletakkan nombor iklan (MBPJ/NO. LESEN/

TAHUN LULUS) di sebelah bawah kanan.

g) Pelan yang dibuat secara ‘FREEHAND‘

SEKIRANYA TIDAK LENGKAP, JELAS DAN

KEMAS TIDAK AKAN DITERIMA.

h) Lukisan dan tulisan dengan pensel tidak diterima.

i) Gambar yang menandakan kedudukan iklan

dengan menunjukkan :–

Tahukah Anda? 05

i) Pemandangan keseluruhan bangunan / tapak

ii) Memfokus kepada perletakan papan tanda

iii) Pemandangan lain / persekitaran

CONTOH IKLAN

PERMIT KAIN RENTANG/BUNTING

Cara Memohon Permit Kain Rentang /Bunting

Pemohon perlu mengisi borang permohonan iklan beserta dokumendokumen

berikut:

1) Pendaftaran syarikat

2) Visual iklan yang hendak dipasang

3) Salinan lesen perniagaan / iklan

4) Lokasi pemasangan iklan

Perkara Tapak Sendiri Tapak Awam

Lesen RM8.33 RM8.33

Cagaran Tiada RM15.00 (Satu Bunting /

Satu Kain Rentang)

Perkhidmatan Tiada RM50.00 satu tiang

Pelekat RM2.00 RM2.00

Syarat-Syarat Pemasangan Bunting / Kain Rentang Di Jalan-Jalan

Majlis

1. Bunting atau kain rentang yang di pasang selain dari jalan-jalan

yang dibenarkan di dalam senarai kelulusan akan diturunkan.

Bunting dan kain rentang tersebut akan dilupuskan dan cagaran

akan ditolak.

2. Perkataan bahasa Melayu mestilah lebih besar dari bahasa-bahasa

lain.

3. Majlis tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan / kerosakan /

kemalangan / kecurian.

4. Iklan yang dipasang hendaklah diturunkan mengikut tempoh

permohonan permit. Sekiranya pihak Majlis menurunkan bunting

atau kain rentang yang digantungkan selepas tamat tempoh maka

cagaran tidak akan dikembalikan.

5. Majlis juga akan menurunkan bunting dan kain rentang yang

dipamerkan berbeza daripada jumlah yang diluluskan.

6. Dilarang menurunkan bunting dan kain rentang yang berlesen

sedia ada di lokasi dan memasang secara bertindih pada satu tiang

yang sama. Pelekat bunting dan kain rentang perlu dilekatkan di

setiap bunting atau kain rentang yang dipasang.

7. Kain rentang dan bunting hanya boleh digantung dari tarikh

permit yang diluluskan.

8. Iklan yang dipohon hendaklah digantung di tempat yang

dibenarkan. Iklan tidak dibenarkan sama sekali digantung di

pokok, pacakan kayu, bulatan dan apa jua tempat yang tidak

dibenarkan.

9. Jalan di depan rumah penduduk atau rumah kedai tidak

dibenarkan.

10. Jalan protokol seperti Jalan Timur, Jalan Barat, Jalan Sultan dan

Jalan Yong Shook Lin adalah tidak dibenarkan digantung kain

rentang dan bunting komersial. Walau bagaimanapun bagi kain

rentang dan bunting serta kempen kerajaan adalah dibenarkan.

Syarat-Syarat Pemasangan Bunting / Kain Rentang Di Lebuh Raya

• Lebuhraya LDP – mendapatkan kelulusan daripada Lembaga

Lebuhraya Malaysia terlebih dahulu)

• Lebuhraya Sprint – mendapat kelulusan daripada Lembaga

Lebuhraya Malaysia terlebih dahulu.)

• Lebuhraya Persekutuan – mendapat kelulusan daripada Jabatan

Kerja Raya terlebih dahulu.

• Jalan Sungai Buloh – mendapat kelulusan daripada Jabatan Kerja

Raya terlebih dahulu.

• Jalan Klang Lama – mendapat kelulusan daripada New Pantai

Expressway terlebih dahulu.

Permohonan Lesen Sementara Bunting Dan Kain Rentang

• Borang disertakan bersama : –

– Pendaftaran syarikat

• Kepatuhan syarat

– Visual : –

1. Bahasa Melayu lebih besar daripada bahasa lain

2. Nahu yang betul

3. Kedudukan bahasa

PERMOHONAN LESEN IKLAN

• Borang disertakan bersama : –

– Pendaftaran syarikat (Borang 24, 49, MMA

Perkongsian, Nama Pengarah Penubuhan Syarikat)

– Kad Pengenalan

– Sdn. Bhd.

– Enterprise

• Kepatuhan syarat

– Visual : –

1. Bahasa kebangsaan lebih besar daripada bahasa lain

2. Nahu yang betul

3. Kedudukan bahasa

4. Meletakkan pemilikan syarikat di sebelah kanan

bawah iklan

5. Meletakkan nombor iklan (MBPJ/NO. LESEN/TAHUN

LULUS) di sebelah bawah.

6. Pemilikan syarikat

LESEN PENJAJA

Cara Memohon Lesen Penjaja

Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan berkaitan iaitu :-

Jenis Borang

Harga

Borang Penjaja RM 1.00

Borang Permit Perayaan RM 5.00

Syarat-syarat permohonan lesen penjaja :-

1. Salinan kad pengenalan pemohon

2. Salinan bil elektrik / air terkini

3. Dua keping gambar terkini yang berukuran pasport.

PERMOHONAN PERMIT PENJAJA

Terima, semak dan rekod borang permohonan permit penjaja daripada

pemohon dengan memastikan:-

a) Borang lengkap diisi dengan menyatakan jenis permit dipohon,

lokasi dan jenis jualan dan maklumat latar belakang pemohon

serta ditandatangani.

b) Salinan kad pengenalan pemohon

c) Salinan bil elektrik / air terkini

d) Dua keping gambar terkini yang berukuran pasport

e) Gambar dan pelan lokasi permit dipohon

Jenis–Jenis Permit Yang Boleh Dipohon:-

i) Permit Penjaja Sementara Bermasa

ii) Permit Penjaja Buah Bermusim

iii) Permit Musim Haji

iv) Permit Promosi

v ) Permit Perayaan seperti : Bazar Ramadhan, Tahun Baru Cina,

Deepavali, Wesak

vi) Permit Lain–lain : seperti contoh Permit Menjual Lemang, Permit

Karnival

Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi,

BAHAGIAN PELESENAN,

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,

Tingkat 6, Menara MBPJ, Jalan Tengah,

46200 Petaling Jaya, Selangor.

Tel : 03 - 7960 4667 Faks : 03 - 7960 3725

06

Berita

Pupuk Cintakan Alam Sekitar

Di Usia Kanak-Kanak

24 April – Sikap cintakan alam sekitar dalam diri

perlu dipupuk seawal usia kanak-kanak bermula

dari rumah melalui peranan yang dimainkan ibu

bapa dalam mendidik anak-anak menjaga alam

sekitar dan menghargai kehijauan.

Tun Jeanne Abdullah selaku Pengerusi Landskap

Malaysia berkata demikian semasa hadir

merasmikan kempen 1 Murid 1 Pokok yang turut

disaksikan Datin Umayal Eswaran, Pengerusi

Yayasan Vijayaratnam, Pn. Zuraidah bt. Sainan,

Pengarah Landskap yang mewakili Datuk Bandar

Petaling Jaya dan Pn. Rahanim Abdul Rahim,

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Petaling

Utama.

Seramai 165 pelajar Sek. Keb. Sri Petaling seawal

usia 7 tahun telah menyertai kempen 1 Murid

1 Pokok 2010 yang bertujuan menanam rasa

tanggungjawab pelajar sekolah menjaga alam

sekitar sepanjang berada di bangku sekolah.

Sek. Keb. Sri Petaling dipilih sebagai sekolah

pertama yang melaksanakan kempen ini pada

tahun 2010 dalam daerah Petaling Utama yang

mensasarkan penanaman sejumlah 6,000 batang

pokok dengan penglibatan sebanyak 56 buah

sekolah dalam daerah tersebut.

Kempen ini merupakan anjuran bersama Yayasan

Vijayaratnam dengan kerjasama QuestNet

Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan

Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama.

Bagi meningkatkan kesedaran menjaga alam

sekitar di kalangan pelajar sekolah juga, pihak

Landskap Malaysia akan menghantar kertas kerja

ke Kementerian Pelajaran berkenaan penubuhan

‘Renjer Hijau’ di sekolah-sekolah yang akan

terlibat dengan program-program sukarela

menjaga alam sekitar.

Pada majlis ini turut berlangsung penyampaian

hadiah melukis yang bertemakan ‘Hari Bumi’

untuk pelajar sekolah rendah dalam Daerah

Petaling Utama berupa percutian selama tiga

hari dua malam di Prana Resort, Koh Samui,

Thailand.

Berita 07

Taklimat Komuniti Berpengawal

Dan Polis Bantuan

PERPUSTAKAAN KOMUNITI MBPJ, 4

April - Bagi menyampaikan maklumat terkini

berkaitan pelaksanaan Komuniti Berpengawal

dan status penubuhan Polis Bantuan, MBPJ

telah mengadakan taklimat kepada persatuan

penduduk dan NGO yang berlangsung di Dewan

Ilmu, Perpustakaan Komuniti MBPJ.

Taklimat telah dirasmikan Timbalan Setiausaha,

Tuan Hj. Ahmat Mohaayen bin Haji Said disusuli

taklimat berkenaan Komuniti Berpengawal

oleh Tuan Ir. Hj. Cheremi bin Tarman, Pengarah

Kejuruteraan dan Encik Mohd Fauzi Maarop,

Pengarah Penguatkuasa yang menjelaskan status

penubuhan Polis Bantuan.

Hadirin kemudiannya berpeluang berdialog

dengan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten

Komisioner Arjunaidi Mohamed dan Ahli-ahli

Majlis dalam sesi yang dipengerusikan Tuan Hj.

Ahmad Yusof bin Ludin.

08

Berita

Kekurangan

Tong Sampah Diatasi

Y.B. Nik Nazmi (dua kiri) pada acara simbolik penyerahan tong sampah baharu kepada

penduduk Desa Mentari dan Desa Ria

KELANA JAYA - Sebanyak 25 unit tong sampah

baharu bernilai RM30,000 sumbangan MBPJ bakal

mengatasi masalah kekurangan tong sampah di

kawasan perumahan sekitar Desa Mentari dan Desa

Ria di sini.

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon

24, Halimey Abu Bakar berkata, penyerahan tong

sampah itu berikutan kawasan terbabit berhadapan

dengan lambakan sampah yang serius di samping

tong sampah sedia ada rosak dan berkarat.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis MBPJ

berkata, tong-tong sampah itu akan ditempatkan

di kawasan perumahan yang mempunyai jumlah

kepadatan penduduk yang tinggi.

“Blok 1 hingga Blok 8 Flat Desa Mentari masingmasing

menerima dua hingga empat tong sampah

baharu bagi menggantikan tong sampah yang

lama.”

“Manakala, Blok N di Taman Desa Ria Fasa 5A pula

menerima tiga tong sampah. Kesemua tong sampah

baharu ini akan diserahkan kepada penduduk tidak

lama lagi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Seri Setia, Y.B. Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam pada itu, beliau berkata dengan adanya

tong sampah baharu itu penduduk diharap dapat

memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

“Penduduk juga dinasihatkan membuang bungkusan

sampah ke dalam tong sampah yang disediakan

bukannya melambakkannya di tepi tong sampah,”

katanya.

Katanya, perbuatan itu boleh mengundang

kedatangan anjing liar sekaligus mengancam

keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak.

Berita 09

Integrasi Polis Dan Masyarakat Penting

JALAN PENCHALA - Integrasi antara masyarakat dan anggota polis perlu

dikekalkan dalam usaha kedua-dua pihak membendung jenayah yang berlaku

di kawasan perumahan.

Dengan adanya kerjasama erat antara kedua-dua belah pihak, tidak mustahil

kadar jenayah berjaya dikurangkan memandangkan tugas membendung jenayah

bukan terletak di bahu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, dalam

konteks tersebut mentaliti masyarakat yang tidak suka mengambil tahu apa

yang berlaku di kawasan kediaman masing-masing perlu diubah.

Arjunaidi Mohamed

Katanya, masyarakat yang prihatin adalah masyarakat yang mengambil tahu apa yang berlaku di sekitarnya.

“Dalam pada itu, masyarakat turut berperanan menjayakan konsep Community Policing sekaligus bergandingan

bersama polis setempat bagi meningkatkan lagi fungsi dan keberkesanannya dalam usaha mencegah jenayah,”

katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Arjunaidi berkata, selain pertambahan bilangan anggota polis dan rondaan

berkuda di lokasi awam, balai polis bergerak dilihat berperanan sebagai pusat kawalan untuk mengurangkan

kadar jenayah.

“Balai polis bergerak antara lain sebagai tempat untuk menerima sebarang laporan dan aduan orang awam

yang menghadapi masalah.”

“Saya berharap kewujudan balai polis bergerak di sekitar bandar raya ini akan dapat mengurangkan lagi kadar

jenayah di kawasan panas terutamanya yang melibatkan jenayah jalanan,” katanya.

Dua Kali Jadi Mangsa Ragut

Kian Keong menunjukkan

gambarnya semasa diserang

empat lelaki menggunakan

parang panjang akhir

Februari lalu.

PJ OLD TOWN – Pengerusi

Persatuan Penduduk Seksyen 2, Yap

Kian Keong pernah diragut sebanyak

dua kali.

Menurutnya kejadian terbaru berlaku

pada akhir Februari lalu.

“Kira-kira jam 10.40 pagi, saya

diserang oleh empat orang lelaki

menaiki motosikal bersenjatakan

parang berhampiran kawasan

perumahan.”

“Kepala saya ditetak dengan parang

dan bernasib baik tiada kecederaan

serius berlaku,” katanya ketika

ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, apa yang paling

menyedihkan ialah apabila kejadian

berlaku, penduduk yang menyaksikan

kejadian berkenaan tidak mampu

berbuat apa-apa.

Katanya lagi, semangat kejiranan

dalam masyarakat pada hari ini juga

semakin terhakis dan sudah tiada nilai

perpaduan yang kukuh.

Dalam pada itu, beliau turut

mencadangkan hukuman berat

dikenakan ke atas peragut kerana

hukuman sedia ada tidak memberikan

kesan kepada mereka, misalnya

hukuman sebat di khalayak ramai.

10

Berita

Masjid Al-Islamiah

Bakal Dijadikan Kelas Tahfiz

PJS6 – Masjid Al-Islamiah, Kg. Lindungan di sini

bakal dijadikan sebagai kelas tahfiz setelah masjid

baharu bernilai RM5.4 juta siap.

Nazirnya, Zulkifli Mohamad, 43, berkata keputusan

menjadikannya sebagai sebagai kelas tahfiz kerana

tidak mahu ia diabaikan begitu sahaja.

Katanya, kelas tahfiz berkenaan akan dimulakan

sebaik sahaja semua jawatankuasa berpindah ke

masjid baharu.

“Diharap dengan adanya kelas tahfiz ini, Kg. Lindungan

mampu melahirkan pelajar tahfiz yang disegani dan

mampu mengharumkan nama negara di peringkat

antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, beliau

turut meluahkan

kegembiraan berikutan

pembinaan masjid

baharu bernilai RM5.4

juta di sini.

Zulkifli Mohamad

Katanya, dengan pembinaan masjid berkenaan, ia

mampu mengatasi masalah kesesakan yang berlaku

ketika ini setiap kali solat Jumaat ataupun pada

bulan Ramadan sehingga ada jemaah yang terpaksa

menunaikan solat di atas jalan raya.”

“Tetapi dengan adanya masjid baru ini, kita berharap

masalah kesesakan dapat diatasi dan seterusnya

memberi keselesaan kepada penduduk dan kariah,”

katanya.

SURAU PERLU DANA

Baiki Bumbung Tercabut

SEKSYEN 51A – Pengerusi Surau Pangsapuri

Impian Baiduri, Md Samsuddin Md Yacob berharap

pihak yang prihatin dapat tampil menyalurkan dana

bagi membantu pihaknya membaiki bumbung surau

berkenaan yang rosak dan tercabut dalam kejadian

ribut baru-baru ini.

bilik memandikan

jenazah di surau

itu turut rosak dalam

kejadian ribut yang

berlaku kira-kira jam

5.30 petang itu.

Md Samsuddin

Md Samsuddin berkata, pihaknya menganggarkan

kos keseluruhan bagi membaiki kerosakan tersebut

mencecah sehingga RM25,000.

Katanya, bumbung surau berkenaan perlu dibaiki

segera memandangkan ia satu-satunya surau yang ada

di kawasan itu.

“Setakat ini, pihak surau baru mengumpul RM4,000

hasil daripada derma kilat yang disumbangkan

penduduk,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu Md Samsuddin turut memaklumkan

Katanya lagi, lima buah kenderaan penduduk yang

diletakkan berhampiran surau berkenaan turut

mengalami kerosakan akibat dihempap sisa bumbung

dan kayu yang tercabut.

“Buat sementara, kita terpaksa menutup bahagian

surau yang rosak dan hanya menggunakan bahagian

surau yang tidak terjejas.

“Apapun, pihak surau amat berharap dan menghargai

sekiranya ada individu atau syarikat korporat tampil

membantu kita menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Komuniti @ PJ 11

Y.B. Nik Nazmi Nik Ahmad

Pertandingan Blok

Terbersih

Bakal Diwujudkan

DESA MENTARI – Bagi menggalakkan penduduk

sentiasa menjaga kebersihan tempat tinggal

mereka, satu pertandingan ‘Blok Terbersih’ akan

diwujudkan di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia,

Y.B. Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pertandingan

tersebut adalah satu inisiatif dari pihaknya bertujuan

mendidik masyarakat menjaga kebersihan.

Katanya, pertandingan itu bakal diadakan sebelum

penghujung tahun ini dan berharap semua blok

yang terdapat di Desa Mentari menyertainya.

“Pertandingan ini bertujuan mendidik penduduk

supaya sentiasa menjaga kebersihan tempat tinggal

mereka dan mengubah mentaliti penduduk supaya

lebih prihatin terhadap aspek kebersihan,” katanya.

Nik Nazmi berkata, blok yang menang dalam

pertandingan tersebut bakal menerima hadiah dan

sijil penghargaan.

“Pertandingan seumpama ini bukan sahaja mampu

melahirkan sebuah komuniti yang prihatin dan

bertanggungjawab, malah dapat memupuk semangat

kerjasama antara penduduk.”

“Saya juga berharap agar Zon 24 terutamanya Desa

Mentari menjadi contoh kepada zon-zon lain di

Kelana Jaya,” katanya.

Katanya, ia terbukti apabila Blok 3, Desa Mentari

muncul sebagai penerima anugerah merit dalam

pertandingan anugerah kejiranan terbaik Majlis

Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2009.

12

Shamsuddin Hassan

Kok Kuang Yong

PJ OLD TOWN – Penduduk sekitar Seksyen 1, 2 dan

3 di sini menggesa pihak berwajib membina sebuah

pondok polis baharu di kawasan perumahan berdekatan

jejantas yang menghubungkan PJ Old Town dan Jalan

Klang Lama berikutan kejadian ragut yang didakwa

semakin menjadi-jadi sekitar kawasan berkenaan.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seksyen

3, Shamsuddin Hassan berkata, dengan adanya pondok

polis itu diharap boleh mengurangkan kadar jenayah

terutamanya kes ragut yang kerap kali berlaku di

kawasan tersebut.

Ditanya sama ada pernah mengemukakan aduan kepada

pihak berwajib, katanya, beliau sudah mengemukakan

aduan dan sejak dua bulan lalu pihak berkuasa kerap

melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Komuniti @ PJ

Penduduk Gesa

Bina Pondok Polis

“Susulan daripada aduan yang dibuat, anggota polis

kerap mengadakan rondaan jalan kaki, berkuda dan

menaiki motosikal dan ini dilihat berjaya mengurangkan

kadar kes ragut di tempat tersebut.”

“Bagaimanapun, baru-baru ini jenayah ragut kerap

berlaku dan kembali meningkat sehingga menyebabkan

kebimbangan di kalangan penduduk setempat,” katanya

ketika ditemui di kabin RTnya di sini, baru-baru ini.

Difahamkan, antara kawasan yang dikenal pasti kerap

berlakunya kes ragut ialah di Jalan 2, Jalan 19, Jalan

Pasar Othman dan Bulatan 12.

Sementara itu, Pengerusi Wakil Penduduk

Seksyen 1, Kok Kuang Yong ketika ditemui di sini turut

memberitahu jenayah ragut kerap berlaku di kawasan

perumahannya.

Beliau berkata, kebiasaannya modus operandi peragut

bermula jam 5.30 pagi hingga 7.00 pagi manakala pada

sebelah malam bermula jam 10.00 malam ke atas.

“Anggota polis perlu mengadakan rondaan dengan lebih

kerap di kawasan panas yang menjadi tumpuan peragut

kerana pada bulan lepas sahaja sudah enam kali jenayah

ragut dilaporkan berlaku,” katanya.

PENDUDUK MAHU

Lampu Isyarat

PETALING JAYA UTARA – Penduduk Projek

Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai di sini

mahu pihak berwajib membina sebuah lampu isyarat di

Jalan PJU1A/4A memandangkan kawasan itu berisiko

tinggi berlakunya kemalangan.

Penduduk yang ditemui, Rosmaliana Aida Mohd Adnan,

27, berkata, ibu bapa berasa bimbang memandangkan

anak-anak mereka menggunakan laluan itu setiap

hari untuk ke sekolah rendah dan menengah Lembah

Subang.

Katanya, kebanyakan kenderaan termasuk kenderaan

berat dipandu laju apabila melalui kawasan itu.

“Selain lampu isyarat, bonggol jalan juga perlu dibina

supaya pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan

mereka ketika melalui simpang empat itu.”

“Papan tanda amaran juga perlu didirikan bagi

memaklumkan pengguna jalan raya bahawa kawasan itu

berhampiran dengan kawasan sekolah,” katanya.

Gambar – Lampu isyarat perlu dibina di simpang tersebut

bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini

Justeru, tindakan segera perlu diambil bagi mengatasi

masalah berkenaan seterusnya mengelakkan masalah

lain timbul.

Difahamkan kawasan simpang empat itu menjadi

laluan alternatif pengguna jalan raya untuk ke Lebuh

Raya Damansara Puchong (LDP), Subang Jaya, Shah

Alam dan Klang.

Komuniti @ PJ 13

Segera Kemukakan Aduan :

Eow Chai

SUNGAI WAY – Penduduk yang terlibat dalam kejadian angin kencang pada

17 April lalu digesa tampil mengemukakan aduan bagi membolehkan mereka

menerima bantuan daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kg.

Tunku.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Setia,

Ding Eow Chai berkata, setakat ini pihaknya baru menerima sebanyak 18 aduan

berhubung kerosakan bumbung daripada penduduk yang terlibat dalam kejadian

berkenaan.

Katanya, penduduk masih berpeluang menerima bantuan tersebut memandangkan

Pejabat ADUN akan mengadakan majlis penyerahan bantuan

itu dalam masa terdekat.

“Aduan ini penting supaya kita tidak terlepas pandang

kepada mana-mana penduduk yang terjejas dalam kejadian

angin kencang yang melanda kawasan ini minggu lepas,”

katanya.

Katanya lagi, penduduk yang ingin mengemukakan aduan

berhubung angin kencang atau sebarang aduan berkaitan

boleh menghubunginya menerusi 012-3910538.

Difahamkan, kejadian angin kencang yang melanda kawasan

itu pada 17 April lalu merupakan kejadian kedua tahun ini

dan dikategorikan sebagai terburuk.

Selain Sungai Way, pada masa sama kejadian angin kencang

turut melanda kawasan Taman Medan, Desa Mentari dan

Kg. Lindungan.

Ceria

Sebahagian Penduduk Blok D, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai, Lembah Subang yang

hadir memeriahkan Majlis Hari Mesra Penduduk Blok D di sini. Pelbagai aktiviti diisi sempena program tersebut

antaranya acara cabutan bertuah dan pertandingan karaoke.

14

Motivasi

Remaja Wanita

Taman Dato’ Harun

Komuniti @ PJ

TAMAN DATO’ HARUN, 4 April – Hal Ehwal

Wanita (HEWA) telah menganjurkan Program

Motivasi Remaja Wanita yang mengumpulkan

seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada

golongan remaja dari Taman Medan dan Taman

Dato’ Harun di Dewan PJS 2C/6.

Antara lain tujuan program motivasi ini dianjurkan

ialah untuk mewujudkan golongan remaja yang

produktif dan kreatif yang bersemangat tinggi

menghindarkan diri dalam gejala-gejala tidak

sihat yang kian sukar dibendung.

Puan Prof. Madya. Dr. Melasutra bt. Md Dali,

Ahli Majlis MBPJ bagi zon 17 yang meliputi PJS

1 dan PJS 2 hadir merasmikan program tersebut

untuk membantu golongan remaja berjaya dalam

semua bidang yang diceburi.

Program motivasi ini dibimbing oleh dua orang

kaunselor bertauliah iaitu En. Shamsul Bahrain

b. Harun dari Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah,

Shah Alam dan Pn. Mawarni bt. Harun seorang

guru kaunseling.

PELBAGAI PERANAN Institusi Masjid

JALAN TEMPLER - Semua institusi

masjid di bandar raya ini perlu

mempelbagaikan aktiviti mereka dan

tidak mengehadkan peranan kepada soal

keagamaan semata-mata.

Setiausaha Biro Hal Ehwal Muslimat

(Bihem) Masjid Jamek Sultan Abdul

Aziz, Norashikin Ali berkata, sebaliknya

institusi masjid perlu melakukan aktiviti

yang boleh mendidik dan meningkatkan

pendapatan masyarakat setempat selaras

dengan kehendak dan keperluan semasa.

“Institusi masjid boleh berperanan besar

dalam pembangunan ummah meliputi

pelbagai aspek kehidupan seperti mendidik

rakyat dengan menyediakan peluang yang

boleh menguntungkan pelbagai pihak.”

“Justeru, institusi masjid tidak

mengehadkan peranan hanya kepada

soal keagamaan semata-mata kerana

pendekatan ini hanya akan menjadikan

umat Islam dilihat sebagai umat yang

ketinggalan dan berfikiran ke belakang,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui

pada karnival kesihatan Masjid Jamek

Sultan Abdul Aziz, di sini baru-baru ini.

Pada karnival tersebut pelbagai aktiviti

Gambar – Sebahagian penghuni rumah kesayangan Baitlahem yang

diraikan pada program tersebut

dijalankan antaranya pameran dan ceramah kesihatan, pemeriksaan

kesihatan serta pemeriksaan gigi secara percuma.

Turut diraikan seramai 20 orang penghuni rumah anak yatim dari Rumah

Kesayangan Baitlahem.

Hadir sama, Imam 3 Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Azizul Zakaria

dan Pengerusi Bihem, Sarijah Bejo.

Karnival kesihatan tersebut dirasmikan Nazir masjid berkenaan Tuan

Hj. Ahmat Mohayeen Hj. Said.

Hubungi Kami 15

TALIAN

ADUAN MBPJ

JABATAN

KHIDMAT PENGURUSAN

JABATAN

PERBENDAHARAAN

JABATAN KESIHATAN

PERSEKITARAN

JABATAN PENILAIAN DAN

PENGURUSAN HARTA

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Aduan Melalui E-Mel - aduan@mbpj.gov.my

Hotline 24 jam - 03-7954 2020

Aduan (Waktu Pejabat) - 03-7956 3544

samb. 115/117

Aduan Melalui Homepage - http://www.mbpj.gov.my /

aduan.html

Bahagian Pelesenan - 03–7960 4667

Bahagian Penjaja - 03-7956 6922

Bahagian Cukai Taksiran - 03-7956 3544

samb. 103 / 104

Bahagian Alam Sekitar - 03-7956 2939

Bahagian Kawal Selia dan Pentadbiran - 03-7955 2381

Unit Vektor dan Kesihatan Awam - 03-7955 2381

Nilaian dan Pindah Milik Harta - 03-7954 5984

JABATAN

KEJURUTERAAN

JABATAN PEMBANGUNAN

KEMASYARAKATAN

JABATAN PERANCANGAN

PEMBANGUNAN

JABATAN

KAWALAN BANGUNAN

JABATAN PENGUATKUASAAN

DAN KESELAMATAN

JABATAN LANDSKAP

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

DAN KORPORAT

Bahagian Infrastruktur dan Penyelenggaraan - 03-7958 4221

Bahagian Tender dan Kontrak - 03-7956 3544 samb. 317

Bahagian Mekanikal dan Elektrikal - 03-7876 7399

Perkhidmatan Tempahan Dewan / Balai Raya /

Gelanggang Sukan - 03-7956 3544

samb. 148 / 158

Pembangunan Sukan & Kemudahan Am - 03-7960 1219

Bahagian Pembangunan Sosial, Kebudayaan,

Kesenian dan Pelancongan - 03-7956 0203

Muzium Petaling Jaya - 03-7954 8122

Perkhidmatan Perkuburan - 03-7873 7895

Perkhidmatan Krematorium - 03-7873 7730

Urusetia Pusat Setempat (OSC) - 03-7954 1725

Pelan Pembangunan - 03-7956 3544

samb. 400 / 401

Bahagian Kelulusan Pelan Bangunan - 03-7956 3544 samb. 260

Pesuruhjaya Bangunan (COB) - 03-7956 3544 samb. 360

Penguatkuasaan - 03-7958 8085

Tunda Kenderaan - 03-7956 3544 samb. 149

Perkhidmatan Hiasan / Permit Memancing

Bahagian Pentadbiran - 03-7804 8907 / 8908

Perkhidmatan Penyelenggaraan Pokok Teduhan - 03-7804 8907 / 8908

samb. 110

Perhubungan Awam & Korporat - 03-7956 3544

samb. 126 / 203

Belia Dan Sukan 16

Kalendar Acara

Sambutan Ulangtahun

Bandaraya PJ ke-4

KEJOHANAN SQUASH

MILO ALLSTAR - 4 hingga 12 Jun 2010,

Kompleks Sukan Astaka, Padang Timur, PJ

KEJOHANAN TENIS REMAJA

TERBUKA MBPJ - 5 hingga 9 Jun 2010,

Kompleks Sukan Kelana Jaya, Petaling Jaya

KARNIVAL BANDARAYA

PETALING JAYA - 17 hingga 20 Jun 2010,

Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya

MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL

& DOA SELAMAT - 17 Jun 2010,

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya

PERTANDINGAN PERBARISAN

PIALA DATO’ MENTERI BESAR DAN

LINTAS HORMAT PIALA DATUK

BANDAR - 19 Jun 2010,

Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya

KEJOHANAN BOLA JARING PIALA

ISTERI DATUK BANDAR

- 19 & 20 Jun 2010,

Kompleks Sukan Kelana Jaya, Petaling Jaya

PROGRAM MESRA KOMUNITI PPR

LEMBAH SUBANG - 23 Jun 2010,

PPR Lembah Subang, Petaling Jaya

PJ RC POWERBOAT

CHAMPIONSHIP - 26 & 27 Jun 2010,

Taman Tasik Bandaran, Kelana Jaya

SENAMROBIK BERSAMA

DATUK BANDAR PJ - 26 Jun 2010,

Dataran Petaling Jaya

KONSERT ORKESTRA SIMFONI

MBPJ - 27 Jun 2010,

Dewan Auditorium MBPJ, Petaling Jaya

* Sebarang pindaan tertakluk kepada MBPJ

DITERBITKAN OLEH

Unit Perhubungan Awam Dan Korporat

Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

CADANGAN / MAKLUM BALAS

Sila majukan ke alamat :

Sidang Redaksi Warkah MBPJ,

Unit Perhubungan Awam Dan Korporat

Tingkat 1, Ibu Pejabat MBPJ,

Jalan Yong Shook Lin,

46675 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03 - 7956 3544 samb. 200/203/206 atau

Faks : 03 - 7958 2695

ANUGERAH

Bakat Muda Selangor

DEWAN AUDITORIUM MBPJ, 9 April – Kerajaan

Negeri Selangor buat julung-julung kalinya memberi

pengiktirafan kepada bakat-bakat seni muda yang bergiat

aktif dalam pelbagai cabang seni tanah air dengan

pengenalan Anugerah Bakat Muda Selangor.

Sebanyak 512 penyertaan diterima penganjur sepanjang

tempoh dua bulan penyertaan dibuka untuk diadili seramai

22 orang juri profesional yang diketuai Prof. Madya Dr.

Abu Hassan Bin Hasbullah dari Jabatan Pengajian Media

Universiti Malaya.

Y.B. Puan Jenice Lee, Pengerusi Anugerah Bakat Muda

Selangor merangkap ADUN Teratai berkata, “anugerah ini

diperkenalkan bertujuan memberi pengiktirafan kepada

bakat-bakat seni muda seluruh Malaysia tanpa mengira

agama, bangsa dan latar belakang atas sumbangan dalam

memartabatkan seni.”

Berbagai-bagai kategori seni dipertandingkan seperti seni

muzik, penulisan kreatif, seni visual, seni persembahan

dan kemuncaknya anugerah khas juri untuk tokoh seniman

muda.

Acara kemuncak malam anugerah, Anugerah Utama

(Bakat Muda Selangor) dimenangi Hands Percussion

membawa pulang hadiah wang tunai RM5 ribu dan geran

bernilai RM20 ribu.

Tidak ketinggalan hadir, Datuk Bandar, Dato’ Hj. Mohamad

Roslan bin Sakiman dan ADUN Bukit Antarabangsa, Y.B.

Mohamed Azmin b. Ali.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!