30.12.2014 Views

Pembangunan Model Sistem Maklumat Pemeriksaan.pdf

Pembangunan Model Sistem Maklumat Pemeriksaan.pdf

Pembangunan Model Sistem Maklumat Pemeriksaan.pdf

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

The Professional Journal of The Institution of Surveyors, Malaysia

Peer Review

PEMBANGUNAN MODEL SISTEM

MAKLUMAT PEMERIKSAAN DAN

DIAGNOSIS BANGUNAN

UNTUK KERJA-KERJA PENYENGGARAAN BANGUNAN

Mohd Al-Hafiz Ahmad 1 , Salimah Mokhtar 2 , Adi Irfan Che Ani 3 , Ahmad Ramly 4

1,2

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya

3

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia

4

Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya

Penggunaan sistem penyenggaraan bangunan berkomputer (CMMS) adalah untuk

membantu urusan pemeriksaan dan pemantauan kerja-kerja penyenggaraan berintegrasi

bagi menghasilkan penyenggaraan yang berkesan. Walau bagaimanapun penggunaannya

adalah terhad kepada pengurusan penyenggaraan sahaja dan tidak termasuk fungsi-fungsi

diagnosis kecacatan dan keadaan bangunan yang diperiksa. Kertas ini membincangkan

mengenai jenis-jenis maklumat yang diperlukan untuk membuat pemeriksaan bangunan,

menganalisis keadaan bangunan serta membantu para penyenggara untuk membuat

keputusan teknikal dengan cepat dan tepat. Hasil daripada penyelidikan yang telah

dijalankan satu carta model sistem maklumat pemeriksaan dan diagnosis bangunan telah

dapat dibentuk. Metodologi penyelidikan ini menggunakan Model Kitaran Hayat

Pembangunan Sistem (SDLC) yang membantu proses-proses penyelidikan. Kepentingan

penyelidikan ini mampu memberikan impak yang mendalam kepada praktis profesional yang

menjalankan kerja-kerja pemeriksaan bangunan. Penyelidikan ini turut menyumbang kepada

komuniti akademik untuk menerokai ilmu baru dalam menerapkan elemen teknologi

maklumat dalam proses pemeriksaan bangunan.

21

THE MALAYSIAN SURVEYOR | Vol.46 | No.2 | 2011

1.0 PENGENALAN

Keupayaan komputer untuk

menyelesaikan pelbagai isu dan membuat

keputusan tidak dapat diragukan lagi.

Komputer telah digunakan untuk

menyelesaikan isu semasa hinggalah mencetus

fenomena dan inovasi masa depan (Shelly et al., 2007).

Namun begitu, masih banyak lagi perkara yang belum

diterokai seperti bidang pengurusan dan penyenggaraan

bangunan, khususnya di dalam permasalahan

pemeriksaan kecacatan bangunan. Pemeriksaan

bangunan secara manual dan konvensional sudah

ketinggalan, tidak efisien dan tidak dapat

mempercepatkan pihak pengurusan dalam membuat

keputusan yang cepat dan tepat. Walaupun pada masa ini

terdapat beberapa perisian yang menguruskan maklumat

pengurusan bangunan tetapi ianya tidak menfokus

kepada diagnosis keadaan bangunan (Tomlingson, 1998).

Permasalahan yang berlaku ini adalah berpunca daripada

struktur bangunan yang terdiri daripada susunan dari

suatu sistem dan sistem sub yang kompleks. Selain itu,

setiap bangunan yang dibina juga mempunyai komponen

dan elemen-elemen yang berlainan. Maka dengan hanya

mengenal pasti entiti atau atribut yang ada telah dapat

memperlihatkan kriteria keseluruhan sesebuah

bangunan. Walau bagaimanapun, pemilihan kriteriakriteria

pada sesebuah bangunan mempunyai perbezaan

dalam beberapa aspek. Di samping pihak yang

bertanggungjawab yang menentukan kriteria-kriteria

tersebut, adalah juga penting dipenuhi kehendak mereka

yang berkepentingan sebagai pengguna (Douglas, 1993).

Untuk menangani pemasalahan ini maka pihak

pengurusan memerlukan data atau maklumat yang

relevan pada kadar yang segera. Dalam hal ini, tindakan

yang perlu dilakukan adalah data-data yang telah

dikumpul dapat dipindahkan daripada dokumen soal

selidik lapangan ke dalam komputer untuk dikumpulkan

di dalam pangkalan data (Hart, 1993).

2.0 PERMASALAHAN SEMASA

Merujuk kepada isu dan permasalahan penyenggaraan

bangunan, terdapat masalah-masalah yang telah dikenal

pasti terutamanya daripada pihak pengurusan dan juga

orang awam. Tambahan pula, tiada satu sistem yang

lengkap dan menyeluruh yang dapat membantu

kumpulan penyenggaraan untuk merancang,

menjalankan, mengawal dan mengukur prestasi

penyenggaraan bagi sesebuah organisasi (Chanter dan

Swallow, 2007). Walaupun terdapatnya sistem-sistem

pengurusan penyenggaraan bangunan seperti

Computerized Maintenance Management System

(CMMS). Namun ianya tidak dilengkapi fungsi dianogsis

keadaan bangunan yang disenggara. Turut menjadi

masalah apabila para pertugas senggara tidak dapat

menunjukkan kerosakan dan kecacatan bangunan yang

disenggara secara sistematik kerana tiadanya laporan

diagnosis yang terperinci serta berhubungkait bagi

melihat punca berlakunya sesuatu kerosakan. Malah koskos

pembaikian juga tidak dapat dihubungkaitkan dengan

kerosakan bangunan yang dialami. Ini menyukarkan para

pertugas senggara membuktikan keadaan sebenar

bangunan yang disenggara (Tomlingson, 1998).

3.0 OBJEKTIF PENYELIDIKAN

Bagi menghasilkan model sistem maklumat pemeriksaan

dan diagnosis bangunan maka empat objektif utama

penyelidikan disenaraikan seperti berikut:

i. Mengenal pasti kaedah pemeriksaan bangunan serta

merekodkan komponen dan elemen bangunan.

ii.

iii.

iv.

Mengenal pasti komponen-komponen pemeriksaan

sebagai modul analisis.

Mengenal pasti elemen-elemen kecacatan bangunan

dan susunan pengisian maklumat.

Membangunkan model sistem maklumat

pemeriksaan dan diagnosis bangunan untuk menilai

kecacatan bangunan.

4.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam penyelidikan

ini adalah kaedah kuantitatif yang melibatkan

penggunaan borang soal selidik, dokumen-dokumen

yang digunakan sepanjang proses dan data yang

diperolehi sepanjang melakukan pemerhatian untuk

memahami proses semasa. Penyelidikan ini juga telah

menetapkan kriteria responden bertujuan supaya setiap

responden yang dipilih benar-benar mewakili populasi

iaitu (i) setiap ahli di dalam populasi mempunyai peluang

yang sama terpilih dan (ii) responden dipilih dari

kelompok atau klasifikasi yang betul. Oleh itu, kedua-dua

proses tersebut telah dipastikan supaya meliputi pihak

yang benar-benar terlibat dalam kerja-kerja pemeriksaan

dan penyenggaraan bangunan seperti berikut:

i. Pihak-pihak yang terlibat seperti sektor, bahagian

ataupun jabatan-jabatan tertentu yang terlibat secara

khusus dalam kerja-kerja penyenggaraan bangunan

seperti perunding, arkitek, jurutera, juruteknik,

kontraktor dan lain-lain.

ii.

Pihak-pihak akademik yang terlibat dalam

pembelajaran Ukur Bangunan, Kejuruteraan, Arkitek

dan kerja-kerja penyenggaraan bangunan.

Untuk kerja-kerja lapangan dan pemerhatian maka

keseluruhan penetapan elemen dalam penyelidikan ini

dipecahkan kepada lima (5) bahagian, iaitu:

i. Tujuan Penyelidikan — Tujuan atau maksud

penyelidikan ialah membuat pengujian hipotesis

kerja dan penghuraian deskriptif ke atas objektif

penyelidikan yang telah ditetapkan. Unit analisis yang

digunakan dalam penyelidikan ini ialah rumah

kediaman jenis banglo dua tingkat yang terdapat di

Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang dikenali

sebagai rumah Naib Canselor atau Rumah VC (Vice

Chancellor).

ii.

Cara Siasatan — Cara siasatan dilakukan adalah

dengan mengkaji dan mengenal pasti bahagian asal

bangunan, mengenal pasti jumlah komponen

bangunan, lukisan terukur dan mengenal pasti

perkhidmatan bekalan elektrik dan air.

22

The Professional Journal of The Institution of Surveyors, Malaysia

iii.

iv.

Tempoh Penyelidikan — Selama tiga

minggu penyelidikan ini telah dijalankan

dengan hanya melibatkan peristiwa

semasa, iaitu penyelidikan terhadap

kaedah pengurusan pemeriksaan

bangunan yang telah dicapai dan maklum

balas responden mengenai fenomena

pembuatan keputusan yang berlaku.

Penetapan Penyelidikan — Penyelidikan

dibuat melalui kaedah kutipan data

primer dan sekunder. Data primer dikutip

dari penyelidikan lapangan. Data

sekunder pula dikutip dari pelbagai

sumber sorotan karya yang berkaitan.

v. Analisis Data — Pengujian ke atas datadata

penyelidikan lapangan telah

dijalankan melalui kaedah statistik ringkas

iaitu, peratus dan mod. Kesemuanya

dianalisis secara berkomputer

menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis

tersebut terhasilnya model sistem

maklumat pemeriksaan dan diagnosis

bangunan.

5.0 ULASAN LITERATUR

Untuk memastikan sumber maklumat yang

berguna dan konsisten bagi perancangan dan

pengawalan kerja-kerja penyenggaraan secara

berkomputer, maka pemilihan maklumatmaklumat

yang berguna dan relevan sahaja

digunakan. Anthony (2006a) menyenaraikan

lima (5) jenis maklumat utama yang

diperlukan untuk dikumpulkan bersama

seperti berikut:

i. Maklumat kemudahan bangunan

ii.

iii.

iv.

Maklumat peralatan bangunan

Langkah-langkah penyenggaraan

Maklumat kalendar atau penjadualan

v. Maklumat bahagian atau ruang bangunan

Pengumpulan maklumat-maklumat tersebut

akan mewujudkan tiga komponen utama

maklumat iaitu (1) sumber maklumat, (2)

pemprosesan maklumat dan (3) pengeluaran

maklumat. Berikut adalah carta aliran

komponen sistem maklumat dalam

penyenggaraan bangunan yang dinyatakan

oleh Wordsworth (2001) pada Rajah 1.

Rajah 1: Komponen Sistem Maklumat Dalam Penyenggaraan Bangunan

Harta Benda

Harta Benda & Juruukur Bangunan

Aduan Kerosakan Harta Benda

Operasi-Operasi Kontraktor & Pembangun

Projek

Luar

Maklumat ekonomi, badan-badan profesional,

perpustakaan, jurnal dan persidangan

Bantuan Pertanyaan

Komunikasi

Penghasilan laporan

penyenggaraan &

peruntukan kepada pihak

pengurusan

Penghasilan laporan

invois & pembayaran

kepada pihak akaun

Laporan statistik

SUMBER MAKLUMAT

PEMPROSESAN MAKLUMAT

PANGKALAN DATA

UTAMA

BERKOMPUTER

PENGELUARAN MAKLUMAT

Arahan kerja kepada

pekerja senggara

Berkomunikasi dengan

agensi-agensi profesional,

ahli-ahli perniagaan & lainlain

Organisasi

Peruntukan Kewangan Pembaikian,

Penyenggaraan & Polisi

Rekod-Rekod Lama & Semasa

Penyenggaraan

Maklum Balas Pengguna

Maklumat Penghasilan Dokumen Kontrak &

Tender

Maklumat Pekerja & Sumber Manusia

Maklumat penyenggaraan

daripada PDA dan

Komputer

Sumber Salinan Maklumat: rekod

penyenggaraan I. Harta Benda secara

bercetak II. Organisasi dan digital, invois,

III. Luar dan lain-lain

Penghasilan spesifikasi

kontrak

Pemberitahuan dan

penghantaran maklumat

kepada penghuni

bangunan

Sumber: Ubahsuai daripada Lee’s Building Maintenance Management (Wordsworth,

2001)

Peer Review

“Turut menjadi masalah apabila para pertugas senggara tidak

dapat menunjukkan kerosakan dan kecacatan bangunan yang

disenggara secara sistematik kerana tiadanya laporan

diagnosis yang terperinci serta berhubungkait bagi melihat

punca berlakunya sesuatu kerosakan.”

23

THE MALAYSIAN SURVEYOR | Vol.46 | No.2 | 2011

Komponen sistem maklumat ini

ialah untuk menerangkan setiap

data yang terdapat pada setiap

operasi pengurusan

penyenggaraan. Data-data ini

disimpan di dalam pangkalan data

untuk dihubungkan di antara satu

sama lain untuk menghasilkan

maklumat yang berguna.

Wordsworth (2001) menjelaskan

langkah pertama dalam proses

pembangunan sistem pengurusan

pemeriksaan bangunan adalah

membentuk model sistem

pengurusan tersebut kepada

beberapa bahagian iaitu data,

hubungan data dan keputusan

yang terhasil daripada hubungan

data yang terbentuk. Rajah 2

menunjukkan gambarajah model

tersebut.

Berdasarkan rajah tersebut, satu

kesimpulan tentang susunan

model sistem penyenggaraan telah

dibentuk iaitu terdiri daripada

beberapa sistem sub yang saling

berintegrasi secara sepenuhnya

dengan model-model sistem lain

seperti yang diterangkan oleh

Anthony (2006b) pada Rajah 3.

Rajah 2: Komponen Operasi Penyenggaraan Bangunan secara Berkomputer.

MAKLUMAT PENGGUNA BANGUNAN

Mula mengguna, aduan, pembaikian,

tanggungjawab

MAKLUMAT KONTRAKTOR / PEMBANGUN

PROJEK

Senarai kelulusan, maklumat tender, jadual

penyiapan, prestasi kerja

MAKLUMAT KERJA PENYENGGARAAN

Permintaan Pembaikian, Arahan kerja,

keperluan perkhidmatan, kontrak

penyenggaraan, pemeriksaan bangunan

KAWALAN PENGURUSAN

Peruntukan, pelan kewangan

Rajah 3: Integrasi Sistem dalam Kerja-Kerja Penyenggaraan Bangunan

MAKLUMAT LOKASI DAN KESELURUHAN

RUJUKAN MAKLUMAT

Alamat, no rujukan, aras bangunan,

komponen, elemen, bahagian

INVENTORI

Ukur Bangunan, Aset, Rekod-rekod senggara

PERANCANGAN JANGKA PANJANG

Polisi , kepentingan utama penyenggaraan,

perancangan kritikal, pelan penyenggaraan 5

tahun akan datang

Sumber: Ubahsuai daripada Lee’s Building Maintenance Management (Wordsworth, 2001)

Sistem Penulisan Laporan

Sistem Sumber Manusia

“Untuk memastikan

sumber maklumat

yang berguna dan

konsisten bagi

perancangan dan

pengawalan kerjakerja

penyenggaraan

secara berkomputer,

maka pemilihan

maklumat-maklumat

yang berguna dan

relevan sahaja

digunakan.”

Sistem Operasi

Sistem Material

Sistem Lukisan &

Dokumen Bergambar

Sistem Penyenggaraan

Sistem Prestasi

Kejuruteraan

Sistem Pengurusan Projek

Sumber: Ubahsuai daripada Maintenance Systems and Documentation (Anthony, 2006b)

Sistem Pengurusan

Kewangan

Sistem Perolehan

24

The Professional Journal of The Institution of Surveyors, Malaysia

6.0 PENEMUAN PENYELIDIKAN

Model sistem maklumat pemeriksaan dan

diagnosis bangunan dibentuk berdasarkan hasil

penyelidikan ke atas permasalahan yang dialami

oleh para penyenggara bangunan, kajian

lapangan dan bacaan ilmiah. Model sistem ini

dibangunkan bertujuan menganalisis keadaan

bangunan serta dapat memberi keputusan yang

cepat. Rajah 4 menunjukkan maklumat lanjut

mengenai model sistem yang dibangunkan.

Pada peringkat pertama, rajah tersebut

menunjukkan objektif utama yang dicapai dalam

penyelidikan. Tujuan utama mengkaji prestasi

keadaan bangunan adalah untuk menghasilkan

sebuah sistem yang dapat membantu para

pemeriksa bangunan menentukan prestasi

sesuatu bangunan yang diperiksa.

Rajah 4: Model Sistem Maklumat Pemeriksaan Dan Diagnosis Bangunan

PERINGKAT 1 PERINGKAT 2 PERINGKAT 3

Pematuhan

Prosidur

Laporan

Format

Prestasi

Borang

Pemeriksaan

Susunan & Pengeluaran Laporan

6 Bulan > 1 Tahun Sekali

Berdasarkan Jumlah Kerosakan Pada

Komponen Bangunan

Alatan, Cuaca, Gambar Kerosakan &

Pembaikian, Kaedah Pemeriksaan,

Lokasi, Masa, Nama Pemeriksa,

Peringatan, Punca Asal, Simptom, Tarikh

Peer Review

Kerosakan &

Kecacatan

Faktor

Faktor Biologi

Faktor Cuaca

Faktor Fizikal

Faktor Kelemahan Rekabentuk

Faktor Kesesuaian Bahan

Faktor Kimia

Mengira Jumlah

Kerosakan

Berdasarkan Jumlah Kerosakan & Peratus

Jumlah Tersebut

Lokasi

PILIHAN 1: Alamat Bangunan>Blok

Bangunan>Aras>Unit>Bahagian

Bangunan>Komponen

Bangunan>Elemen

Bangunan>Pemeriksaan

Prestasi Keadaan

Bangunan

Penggunaan

Maklumat

Bangunan

Bahagian

Bahagian Luar Bangunan

Bahagian Dalam Bangunan

Bahagian Perkhidmatan Bangunan

Bahagian Kemasan Bangunan

Bahagian Persekitaran Bangunan

Bahagian Sanitari & Perpaipan

Bahagian Mekanikal , Elektrikal & Jentera

Aduan

Pengguna

Borang Aduan

Lokasi

Tarikh

Masa

Keterangan Kerosakan

Pendekatan

Mengesan

Kerosakan

Kerosakan

Kecemasan

Makumat Utama

Alatan, Cuaca, Gambar Kerosakan &

Pembaikian, Kaedah Pemeriksaan,

Lokasi, Masa, Nama Pemeriksa,

Peringatan, Punca Asal, Simptom, Tarikh

Pemeriksaan

Berkala

Pertunjuk

= Objektif Sistem

= Komponen

= Elemen-Elemen

= Faktor

= Ciri-Ciri

25

THE MALAYSIAN SURVEYOR | Vol.46 | No.2 | 2011

Pada peringkat kedua, penyelidikan

ini telah memecahkan beberapa

faktor utama dalam proses

penghasilan sistem iaitu Pematuhan

Prosedur, Penggunaan Maklumat

dan Pendekatan Mengesan

Kerosakan. Melalui faktor-faktor

tersebut, ianya dirungkaikan kepada

beberapa komponen seperti dalam

Jadual 1.

Pada peringkat ketiga, komponenkomponen

dipecahkan kepada

beberapa ciri-ciri tertentu seperti

format, prestasi, borang

pemeriksaan, faktor, mengira

kerosakan, lokasi, bahagian, borang

aduan, dan maklumat utama.

Melalui ciri-ciri ini, maka elemenelemen

ditentukan mengikut

analisis data yang telah dijalankan

seperti Jadual 2.

Jadual 1: Peringkat Kedua Model Sistem Maklumat Pemeriksaan Dan Diagnosis Bangunan

Faktor

Pematuhan Prosedur – Sistem yang

dibangunkan tersebut haruslah

menggunakan format asal laporan

pemeriksaan bangunan bagi

sesebuah organisasi.

Penggunaan Maklumat – Faktor

Penggunaan Maklumat ialah

mengumpul sebanyak mungkin

komponen maklumat yang berkaitan.

Pendekatan Mengesan Kerosakan

–Tujuanuntuk mengkaji bagaimana

sistem tersebut dapat mengesan

kerosakan-kerosakan dan

merekodkannya ke dalam sistem

tersebut.

Komponen

Komponen laporan akan dirujuk mengikut

keselesaan penggunaan dan akan diubah

mengikut keperluan pengguna dan juga

keperluan bangunan.

Maklumat-maklumat ini dikumpul berdasarkan

kerja-kerja penganalisaan data dan juga

pengumpulan sumber-sumber ilmiah serta

polisi-polisi penyenggaraan bagi sesebuah

organisasi. Berikut adalah komponenkomponen

tersebut:

i. Komponen Kerosakan dan Kecacatan

Bangunan

ii. Komponen Maklumat Bangunan

Di antara komponen-komponen yang perlu

dilaksanakan adalah seperti:

i. Menerima Aduan Pengguna

ii. Merekod Kerosakan Kecemasan

iii. Melakukan Pemeriksaan Berkala

Jadual 2: Peringkat Ketiga Model Sistem Maklumat Pemeriksaan Dan Diagnosis Bangunan

“Kejayaan

pembangunan

sistem ini adalah

bergantung kepada

sejauh mana

pengumpulan

maklumat yang

dapat dijalankan

dan distrukturkan

dengan sebaikbaiknya.”

Elemen

Format

Prestasi

Borang

Pemeriksaan

Faktor-Faktor

Mengira Jumlah

Kerosakan

Lokasi

Bahagian

Borang Aduan

Maklumat Utama

Ciri-Ciri

Format laporan adalah mengikut bulan dan tahun iaitu 6 bulan

hingga satu (1) tahun sekali.

Prestasi bangunan adalah berdasarkan jumlah kerosakan

pada komponen bangunan.

Borang pemeriksaan diisi dengan maklumat pemeriksaan agar

ianya boleh direkodkan untuk rujukan serta menghasilkan

laporan pemeriksaan. Borang pemeriksaan yang disediakan

dalam sistem mempunyai beberapa label seperti:

(i) Alatan Pemeriksaan, (ii) Cuaca Semasa, (iii) Gambar

Kerosakan dan Pembaikian, (iv) Kaedah Pemeriksaan, (v)

Lokasi Pemeriksaan, (vi) Masa Pemeriksaan, (vii) Tarikh

Pemeriksaan, (viii) Nama Pemeriksa, (ix) Peringatan, (x)

Punca Asal dan (xi) Simptom Kerosakan.

Faktor-faktor kerosakan digunakan dalam sistem tersebut

untuk mengenalpasti punca berlakunya kerosakan sesuatu

bangunan. Faktor kerosakan adalah berpunca daripada:

(i) Faktor Biologi, (ii) Faktor Cuaca, (iii) Faktor Fizikal, (iv)

Faktor Kelemahan Reka bentuk, (v) dan Faktor Kesesuaian

Bahan.

Berdasarkan jumlah kerosakan dan peratus jumlah tersebut.

Lokasi pemeriksaan adalah berdasarkan susunan lokasi iaitu:

Alamat Bangunan Blok Bangunan Aras Unit

Bahagian Bangunan Komponen Bangunan Elemen

Bangunan Pemeriksaan.

Bahagian bangunan digunakan supaya pengguna fokus ke

atas tempat yang diperiksa. Beberapa bahagian bangunan

adalah seperti:

(i) Bahagian Luar Bangunan, (ii) Bahagian Dalam Bangunan,

(iii) Bahagian Perkhidmatan Bangunan, (iv) Bahagian

Kemasan Bangunan, (v) Bahagian Persekitaran Bangunan, (vi)

Sanitari dan Perpaipan, dan (vii) Bahagian Mekanikal,

Elektrikal dan Jentera.

Borang secara elektronik yang boleh diperolehi melalui internet

ini memudahkan pengadu membuat aduan dengan cepat dan

mudah. Borang aduan dengan ruang informasi untuk perkara

berikut:

(i) Lokasi Kerosakan, (ii) Tarikh Aduan, (iii) Masa aduan, dan

(iv) Keterangan Kerosakan.

Rekod maklumat utama mengenai kerosakan diperlukan untuk

kerosakan kecemasan dan juga pemeriksaan berkala.

Maklumat tersebut adalah merujuk kepada borang

pemeriksaan.

26

The Professional Journal of The Institution of Surveyors, Malaysia

7.0 SIGNIFIKAN PENYELIDIKAN

Faedah perlaksanaan model sistem maklumat

pemeriksaan dan diagnosis bangunan adalah

seperti berikut:

a) Mampu mengurangkan kadar kerosakan dan

aduan pengguna bangunan kerana ia boleh

bertindak sebagai penyenggaraan berancang.

RUJUKAN

Anthony, K. (2006a). Strategic Maintenance Planning.

Burlington: Elsevier., pp 160-179

Anthony, K. (2006b). Maintenance Systems and

Documentations. Burlington: Elsevier Ltd., pp 194-197

b) Boleh memantau kemajuan kerja pembaikan

dan membuat laporan pada kadar segera.

c) Memudahkan pihak pengurusan membuat

bajet dan merencana keperluan kewangan

penyenggaraan.

d) Penyimpanan maklumat yang cepat dan

mudah dipapar kembali.

e) Dapat mengembangkan konsep sistem kepada

pengurusan fasiliti dengan sedikit pengubahan

dan penambahan terhadap operasi tertentu

pada modul-modul sedia ada.

f) Menyediakan borang pemeriksaan

berkomputer yang boleh diolah atau ditambah

bersesuaian dengan operasi di lapangan dan

untuk pelbagai jenis bangunan.

8.0 KESIMPULAN

Model sistem maklumat pemeriksaan dan

diagnosis bangunan dibentuk untuk menguruskan

pemeriksaan dan pemantauan kerja-kerja

penyenggaraan bangunan. Model sistem ini

dibangunkan berdasarkan penyelidikan secara

literatur dan kaji selidik yang dilakukan pada

organisasi-organisasi yang terlibat dalam kerja-kerja

penyenggaraan bangunan.

Chanter, B. & Swallow, P. (2007). Building Maintenance

Management, 2nd Edition. Oxford: Wiley-Blackwell., pp

174-189

Douglas, J. (1993). Developments In Appraising The Total

Performance of Buildings, Structural Survey Vol.12 No.6,

1993/4, MCB University Press, 0263-080X., pp10-15

Hart, M. (1993). Survey Design and Analysis using Turbo

Stats. London: Chapman & Hall., pp 126-138

Shelly, G. B., Cashman, T. J., Vermaat, M. E. (2007).

Discovering Computers 2007: A Gateway to Information.

Boston: Course Technology., pp 3-20

Tomlingson, P. D (1998). Effective Maintenance, the Key to

Profitability: A Manager’s Guide to Effective Industrial

Maintenance Management. Indiana: Wiley, Inc., pp 22, 66-

67, 74, 137

Wordsworth, P. (2001). Lee’s Building Maintenance

Management, 4th Edition. Oxford: Blackwell Science., pp

165, 189

Peer Review

Model sistem ini boleh diadaptasikan dalam

bentuk sistem berkomputer dengan menggunakan

pelbagai jenis bahasa pengaturcaraan mengikut

keperluan pembangun sistem. Model sistem ini

diharapkan dapat mengembangkan operasi

penyenggaraan bangunan untuk setiap organisasi

yang menggunakannya. Paling berkesan sekiranya

segala proses dapat dilakukan dalam lingkungan

intranet dengan adanya capaian rangkaian

komputer tanpa mengira masa.

Secara keseluruhannya, penyelidikan ini dijalankan

untuk menghasilkan satu sistem maklumat

pengurusan yang berkesan. Kejayaan

pembangunan sistem ini adalah bergantung

kepada sejauh mana pengumpulan maklumat yang

dapat dijalankan dan distrukturkan dengan sebaikbaiknya.

Selain itu kualiti maklumat, perkhidmatan

dan kualiti sistem juga adalah elemen penting bagi

memastikan sistem yang dibangunkan berkesan

kepada organisasi dalam menjalankan

pemeriksaan dan pemantauan kerja-kerja

penyenggaraan bangunan. Secara tidak langsung,

ia juga dapat meluaskan pengetahuan di dalam

bidang sistem maklumat dan teknologi semasa

yang sentiasa berkembang pesat. •

27

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!