20.04.2015 Views

o_19jbh0infq8ronhn8ggdql28a.pdf

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Tahniah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin‐Nya, saudara‐saudari telah

berjaya ditawarkan tempat pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sesungguhnya saudara‐saudari adalah golongan yang bertuah kerana telah berjaya

terpilih daripada ribuan pemohon untuk melanjutkan pengajian di UiTM. Kehadiran

saudara‐saudari sebagai mahasiswa dan mahasiswi ke UiTM sangat dialu‐alukan.

Bagi memenuhi keperluan jasmani dan rohani pelajar, UiTM menyediakan pelbagai

kemudahan, aktiviti pembelajaran, kerohanian, sukan dan rekreasi. Manfaatkanlah

segala kemudahan yang disediakan dengan sebaik‐baiknya demi kebaikan saudarasaudari

sepanjang tempoh pengajian di sini.

Saya juga menyeru agar saudara‐saudari mensyukuri rahmat yang diberikan dengan

menunjukkan iltizam yang tinggi sebagai mahasiswa dan mahasiswi UiTM.

Gunakanlah peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan ilmu pengetahuan

supaya menjadi graduan yang berdaya saing, mempunyai penghayatan global serta

beretika yang berlandaskan kepada nilai‐nilai murni dan etika profesional.

Akhir kata, harapan dan doa saya semoga saudara‐saudari menjadi graduan yang

berilmu, berketerampilan dan beramal dalam mencapai visi, misi dan objektif UiTM

bagi memenuhi aspirasi pembangunan negara.

SELAMAT MAJU JAYA

Sekian

Wassalam

DATO' PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, FASc

Naib Canselor

3

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!