11.07.2015 Views

Amanat Naib Canselor - UMS - Universiti Malaysia Sabah

Amanat Naib Canselor - UMS - Universiti Malaysia Sabah

Amanat Naib Canselor - UMS - Universiti Malaysia Sabah

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Dalam mengumpulkan maklumat mengenai kesukaran segelintir graduanmenempatkan diri dalam pekerjaan, lazimnya kita menerima alasan bahawamereka telah mengikuti program yang tidak memberikan kesempatan luas dalamdunia pekerjaan. Melihat kepada alasan itu, kita sebenarnya dituntut untukmemandang sisi lain dalam merebut peluang-peluang yang tersedia. Dalam eraglobalisasi dan liberalisasi yang berteraskan ICT, alasan tersebut kelihatannyatidak boleh diterima secara total. Sesungguhnya setiap program pengajianmemiliki hasil pengetahuan dan kemahiran ganda yang boleh diterapkan didalam banyak bidang pekerjaan.4) Proses Kematangan dan Kemahiran InsaniahPara pelajar yang dihormati sekalian,Saya yakin anda semua sudah maklum betapa dunia kerjaya sentiasa diwarnaipersaingan terbuka. Setiap saat dan waktu, persaingan menjadi semakinkompetitif. Justeru anda bakal mendapati, hanya mereka yang berilmu danmampu memanfaatkan ilmu sahaja akan berjaya. Maka dengan itu, selamamenempuh pengajian di <strong>UMS</strong>, anda diberi pelbagai ruang untuk menguasai ilmupengetahuan dan kemahiran insaniah. Dua eleman ini mempersiapkan andamenjadi modal insan yang siap-guna untuk berfungsi dalam menggerakkankemajuan negara dan menambah-baik realiti kehidupan masyarakat.Di <strong>UMS</strong>, kemahiran insaniah atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘softskills’menggabungkan pengetahuan dengan kemahiran. Para pelajar mempunyaibanyak pilihan untuk mendapatkan kemahiran insaniah. Antaranya aktiviti kokurikulumseperti Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), PALAPESUDARA, Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS) dan aktiviti-aktviti khidmatmasyarakat di lapangan-lapangan.Para pelajar yang dihormati sekalian,Sebelum mengundurkan diri, sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat datangkepada anda semua. Saya berharap kehadiran anda ke kampus ini bakalmencorakkan kehidupan anda selepas pengajian dan seterusnya dapatmembantu negara menyempurnakan Konsep 1<strong>Malaysia</strong> dalam merealisasikanWawasan 2020.Sekian, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!