13.07.2015 Views

2010 PPUM BULETIN 2B.indd - Login Portal PPUM

2010 PPUM BULETIN 2B.indd - Login Portal PPUM

2010 PPUM BULETIN 2B.indd - Login Portal PPUM

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PPUM/Edisi: 2 / 2010. April - JulaiEdaran dalaman sahajaMAJLISPENGHARGAANPERKHIDMATANTAHUN 2009Pada 22 Jun 2010, PTj Pembangunan Organisasi telah menganjurkanMajlis Penghargaan Perkhidmatan untuk meraikan staf yang telahdianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang tahun 2009, PenghargaanPersaraan bagi staf yang telah bersara dan akan bersara pada tahun2010 dan Anugerah Khidmat Setia kepada staf yang telah berkhidmat diPPUM selama 20 tahun. Majlis ini telah diadakan di Dewan Sivik, MajlisBandaraya Petaling Jaya, Selangor. Majlis yang amat bermakna ini telahdirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengurus PPUM, Y.Bhg. Prof.Madya Dr. Rozaidah bt. Talib.bersambung di muka surat 2PEMBERIANCENDERAMATAKEPADA STAFSEMPENA HARIPEKERJA 2010Pada 4 Mei dan 5 Mei 2010, PTj PembangunanOrganisasi telah mengadakan aktiviti pemberiancenderamata sebanyak 4,380 kaki payungkepada semua staf PPUM sebagai penghargaanbersempena Hari Pekerja 2010 yang bertempat diPasar Siti Khadijah, Tingkat 2, PPUM.Oleh : Azira Azwaty Bunizar

KANDUNGANPentadbiran11333445588Majlis Penghargaan Perkhidmatan Tahun 2010Pemberian Cenderamata Kepada StafSempena Hari Pekerja 2010PentadbiranPersaraan PilihanPersaraan WajibPelaksanaan Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Perubatan,Farmasi Dan Kumpulan SokonganProgram & Peristiwa (Majlis, Lawatan,Pelancaran dan Projek)Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2010 Peringkat PPUMMajlis Pelancaran Dan Penyerahan Alat ExtracorporealShockware Myocardial Ravascularization (ESMR)Audit Pemantauan Sirim Qas International Sdn. Bhd. 2010Audit 15189 (Makmal)Kesihatan6 Jururawat Sebagai Penggerak Utama DalamPenjagaan Penyakit KronikSukan, Rekreasi dan KesenianKejohanan Bowling Piala PengarahPPUM 2010Kejohanan Paintball PPUM 2010Sambungan dari muka surat 1Majlis Anugerah Penghargaan Perkhidmatan tahun inibuat julung kalinya telah memperkenalkan AnugerahKhas Tokoh sebagai pengiktirafan di atas sumbangan daniltizam staf di luar tugas rasmi dan telah mengharumkannama PPUM sama ada di peringkat daerah, negeri, negaradan antarabangsa. Penerima Anugerah Khas Tokoh padakali ini ialah Encik Abdul Manan b. Mohamood sebagaiTokoh Sukan, Puan Siti Sarah bt. Ahmad sebagai TokohKesenian dan Encik Mior Sazali b. Mat Ali yang diiktirafsebagai Tokoh Kebudayaan. Pada tahun ini, seramai331 orang staf telah terpilih untuk menerima AnugerahPerkhidmatan Cemerlang, 39 orang staf yang bersaradan 41 orang staf telah menerima Anugerah KhidmatSetia. Para penerima anugerah telah menerima SijilPenghargaan dan cenderamata sebagai tanda kenangandi atas sumbangan yang telah diberikan.Majlis juga telah dimeriahkan dengan alunan muzik ghazaloleh Kumpulan Ghazal Malaya serta persembahan khasdari penerima Anugerah Khas Tokoh Kebudayaan, EncikMior Sazali bin Mat Ali dengan persembahan teh tarikyang begitu mengasyikkan yang telah menarik minatY.Bhg. Dato’ Pengarah dan Pengerusi Lembaga Pengurusuntuk mencuba aksi persembahan tersebut. Majlis yangmeriah ini telah diakhiri dengan sesi fotografi bersamapihak Pengurusan PPUM.Oleh : Azira Azwaty BunizarSIDANG PENGARANGPenasihatMariashabiradalia bt. Mohd HashimKetua EditorMohd Nasjefri bin Mohamad NorEditorMohd Azlan bin Che Mohd NoorGrafikNorzamri bin ShaariAhliEileena bt. Ahmadul Baduwi, Norhanun bt. ZahidSahabudin bin Mohd Bajuri, Subari bin Muhammad SukindarNorazmah bt. Ahmad, Azira Azwaty bt. BunizarAmerah bt. Abd RahmanPencetakMaziza Sdn. Bhd.“Sebaik-baik usaha ialah usahayang dilakukan oleh seseorangpekerja dengan sebaik-baiknya(cemerlang)”Maksud Hadith Rasullullah S.A.W2

PERSARAAN PILIHANPERSARAAN WAJIBMariam binti Mansor(No PKHU: 4367)Ketua Penolong Pengarah KananTempoh Perhidmatan: 18/4/1978– 1/4/2010Habibah binti Hj Abdullah(No PKHU: 10002)Pengajar Juru X-Ray Gred U44Bersara wajib: 22/5/2010Bahron bin Bakri(No PKHU: 6724)Penolong Pegawai Tadbir Gred N32Tempoh Perkhidmatan: 12/4/1979– 1/5/2010Arbaienah binti Hassan(No PKHU: 8623)Atendan Kesihatan Gred U3Tempoh Perkhidmatan: 26/9/1996– 1/5/2010Robiah binti Yaakub(No PKHU: 3397)Jururawat Gred U29Bersara wajib: 14/4/2010Rusinah binti Abd Rashid(No PKHU: 4078)Jururawat Gred U29Bersara wajib: 29/4/2010Rusnany binti Abu Samar(No PKHU: 4300)Jururawat Gred U29Bersara wajib: 10/5/2010Oleh : Azira Azwaty BunizarPELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT BAGIPEGAWAI PERUBATAN, FARMASI DAN KUMPULANSOKONGANKementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui suratnyabertarikh 29 Mac 2010 telah memaklumkan keputusan kerajaanuntuk memanjangkan pelaksanaan urusan kenaikan pangkatbagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan PegawaiFarmasi berdasarkan laluan kerjaya yang telah dipersetujuimengikut tempoh berkhidmat pegawai di atas sesuatu greddalam skim perkhidmatan yang sama untuk diguna pakai diIPTA. Kenaikan pangkat pegawai adalah tertakluk kepadapegawai yang telah memenuhi semua syarat kenaikanpangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya.Lanjutan daripada bengkel yang telah diadakan oleh pihakKPTM pada 31 Mac 2010 berhubung perkara ini, proseskenaikan pangkat telah dilaksanakan oleh setiap agensi secaraKhas Untuk Penyandang (KUP) kepada staf yang berkelayakansementara menunggu kelulusan waran perjawatan yang akandiwujudkan secara fleksi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.17 orang staf PPUM adalah layak untuk kenaikan pangkatsecara Khas Untuk Penyandang (KUP).Tahniah diucapkan kepada kakitangan yang telah Berjayauntuk kenaikan pangkat seramai 17 orang.Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam surat edarannyabil.JPA(S)NP.134/1 Klt.19/s.k2(11) bertarikh 14 Mei 2009memaklumkan persetujuan Kerajaan Malaysia agar PegawaiKumpulan Sokongan yang telah berkhidmat selama 15 tahundan lebih serta masih berada di gred lantikan dalam skimperkhidmatan dan perkhidmatan semasa dipertimbangkankenaikan pangkat sebagaimana yang ditetapkan dalam skimperkhidmatannya secara Khas Untuk Penyandang (KUP) yangberkuat kuasa mulai 1 Julai 2009. Sehubungan itu, seramai338 orang staf yang telah dinaikkan pangkat secara KUP.Oleh : Azira Azwaty Bunizar3

Program & Peristiwa (Majlis, Lawatan, Pelancaran dan Projek)SAMBUTAN HARI JURURAWAT ANTARABANGSA2010 PERINGKAT PPUMTema “ Delivering Quality, Serving Communities:Nurses Leading Chronic Care”Sambutan Hari Jururawat bagi peringkat PPUM pada tahun initelah diadakan pada 2 Jun 2010 bertempat di Dewan SekapurSirih. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’Dr. Ikram Shah Ismail. Dalam ucapan beliau telah menyatakansaban hari semakin ramai orang mendapat penyakit kronik danantara yang menjadi kebimbangan ialah umur ketika penyakitdikesan kerana kebanyakkan pesakit terdiri daripada golonganmuda. Ini bermakna tempoh pengurusan dan pengawalanakan memakan masa dan kos perawatan meningkat. Beliaumenyeru supaya jururawat sentiasa mempamirkan kemahirandan meningkat pengetahuan selari dengan keperluan pesakitdan menunjukkan teladan yang baik kepada pesakit, keluargadan masyarakat.Sebagai seorang jururawat, 12 Mei adalah tarikh yangyang tidak dapat dilupakan dan sentiasa dinantikan padasetiap tahun. Tarikh yang diiktiraf sebagai Hari JururawatAntarabangsa bagi menghargai sumbangan dan jasajururawat dalam penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Tahunini tema sambutan adalah memberi fokus kepada penjagaandan pengurusan penyakit kronik dimana penyakit ini di dalamperingkat membimbangkan di seluruh dunia. Jururawatsebagai penggerak utama perlu menunjukkan teladan yangbaik kepada pesakit, keluarga dan masyarakat.Majlis sambutan pada tahun ini dimuatkan dengan ceramahdan pamiran berkenaan penyakit kronik di konkos PPUMselama 3 hari. Sebelum majlis penutup, Yang Berbahagia Prof.Dato’ Dr. Ikram Shah Ismail telah menyampaikan sekuntumbunga ros kepada semua jururawat yang hadir sebagai tandaterima kasih dan menghargai sumbangan dan jasa merekadalam merawat pesakit.Oleh : Amerah Abd RahmanMAJLIS PELANCARAN DAN PENYERAHAN ALATEXTRACORPOREAL SHOCKWARE MYOCARDIALRAVASCULARIZATION (ESMR)PPUM, tanggal 3 Mei 2010, Kristal Ballroom 1, Hotel Hilton,Petaling Jaya, berlangsungnya satu Majlis pelancaran danPenyerahan alat Extracorporeal Shockware MyocardialRavascularization (ESMR) kepada Pusat PerubatanUniversiti Malaya. Majlis tersebut dirasmikan oleh Y.Bhg.Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon, Naib Canselor UniversitiMalaya. Turut hadir, Y.Bhg. Dr. Rozaidah Talib, PengerusiLembaga Pengurus PPUM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. IkramShah Ismail, Pengarah PPUM.ECG Monitor Control PanelUS probeShock WaveApplicator (SWA)Extracorporeal Shockware Myocardial Ravascularization(ESMR) merupakan teknologi perubatan yang pertama diMalaysia. Teknik perubatan ini adalah peluang terbaik untukpesakit jantung koronari yang tidak sesuai untuk menjalanirawatan angioplasti atau sebarang pembedahan pintasanjantung. Pusat Perubatan Universiti Malaya bukan sahajaakan menjadi satu-satunya hospital yang menawarkanrawatan terkini ini, malahan akan membuka satu ruangdan peluang penyelidikan yang berpotensi tinggi di dalambidang kardiologi di negara ini. Selaras dengan PPUMsebuah hospital pengajaran dan pembelajaran.Turut sama dalam majlis tersebut, seorang pakar dariJerman untuk berkongsi kepakaran, pengalaman danpengetahuan serta bersedia melatih pakar-pakar kardiologiPPUM secara mendalam dalam mengendalikan mesintersebut.Tahniah kepada seluruh warga yang terlibat demimemartabat dan mengharumkan nama PPUM.Oleh : Wan Ab. Ghani bin Wan Idris4

AUDIT PEMANTAUAN SIRIM QASINTERNATIONAL SDN. BHD. 2010PPUM, 25 hingga 27 Mei 2010, Audit Pemantauan SIRIMQAS International Sdn. Bhd. 2010 telah dilaksanakan bagimengekalkan persijilan yang sedia ada di PPUM.Objektif audit pemantauan adalah untuk memastikanSistem Pengurusan Kualiti di PPUM mematuhi standard MSISO 9001:2008 secara berterusan, melihat perubahan yangdilakukan oleh PPUM terhadap sistem pengurusan kualitidan melihat semula keberkesanan tindakan pembetulanyang dilakukan hasil dari Audit yang dilaksanakan sebelumini. Auditor SIRIM diketuai oleh Puan Mariam Mohamed Zinserta dibantu oleh Puan Azizun Abd Aziz.Kaedah audit pemerhatian, menilai dokumen, menyemakrekod dan menemu duga staf termasuk pengurusanPPUM.Skop pensijilan PPUM ialah “provision of healthcare servicesincluding ancillary and support services”. Dokumen rujukanMS ISO 9001: 2008 – requirements; organization’s qualitymanual and procedures: customer’s and regulatory andstatutory requirements.Audit Pemantauan selama tiga hari telah berjaya dilaksanakandan hasil audit tersebut, 3 Laporan Ketidakpatuhan (NCR)dan 8 Laporan Peluang Penambahbaikan (OFI) telahdiperolehi.Oleh: Lily Suria Mohd ZainAUDIT 15189 (MAKMAL)Bahagian Perubatan Makmal (PTj Patologi) telah diaudit pada22-23 Jun 2010Perkara-perkara yang telah diaudit adalah := Reverification of laboratory performance afterRenovation= Surveillance assessment - Chemical Pathology andHaematology Scope= Extension of ScopeKumpulan Juruaudit terdiri daripada := Jabatan Standards Malaysia= Lead Assessor : Mdm Ng Pui Wan & Fariza WanAbdullahPenilai : Yi Fang Pan dari Taiwan Accreditation Foundationon behalf of Asia Pacific Laboratory Accreditation Commitee(APLAC).Summary of finding: Total of 7 NCR and 12 Observation receivedPasukan penilai telah mencadangkan status pengakreditasiandiperbetulkan serta merta memandangkan ketidakpatuhanyang dibangkitkan tidak mempunyai impak yang signifikankepada sistem pengurusan kualiti. Pasukan penilai jugamencadangkan makmal diberi pengakreditasian atas skoptambahan yang dipohon selepas makmal mengambil tindakanpembetulan yang berkesan ke atas semua ketidakpatuhan(NCR) diterima semasa audit.Oleh :Chew Yee Yean= Technical Assessors : 1. Prof Dr Cheong Soon Keng2. Prof Dr Yasmin A Malik3. Dr Jamilah Baharom4. Mdm Lau Kim Bee5

KesihatanJURURAWAT SEBAGAI PENGGERAKUTAMA DALAM PENJAGAANPENYAKIT KRONIKSempena sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2010“Delivering Quality, Serving Communities:Nurses Leading Chronic Care”Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan penyakitkronik sebagai penyakit yang berjangkamasa panjang danmenjejaskan kesihatan secara perlahan. Dalam erti kata lainmasalah kesihatan yang memerlukan rawatan dan pengurusanyang berpanjangan (WHO 2002). Diabetes, kardiovascular,pernafasan kronik dan kanser, merupakan pembunuh utamadi seluruh dunia yang menyebabkan 35 juta kematian setahun( WHO) 2008, yang berlaku di negara-negara berpendapatanrendah dan sederhana. Kebanyakkanya penyakit ini bukanlahdisebabkan oleh ejen-ejen jangkitan, sebaliknya lebihkepada amalan gaya hidup seharian atau pendedahan padapersekitaran yang tidak sihat.Penyakit-penyakit ini semuanya boleh dicegah atau dikesandiperingkat awal, malah kematian awal akibat penyakit iniboleh dielakkan jika pesakit diurus dan dikawal denganberkesan. Walaupun banyak kempen-kempen makanansihat, gaya hidup sihat tetapi masih ramai yang tidak sedardan tidak mengamalkanya.DiabetesSecara global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),meramalkan populasi diabetes akan berkembang kepada lebih200 juta pada tahun 2010 dan 330 juta menjelang 2025 (UtusanMalaysia 16 Mac 2010). Dalam masyarakt kita, penyakit inimasih lagi dianggap tidak berbahaya kerana proses penyakitini bertindak mengambil masa tanpa disedari. Diabetes jugamenyerang tanpa mengira darjat dan keturunan.Kegemaran masyarakat kita dengan minuman teh tarik,minuman berkabonat, budaya pemakanan yang berlemak dankurang bersenam merupakan daya tarikan utama penyakit inimeningkat. Oleh kerana pemakanan yang tidak seimbangobesiti dikalangan kanak-kanak semakin meningkat dangejala diabetes mudah menyerang walaupun tiada keturunanberpenyakit diabetes.Diabetes mengakibatkan penghidap berisiko terhadapkematian kerana memusnahkan tisu tubuh yang kegagalanbuah pinggang. Kesan daripada komplikasi ini amatdirasai terutama daripada kalangan pesakit yang tidakberkemampuan kerana perbelanjaan yang tinggi. Amputasidikalangan penyakit diabetes juga meningkat dan memberikesan kepada kehidupan harian dan menjejaskan ekonomimereka.Penyakit kardiovascularSesi pengajaran kesihatan kardiovaskularbersama pesakit dan keluarga6

Penyakit ini tersenarai sebagai pendahulu penyebab kematiandi seluruh dunia baik di negara maju ataupun membangun(WHO) 2009. Pada tahun 2004, seramai 17.1 juta orangmeninggal dunia akibat penyakit ini dan ia mewakili 29 peratusjumlah kematian di seluruh dunia. Daripada jumlah itu, 7.2juta kematian disebabkan penyakit jantung dan 5.7 juta lagiakibat strok dimana tekanan darah tinggi adalah punca utamamasalah kardiovaskular. Angka kematian dijangka bertambahmenjelang tahun 3030 jika penyebab utama penyakit kronikini tidak dikawal.KanserKanser bermula daripada perubahan pada sel badan dibantudengan faktor luaran atau pembawaan faktor genetikseseorang. Kanser juga boleh merebak dan menyerang organorganlain di dalam badan jika tidak dikesan pada peringkatawal atau tidak dirawat.Jururawat Sebagai Penggerak Utama PenjagaanPenyakit KronikSambutan Hari Jururawat pada tahun ini menumpukan kepadapenjagaan penyakit kronik dan jururawat perlu mengambilinisiatif menyahut cabaran bagi membantu pesakit, keluargadan masyarakat amnya dalam membantu mereka menanganipenyakit ini. Adalah menjadi tanggungjawab jururawatmemberi perhatian dan tindakan sewajarnya tidak mengiratempat, bangsa, agama dan organisasi kesihatan sam adakerajaan atau swasta.Jururawat juga perlu menjadi role model sebagai agenperubahan atau penggerak gaya hidup sihat melalui amalanpemakanan sihat, senaman dan menjauhi rokok disampingmemberi pendidikan kesihatan, mengadakan kempenkempenkesedaran kesihatan di dalam dan luar hospital.Namun perkara ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasamadan kesungguhan pesakit itu sendiri terutama memahamitentang bahaya penyakit yang dihidapi, pengambilan ubatdan kawalan makanan. Cara jururawat meyakinkan pesakitdan menangani pelbagai kerenah mereka amat penting bagimengerakkan pesakit menjaga kesihatan diri sendiriUntuk itu, jururawat perlu menunjukkan komitmen yangtinggi dan kreatif bagi mencapai objektif sebagai penggerakkesihatan. Meningkatkan kompetensi diri, berpengetahuan,kemahiran berkomunikasi, kawalan emosi, sabar, sihat,cergas dan ceria merupakan faktor penggerak yang mestidiamalkan.Oleh : Amerah Abd RahmanRawatan kimoterapi pesakit kanser di unit OnkologiDi antara kanser yang paling banyak menyebabkan kematiansetiap tahuan ialah kanser paru-paru, perut. hati, usus danpayudara. Kanser menyumbang kepada 13 peratus daripadasebab-sebab kematian lain. Lebih daripada 30 peratus kanserboleh dicegah dan rokok dikenalpasti menjadi salah satufaktor utama penyebab kanser.Penyakit Sistem PernafasanKajian menunjukkan 300 juta orang menghidap asma dan210 juta menghidap penyakit sekatan di saluran pernafasan(Chronic Obstructive Airway Disease) yang kebanyakkanyaberpunca daripada tabiat merokok. Manakala asma lebihkepada genetik, tetapi pendedahan pada persekitarandicemari dengan asap rokok juga boleh menyebabkanseseorang menghidap asma.Khidmat masyarakatLawatan susulan ke rumah pesakit7

Sukan, Rekreasi dan KesenianKEJOHANAN BOWLING PIALAPENGARAH PPUM 201011 April 2010, Kelab Rekreasi Hospital Universiti PPUMtelah menganjurkan Kejohanan Bowling Piala PengarahPPUM 2010. Penyertaan terbuka kepada ahli KRHUdan juga kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya.Bertempat di Cosmic Bowl Mid Valley, Kuala Lumpur.Acaradijadualkan dijalankan jam 10 pagi, sebanyak 22 kumpulantelah menyertainya bagi merangkul Piala Pengarah PPUM2010 serta hadiah wang tunai berjumlah RM 2,500. Selakupenaung Kelab Rekreasi Hospital Universiti dan PengarahPPUM Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Ikham Shah Ismail telah hadiruntuk merasmikan Kejohanan tersebut diiringi oleh PresidenKRHU En Aziz Bin Mansur. Pertandingan bertambah meriahapabila Pengarah PPUM, selaku Penaung KRHU jugamenyertai pertandingan tersebut dan memberi semangatkepada para peserta yang menyertainya. Kelab RekreasiHospital Universiti berharap dengan adanya pertandinganini, ia dapat membantu mengeratkan lagi pesefahamandi antara kakitangan-kakitangan PPUM. Tempat pertamadimenangi oleh Team Lab Hammer dan hadiah khas matatertinggi dimenangi oleh En. M.Souhkri Bin Hussin. Tahniahkepada para pemenang. Untuk mendapat maklumatmengenai Kelab Rekreasi Hospital Universiti boleh layarikelabrekreasihospitaluniversiti@blogspot.com.Oleh : Rashidee Sharill Mohd SatarKEJOHANAN PAINTBALL PPUM 2010berlangsung dengan sengit walaupun terdapat beberapapasukan yang sepatutnya telah memenangi pertandingantapi dibatalkan kemenangan kerana melanggar peraturanpertandingan. Akhirnya pasukan ‘Lauk Ayam’ telah menjuaraikumpulan A diikuti dengan pasukan ‘TRC-Unknown2’ selakuNaib Johan manakala Kumpulan B didahului oleh pasukan‘TRC-BID’ diikuti pasukan ‘Menang’.Buat pertama kalinya Kelab Rekreasi Hospital Universiti(KRHU) dengan kerjasama Trauma Recreation Club (TRC)telah menganjurkan Pertandingan Paintball PPUM 2010.Pertandingan ini telah diadakan pada 26 Jun 2010 bertempatdi Southern Legion Taman Kenari, Sg. Ramal, Kajang. Padapertandingan ini semua peserta telah berkumpul seawaljam 8.00 pagi di mana perkhidmatan pengangkutan telahdisediakan oleh pihak penganjur.Semua peserta telah diberikan taklimat ringkas terlebih dahulumengenai format pertandingan serta ciri-ciri keselamatanyang perlu dipatuhi semasa pertandingan. Ucapan aluan jugadiberi oleh pengerusi En. Rafidi bin Zainol selaku jawatakuasapenganjur. Sebanyak 8 pasukan yang telah menyertaikejohanan ini dan setiap pasukan diundi kepada 2 kumpulan,di mana setiap kumpulan terdiri daripada 4 pasukan. Sainganbermula tepat jam 9.45 pagi dan setiap pasukan dibekalkanhanya 50 paintballs sahaja bagi seorang peserta dan setiapperlawanan diberikan masa selama 5 minit. Pemenangakan ditentukan dengan syarat pasukan mana yang dapatmengambil ‘flag’. terlebih dahulu dan selepas itu merekaperlu menyentuh checkpoint ‘etouch gate’. PertandinganPada peringkat separuh akhir pelbagai aksi-aksi menarikditampilkan di mana pasukan ‘Lauk Ayam’ dan TRC-BID mudahmengalahkan lawan masing-masing iaitu pasukan ‘Menang’dan TRC-Unknown2. Pertandingan ini telah dimenangi olehpasukan ‘Lauk Ayam’ dikuti ‘TRC-BID’, ‘TRC Unknown2’dan pasukan ‘Menang’. Sebelum majlis penyampaian hadiahdiadakan satu pertandingan ‘friendly game’ telah diadakanmelibatkan semua pengurus pasukan dan juga Presiden KRHUEn. Aziz bin Mansur termasuk jurugambar En. Abdul Hadi binMat Isa. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakanoleh En. Aziz bin Mansur merangkap Presiden KRHU.Pihak urusetia ingin mengucapkan takziah kepada keluargaEn. Roslee Bin Ismail merangkap Setiausaha Sosial KRHUyang telah kembali ke rahmatullah pada 11 Rejab 1431H. Alfatihah...Oleh : Mohamad Rosazuan SaadDi terbitkan oleh Bahagian Pengurusan Governance, PTj Hal Ehwal Korporat, Tingkat 14, Menara Utama (03-79492991)Sebarang komen, cadangan dan apa-apa bahan berguna ilmiah untuk penambahbaikan penerbitan Buletin ini sila hantar terus ke BahagianPengurusan Governance, PTj Hal Ehwal Korporat, Tingkat 14, Menara Utama (03-79492991) atau email: nasjefri@ummc.edu.my8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!