21.03.2016 Views

hijrah mockup

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ini dengan ansuran. Harganya tetap sama dengan penapis

air yang dibeli secara tunai,” katanya.

Tingkat teknologi guna sisik ikan

Pada April lalu, Hijrah Water meneroka teknologi baharu

iaitu menggunakan sisik ikan tilapia sebagai ion kalsium

untuk produk penapis airnya menerusi kerjasama dengan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).

Selain penapis air dan minuman, Hijrah Water juga

mengeluarkan lebih 10 jenis produk seperti sistem

penulenan air sejuk dan panas serta mesin air layan diri

(vending machine) yang dijual pada harga antara RM2

hingga RM16,000.

Semua produk keluaran Hijrah Water boleh didapati daripada

200 stokisnya di seluruh Malaysia termasuk Sabah

dan Sarawak serta Brunei.

Mohamad berkata, syarikatnya kini menggunakan sisik ikan

tilapia dalam penghasilan penapis airnya kerana ia mengandungi

kalsium lebih tinggi berbanding cangkerang laut.

Menurutnya, dengan penggunaan teknologi baharu itu,

syarikatnya menyasarkan untuk mencapai jualan RM4

hingga RM5 juta pada tahun depan.

“Penapis air menggunakan teknologi sisik ikan ini juga

mendapat sijil halal. Banyak jabatan kerajaan yang beli

produk kita sejak teknologi baru ini diperkenalkan.

“Fokus kita bukan hanya semata-mata menjual produk,

tetapi mementingkan status halal dan juga teknologi penapis

air yang mampu memberikan kesihatan yang baik dengan

membekalkan kalsium menerusi air yang dihasilkan,”

katanya.

“Bagi mencapai sasaran itu, kami dalam proses untuk

memperbesarkan kilang di Tangkak sebagai persediaan

untuk meningkatkan pengeluaran, sekali gus melahirkan

tiga kali ganda stokis untuk menjual produk kita.

“Kami juga merancang mengeksport penapis air Hijrah

ke negara Arab, Indonesia dan Singapura menjelang tahun

depan,” katanya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!