25.05.2016 Views

LANGKAH DEMI LANGKAH BINA BLOG PERNIAGAAN

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LANGKAH DEMI LANGKAH

BINA BLOG PERNIAGAAN

FARIDAH SHARIYAH BINTI SHARUDDIN

RUSNANI BINTI YAHYA

Diterbitkan oleh:

Kolej Komuniti Ledang

KM5, Jalan Payamas

84900 Tangkak

Johor

Malaysia

©Faridah Shariyah Sharuddin, Rusnani Yahya 2016

Hakcipta Terpelihara.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi

kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga sama ada

secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat

izin daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Mengkatalog Dalam Penerbitan

Faridah Shariyah Binti Sharuddin

Rusnani Binti Yahya

Bisnes Online Kit / Faridah Shariyah Binti Sharuddin, Rusnani Binti Yahya

ISBN 978-967-11538-6-4

Dicetak oleh:

Halim Copy Centre (JR0054861-A)

No. 4, Jalan Orkid, 85000 Segamat, Johor

PRAKATA

Buku Langkah Demi Langkah Bina Blog Perniagaan ini bertujuan memberi maklumat

berkaitan panduan menyediakan blog perniagaan tanpa kos menggunakan

platform blogspot. Buku ini juga bertujuan menerangkan kepada pelajar tentang

maklumat penting yang diperlukan untuk dipaparkan di dalam blog perniagaan

mereka. Maklumat yang dimuatkan dalam buku ini adalah amat bermakna kepada

pelajar dalam usaha mereka menyahut cabaran Kementerian Pendidikan Tinggi

untuk memperkasakan keusahawanan di Institut Pengajian Tinggi.

Buku ini bukan sahaja dapat membantu pelajar tetapi juga dapat menjadi bahan

rujukan kepada pensyarah dan tenaga pengajar bagi modul keusahawanan seluruh

IPT di Malaysia. Buku ini juga boleh dijadikan panduan kepada usahawan dan bakalbakal

usahawan. Adalah diharapkan buku ini dapat membantu semua pembaca

dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam dunia blogging secara amnya dan

membantu pembaca untuk meningkatkan jualan dan mengembangkan perniagaan

secara atas talian khususnya.

FARIDAH SHARIYAH BINTI SHARUDDIN

Kolej Komuniti Ledang

2016

ISI KANDUNGAN

Bil Butiran Muka Surat

1 Pengenalan 1

2 Langkah 1 : Wujudkan Akaun Gmail 2

3 Langkah 2 : Wujudkan Akaun Blogger 3 - 5

4 Langkah 3 : Cipta Blog Baru 6 - 7

5 Langkah 4 : Memilih Template 8

6 Langkah 5 : Klik Create Blog 9

7 Langkah 6 : Bina Halaman / Pages / Menutab 10 - 14

8 Langkah 7 : Membuat Header Blog 15 - 16

9 Langkah 8 : Catatan baru / New Post 17 - 19

10 Langkah 9 : Cara Memasukkan Borang Pesanan 20 - 21

11 Cara Menambah Widget Dalam Blog 22

12 Cara Menukar Background Blog 23

13 Cara Masukkan Lagu Dalam Blog 24 - 25

14 Dua puluh (20) ciri-ciri blog yang baik 26 - 28

PENGENALAN

Masih ramai lagi para peniaga yang belum mempunyai blog.

Sekiranya anda berniaga di internet, atau secara offline, maka blog boleh menjadi

tapak perniagaan anda yang seterusnya.

Jika anda sudah mempunyai blog, tahniah!!

Tetapi jika belum, mungkin anda boleh lihat kembali sekiranya ada keperluan untuk

anda membuat blog bagi membina jenama perniagaan anda di internet. Selain itu,

ia juga bagi memudahkan para pelanggan anda merujuk sebarang maklumat produk,

servis dan perkhidmatan yang anda tawarkan, testimoni pelanggan, pembelian

secara online dan banyak lagi yang boleh anda lakukan dengan blog perniagaan

anda.

Dalam masa beberapa tahun lagi, kebanyakan perkhidmatan dan transaksi, boleh

dan perlu dilakukan secara online di mana sudah ramai yang menggunakan internet

melalui laptop, computer, tablet, telefon pintar dan sebagainya.

Pastikan perniagaan anda tidak ketinggalan!!!

JOM kita lihat langkah-langkah mudah membina blog.

LANGKAH 1: WUJUDKAN AKAUN GMAIL

Buat blog menerusi platform blogspot adalah percuma, tetapi anda haruslah

mempunyai akaun dengan Google.

https://accounts.google.com/

Ini adalah kerana blogspot atau blogger.com adalah sebahagian daripada Google.

Cara terbaik untuk dapatkan akuan percuma blogspot (blogger.com) ialah

dengan daftar percuma sebuah akaun Gmail (email).

Anda boleh juga daftar guna alamat email lain seperti Yahoo dan sebagainya,

tetapi anda akan kehilangan kelebihan yang diberikan untuk seorang pemilik

akaun Google.

Jika anda belum ada akaun Gmail, sila daftar di pautan di bawah:

https://accounts.google.com/signup

LANGKAH 2: WUJUDKAN AKAUN BLOGGER

Ok. Apabila anda sudah ada akaun Gmail, mari teruskan dengan langkah seterusnya

untuk anda buat blog sendiri menerusi platform blogspot.com.

Pertama sekali anda perlu login ke akaun blogger.com

Apabila login anda berjaya, anda akan dibawa ke paparan berikut:

Jika anda tidak mempunyai sebarang blog menerusi akaun Google anda, tiada

sebarang senarai blog dikeluarkan.

Anda akan membaca paparan seperti di atas di mana keluar

"Create your blog now".

Kemudian, klik butang New Blog yang terletak di bahagian tepi.

Namun, sekiranya anda pernah membina blog sebelum ini,

anda hanya perlu klik “blog baru”

LANGKAH 3: CIPTA BLOG BARU (CREATE A NEW BLOG)

Masukkan butiran yang dikehendaki, iaitu tajuk (title) dan URL (alamat

http/Address) blog anda.

Bukan semua alamat anda boleh tulis, kadangkala ada alamat sudah pun dimiliki

oleh orang lain, jadi anda perlu cari atau buat alamat blog yang lain.

Lihat contoh di bawah ini.

LANGKAH 4: MEMILIH TEMPLATE

· Langkah seterusnya ialah memilih template.

· Pilih template yang mudah.

· Ada banyak pilihan template yang telah disediakan oleh blogspot.com sendiri.

· Pilih mana-mana yang berkenan di hati.

Template anda boleh ubah dan pilih yang lain kemudian.

LANGKAH 5 : KLIK Create blog!

Blog anda dah siap !!!. Tak susah kan? Tak sampai 5 minit pun anda sudah pandai

buat blog sendiri dengan jayanya.

LANGKAH 6: BINA HALAMAN / PAGES

Langkah seterusnya ialah anda perlu membina halaman/pages/menutab untuk

blog anda.

Klik Halaman > halaman baru > isi apa sahaja yang penting > terbitkan >lihat blog

Taip apa sahaja yang anda suka.

Contoh : Produk

Hasilnya…

Macam mana nak jadikan ia seperti menu tab, ikuti langkah-langkah di bawah :

Reka bentuk > reka letak > tambah alat > Halaman > tick semua > simpan

Atau

Design > Layout > Add Gadjet > Pages > Tick semua > Save

Siap sudah Menu tab anda.

LANGKAH 7: MEMBUAT HEADER BLOG

Reka bentuk > Reka letak > Header > Save

Atau

Design > Layout > Header > Simpan

Header Blog anda sudah siap !

LANGKAH 8: CATATAN BARU (NEW POST)

Langkah seterusnya ialah anda perlu mula menulis isi

kandungan blog anda.

klik Design > New Post > Save > View blog

atau Reka bentuk > Catatan baru > Simpan > Lihat blog

Maklumat penting yang perlu ada di dalam post/pages untuk menjual sesuatu

produk :

1. Maklumat produk yang terperinci.

2. Testimoni

3. Video Tutorial (jika berkaitan)

4. Cara memesan barangan / borang pesanan

5. Cara pembayaran

6. Kaedah pengeposan

7. Syarat dan terma rujukan

8. Maklumat anda untuk dihubungi oleh pelanggan seperti (nama, no telefon dan

email)

LANGKAH 9: CARA MEMASUKKAN BORANG PESANAN

1. Buka laman web: https://www.response-o-matic.com/

2. Klik : Get Started

3. Klik : Free (Sign Up)

4. Masukkan email & password blog anda. Sign up.

5. Buka email anda. Klik Link yang diberi.

6. Klik : Question

7. Jika ingin menambah soalan, pilih dahulu bentuk soalan. Biasanya saya memilih

Short answer dan Checkboxes.

8. Anda boleh tambah soalan yang diperlukan seperti :

9. No. Telefon

10. Alamat Pengeopsan)

11. Item / kod

12. Warna

13. Kuantiti

14. Tick (/) Required dan Klik : Save.

15. Bila dah selesai menambah soalan, klik : Continue dan klik skali lagi Continue

16. Kemudian, akan keluar kod HTML. Anda hanya perlu copy dan paste Kod

tersebut dan bawa masuk dalam blog anda.

17. Copy HTML > Reka bentuk > Reka letak > Tambah alat > HTML/ Java script >

Paste kod HTML > Simpan > Lihat blog

18. Copy HTML > Design > Layout > Add gadjet > HTML/ Java Script > Paste HTML >

Save > View blog.

Hasilnya seperti di bawah :

Maklumbalas daripada pelanggan boleh dilihat di

https: www.response-o-matic.com/

Cara Menambah Widget dalam blog.

• Anda boleh menambah widget yang sediada dalam blog.

• Hanya perlu klik : Design > Layout > Add gadjet > Save > View blog

• Namun jika anda mahukan widget yang lain, ini ada beberapa widget yang

sesuai.

• Anda hanya perlu klik laman web tersebut dan tambah ke dalam blog anda.

• Caranya adalah seperti berikut:

• Design > Layout > Add gadjet > Copy & Paste HTML >Save > View blog.

Pelawat : http://feedjit.com/

Facebook Badge :

https://www.facebook.com/badges/profile.php

Instagram : http://help.edublogs.org/instagram-widget/

Google Map : http://help.edublogs.org/google-maps-widget/

Cara Menukar Backgound blog.

Menukar background blog kepada yang lebih cantik juga boleh menarik perhatian

pelanggan dan mengelakkan blog anda kelihatan membosankan.

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan background yang cantik secara

percuma:

http://thecutestblogontheblock.com/category/backgrounds

http://shabbyblogs.com/design/blogger-backgrounds/

http://www.designerblogs.com/free-blog-backgrounds/

Cara-cara menukar background adalah seperti di bawah :

Design > Layout > Add gadjet > Copy & Paste HTML >Save > View blog.

CARA MEMASUKKAN LAGU DALAM BLOG

Pergi ke laman web : http://scmplayer.net/

Pilih Skin yang anda sukai. Tick bulatan.

Pilih lagu yang anda sukai. Masukkan URL lagu. Klik Next.

Tick semua. Kemudian klik DONE.

Copy & Paste HTML ke dalam blog anda.

Design > Layout > Add Gadjet > HTML/Java Script

Simpan dan lihat blog.

20 Ciri-Ciri Sebuah BLOG Niaga Yang Baik

1. Blog Niaga punyai nama blog yang komersil, yang elegan dan nampak 'jenama'

tersendiri.

2. Nama blog atau jenama senang diingati untuk dijaja secara mulut ke mulut.

3. Blog Niaga tu ringan, senang nak load, dan tidak semak dengan perkara tidak

berkaitan.

4. Mempunyai layout yang simple dan kemas. Selalunya 2 bahagian utama atau

2 column.

5. Header mestilah mencerminkan jenama, barang niaga ataupun jenis blog

niaga tersebut.

6. Gambar produk atau barang niaga disediakan untuk tatapan bakal pembeli.

7. Blog niaga dilengkapkan tanda harga barang niaga.

8. Cara-cara serta kaedah pembayaran disertakan dengan lengkap.

9. Nama penjual atau pengedar atau syarikat disertakan untuk rujukan.

10. Ada cara untuk hubungi pemilik blog niaga, samada email yang sah, nombor

telefon mahupun alamat (lebih baik berikan kesemuanya)

11. Mempunyai logo sendiri untuk blog niaga tersebut, menunjukkan

penjenamaan. Atau boleh juga memaparkan gambar pemilik blog niaga

tersebut sebagai satu bentuk ia bukan satu penipuan.

12. Memaparkan komen-komen pembeli yang berpuas-hati dengan produk yang

dijual.

13. Mengandungi kosa kata penafian sebagai satu cara dan kaedah untuk

mengelakkan sebarang tindakan mahkamah ataupun salah guna info dalam

blog.

14. Maklumat produk yang diberikan mestilah tepat dan sesuai.

15. Jika ia produk berkaitan makanan, sertakan pensijilan kilang ataupun sijil

halal.

16. Jika ianya produk baru, sertakan cara penggunaan yang betul.

17. Gunakan gambar sendiri untuk keyakinan pembeli. (bukan diambil dari

Google)

18. Sediakan kotak pertanyaan, ruangan komen yang sesuai.

19. Sediakan cara nak tracking barang dan produk dihantar seperti pos laju dan

sebagainya.

20. Daftar perniagaan anda dengan SSM.

LANGKAH DEMI LANGKAH

BINA BLOG PERNIAGAAN

Buku Langkah Demi Langkah Membina Blog Perniagaan yang diterbitkan khusus untuk

pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang keusahawanan. Langkah demi langkah

disusun dengan bahasa yang mudah beserta gambar memudahkan

pelajar untuk mengingati langkah demi langkah dalam membina blog perniagaan

mereka.

Ramai pelajar dan pensyarah yang telah berjaya membina blog perniagaan mereka

dengan menjadikan buku ini sebagai rujukan. Para usahawan dan bakal usahawan turut

sesuai menjadikan buku ini sebagai panduan dalam mengembangkan perniagaan

mereka secara global.

HAKCIPTA TERPELIHARA

KOLEJ KOMUNITI LEDANG

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!