31.05.2017 Views

BULETIN (MAC - APRIL)

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

B

H

E

I

BIL 1/2017 EDISI MAC – APRIL 2017

www.instagram.com/masjiduitmshahalam www.facebook.com/masjiduitmshahalam www.twitter.com/masjiduitm

Duduk barisan hadapan (dari kiri): Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan, Ustaz Hanafi Hamdani (Pengarah BHEI),

Prof. Dr Hj Muhamad Rahimi Osman (Dekan), Ustazah Khamariah Othman (Tim. Pengarah I) & Ustazah Wan

Razifah Wan Ahmad (Tim. Pengarah II)

Berdiri barisan belakang (dari kiri): Ustaz Mohd Bakri Aminuddin, Ustaz Puaad Osman, ustaz Lufti Fawzi Hj

Sabari, Ustaz Mohd Nazril Saad, Ustaz Mohd Faizan Tajuid, Ustaz Shahrulnizam Akhsan, Ustaz Mohd Afiz

Hasan, Ustaz Mohd Fauzan Md Nor, Ustaz Hj Md Idris Abdullah & Ustaz Mohd Syukri Mohd Fawzi

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT

Prof. Dr Muhamad Rahimi Osman

KETUA EDITOR

Ustaz Hanafi Hamdani

PEN. KETUA EDITOR

Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan

PUBLISITI

Ustaz Mohd Syukri Mohd Fawzi

AHLI SIDANG

Ustaz Puaad Osman

Ustaz Mohd Faizan Tajuid

Ustaz Mohd Bakri Aminuddin

FOKUS

Program BHEI Mac

– April 2017

Fokus Mini

Aktiviti Masjid

UiTM

PENYELARAS

Mohd Afiz Hasan

JURUFOTO

En. Dzull Hatta Abd Kamal

Program Ihya’

Ramadhan 2017

BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI

ARAS 3 MASJID AL-WATHIQUBILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, 40450 UiTM SHAH ALAM

TEL: 03-55442350 Faks: 55442668

PROGRAM

BIL PROGRAM TARIKH TEMPAT

1. Kursus Haji Tarbawi & Umrah Januari – Mei Masjid UiTM

2.

Kursus Pemantapan Penyampaian

Perkhidmatan

13 – 15 Mac

3. Kursus Pra Perkahwinan 25 – 26 Mac

4. Kelas Talaqqi Berkitab (Mahasiswa) 9, 16, 23 & 30 April

5. Program Isra’ Mi’raj

24 April

ILD Bandar Anstek, Nilai

Negeri Sembilan

Masjid UiTM

KURSUS Haji tarbawi&

Umrah2017/1438H

Kursus Haji dan Umrah ini terbuka kepada

warga UiTM dan masyarakat luar UiTM. Ia

bertujuan memberi kefahaman kepada

bakal-bakal haji untuk mengerjakan ibadah

Haji dan Umrah dengan sempurna.

Program ini telah dijalankan sejak tahun

2016.

PROGRAM 23 Mac 2017

Diskusi Berkitab Bersama YBhg. Dato’ Mufti

Wilayah

Meningkatkan kompetensi warga UiTM melalui bimbingan dan perkongsian

daripada pembimbing yang lebih berilmu dan berpengalaman serta

membudayakan cintakan ilmu.

JAN – MEI 2017

25 – 26 Mac 2017

Kursus Pra Perkahwinan ini akan dapat

membantu para pelajar dan kakitangan

UiTM memahami falsafah dan hikmah

perkahwinan serta tanggungjawab dalam

berumahtangga mengikut cara yang di

redhoi Allah S.W.T

KURSUS

Pra Perkahwinan

dengan kerjasama JAIS

KURSUS

Pemantapan Penyampaian

Perkhidmatan BHEI

Kursus ini melibatkan 40 orang

kakitangan BHEI dari seluruh

sistem UiTM. Bertujuan untuk

memperbaiki mutu perkhidmatan

kepada warga UiTM khasnya

13 – 15 Mac 2017

FOKUS MINI

“Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang

yang beriman dan melakukan amalan yang soleh.Serta saling

berpesan supaya menjunjung ajaran (Allah) yang benar dan

saling berpesan supaya bersikap sabar”

Surah Al-Ashr ayat 1-3

CIPTA

Allah SWT telah

memulakan Surah Al Asr tersebut dengan

sumpah masa yang mesti diingat-ingat

selalu oleh umat manusia yang mengaku

beriman dengan-Nya. Lalu jika kita

berpeluang pula meneliti dan mengkajinya

secara lebih mendalam lagi di dalam

tafsiran ulamak mufassirin yang muktabar

itu sudah tentu kita akan menemui

kesimpulan awal bahawa betapa

berharganya masa “ciptaan” Allah SWT itu

yang merupakan modal yang tidak ternilai

harganya buat manusia. Lantas Allah

mengizinkan pula kita mencipta masa kita

sendiri dengan mentadbirnya sendiri ,

menguruskannya sendiri, mengawalnya

sendiri dan mengawasinya sendiri.

Tidak kira dari mana asal usul seseorang

itu, berapa tinggi melangitpun kedudukan,

pangkat atau jawatannya mahupun

pekerjaannya sekalipun, namun “modal

masa”24 Jam yang dikurniakan oleh Allah

SWT tetap sama rata, tiada had

bandingannya antara sesama makhluk.

Maka dalam jangka masa 24 Jam itulah kita

dituntut untuk mencipta masa sendiri, sama

ada mahukan laba, keuntungan, ataupun

rela menanggung kerugian, atau dengan

erti kata lain, pelbagai perkara suka duka,

adalah dari perencanaan kita sendiri.

HATI-HATI CIPTA MASA

Perlu diingat. Di dalam memenuhi

keinginan dan kesungguhan mencipta

masa sendiri, sikap berhati-hati merupakan

tunjang utama sebagai “bench mark” atau

pun alat yang berupaya untuk menangkis

sebarang penciptan masa yang membazir

ataupun lebih kepada mengkhianati

amanah Allah SWT. Sikap berhati-hati itu

merupakan kunci kejayaan. Masa kurniaan

Allah itu merupakan amanah yang patut

dijaga kerana mengkhianati masa beerti

mengingkari amanah Allah.

Perumpamaan masa oleh masyarakat Melayu

disama ertikan dengan emas (Masa itu

umpama emas) menunjukkan betapa masa itu

berharga sekali, manakala pepatah Arab pula

menyatakan

“Masa itu umpama pedang yang

memotong, jika kita tidak

memotongnya kita akan dipotong”.

Tentunya kedua-dua peribahasa ini

mempunyai maksudnya yang tersendiri. Jika

anda sebagai pembaca tentu memahami

kehendak dari maksud peribahasa tersebut,

tidak perlu saya hurai dengan panjang lebar

kerana secara tradisinya dari sekolah pondok,

Tadika, sekolah Rendah, Menengah hatta

Universiti kita sudah terdedah dengannya

awal-awal lagi.

Ramai yang menyalahkan kepada masa, tidak

cukup masa katanya, ataupun masa panjang

sangat, ataupun masa terlalu ringkas. Tidak

ramai juga yang sanggup menjadikan masa

teman akrab, ketahuilah bahawa jika kita cipta

masa dengan modal 24 Jam yang

diperuntukkan itu dengan hati-hati, cekap,

hemat dan hikmah sesungguhnya kita akan

mendapat manfaat yang besar.

Marilah kita sama-sama mengamalkan intipati

pengajaran Surah Al-Ashr itu , biarpun

selanjutmana masa dan waktu itu berlalu dari

zaman ke zaman dan sejauh mana garis

kelangsungan hidup manusia itu dilakarkan,

namun harapan kita sebagai umat yang kerdil

ini tetap satu, iaitu semoga masa kini dan

selamanya kita dinaungi rahmat dan kasih

sayang Allah SWT.

hanafi514@salam.uitm.edu.my

SIRAH

TENTANG SONGKOK

SONGKOK merupakan sejenis penutup

kepala tradisional bagi lelaki Melayu.

Songkok juga dipakai sebagai

pelengkap ketika memakai baju Melayu

yangdipakai untuk menghadiri majlismajlis

tertentu. Hakikatnya Songkok ini

begitu

popular bagi masyarakat Melayu di

Malaysia, Singapura,Kepulauan

Mindanao Filipina, Indonesia dan

selatan Thailand. Songkok dikatakan

berasal daripada Indonesia.kebanyakan

songkok dihasilkan dalam warna hitam

diperbuat dari baldu, dan adakalanya

dililit renda sebagai perhiasan yang

diperbuat dengan kain songket.

Kadangkala ditebuk 4 lubang

dipermukaan atas songkok agar aliran

udara dikepala menjadikan pemakainya

selesa. Di Indonesia,songkok juga

dikenali dengan nama peci.Songkok

dipakai oleh orang Islam bila tiba

perayaan besar seperti Aidil Fitri dan

Aidil Adha dan juga dipakai bagi majlismajlis

rasmi seperti upacara

perkahwinan atau mengahadap Sultan

atau Raja di Balairungseri. Bagi

kalangan orang Melayu, songkok

menjadi pemakaian kepala yang rasmi

ketika menghadiri Upacara hari

kebesaran Islam. Songkok juga dipakai

oleh tentera dan polis pada upacaraupacara

tertentu.

AKTIVITI MASJID

MALAM

TARBIYYAH HATI (QIAMULAILL)

KURSUS

PENGURUSAN JENAZAH

IFTAR JAMAI’E

(ISNIN & KHAMIS)

KULIAH MAGHRIB

(ISNIN, SELASA, RABU DAN JUMAAT)

PROGRAM CSR

DI RUMAH OKU AN-NUR

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!