18.07.2017 Views

Muhd Ikhwan Mohd Ruslan siap.. edit 13.7 BM

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Proses Ulek Mayang

a. Sebelum kedatangan Islam.

Upacara ulek mayang dipercayai mengandungi mantera yang digunakan

untuk memujuk roh atau semangat. Perkataan “mantera” berasal daripada

bahasa Sanskrit, iaitu “mantra” atau “manir” yang merujuk kepada ucapan

kudus dam kitab-kitab Veda, serta mengandungi unsur mais dan jampi

serapah. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan

Mayang Pinang. Mayang merupakan bahan utama dalam tarian ulik mayang.

Mayang tersebut akan dibangkit dengan semangat dan dibangunkan dengan

semah asal usul. Semah bermaksud sajian berupa makanan, binatang dan

sebagainya yang disediakan untuk makhluk halus.Untuk menyembuhkan penyakit,

pawang akan menggunakan mayang pinang yang masih lagi dalam seludangnya.

Mayang pinang tersebut tidak boleh digunakan untuk kegunaan ritual

setelah seludangnya pecah. Seterusnya, pawang akan menggunakan sebiji

guri tembaga atau batil yang berisi air, sebatang lilin yang diperbuat dari

sarang dan madu lebah, bertih padi (bertih jantan), kemenyan dan beberapa

kuntum bunga yang kebiasaannya bunga cempaka, melati dan melor. Seterusnya,

lilin dinyalakan dan kemudiannya diletakkan dalam batil atau guri tembaga

yang berisi air. Apabila sampai waktunya, pawang akan membakar kemenyan

dalam dupa yang siap dengan bara api, dan seterusnya melihat arah asap

yang sekaligus memberi petunjuk bahawa arah itulah nanti penyakit akan dibuang

dan dari arah yang berlawanan pula “Puteri Tujuh Beradik” dipanggil bagi

menyempurnakan proses perubatan.

Sewaktu upacara persembahan diadakan, ianya akan diiringi oleh seloka

dan pantun oleh rakan-rakan pesakit yang lainnya. Persembahan ini dilakukan

beramai-ramai terutamanya pada waktu malam bulan purnama di tepi pantai

dengan membuat bulatan dan pawang yang memegang mayang pinang akan

duduk di tengah-tengah bulatan tersebut. Pada peringkat awal, tidak ada alat

muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya, para pemain terdiri dari

mereka yang berusia antara lingkungan 15 hingga 40 tahun. Setiap peralatan

yang digunakan akan diasap dengan kemenyan satu persatu telebih dahulu

bermula dengan seludang mayang dan diikuti dengan bunga dan peralatan

yang lain.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!