10.08.2017 Views

TITANIUM POST 01

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kita pindah pula pada satu cabang

yang mungkin ramai terlepas

pandang. Anda ada satu pelan

tindakan menuju matlamat anda.

Bagaimana jika anda tersangkut di

tengah jalan? Apa pelan sokongan

anda? Apa exit plan anda? Anda dah

sedia hadapi cabaran tsunami

perniagaan yang tak kira masa boleh

melanda?

Going listed dan global. Satu impian

yang pasti ada di sudut setiap satu

usahawan yang ada di sini. Tipu jika

mereka kata mereka tak mahu

kembangkan lagi perniagaan mereka.

Tapi tepat atau tidak tindakan yang

mereka pilih? Lihat saja hasil dan

kepantasan Business Growth mereka.

Anda mungkin dah jana sejuta ringgit

setahun, atau sebulan, atau dah

cecah level jutawan yang anda

impikan, tapi anda hanya seorang

usahawan biasa jika anda tetap kekal

di satu tempat, stagnant, tak bergerak

dan tak meningkat ke mana-mana.

Anda sudah tepu. Dan anda perlu cari

jalan untuk berfikir dengan lebih luas,

mencapah, serap idea baru supaya

perniagaan anda bukan sekadar itu,

malah menjadi lebih dan lebih lagi.

Bukan untuk anda menjadi gila duit

atau gila kuasa, tapi untuk meningkatkan

lagi game level anda. Hidup

perlukan peningkatan dan cabaran.

Dan itulah apa yang semua ahli

Titanium yang hadir sepanjang 2 hari

lalu dapat. Baru dua hari dan mereka

sudah nampak apa yang perlu

mereka lakukan dan siapa mereka

dalam tempoh 5 dan 10 tahun akan

datang. Bayangkan jika lebih lagi

masa yang mereka laburkan? Business

Growth Workshop, yang hadir

bukan sebarangan orang. Mereka

terdiri daripada ahli Titanium Circle

dan juga para usahawan terpilih yang

telah mencipta paling minimum satu

juta ringgit jualan dalam setahun!

Hari pertama usahawan berkampung

di situ dihidangkan dengan pencerahan

dan pengenalan mengenai apa

itu Business Growth Workshop dan

apa intipati yang bakal dimanfaati oleh

usahawan yang hadir. Kenapa Dr

Azizan Osman begitu passionate

untuk menganjurkan BGW? Semuanya

terjawab di pertemuan hari pertama

workshop ini. Selama 9 tahun, Dr

Azizan telah berjaya melahirkan dan

membimbing ramai jutawan hasil

usaha gigihnya ini dan kini beliau

mahu menjalankan misi untuk membangunkan

usahawan billionnaire

pertama beliau.

Usahawan-usahawan yang hadir

kebanyakannya sudah berada pada

tahap maturity yang agak statik atau

dengan tahap jualan yang hampir

sama setiap bulan. Tahap ini adalah di

mana mereka perlu berubah, berkembang

dan meningkat lebih tinggi lagi

jika mereka ingin sentiasa berada 10

langkah ke hadapan daripada pesaing

mereka dan untuk sentiasa kekal

sebagai market leader. Bukan sekadar

selesa di tempat sama setiap

masa. Ianya merupakan tahap di

mana para usahawan amat memerlukan

ilmu dalam menyambar peluang

dan menarik pelabur supaya berminat

pada entiti perniagaan dan idea

keusahawanan yang mereka sediakan.

Pelabur luar tak kiralah individu,

syarikat mahupun pihak-pihak bank,

mampu membantu mereka untuk

menyalur dana yang sesuai dan

mencukupi demi mengembangkan

lagi potensi perniagaan mereka.

Pitching pelaburan inilah yang kadangkala

menjadi mimpi ngeri usahawan

kerana mereka kurang ilmu dan teknik

dalam memancing minat para pelabur.

Sesi Q&A bersama para pelabur

membuka mata dan peluang untuk

para usahawan merangka strategi

menarik peluang pelaburan.

Di hari pertama ini juga kesemua 180

usahawan hebat ini diperkenalkan

dengan teknik business model yang

perlu mereka gunapakai demi

kelangsungan dan peningkatan

perniagaan mereka.

Untuk Business Growth, cabarannya

adalah bagaimana nak maintain dan

sustain business mereka dalam

jangka masa 3, 5 atau 10 tahun akan

datang. Ada banyak cara untuk

mengembangkan perniagaan. Tapi

paling utama adalah model

perniagaan harus kukuh.

Model perniagaan boleh terhasil dari

idea sendiri, atau jika mereka mahukan

10x faster results, mereka boleh

‘tiru’ model perniagaan usahawan

yang telah berjaya. Bukan sekadar

tiru, tapi tiru, innovate dan adapt. Cari

kekuatan yang ada dalam model

perniagaan mereka, dan masukkan

pada model perniagaan anda. Penuhkan

ruang-ruang lompong yang

membantutkan perkembangan

perniagaan anda.

Pada hari kedua, mereka yang hadir

diperkenalkan dengan rangka dan

teknik pantas mengembangkan

perniagaan. Sesi yang melihatkan

kedudukan mereka kini dan menentukan

siapa mereka dalam masa 5

tahun akan datang. Apa dan bagaimana

kedudukan kewangan perniagaan

mereka.

Menutup tirai workshop ialah sesi

praktis dan forum bersama panelpanel

pelabur yang dijemput khas

untuk sesi ini. Lebih 30 peserta dalam

kalangan usahawan yang hadir

mendapat peluang untuk present

model perniagaan mereka dalam sesi

pitching pelaburan. Mereka diberikan

peluang dan juga maklumbalas

membina daripada panel pelabur

tentang bagaimana mereka mampu

perbaiki dan lancarkan lagi teknik

pitching mereka.

Majlis juga dimeriahkan dengan sesi

Majlis Hari Raya bersama semua

yang hadir dan ahli Titanium dihadiahkan

dengan hamper kuih raya, ikhlas

dari Richworks.

2

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!